Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 10

11 april datang lagi..

Esok 11 april 2016..

Hari ulangtahun perkenalan aku dan dia..
Bermakna 12 tahun dah kami kenal. Actually 14 tahun.. tolak 2 tahun 'teman tapi mesra'..

Kalau kahwin dari start kenal tu mungkin anak dah 6 kot. Haha tapi mustahil la. Sbb masa tu aku baru je form 4. Sedar tak sedar masa berlalu sangat sangat sangat pantas. Macam baru je lagi.. hmm aku sorang je kot feeling mcm tu.

Every year tak pernah tak miss celebrate sama2. Kalau masa kt U, masing2 try to set date utk celeb sama-sama. Even kalau masa tu jatuh hari biasa, weekend tu mesti kena balik nak sambut. Beberapa bulan sebelum tu pun dah pikir nak beli hadiah apa ekk. :) kalau boleh mesti nak something yang ada maksud tersendiri. Sepanjang tu, pernah beli cincin ada ukir nama kami berdua.. beli key chain couple, tshirt couple, teddy bear err lagi apa ye.. lupa plak.. bestnya masa tu.. mesti happy even kadang2 tu bila lepas jumpa ada je gaduh-gaduh jgk. Lepas tu asal gaduh je bila dia hantar balik rumah, dia preng preng motor tu kuat2. Saje la tu nk tunjuk protes. :p tp lepas tu okey je. Sebab dia selalu tolong hantar gi bus stand. Siapa lagi aku ada selain dia. :( Masa kat u pun aku tak de lah gedik2 kawan ngan lelaki. Tengok kawan2 yg lain pun syok je dating sama2. Gi library sama2. Tapi..ntah. Ada jugak la kenal tapi aku tak layan pun. Sbb hati aku dah milik dia. Bagi aku kalau dia setia aku lagi setia.. :')

Bila dating tu sampai malam. Kadang2 tu tgk wayang sampai 3 cerita marathon sekali. Tempat dating ofkos la Sunway Pyramid. Tempat makan feveret plak kt Pizza Hut sunway pyramid gak. Tak jemu betul kami makan kt situ ek. Nak gi dating dia selalu jemput aku naik motor SS dia. Kadang2 naik motor tzm biru dia. Tapi motor tu dah jual dah. Tgl motor SS jela. Tu pun dah tersadai depan rumah. Pernah je gaduh kt sunway tu. Sampai nangis2 cari dia ntah ke mana merajuk masa tu. Lepas tu ntah camne baju yang aku pakai tu plak koyak. Erghh...aku pulak yang ngongoi menangis. Sebab maaaluuu. :') Sudahnya dia la yg tenteramkan aku. Sebab dia malu dah ramai orang tengok kami.

Masa aku kt U, dia keje kt Karangkraf. Time masuk keje dia mmg ptg. Tp bila banyak ot n kena stay dia boleh replace balik dgn cuti. So selalu dia replace tu time aku balik la. Macam cuti mid sem tu ke kan seminggu. So kami pi dating hari biasa. Wayang pun murah. Nk jalan2 pun tak ramai orang. :) Masa aku sambung degree kt Puncak pulak selalu kena tunggu time keje traffic dia tak tinggi. So kadang2 tu jumpa dia kul 12am. Dating makan McD kt Seksyen 18 tu je. Atau pun kt Batu Tiga. Time aku sambung degree tu pun masa tu hidup terumbang-ambing dengan masalah family. Lastly aku decide stop belajar and kerja. Masa tu orang yang paling marah dia la. Tapi aku tau siapa nak support aku lagi. Takkan aku nak harap dia. Memang syg tapi apa nak buat..semua ada hikmah.

Dulu pun, selalu kena marah dgn mak. Curi-curi masuk rumah sebab takut mak dengar. Tapi sebenarnya mak tahu jugak aku balik jam berapa. Mak kan....ofkos tau. Esoknya siap la kau berdas-das mak ceramah. Nyesal sekejap tapi lepas tu balik lambat lagi. -.-"

Sepanjang percintaan kami pun ada je onak dan duri nya. Sapa cakap tak ada. Tapi yang pahit2 semua dah tepis dan telan tenggelam mcm tu je. Sebab bagi aku yang kenangan yang manis tu lagi penting dpd yang pahit. Buat apa nak kenang yang pahit-pahit kan?

Masa pun berlalu...sampai kahwin pun still wish lagi.. tanda kenangan tu.. ;)










Cuma.m

Utk kali ni, aku mungkin tak dapat terucap dgn kata-kata. Sebab semua dah lain.







Perasaan tu dah lain.. :'(







"Selamat Ulangtahun kita yang ke 12..
11 April 2004 tetap dalam kenangan.... "










-aku-




Monolog sendiri : Wujud ke sayang tapi benci?




No comments:

Post a Comment