Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 21

Dilema seorang mummy. Baby sitter atau ...

AF dah nak masuk 5 bulan 28hb ni. Alhamdulillah.. makin hari makin banyak keletahnya. Geram je tengok dia. Selalu kena gomoi. Hihi tambah lagi bila kita agah dia kekek-kekek gelak. Sengih yang menampakkan ketiadaan giginya laaagi lah buat kita teringat-ingat bila sampai ofis. Haihlah...ginilah gaya-gaya ibu. Manjang je nak teringat.

Lepas berpantang, aku takde masalah nak fikirkan baby sitter. Sebab mintak tolong mak datang sini dan jagakan dia. Alhamdulillah mak nak..seronoknya hati bila mak duduk bersama. Risau tu tak ada langsung. Sebab kita yakin mak kita jaga. Ofcos mak akan jaga cucu dia macam mana dia jaga anak2 dia waktu kecik dulu. Dan lagi manjaa. Cucu ler katakan..

Bulan puasa ni mak dah nak balik kg. Yela, mak pun ada tanggungjawab jugak kan. Sebagai isteri. Tinggalkan suami sensorang kt kg, rindu tu pasti ada. Apatah lagi kasihan. Kasihan dan risau, makan pakai pak tak terjaga. Entahkan makan entahkan tak. Bila teringat rumah kat sana ha..haru jugak tu. Tapi bila kenangkan cucu...pun dia nak jaga juga. Haihlah...penin kepala nyai af ni nakk..

Tak apalah, mak pun dah jaga af start dari dia dalam hari lagi. Tak terbalas jasa mak jaga aku dalam pantang. Walaupun ada dugaan dan ujian yg tak terduga. Hmm semua tu buat aku kuat dan lebih mengerti tentang sebuah 'keikhlasan'..

Af aku akan hantar ke rumah adik ipar ku. Harap2 dipermudahkan. Satu je yg risau pasal si kecik ni. Dia suka nangis. Kalau ada yg tak kena mula lah meragam. Biasalah budak kecik kan.. moga af baik-baik kat umah makcu nanti k. Jgn notti2. Af dah tak boleh nak manja lebih2 macam nyai jaga. Nyai sanggup tak makan, tak masak sebab risau bebenor bila tgk af meragam. Af kena ingat jasa nyai nnt ok. Af goodboy kan..

So, nanti aku pun kena lah start rutin harian lebih sikit. Keluar rumah pun kena awal. Kalau tak nanti lambat haru jadinya.

Hmm.. tgl beberapa hari je lagi ni. Aku rasa bukan af yg nangis ni. Aku yang lelebih cengeng karang! Ni pun dah menjejeh air mata. Bencinya menangis!


Posted via Blogaway

Wednesday, June 18

Diary Mummy : Playpen atau Katil Bayi?

Benda ni wajib ada dalam list utk new parents out there like me. Tak kisah samada korang plan nak beli sebelum beranak ataupun selepasnya.

Kenapa kena beli?

Ok, first dulu during pregnancy ada terfikir nak beli both @ either one. Tapi bila fikir 3,4 kali rasa macam membazir pulak. Lepas tu kalau beli, nanti nak letak mana? Lagi pun lama mana je baby nk tido kat situ kan.

Yesss..all is correct!!

Tapi..since baby dah keluar ni... problem yg remeh temeh mulalah muncul. Dan telah menampakkan betapa pentingnya katil or playpen ni untuk baby. Kenapa? Sebab kesian kat dia. Tak selesa tidur share dengan makpak dia. Dan of cos kita pun tak selesa nk tidur dengan dia. Pusing sikit gerak sikit mulalah si kecik ni terkejut. Dan mostly pukul 5.30 pagi si kecik ni jadi alarm utk kitorang. Haa.. asyik panda la mama aisy ni. @.@

So, we all decided untuk beli jugak tak kira. Mesti!

Lepas pertimbangkan antara katil or playpen aku lebih prefer playpen. Katil baby tu memang cute..cam cantik cam comel je kan.

Tapi katil ni macam susah sikit la bagi aku.

- Tak boleh nak bukak & simpan kalau baby dah besor.

- Dari segi space pulak adalah terhad. Baby nak golek ale-ale pun tak comfy. Boleh terhantuk kat kayu kalau golek terlebih nanti.

- Bajet pun harus lebih sikit sebab nak kena beli tilam & bedding set. Hari tu survey kat Jusco Pyramid 1 set total RM699. Kat parkson pulak RM1999. Wow.

Since Aisy pun tak memilih (cececeh) maka beli playpen jela.

First nampak kat Jusco terus berkenan. Sebab ruang besar untuk dia meniarap. Pulak tu harga pun reasonable. Playpen ni come with bassinet (tempat tukar lampin). Yang tu simpan jela. Sebab dia pun dah besar. Guna kat adik dia jela nanti. Eh.

- Brand Sweet Cherry
- Murah je RM 249.00
- Boleh lipat & travel bag included

So far dia memang lena sejak ada katil sendiri. Siap terkangkang lagi bila tido. Haih...


Posted via Blogaway

Kecik dan Besar

Kalau kereta besar.

Dah tentu poket pun besar.


Kalau kereta kecik.

Poket pun belum tentu besar.

Entah-entah cukup makan je.

Kalau nak dibandingkan dengan yang berpoket besar.



Biarlah kereta kecik, rumah kecik tapi punya hati besar.