Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 16

Diary Mummy : Feeling Blessed

Bila bosan baru nak update blog. Walaupun ku tahu siapalah nk baca blog aku kan. Tak kisahlah. Asalkan ada tempat nak menulis tentang apa saja ikut aku punya suka. Kalau update kat facebook semua baca. Maka nanti ada pula yg komen kdg tu smpi kita kecik ati. Ha nah. Blog sendiri aku punya sukalah kan. Hehe

Di kala ini tgn sebelah pegang buaian. Sebelah lagi pegang hp. Ibu mithali tak aku? Hehe Melayan aisy buat hari-hariku semakin bermakna.

Rasa bertuah jadi MAMA. Aku akui aku bukan yang terbaik. Tapi aku sentiasa buat yang terbaik..

Sejak office hour aku dah bertukar. Rutin jadual aku bermula dari jam 5 am. Dan kadang-kadang 5.30 am. Balik jam 5.30 pm. Tapi sampai rumah dah dekat 6.30 pm. Sesungguhnya demi masa, memang sangat-sangat berharga buatku.

Masak? No time to masak. Balik kerja tapau dari hasben. Masak hanya di hujung minggu. Itupun masih dok pening lagi tentang menu apa! Dah tak boleh berjenis-jenis lauk. Memang tak dan. Cukuplah 1 lauk utama dan side order cuma sambal totok.

Aisy- seorang anak yang manja sangat-sangat. Haih... memang kadang-kadang tu menguji kesabaranku. Tp cepat-cepat istighfar dalam hati. Takut-takut bila syaiton dah hasut kang cepat je tangan ni cetil bontot dia. Haip!

Aku nak jadi ibu yang baik. Yang marah bila perlu. Budak kecil ni naif. Apalah yang dia paham. Kita cakap 'tungguuu..mama buat susu ni.' Ko ingat dia terus diam serta-merta? Mmg magic lah kalau korang dapat buat macam tu. Boleh terus daftar anak masuk derjah 1. Hehek

Oh ya. 28hb ni AF genap 10 bulan. Maka, lagi 2 bulan nak setahun. Wow. Kejap je masa berlalu. Macam baru bulan lepas je aku beranakkan dia. Wawawa.

Tak sabar nak tunggu dia besar. Camne lah gaknya kan?