Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 31

Bonus ? Ada ke ?

Hari ni dah masuk 31hb. Bonus masih jua tak kelihatan. Urm, ada ke tak ada ni? Wa tensen oo. Flight dh book. Tapi kalau bonus tak ada, camne nak shopping dan makan giler2 nih. Duhhhh...pening kepala aku camni.

Setiap tahun rugi aje katenye. Habis kalau rugi macam mana kau boleh bertahan berpuluh tahun. Ah, politik je la korang ni. Ntah bila nya la kau untung.

Aku harap ada la harapan dapat bonus sebelum aku fly. Errrrgh...tak dapat bayangkan kalau bonus tak masuk lagi masa aku nk terbang. Fuh fuh fuh. Tarik.nafas dalam2.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 26

Honeymoon : Pulau Pangkor

Pulau Pangkor memang destinasi pilihan untuk tenangkan diri mahupun honeymoon. Tempatnya nyaman, tak jammed, dekat, best dan paling penting kos murah. Kalau yang suka melancong sambil shopping-maaf pulau ni memang tak sesuai untuk anda! Sebab satu shopping complex pun tak ada ye apatah lagi panggung wayang. 

Back to my trip. 

DAY 1

Bertolak dari kampung husband jam 11.++ pagi. Kebetulan kita semua masih lagi dalam cuti hari raya, highway plus bergerak agak perlahan. Sekiranya korang datang dari arah utara Exit di Changkat Jering. Tak jauh pun. Tol dalam RM 6.++ je. Then ikut je signboard ke Lumut. Kalau nak ikutkan jalan memang straight je, tak ada banyak nak kena belok2. Mudah sangat, tapi kami tetap memerlukan bantuan PapaGo (walaupun dia selalu menyesatkan kami juga) huhu terpaksa k! Dalam pukul 2 petang kami pun sampai ke Jeti Lumut. Tercari-cari jugak kat mana tempat paling save nak park kereta. Kami pun konfiden je masuk tempat parking Majlis. Rupa-rupanya tu memang parking khas untuk sesapa yang nak seberang ke Pangkor. Ok lah, park jela. Kawasan parking memang luas. Cuma toilet je tak bersih!

Bayaran parking RM 10 - 1 hari 

Tips : Jangan beli seluar mandi, t-shirt or else dekat Jeti sebab harga kat sini agak mahal. Dekat area Teluk Nipah agak murah kalau korang pandai amik hati penjual tu. :) 
Ini di panggil teksi ya pak. Di kira ikut kepala.  Kemana saja boleh di bawa..bereh ~
Puteri Bayu Beach Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor
.Peace yeop. 
Ok, kat sini lah kami stay. Aku booking thru phone call je dengan hotel tu. Kemudian deposit bank in dan emel terus ke management. Sangat mudah. Saya suka. Sebelum pergi sini, aku dah buat banyakkk survey rate hotel. Rata-rata semua mahal dan bilik kurang memberangsangkan (aku kan choosy bab bilik2 hotel ni). Harus nampak kelas tapi dengan harga yang berpatutan. heh. Yang penting hotel ni sebelah pantai. Ada optional kat sini korang boleh pilih. Hotel mahupun chalet. Chaletnya cantik..memang nampak awesome. Recommended resort ok!
Belum sempat aku nak snap gambo bilik model dah kuak lentang. 

Lepas check in, terus survey snorkeling. Sebab musim raya, ramai masih dok makan ketupat rendang kami nak pi terjun laut bagi makan ikan. Jom!


shalalala ~ shalala ~ in the afternoon


Uncle ni peramah lah jugak. Tapi aku tak banyak dengar dia cakap.
sebab aku tengah feeling  layan ~ angin bayu membawa diriku.~  


i smile you smile. 


Nampak ke ikan tu? Banyak gak la. Tapi aku kan penakut. Berpegang teguh je dekat tangga bot tu ha.
hahahahaha 


Pusing beberapa pulau kecil yang ada dekat 2 jam jugak lah kami habiskan masa. Perasaan? Of cos, suka.
Balik dari snorkeling baru cari makan. Tak sempat nak lunch. Aktiviti malam adalah jelajah pekan nak cari T-shirt untuk kenangan. Oh ya, kalau malam dekat Teluk Nipah happening sikit. Banyak kedai makan pilihan kalau nak compare dengan Pasir Bogak. Tapi...uncle tu dah pesan, makan kat Teluk Nipah hati2 sikit, sebab  harganya agak mahal dan kedai makan agak kotor disitu. Betul pun apa uncle tu cakap. Teluk Nipah dah macam tak berapa terjaga kami tengok.


Ni antara deretan kedai souviner yang ada kat situ. Kedai tutup awal tau.
Bank pun ada. So jangan risau kalau kehabisan duit. 



DAY 2


Bangun dengan tenang. Siap-siap packing untuk check out pukul 12. Nanti tak lah tergesa-gesa. Breakfast included dekat hotel ni. So tak perlulah risau nak cari kedai makan untuk sarapan. 


Breakfast sambil mengadap pantai. Tenang dan mendamaikan sungguh la!

Lepas breakfast, teruskan aktivit jelajah satu pulau tu. Laa...kecik je rupenya pulau pangkor ni ha. Dalam satu bulatan je kiranya. Tapi, walaupun kecik, semua kemudahan disediakan kat sini termasuklah : sekolah, masjid, klinik kesihatan, pejabat pos, dll.

Kemudian kami singgah sebentar untuk ke Kota Belanda. Mula-mula sampai macam err..ni jeke? Yup, memang itu ajelah monumen sejarah yang tinggal kat sini. Kubu pertahanan dan bangunan kecil.

Baca sejarah! Kenali sejarah kita!
Bom ni dibuat semula.

Tembak nak?
Ni pengawal yang menjaga bangunan tu. Nak naik tapi tak berani. hiiiiii

Ku di atas menara tinjau. Tinjau punya tinjau last2 monyet yang muncul !! aptb. 

Kau boleh race tepi pantai? Tak boleh kan. Bangga woh. 

Yeah. Aku lah juara.  Terror ke tak terror. 

Ok, balik ke hotel untuk chekidout. Tapi sebelum tu jom terjun pool dulu !!


Gedebush~gedebush. Mula-mula nak mandi pantai, tapi rasa pasir kat situ macam menyedut je
 bila mandi dalam sikit. Tak berani lah. So, terjun kolam aje lah. 


Sea view


 Ok, babai Pangkor..nak balik sudah...




Till then,
xoxo


~ Pangkor in memory ~


p/s : Walaupun ramai cakap Pulau Pangkor ni tak best, tak happening, tak tu tak ni, tapi pada pendapat aku, pulau ni ada keistimewaannya sendiri. Sesuai untuk sesiapa yang nak honeymoon. Time ni lah kita boleh spend time dengan pasangan kita, saling mengenali dengan lebih dekat lagi. Kata orang, kalau tak pergi tak rasai pengalaman tu sendiri maka tak cintalah! Have fun guys !!

Photobucket

Wednesday, January 16

25 dan aku.




Helo. Welcome to the 25 yrs old CLUB! Ok fine aku dah suku abad. Peh. Tua nya aku rasa. Tapi rasa macam muda je sentiasa kan. Wuwuwu.. perasan je lebih. Hakikatnya aku dah pun masuk ke peringkat 'wanita dewasa'. Tak apalah, muda-tua-kaya-miskin-jodoh-takdir tu kan memang lumrah kehidupan. Fasa-fasa yang semua insan lalui. Dan aku pun tak berkecuali. Jadinya, hadapilah setiap perkara tu dengan tenang. Belajar dari pengalaman dan kesilapan kerana itulah akan mengajar kita erti kematangan. Kannns...

Sempena memperingati hari kejadian sendiri, maka aku pun mencari2 apa yang aku nak dan mampu untuk beli. Sejak dari temankan mak ke Sogo hari tu, hati memang tak keruan teringat2 sale handbag Sembonia & CR tu. Semuanya jatuh 70% & 50%. Sebab masa tu tak bergaji lagi maka pendam jela hasrat hati untuk memiliki. Dengan kudrat yang ada dapat je gaji akhir bulan, ku gagahi jua melangkah ke Sogo dengan suami. Oh tidak...sale tu dah habis rupanya. Sedih.. T_T

Tak apa, handbag bukan sebuah je. Kalau dah tak ada, means mmg bukan rezeki kita. Mesti Allah nk bagi yang lain dan lebih baik punya.eceh.eceh.eceh. Cari punya cari, ok jumpa lah jugak yang berkenan di hati. :)

Galaxy Note II - wuhwuhwuh

Ha..yang atas ni jangan konfius pulak. Akceli note ni bukan aku yang punya. Milik husband ku.. Saje je aku post ckp ni aku punya. Gilerr aku nk mintak note dari dia tuk hadiah hari jadi?? Tak mampu makkk nakkk. Tak sampai hati kalau nak mintak pun. Aku bukan lah jenis yang meminta2 melainkan mintak yang dia mampu je. Macam makan kt tmpt yg sedap2 ke, ajak gi bercuti ke..tu bolehlah. Kalau nak mintak benda yang mahal2 NO WAY! Tu bukan saya. 

Tapi atas sebab kebaikan hati dia, maka nya dengan rela hati dia bagi note ni dekat aku. Gilerr kalau ko cakap tak nak! Mestilah aku nak.......sangatttt. Tapi aku fikir dia lebih memerlukan benda ni dari aku. Galaxy W tahun lepas punya besday pun dah cukup ok bagi aku (cuma hp tu lem sikit jela. Ala cukuplah sekadar nak berfb, whatsapp & online banking je pun.) Atas sebab2 keyakinan yang dia berikan maka aku pun terima jela. Heeee 

Kami sentiasa mencari keserasian. Tapi dalam soal makan, kami memang selalu serasi.
.ahaks. 
Sembonia Wallet in eksyen.

Sebenarnya hadiah yang ini pun dah cukup buat aku senyum seminggu. Serius. Aku happy je bila bukak handbag. (jakun betul aku ni). Apa2 pun, terima kasih untuk kamu. 



Iloveyou.
xoxo

Sunday, January 13

When 2013 is begin..

Asssalamualaikum!

Aku telah pun mencecah usia yang ke 25 tahun pada 7 Jan yang lepas. Oh tidak!!! Aku dah tua rupanya. Suku abad ke?! Apa-apapun, masih bersyukur aku diberi peluang untuk melihat dunia ini lagi, bangun pagi di sisi yang ku cintai, dan masih banyak yang belum aku terokai dunia ni lagi (masih banyak tempat-tempat idaman belum aku pergi lagi).

Permulaan tahun 2013. Aku rasa macam nak mula balik start cari kerja baru dan tempat baru. Entry ni pun ditulis selepas aku siap edit resume aku untuk di deposit ke mana-mana agensi / company yang lain. Entah lah, bagi aku ada rezeki adalah.. Janji Allah itu pasti. Pasti ada untukku. Mudah-mudahan urusan aku di permudahkan. Bukan bermaksud aku tak suka langsung dengan kerja aku sekarang ni, tapi aku selalu keliru dengan apa yang aku buat. Aku selalu bersikap was-was. Entahlah.. aku pun tak faham.Mungkin benda ni terjadi sebab ni bukan bidang aku kot. hurm... 

Lepas survey jobs vacan yang ada, aku terfikir pulak nak sambung balik Degree yang dah aku tinggalkan. Rasa-rasa macam nak sambung balik. Tapi aku tak nak course yang sama. Aku nak amik Banking Operation / Business Admin. Boleh tak? Boleh je la kan. Tapi masalah sekarang ni, adakah bajet ku mencukupi?? Ku pikir-pikir, kalau nak guna epf, sayang la kan. Duit tu aku nak beli rumah. Ah, entahlah. Ikut jela arus yang ada. Eh macam tu pulak. Hisss. Apa-apa jela. Yang penting, aku kena dapatkan kerja lain dengan benefits yang best-best kemudian baru aku kena fikir nak continued study. OK! full stop. 


Bye. 

 


Photobucket