Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 26

Diary Mummy : Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya

Entry ni banyak kali aku edit - taip, delete, taip, delete. Satu cerita yang bukan mudah untuk aku sampaikan. Cerita dari pengalaman sendiri.

Ikut perkiraan, due aku sebenarnya jatuh pada 7 February 2014. Tapi perancangan Allah lebih dari segala-galanya. Aku bersalin tepat 38 minggu 5 hari. 10 hari sebelum sampai due date.

Sebelum bersalin macam2 orang-orang lama sekeliling yang bagi pandangan. Ramai yang cakap perut aku dah turun, kaki bengkak, muka sembab lah dll. Aku iyakan je. Badan memang rasa ringan 3,4 hari sebelum sampai ke hari aku bersalin tu. Mungkin tu salah satu petanda jugak kot.

Dan kisahnya bermula begini..
Ececeh.

Isnin - 27 January 2014 @ 4 pagi.

Masa aku tengah tidur tiba2 rasa perut memulas macam senggugut. Tak kuat sangat dan tak jugak sikit sangat sakitnya. Cepat2 capai hp bila setiap kali sakit tu datang aku dail number ikut jam yang aku sakit. Masa ni aku monitor sakit tu selang 10 minit dan 15 minit sampai lah pukul 6 pagi.

Ok. Nak ke hospital ke klinik je? Hmm..mandi dan solat subuh dulu baru pikir. Macam malas nak pegi keje pun ya. Kot-kot la yang sakit mengeras ni sebab Braxton Hicks kot- andaian kosong aku. Lepas siap pakai baju semua aku baring dan terlelap sekejap. Tapi sampai pukul 8 pagi aku terjaga, sakit tu macam dah hilang je. Aku cakap dengan husband nak ke klinik ke tak nak ye? Dia cakap terpulanglah.. Dan aku pun teruskan pergi kerja macam biasa. Aku decide kalau movement baby dah kurang aku halfday je la. Org cakap kalau pergi check pun tak rugi daripada ada sesuatu yang berlaku lebih baik pergi je. Kan? Yang lebih diutamakan nyawa dalam perut ni dahulu..

Kerja kat opis aku settle kan cepat2 dan sebelum lunch hour aku bagi tau boss nak amik halfday je. Sebab aku rasa tak sedap hati. Sempat lagi jamah KFC boss belanja aritu. Hehe tapi dengan makan kelam kabut sikit la. Sebab tak sabar nak jumpa doc.

Sampai je klinik Dr Siti terpaksa jugak tunggu doc. Rupa2nya doc memang takde time lunch hour. Jam 2.45 ptg baru lah doc sampai. Check punya check doc cakap tu bukan sakit nak bersalin. Sakit bersalin akan berterusan dan non-stop. Kalau dah kerap sakit tu baru pergi hospital walau tak ada tanda. Sebab lain orang lain tandanya. Panjang lebor doc terangkan. Ha..lega sikit hati mendengar. Ok so potensi untuk aku bersalin sampai due mungkin ada. Doc buat scan nak tengok baby. Semua berada dalam keadaan baik cuma doc cakap baby belum betul2 masuk ke laluan. Hurm, tapi dalam hati aku macam was2. Yeke doc ni? Aku rasa macam dah masuk laluan yang tepat je. Sebab sakit celah kelangkang aku dah takde 2,3 hari ni. Keluar klinik sempat lagi berkira-kira nak servis kereta ataupun ke salon untuk treatment rambut. Hihi ok, ke salon dahulu. Servis kereta weekend nanti lah. Due pun next week. Sempat lagi ni. Hehe

Habis salon, cepat2 balik rumah dan prepare untuk dinner. Kebetulan hasben pulak sakit kepala. Kesian tengok dia. Mata tersangat mengantuk lepas dinner tu.

11 Malam.

Tengah syok tidur, tiba-tiba rasa sakit perut memulas datang balik. Aku pun terjaga. Macam kuat je sakit ni. Ok capai handphone lagi. Dail ikut waktu bila sakit datang. Dan....





Sakit tu selang 5 minit sekali!?

Ok relaks nisa. Tarik nafas setiap kali sakit datang. Aku pun bangun amik wudhuk, solat isyak dan baca surah Maryam. Sempat aku doa "kalau betul aku di takdirkan bersalin malam ni Kau permudahkanlah.. Sesungguh-Nya hanya pada-Mu aku sandarkan..." aku renung wajah hasben yg tgh tidur. Emo tiba-tiba. Mata dah berkaca. *.*

Lepas solat aku makan lagi bubur dinner tadi buat alas perut, bancuh air milo dan makan kurma 3 biji. Ni semua petua yang aku dapat dari blogger yang lain. Untuk tenaga kata mereka.. tak pelah get ready je. Sempat lagi aku whatapps akak aku tanya dia sakit selang 5minit ni tanda nak bersalin jugak ke. Dia cakap "Ya!"

Selasa - 28 January 2014 @ 1 pagi.

Check handphone memang confirm dari jam 11-1 pagi sakit tu datang selang 5 minit. Perlahan aku kejutkan hasben ajak pergi hospital. Dalam keadaan terkejut dan mamai hasben tanya "nak pergi klinik ke hospital?". Aku jawab "hospital jela". Terus celik mata dia. Terkejut kot. Lewat malam cenggini nak ke klinik yg ada doc perempuan memang takdelah. Buatnya dia nak seluk. Tak rela aku diseluk oleh doc lelaki. Huh.

Kemas-kemas beg dan sebelum gerak sempat lagi mintak maaf dengan husband dalam kereta. Mintak dia maafkan segalanya dan halalkan makan minum dan apa2 sahaja. Sebak sangat waktu tu.. mata berkaca lagi. *.*

Kami pun menuju ke Hospital Putrajaya. Berdua sahaja. Mulanya nak mintak MIL temankan kami. Tapi call tak berjawab. Mungkin MIL dah tidur dan aku pun cakap dengan hasben mungkin bukan hari ni kot nak bersalin. Nak call mak kat kampung tapi masih terlalu awal. Kot tak bersalin lagi buat mak risau je nanti kat kampung. Dalam kereta selawat banyak2. Tiap kali contraction datang tarik nafas panjang sampai kejam2 mata menahan. Fuh. Sakit jugak ye.

2 pagi.

Usai pendaftaran, aku di bawa masuk ke dalam bilik untuk pemeriksaan. Tapi sebelum tu dia timbang dulu berat aku. Berat dah turun 1kg. Phew..ok ni memang confirm aku nk beranak dah ni. Lepas tu kena baring untuk dorang pasang mesin ctg. Kedengaran kuat bunyi nyawa di dalam ni. Dalam hati tak sabar nak jumpa baby, tapi dalam masa yang sama gusar apa akan terjadi lepas ni. Mampukah aku hadapi?

Dalam masa nurse monitor jantung baby & contraction aku, tiba-tiba rasa ada air mengalir laju keluar. Macam air kencing tapi tak boleh control. Aku cakap kat nurse. Dia kata tak apa nanti doc check.

Doc pelatih ni pun sampai. Siap mengadu yang dia mengantuk. Alahai doc , kalau mengantuk pun janganlah mentioned depan patient. Dengan muka seposen, dia pun seluk. Seluk punya seluk dia cakap bukaan baru 1cm dan air yang keluar tu bukan air ketuban tapi darah- katanya lah.

Dalam masa yang sama jugak, doc dan nurse ni pujuk aku untuk transfer ke hospital lain atas alasan wad dan dewan bersalin penuh. Aduh..lemahnya aku dengar. Dalam menahan kesakitan, aku diam je bila dorang suruh aku pilih antara HKL atau Hospital Kajang. Huh? Dua2 aku tak nak. Aku nak bersalin sini jugak! - aku jerit...tapi dalam hati jela mampu.

Nurse sarankan aku cepat buat keputusan. Dia pesan "Puan, kebanyakan patient nak tunggu bukaan dari 1cm ke 10cm ambil masa selama 10 jam. Apatah lagi anak pertama. Kebarangkalian tu memang lambat bukaan. Puan pun baru 1cm ni." Dengan nada keras sikit aku menjawab "Tapi tak semua orang sama. Sakit lain-lain." Amboi lancangnya mulut aku ni berkata-kata. Seboleh-bolehnya aku memang tak nak keluarkan perkataan yang tak sepatutnya. Yelah karang kalau aku buat hal langsung dorang layan aku nak tak nak je nanti kan. Risau jugak. Huhu nak buat macam mana sakit hati jugak bila dorang nak tolak kita ke sana sini. Dah lah tengah sakit ni. Adoi. Sabar -sabar - sabar.

Aku keluar sekejap untuk bincang dengan hasben. Hasben aku dah tak puas hati nak kena transfer. Dia cakap kita tunggu jela kat sini. Masa ni contraction aku makin lama makin kuat. Aku tak boleh nak berfikir dan decide. Aku diam je sambil kejam mata tahan. Sebab baru 1cm, aku mintak nak balik dorang tak bagi pulak. Mungkin sebab contraction aku kuat.

Aku dipanggil untuk dorang buat pemeriksaan lagi. Kena seluk lagi. Kali ni ada seorang lagi doc masuk. Dengan lemah lembut dia pun pujuk aku untuk ke hospital yg disebutkan tadi. Aku geleng kepala tak nak. Doc ni pun bertanya samada aku ada hospital pilihan lain. Lantas aku sebut "HUKM". Sebelum ni aku ada baca review, hukm ni bagus dan suami pun boleh temankan masuk ke labor room. Jauh sikit pun jauhlah. Aku kena terima.

Tunggu punya tunggu. Jawapan mereka katil HUKM pun penuh. Hmm aku dah malas nak layan. Aku dan hasben diamkan diri sambil dalam hati doa, semoga ada rezeki untuk aku lahirkan si kecil ni disini. Mudah untuk hasben aku jenguk nanti.

Doc mengantuk tu pun dah buat muka seposen. Aku dah tak hirau. Peduli la dia mengantuk ke hape. At last, dia keluar dan mintak untuk aku menumpang wad kat PBR (Pusat Bersalin 1 Malaysia) di Presint 8. Aku tarik nafas lega. Sekurang-kurangnya ada la tempat untuk aku berehat sambil tunggu bukaan. Aku diberitahu perlu menunggu untuk kekosongan katil. Its okay..asalkan ada. Hasben cadangkan aku rehat kat dalam kereta tapi aku tolak. Sebenarnya aku dah tak larat nak jalan, lagi pulak kekerapan sakit tu makin kuat. Duduk sajalah di kerusi keras hospital tu sambil bersandarkan bahu pada hasben. Phew.

3.45 pagi

Aku dibawa naik ambulans untuk ke PBR. Hasben follow dari belakang. First time naik ambulans. Takut jugak. Macam-macam plak terfikir dalam kepala masa tu. Orang mati lah apa bendalah. Nasib ada seorang nurse temankan aku. Dalam ambulans dia tanya aku "Ada minum air selusuh ke?" Aku jawab tak ada. Agaknya dia nampak aku pegang botol air kot kat tangan ni. Walhal ni air jarang @ air masak aku bawak dari rumah takut dahaga nanti. Huhu Tak sampai 10 minit dah sampai dah. PBR ni untuk pesakit yang bersalin anak kedua dan seterusnya. Dengan syarat sejarah anak pertama perlu bersalin normal dan tak ada komplikasi. Sebab kat sini tak ada doktor katanya. Cuma ada bidan sahaja. Aku disambut mesra nurse kat sini. Lemah lembut je dia tanya itu ini. Konsep kat sini adalah apartment 3 bilik. Macam best je kat sini.

Aku diberi satu bilik lengkap ada katil, aircond dan kipas semua. Mak aiii sejuk betul bilik ni. Gigil aku. Nurse bagi satu persalinan untuk aku tukar. Sempat dia tanya "Awak ada minum air selusuh?" Aku cakap tak ada. Macam pelik je sampai 2 org nurse tanya ada minum ke tak ada. Sebelum tu dia nak cek bukaan aku dulu. Redha jelahhhhh ye nak kena seluk je hari ni...

Selukan yang pertama nurse tanya "Berapa bukaan awak tadi kat sana?" Aku jawab "1cm". Tetiba nurse tu terkejut. "Awak betul ke ni? Saya check ni awak dah 5cm". Aku terpinga-pinga. Biar betul. Ke main-main je ni? Datang lagi sorang nurse. Macam senior nurse je. Lembut orangnya. Dia seluk pulak. Memang tak sakit langsung! Dia pun terkejut jugak sebab bukaan memang dah 5cm. Dengan pantas dorang suruh aku tukar baju pink dan patah balik ke hospital.

Masa ni nak jalan pun dah menggigil kaki. Nasib baik nurse tu bawakkan wheel chair. Penuh hati-hati aku melangkah. Oh..bersedialah diri ini menghadapi ujian sekejap lagi.... rintih hatiku mendalam.

Sambil nurse tolak, sambil tu jugak dia berkali-kali mohon maaf. Katanya bukan mereka sengaja nak tolak patient ke sana sini. Tak apalah bukan salah mereka pun. Ambulans yang tadi hantar aku dah pun patah balik dan bersedia nak bawak aku ke hospital balik. Macam kelakar je..hehe masa ni terpandang wajah hasben. Macam gusar sikit. Bini nak bersalin, nak bertarung nyawa mestilah takut kan? Yeke. Huhu

4.15 pagi

Sampai ke hospital aku diperiksa lagi. Bukaan dan kadar denyutan jantung baby. Ada jugak suara-suara nurse dan doc mengantuk tadi komen. Tapi aku tak ambik pusing. Yang penting aku akan bersalin kat sini dan moga-moga dipermudahkan.

Aku di suruh masuk ke labor room dan bertukar pakaian untuk bersalin. Masa ni sakit perut macam nak terberak je rasa. Nurse masukkan ubat berak supaya aku dapat berak. Tapi tak berak pun. Perasaan nak berak je tu walhal sebenarnya tu lah sakit nak bersalin. Fuh.

Aku di suruh berbaring sambil menunggu bukaan penuh. Tak lama lepas tu hasben aku muncul. Bersyukur dapat tengok dia untuk jadi kekuatan aku bertarung sekejap lagi. Makin lama sakit makin kuat. Nurse bagi aku gas etonox untuk aku sedut setiap kali contraction datang. Mula-mula memang aku sedut. Tapi lama-lama aku dah makin tak selesa. Aku tolak ke tepi je gas tu. Tak membantu! Nurse ada offer untuk aku amik epidural. Tapi malangnya bila aku dah setuju, bukaan aku dah 6cm. Huaaaa sedih betul. Tapi tak apalah, aku tau semua ada hikmah. Tetiba aku teringat kisah ada yang cakap kalau amik epi, nanti aku lagi susah nak teran. Sebab sakit tu tak rasa. Mana tau kalau aku amik aku tak mampu langsung nak teran kan? Sekali lagi aku redha dan tenangkan hati. Dengan tak ada langsung ubat tahan sakit aku terpaksa harungi jua. Bertabahlah...

Hasben berada di sebelah cuba untuk tenangkan aku. Aku tau dia buat lawak untuk bagi aku lupakan sakit tu. Tapi aku tak mampu nak gelak or bagi apa-apa reaction. Dia genggam tangan aku. "Mama boleh. Ingat pesan papa nanti teran buat macam mana kalau mama geram dan marah kat papa." Aku angguk je. Tak mampu dah nak cakap banyak. Sakit yang 'luar biasa' yang terlalu sakit. Hanya orang bersalin yang menghadapinya merasai 'kesakitan' tersebut. Dalam hati aku banyak-banyak berzikir nabi yunus dan mohon supaya aku dipermudahkan. Aku tak nak belah perut. Baby...tolong mama jugak ye sayang...

Setiap setengah jam aku mengerang. Hasben cuba tenangkan aku. Dia usap perlahan kepala dan tangan aku. Tapi aku tolak. Makin panas dan makin sakit aku beritahu dia. Harap-harap dia tak terasa. Sebab apa yang aku nak sekarang ni cuma nak dia ada kt sebelah temankan aku je dah cukup. Tapi aku tak mampu nak luahkan macam tu. Cuma terluah dalam hati je. Maafkan isterimu ini suami... :'(

Tiba-tiba aku rasa makin sakit dan baby macam berpusing. Masa ni aku dah tak mampu nak tahan. Baby macam dah menolak keluar kepala dia sendiri. Hasben aku dapatkan nurse. Banyak nurse dan doktor di sekeliling aku dan bagi kata-kata semangat. Mula-mula aku mampu untuk teran dengan betul. Tapi makin lama aku dah makin hilang fokus. Aku tak tahu apa yang aku teran. Peluh dan menjejeh mengalir. Dan tanpa aku sedar air mata aku sekali pun ikut mengalir. Hasben, nurse dan doktor masing-masing bagi semangat -

Hasben : "Mama boleh! Teran mama! Curi nafas. Dengar cakap papa. Jangan tidur! Jangan tidur!"

Doktor : "Kharunnisa...tarik nafas, tahan dan mata pandang perut. Baby awak dah nak keluar dah ni. Nampak rambut dah ni!"

Nurse : "Ingat Allah puan. Kita baca sama-sama. La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minnazalimin.. Puan boleh. Baby kecik je ni. Cuba lagi!"

Iya...aku dengar semua nasihat mereka. Tapi tak mampu nak balas dengan kata-kata. Dan aku dah tak terdaya nak teran. Sebab aku dah salah teknik. Sampaikan nurse banyak kali tanya kat aku ada minum air selusuh ke tidak. Spontan aku jawab "nak buat tak sempat sebab due lambat lagi.." Aduii...semua dok tanya pasal air selusuh. Agaknya dorang ni ingat aku minum air tu kot. Sebab contraction mcm kuat sangat. Huhu Akhirnya aku terpaksa di vakum jugak bimbang baby aku akan lemas sebab dia dah duduk lama di laluannya. Dan tak lama lepas tu aku rasa satu kelegaan bila ada 'sesuatu' yang besar dapat di tarik keluar. Dengarlah tangisan si kecil ni. Di letaknya di dada aku. Ku kucup dahinya...

Syukur Alhamdulillah...bersyukur sangat..

Tapi, dalam hati sedikit kecewa aku tak mampu nak teran NORMAL. Tapi tak apalah, asalkan si kecil aku selamat. Mendengar tangisannya je dah bagi aku satu kelegaan.

Anakku di bawa untuk di bersihkan dan aku masih di labor room untuk sesi jahitan. Ohhhh.....pasal jahit menjahit ni aku tak mampu nak cerita kat sesiapa even suamiku sendiri. Nantilah. Bila aku dah ada kekuatan aku nak cerita jugak kat dia. Nak share macam mana aku rasa. Huhu

Sesi jahitan yang gak lama juga. Sebab doktor yang menjahit aku tidak di bantu oleh sesiapa. Sekali lagi aku redhaaaa.. :'(

10.15 pagi

Sesi menjahit dah habis. Hasben ku di benarkan utk masuk tengok aku. Ayat pertama aku tanya dia "Baby kita ok tak?" Sambil tu berjujuran airmata menangis. "Ok...Comel." Jawab hasben ku sambil tersenyum. Aku pegang erat tangannya dan dikucup dahi ku. Terharu rasanya bila suami buat macam tu. Naik balik semangat aku yang tadinya dah turun macam kena hempap batu.

Oh ya. Baby aku terus di bawa ke NICU. Nurse cakap sebab pernafasan dia agak laju. Doc nak monitor. InsyaAllah kata mereka semua tak ada apa cuma nak pastikan supaya baby aku ok sahaja.

Hasben tak boleh temankan aku lama-lama. Wad masih lagi penuh dan sementara menunggu aku suruh dia pulang dahulu dan datang kembali masa waktu melawat tengahari nanti.

Aku di suruh berehat. Nak tidur tapi tak mampu nak lelapkan mata. Aku on hp dan sms bos utk inform yang aku dah selamat bersalin. Breakfast yang disediakan ku pandang lesu walaupun perut dah kriuk kriuk berbunyi..
Badan masih menggigil lagi.

Nurse dekat LR ni baik sangat-sangat. Especially ada seorang nurse india. Aku tak tahu nama dia. Yang pasti dia yang tolong suapkan air milo, pakaikan aku baju n kain semua dan dia jugak banyak bagi kata-kata semangat. Sebab tengok keadaan aku yang terlalu lemah gamaknya. Huhuhu

11.50 tengahari

Bila nurse inform wad dah sedia. Berkobar-kobar aku nak naik cepat. Sebab dalam kepala sekarang ni nak rehat je. Tapi.....sementara nak naik tu, aku di arah duduk kat wheel chair tau. Dan..masa tu aku boleh dengar suara-suara doktor, nurse "Ok kita kira sama-sama 1,2,3...pushhhhhhh!!!!" Reaksi aku tau tak macam mana? Aku tekup dua-dua telinga. Arghhh..tak boleh dengar. Tetiba rasa traumanya. Lepas tu aku dengar pulak mesin denyut jantung baby tu. Serius aku rasa seriau.

Dalam wad mata dok terkebil-kebil lagi sambil tunggu hasben datang bawak makanan. Macam-macam aku fikirkan especially tentang anak aku. - macam mana dia kat dalam tu? Ok ke dia? Minum susu pulak macam mana? -

Haish. Tak puas nak cium n dakap dia tadi dah kena bawak lari.

Sempat call mak lagi bagi tahu aku dah selamat bersalin. Nangis lagi. Hari tu entah bape kali asyik nangis je. Dan, sempat jugak aku merasa stay kat hospital 3 hari 2 malam. Best ke? Tak best langsung. Tambah lagi bila doc suruh stay sebab esok baru dapat resultnya. Lagi aku tak keruan sampai tekanan darah aku naik. Mujur tak ada apa-apa.

Akhirnya hari Khamis aku dapat discaj lepas semua result keluar dan doc sahkan aku tak ada apa-apa. Syukur alhamdulillah...

Faktor-faktor bersalin awal :-

Walau aku tahu cepat atau lambat tu adalah ketentuan Allah tapi apa yang aku buat kat bawah ni mungkin menjadi penyumbang aku dapat bersalin awal..

- Banyak berjalan bermula dari minggu ke 34. Setiap minggu ada je alasan aku buat dekat hasben supaya aku dapat jalan-jalan dan makan-makan. Hehehe Ibu mengandung memang di galakkan banyak berjalan tapi bukan di awal kehamilan ya. Risiko untuk gugur adalah tinggi kalau terlalu aktif di awal kehamilan.

- Bersenam. Yang ni aku follow kat youtube dan pamphlets dari klinik ibu mengandung je. Untuk percepat bukaan katanya. Tapi aku tak buat hari-hari pun. Kalau teringat je. Dan aku buat setakat yang mampu je. Bukan paksa buat kalau tak nanti boleh bahayakan diri dan kandungan. Dapatkan nasihat doc sebelum buat ya!

- Cuci tandas sambik mencangkung. Dengar macam kelakar tapi aku rasa memang ya. Aku ada buat jugak. Tapi bukanlah bersungguh-sungguh sental toilet tu sampai sakit tangan dan punggung. Sekadar termampu je. Sebab masa mengandung ni mana boleh mencangkung lama-lama. Perut dah besar. Nak bangun pun susah kan.

- Masa contraction datang aku amalkan baca kat bawah ni. Dapat info dari blogger yang lain. Untuk percepat bukaan kata mereka :-

♡ Zikir Nabi Yunus
♡ Ya Zal Jalalil wal Ikram
♡ Ya Fattah

Bacalah ulang-ulang kali. InsyaAllah akan di permudahkan. SesungguhNya Allah adalah sebaik-baik penolong..




Bil untuk 3 hari 2 malam stay kat hospital ni ~ RM 500. So secara keseluruhannya puas hati dengan layanan yang hospital ni berikan. Kebanyakan nurse dan doc kat situ memang baik-baik. Cuma doc mengantuk tu jela. Ala tapi biasa lah, kat mana-mana hospital pun mcm tu jugak. Pasti ada seorang dua yang tak ok kan. Jangan takut nak bersalin kat sini ok!


Ok tu je nak share. Aku masih lagi berpantang. 14 days to go. Wee hoooo.

Saturday, February 8

Diary Mummy : Rindu

Hari ke 12 berpantang di kampung halaman.

Macam kejap je. Nanti dah nak masuk hari ke 15. Minggu depan dah hari ke 20. Dan tak lama lagi 44 hari.

Tapi,

Hati dah mula rindu kat hasben. Hmm agaknya apa yang dia makan hari ni? Macam mana dia uruskan dirinya? Harap2 dia okay. :'(

Tak boleh cerita banyak2. Sebak.

Bye.