Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 6

Diary Mummy : Blender yang bagus untuk baby

Bila anak dah nak masuk 6 bulan, mommy semua mesti rajin google resipi kan kan. Ya ya. Memang itulah yang aku jua lakukan. Gigih cari resepi terbaik dan tips-tips untuk di guna pakai bila anak dah start makan.

Selain dari resipi benda yang paling penting korang kena fikir sekali ialah blender! Top Urgent. Kenapa? Sebab takkanlah korang nak blend bubur/puri tu guna bekas blender cili & bawang yang korang guna hari2 tu kan. Tak boleh campur k. Lagi pulak baby makan portion kecil. Kalau guna blender biasa akan dapat tekstur yang tak berapa halus.

So, misi mencari blender pun bermula. Tengok review dan pengalaman orang beli blender itu ini dan compare. Lastly, decide beli yang ni je. 

Beli dekat Jusco Equine Park (mana-mana JJ pun available). Harga RM 139.00. Tengah sale dapatlah murah sikit.

Blender Panasonic ni sangat recomended untuk mommy semua sebab designnya memang khas untuk blend bubur mahupun puree. Lepas blend tak perlu nak tapis lagi dah. Boleh terus suap baby ok. Dengan size nya yang kecik dan cinonet boleh masuk beg then bawak balik kampung. Tak perlu nak pening kepala lagi pikir camne nak bawak blender yang berat tu.

Kalau ada bajet lebih boleh beli blender siap kukus sekali. Tu memang mudah. Kukus 20 minit terus blend takyah tunggu sejuk. Tapi bila fikir balik, baby makan puree untuk 2 bulan pertama  je. Lepas tu diorang dah start makan bubur nasi. Nak tak nak korang kena masak jugak kan? Sama je.. tapi lain pendapat lain citarasa. Takpe, terpulang pada anda kerana bajet di tangan anda.

Till then, good luck untuk mommy semua!


Posted via Blogaway

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke 3.

Betullah. Dah kahwin ni susah benau nak sebut #iloveu. Kikikih takpela lepas ni nak praktikkan balik sebut #iloveu hari-hari. wuwu

19.11.14

Genap 3 tahun dah kami melayari bahtera perkahwinan. Pentengkaran kecil, masam muka, tarik muncung sume ada hahh. Tapi makin lama dah tau macam mana nak handle. Masih panjang lagi perjalanan kami. Bak kata orang ni adalah fasa pertama-fasa yg penuh cabaran.Selepas 5 tahun baru sebut fasa kedua pulak. Cumanya, ku berharap tidak diuji dengan ujian / cabaran / dugaan yang besar hingga tak termampu untuk kami tanggung.

Untuk papa,

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 3. Terima kasih jadi suami yang baik untuk mama. Layan kehendak mama. Walau kadang2 papa tak kuasa nak ikut. (Kan?) Terima kasih jadi papa yang penyayang buat AF. Tolong mama jaga AF bila mama terpaksa kerja hari sabtu. Tolong berjaga sama-sama bila AF meraung-raung tetengah malam. Dan sentiasa jadi bank bergerak untuk mama bila mama perlukan. (Hehe).

Sesungguhnya kita memang saling memerlukan utk melengkapi kekurangan antara satu sama lain..

Mama sayang papa.. ♥
#iloveueverday