Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 18

Diary Mummy : Playpen atau Katil Bayi?

Benda ni wajib ada dalam list utk new parents out there like me. Tak kisah samada korang plan nak beli sebelum beranak ataupun selepasnya.

Kenapa kena beli?

Ok, first dulu during pregnancy ada terfikir nak beli both @ either one. Tapi bila fikir 3,4 kali rasa macam membazir pulak. Lepas tu kalau beli, nanti nak letak mana? Lagi pun lama mana je baby nk tido kat situ kan.

Yesss..all is correct!!

Tapi..since baby dah keluar ni... problem yg remeh temeh mulalah muncul. Dan telah menampakkan betapa pentingnya katil or playpen ni untuk baby. Kenapa? Sebab kesian kat dia. Tak selesa tidur share dengan makpak dia. Dan of cos kita pun tak selesa nk tidur dengan dia. Pusing sikit gerak sikit mulalah si kecik ni terkejut. Dan mostly pukul 5.30 pagi si kecik ni jadi alarm utk kitorang. Haa.. asyik panda la mama aisy ni. @.@

So, we all decided untuk beli jugak tak kira. Mesti!

Lepas pertimbangkan antara katil or playpen aku lebih prefer playpen. Katil baby tu memang cute..cam cantik cam comel je kan.

Tapi katil ni macam susah sikit la bagi aku.

- Tak boleh nak bukak & simpan kalau baby dah besor.

- Dari segi space pulak adalah terhad. Baby nak golek ale-ale pun tak comfy. Boleh terhantuk kat kayu kalau golek terlebih nanti.

- Bajet pun harus lebih sikit sebab nak kena beli tilam & bedding set. Hari tu survey kat Jusco Pyramid 1 set total RM699. Kat parkson pulak RM1999. Wow.

Since Aisy pun tak memilih (cececeh) maka beli playpen jela.

First nampak kat Jusco terus berkenan. Sebab ruang besar untuk dia meniarap. Pulak tu harga pun reasonable. Playpen ni come with bassinet (tempat tukar lampin). Yang tu simpan jela. Sebab dia pun dah besar. Guna kat adik dia jela nanti. Eh.

- Brand Sweet Cherry
- Murah je RM 249.00
- Boleh lipat & travel bag included

So far dia memang lena sejak ada katil sendiri. Siap terkangkang lagi bila tido. Haih...


Posted via Blogaway

2 comments:

  1. playpen tu murah la sket..kalau ada bajet better la bli katil kan...

    ok jalan2 cni :D

    http://ummiammararif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Pilih katil bayi

    ReplyDelete