Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 29

Rezeki & Amanah Allah

Salam untuk semua!

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat-Mu. Akhirnya aku selamat melahirkan zuriat ku sendiri.

28.Januari.2014
Baby boy.
3.02 kg.
8.10 pagi di Hospital Putrajaya.

Macam tak percaya je.
Macam mimpi je.
Macam baru sekejap masa berlalu dan aku dah jadi seorang mak - ibu - umi - mama - mummy.
Lepas ni tanggungjawab dah semakin bertambah. Amanah Allah, rezeki yg Allah bagi. Semoga Allah permudahkan usaha kami nanti dalam mendidik anak-anak kami. Amin..


Anakku,
Semoga menjadi anak yang soleh.
Semoga menjadi anak yang baik, dengar kata, lembut tutur katanya, berbudi bahasa,
Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat sayang..
Doakan ayah dan ibumu bila kami tiada nanti.
Engkaulah harta kami dunia dan akhirat..

Amin..

Monday, January 13

Diary Mummy : Debaran dalam penantian.

Syukur minggu ni dah masuk minggu yang ke 36. Pergerakan baby yang aktif. Bila minum milo lagi aktif si kecil ni. Betul-betul ikut tagline "minum Milo anda jadi sihat dan kuat!". Haha

Ada tinggal lagi beberapa hari je lagi nak masuk minggu ke 37. Dari pembacaan aku, kalau bersalin waktu minggu 37, baby dah dikira matang. Insyaallah kalau lahir waktu ni pun dah kira ok. Cuma bagi baby yang kurang dari 37 minggu akan dikira sebagai premature baby (tak cukup bulan).

Carta pergerakan baby still on going. Kdg tu bila malam tengah tidur pun aku boleh terjaga dan kejutkan baby. Bila dia gerak sikit2 tu lega je hati. Harap2 anak mummy akan terus aktif ya sayang sampai lah masa yang telah ditetapkan oleh Nya untuk anak mummy keluar melihat dunia.. Papa pun dah tak sabar nak jumpa Junior dia ni.





Simptom-simptom waktu 36 minggu ni :-

1) Selera makan macam dah kurang. Tak nak nasi sangat. Tapi mesti jamah jugak kalau tak nanti gigil.

2) Bengkak kaki udah mula kelihatan. Peh. Terkejut ada satu hari aku tengok kaki sendiri membengkak dengan jayanya. Macam tak percaya je...

3) Sakit macam senggugut tu dah rasa. Cuma tak kerap. Sikit je. Tapi cepat-cepat akan aku ingatkan dalam hati dan minda 'tahan-tahan...nanti sakit bersalin lagi sakit dari ni..'

4) Kerap nak terkencing. Boleh dikata sekarang ni memang aku akan terjaga tengah malam untuk kencing.

5) Sakit berdekatan kelangkang kaki. Yup. So far yang ini paling sakit dari senggugut tu. Dan bila dah rasa sakit ni, baru aku paham kenapa orang mengandung jalan terkengkang-kengkang. Tak boleh berdiri lama, jalan lama, duduk lama. Semua kena kejap berdiri, kejap duduk, dan kalau boleh kejap baring.

Bertabahlah... Ya sebab aku tahu ni baru ujian kecil yang Allah bagi buat ibu mengandung untuk rasa sebelum sakit bersalin sebenar.

Semoga aku dapat mengharunginya dengan tabah, sabar dan di beri kekuatan yang SANGAT luar biasa. SesungguhNya aku yakin Dia lah Maha Penolong bagi hamba-hambaNya yang lemah ini.