Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31

Diary Mummy : 34 minggu 4 hari.

Dupdapdupdap.

Menghitung hari. Mengikut perkiraan yang klinik kesihatan bagi tempoh mengandung adalah 40 minggu. Tapi baby dah boleh keluar bila-bila masa je. So kalau dia nak kuar awal, 36 minggu dia boleh keluar dah. Asalkan baby dapat keluar dengan sempurna dan sihat itu dah cukup buat mommy dan papa happy. So baby kena keluar ikut time ye sayang.

Betul lah org ckp. Selagi baby tak keluar, selagi tu hati mak2 ni risau. Entah. Macam2 yang dirisaukan. Sebab kita tak tahu macam mana dia kat dalam tu. Ok ke. Cuma bila tiap kali terlintas yang negatif, pesan mak cpt2 istighfar dan sentiasa yakin dengan Allah. Yup. Berkesan. Hati rasa tenang lepas tu. Hanya pada Allah ku sandarkan harapan dan doa.

Semoga Allah sentiasa pelihara kesihatan kami berdua. Semoga Allah permudahkan dan berikan ku kekuatan yang luar biasa untuk aku lahirkan si comel ini.

Bila tekap tangan atas perut, boleh rasa ada nadi yang bergetar. Getaran halus..itu tandanya aku membawa satu lagi nyawa dalam badanku ini. Kadang rasa sebak tiba2. Entah. Macam tak percaya kot nak jadi mak orang.

Bila aku tak berapa sihat, atau tak sedap badan. Aku tak kisah pasal diri aku. Yang aku kisah satu lagi nyawa dalam rahim ku ini. Sebab tu lah kalau pergi ke klinik pun, ubat yang doc tu bekalkan aku tak makan pun. Sebab aku tahu, ubat tu untuk kelegaan aku seorang je. Tak memberi kebaikan untuk si kecil ini pun. So tak payahlah makan. Bertahan sendiri je.

Diary Mummy : Trimester Ketiga Kehamilan

Bulan Ketujuh.

Masa ni dah tau dah jantina apa. Jeng jeng jeng. Excited bila beli barang2 baby. Especially baju. Comey sgt baju2 baby ni kan. Macam nak semuaaaaaaa je. Tapi sebab fikirkan nanti dia cpt membesar jadinya kami decide beli yang biasa2 je. Tidaklah semuanya yang berjenama.

Adat org jawa, bila dah masuk 7 bulan ada buat lenggang perut kan? Macam tu jugak aku. Tapi tak buat besar-besaran. Sekadar hantar makanan ke surau dan buat makan2 sikit kat rumah. Menu utama : mesti ada bubur merah dan pulut kuning. Sebab tu memang dah niat nak buat.

Masa ni jugak, sakit pinggang semua tak ada lagi. Cuma sakit bawah tulang rusuk ni pulak. Check klinik, doc cakap sebab perut dah mengembang. Aku kan kecik je orgnya. Jadinya perut tu menolak tulang rusuk. Sebab tu jadi sakit. So memang tak boleh buat apa. Kena bertahan jela. Kalau sebelum ni tidur kejap ngiring ke kiri n kanan. Tapi dah sakit ni banyak ke kanan je. Nak bangun pun agak susah. Apatah lagi bila batuk. Sakit jugaklah. Apa yang boleh buat mintak doa banyak2 ringankan kesakitan ni. Sebab aku tau sakit bersalin nanti lagi sakit daripada ni. Fuh...

Bulan kelapan.
Err pejam celik sekejapnya masa berlalu. Dan sekarang ni dalam keadaan berjaga2 jela. Time ni baby suka sangat mengeras kat dalam tu. Tak apa mommy boleh tahan ni. Biar aktif..mommy tak risau. Simptom nak asik nak terkencing je memang ada. Normal. Baju baby semua mommy dah cuci. Dah packing pun. Tinggal lagi nak tambah sikit2 je..

Barang mommy je belum ready ni ha.. huhuhu nervous la pulak!!

Wednesday, December 25

Diary Mummy : Trimester Kedua Kehamilan

Sambungan.

Bulan ke Empat.
Waktu ni hormon dah stabil seperti biasa. Makan semakin bertambah selari dengan pertambahan berat badan. Errr. Sarapan mesti cari nasi lemak kedai makcik sombong. Walaupun acik tu sombong tp sebab anak tekak punya pasal tak ku hiraukan muka makcik yg takmo senyum tu. Haha Masa ni try jugak minum susu tapi memang tak bolehlah. Soya je boleh. Tapi itupun doc nasihat jangan minum banyak2. Soya tak bagus. Mungkin ramai baby dapat kulit sensitif kot bila lahir nanti. Bila teringin je la baru aku beli.

Bulan Kelima
5 bulan telah berlalu. Yeay. Perut pun masih tak berapa nampak lagi. Masih boleh sarungkan baju kurung lagi pergi kerja. Hihi baju mengandung pun tak beli banyak sgt. Biasa-biasa je. Oh ya, bulan kelima ni time yg sesuai kalau nak scan tgk jantina. Hehe excited? Of course! First scan 3d 4d. Dah boleh nampak dah muka baby. Hehe tapi sebab masih kecik lg. Doc ckp tak berapa jelas dia encik kumbang ataupun cik bunga. So doc suruh datang balik masa 6 bulan nanti. Alhamdulillah sepanjang 5 bulan ni pun so far tak ada mslh apa2. Cuma bulan depan kena minum air gula. Ha gasak lerrrrr.. sobsobsob

Bulan keenam.
Masa ni nurse suruh minum air gula. Sebab overweight. 3.2kg. Kesian tau. Sblm preg punyalah susah nak naik even 1 kg. Tapi preg ni bukan main pulak ye naik nya. Apa nk buat. Redhooo....

Akceli minum air gula tu bagi aku boleh tahan lagi. Yg tak boleh tahan tu sebab kena puasa je. Puasa start dari jam 12 malam sampai esoknya 8 pagi. Tak boleh makan. Minum air suam je boleh. Lepas tu amik darah & minum air gula. Emm rasa air gula tu mcm air gula yang orang meniaga jual air tu ha. Ha macam tu ler. Pekat likat. Yg tak best tu kena puasa lagi 2 jam. Pehhhhh....badan aku pun dah masuk angin time tu.

Tapi kuatkan semangat jugak. Baby pun macam bagi sokongan kat mommy dia. Masa minum tu punyalah ligat dia kick kat dalam ni. Macam bersorak "go mommy go mommy!! U can do it!!" Haa...

Alhamdulillah tak ada pun kencing manis. Suka tau nurse kkia ni bg kita minum. Ishh.

Thursday, December 19

From Cameron Highlands with ♥ - Part 2

Helo.

Entry ni sambungan dari Part 1. Tak payah risau sebab ada 2 part je. Tak kuasa nak buat banyak2 part. Sebab aii bukan retis uols. Ni utk catatan sendirian je.

Ok. Bangun pagi2 semangat tuuu.. sebenarnya tidur malam pun tak lena. Sekejap sekejap terjaga. Rasa macam lama je matahari nak terbit. Mungkin keterujaan nak jalan2 tu mengatasi segalanya. Hahaha




Pemandangan dari bilik hotel after subuh. Azan berkumandang jelas sangat. Lepas tu bersiap terus nak check out. Sebab malas nak patah balik.


Malam tu dah list kan tempat mana nak dituju dahulu. Sebab ni short trip. Kalau boleh nak pergi tempat yang betul2 menarik je. Masa pun tak banyak. Nanti kalau singgah semua tempat maunya aku kena extend lagi 1mlm. Itulah idea hasben aku ni. Ish...saja la tu nak goda aku suruh cuti lagi. Eeeeee.....tak boleh2. Meroyan pulak boss aku kang. Alhamdulillah semuanya memang menarik utk dijejaki. Jom tengok!

1. CACTUS CENTRE

- Bayaran per head : RM 5.

Tempat ni tak jauh pun dari hotel. Jalan yang sama menuju ke kebun strawberi. Tempat ni besar dan banyak jugak jenis kaktus yang aku tak kenal. Sebab tak ada tulisan kt situ jenis nya apa. So tengok2, snap sini, snap sana. Dan bila sampai ke tingkat atas sekali boleh tengok pemandangan luas. Hmm nice view.

















2. BIG RED FARM STRAWBERRY

- Bayaran masuk : Percuma

Tempat ni wajib singgah ok. Sebab kami tak breakfast lagi. Dan memang plan nak breakfast sini. Ada cafe. Ingatkan turun terus cafe ke apa. Rupa2nya kena menapak naik tangga ok. Dan masa tu dalam kepala dah terdetik ni mesti tempat2 yang seterusnya pun kena mendaki! Habislah akuuu...

Ni lah menu pagi kami. Semuanya based strawberry. Memang teruja nak merasa..sebab ni lah yang ditunggu2 selama ni. Hehe




Utk waffle tu sedap jugak la. Sebab lapor kot. Cuma portionnya besar. Patutnya boleh share makan 2 org. Yang tak bestnya sebab strawbery tu masam je. Pelik jugak. Ramai yang kata manis kat atas. Tapi kitorg rasa masam je. Tipu lah korang ni! Air tu pun ok jugak. Cuma mcm muak sikit. Sebab susu. Yang hasben punya pun masam jugak. Huhu tak apa, selagi tak rasa mana kita nak tau kan..kan..

Kat sini tak boleh petik stroberi tau. Haip!! Siap mangga lagi tak bagi masuk. Kalau korang teringin nak petik kena cari kebun yang tulis 'Pick Your Own'. Kami tak teruja pun nak petik sebab dah rasa yang tadi punya masam. Pulak tu buahnya cinonet je pun. Dan mungkin sebab kami rasa strawberry Bandung lagi best dan besar! Siap boleh petik dan makan terus kt situ. Jadi kitorg boleh simpulkan --- strawberry kat sini biasa-biasa je.

3. ROSE CENTRE

- Bayaran masuk per head - RM 5

Kebun ros ni tersorok sikit. Kena masuk lorong Kea Farm. Kat sini ada macam2 jenis ros. Yang syok tengok sebab bunganya besar2. Baja apa yang dorang guna gaknya ye. Haha







4. BOH TEA PLANTATION CENTRE

- Bayaran masuk - Percuma

Ok tempat ni yg paling teringinnnnnnn sangat nak pergi. Bila tengok orang post gambo posing kt sini jeles jee.. hah.. jalan nak masuk sini dari pintu utama lebih kurang 2 km je la. Tapi kena careful. Sebab jalannya sangat kecik. Tapi bila dah masuk ke ladang tu cantik sangat view nya. Bila dah sampai ingatkan boleh park terus kat atas. Rupa2nya kena daki tangga ye uols. Mampu ker mak buyung ni panjat tangga??? Tinggi oiii... Aduiiiiiii... tapi sebab semangat tu kuat, gigih jugak ler aku mendaki satu tingkek ke tingkek yg lain. Kalau bawak org2 tua ni memang dah sah2 tak larat nak naik. Silap2 balik keyel jela terus. Nasib baik dorang ada sediakan bangku untuk berehat sekejap. Berhenti jugak ler aku. Amik napas. Phew.

Sempat pose sekeping dua. Pastu teruskan pendakian lagi. Bila dah naik atas kena lah order air. Penat ye. Pandai dorang ni. Suruh kita panjat tangga semata2, pastu beli air kt dorang ye. Peh..untung2. Kami order air teh ais & strawberry raspberry panas je. Nak makan pun tak ada yang heavy. Setakat puff dan kek jela. Tak pelah..









Dah puas tengok pemandangan. Dah puas posing marilah kita meneruskan perjalanan ke tempat lain pulak. Masa turun tu boleh pulak kaki cramp. Huhuhuhu sakitnya lahai. Hasben picit2 tekan2 sikit. Terpaksalah jalan perlahan-lahan. Huhuhu sampai bawah hasben tanya "Best tak Cameron? Nak gi lagi?" - sambil sengih-sengih. Aku pun jawab "Huhuhu tak moooo...semua pakat kena naik tangga turun tangga je. Cukuplah sekali ni je kita pi ye.."


5. CAMERON LAVENDER

- Bayaran masuk - RM 5

Hah, ni tempat baru dibuka yang mesti korang singgah bila sampai Cameron ok. Sebab taman ni cantik sangattttt.. korang pasti jatuh cinta tengok deco kat dalam ni. Meriah dengan bunga. Kat sini pun ada cafe. Boleh beli air sambil makan kek strawbery feeling2 tengok pemandangan dari atas ye. Sempat la posing manja2 gitu. Lagi satu kat sini ada burger sedap. Jangan lupa beli satu k!










6. CAMERON VALLEY

- Bayaran masuk - Percuma

Ok ni tempat yang lasstt sekali kami singgah. Kebun teh jugak. Tapi kat sini lebih landai. Kiranya lagi dekat la kalau nk tengok daun teh. Gitu.

Kat sini best sikit sebab takde tangga je. Haha parking terus dan boleh turun terus tangkap gambo. Tapi kalau perasan, kat sini daun teh lebih pekat sikit hijau nya dari boh tea. Oh ya, kat sini pun ada cafe tau untuk korang beli teh uncang/serbuk/cenderahati untuk bawak balik. Tapi aku tak beli apa2 pun. Tengok2 jelah. Banyak nau nak beli kang kembung perut dok minum teh je. Hish.

So...dah masa untuk meneruskan perjalanan balikkkkkk. Dan PapaGo jugak kami serahkan. Masa tu jam dah pukul 4.30pm. Memang kena balik sebab takmo lagi dah lalu jalan bengkok tu waktu malam. Hasben pun tak berani.

Mula2 tu ingatkan dah lalu jalan yang betul. Rupa2nya jalan tu menuju ke Tapah. Peh! Tapi hasben dengan yakin dia cakap takpa. Janji kita dapat keluar dari jalan macam ni sebelum malam. Aku? errr....cara dia cakap tu macam dah tersesat dalam hutan pulak. Risaunya lah.

Mulut pun terkumat kamit baca macam2. Dan...memang betullah kata korang. Tapah tu jalan memang menyeramkan! Dah la kecik. Bila hujan lebat memang berpotensi besar untuk tanah runtuh tiba2! Pulak tu kiri kanan macam kg org asli je semuanya. Macam seram je..macam seram je...

Separuh perjalanan boleh lagi borak2 dengan hasben. Yela kesian dia kena layan corner sorang2. Tapi lepas tu aku dah tak mampu untuk bertahan. Perut kosong dah masuk angin. Aku pegang je hp bagi dia tengok sendiri gps. Sebab aku nak muntah. Dan bila nampka je jalan lurus nk masuk ke hiway punyalah lega. Tinggal lagi nk tunggu pit stop - rnr je. Tahan..tahan..tahan..

Hasben park je kereta, aku sempat capai plastik kecik dan.....bluwekkkkk...maka terkuar la balik segala macam yg makan dr pg td. Huaaaa..

Makan sikit buat alas perut dan meneruskan perjalanan pulang dengan hati yang tenang. Eceh.

Sunday, November 24

From Cameron Highlands with ♥ - Part 1

Helo.

Since ramai blogger ada post pasal CH. So aii pun nak post jugak. Mana tau ada tips sikit2 yang boleh membantu uols kan.

Plan nak ke CH mmg tak dirancang pun. Sebab aku pun dah masuk 7 bulan. Malas nak travel jauh2. Setakat jalan2 cari makan ok la..tu fevret. Hehe Sebenaunya nak gi GoldCoast Morib @ Melaka. Gigih aku survey dari awal bulan 10 ye mencari hotel yg paling best dan tempat2 menarik. Siap bookmark dekat note. Kiranya CH ni memang tak termasuk pun dlm list. At last, hasben bg green light pulak nak ke sana. Hishh..dah di ajak kan..takkan pulak nak menolak. Rugi ni rugi.

Dah nama unplanned trip, cpt2 search internet cari hotel. Kebetulan hari biasa so memang senang dapat hotel. Book thru phone dan mintak nak late check in. Yela hari rabu kan. Pukul 4 bru decide nak gi mana. Gila ke tak gila. Cakap cepat! Kemas punya kemas, sempat singgah klinik sekejap extend mc. Maklumlah org mengandung ni dpt kelebihan sikit kan. Hehe Lebih kurang pukul 5.30 pm baru lah kami memulakan perjalanan. Sangkut jammed sekejap dekat highway Damansara sebab time org balik kerja kan. Biasalah tu..

So kami terus menuju ke CH dengan harapan tak hujan dan jalan ok. Dalam hati risau jugak. Kalau dah gerak petang of cos sampai sana malam. Fuh. Hopefully tak ada apa2 yang tak baik berlaku.

Since ramai org cakap lalu Tapah jalan bahaya kami decide exit Simpang Pulai. Sampai tol sini dalam lebih kurang 7.20pm. Dan..pengembaraan pun bermula. Dengan bantuan PapaGo kami serahkan bulat2. Fuh berani betul kitorang ni. Jalan bengkang bengkok jugak la. Macam genting jugak. Yang macam seram sebab kereta cuma sesekali lalu je. Lepas tu jalan tak banyak lampu. Aku assist hasben tgk jalan ada selekoh ke, selekoh tajam ke. Masa tu memang tak berani nak tengok kiri kanan sangat. Takut tiba2 ternampak pulak hantu atas pokok ke apa kan. Hehe Banyak jugak gerai atap rumbia sepanjang tepi jalan. Tapi bila dah terjumpa ada kebun yang banyak sangat lampu tu hati dah lega sikit disamping teruja nak sampai.

Oh ya. Kalau exit Simpang Pulai, kita akan tempuh Brinchang dulu. Kalau exit Tapah, kita akan jumpa Tanah Rata dulu. Ingat ye.

Sebab ramai cakap Tanah Rata tak best sangat so aku memang book terus hotel kat Brinchang. Alhamdulillah 10min sebelum pukul 10pm kami pun sampai di Brinchang. Yeay!!

Kami terus pi check in kat Hotel Jasmine. Tak susah pun nak cari sebab kat situ semua hotel berdekatan. Ada banyak hotel pilihan yang kita boleh pilih. Yang penting harga reasonable dan selesa. Walaupun utk tido sekejap je.






Ni Standard Deluxe pilihan kami. Harga 1 malam - RM 128. Comforter tebal dan paling penting toilet bersih! Aii suka sangat... walaupun ni kira hotel bajet, tapi tak nampak bajet pun. Memang selesa and recommended!!

Kat bawah hotel ni ada restoran mamak dan thai. Berdepan pulak ada kfc. Tak susah pun nak cari makan. Lepas check in kami terus menuju ke Pasar Malam Brinchang. Dah nak tutup pulak masa tu. Tapi tak pe, asalkan dapat tengok2 je pun jadi lah kan. ;)

Sempat singgah beli buah berangan. Hari tu memang teringin tapi tak sempat nak inform hasben mtk tlg beli. Ni dah jumpa memang nak terus. 1 peket - RM 10. Tengah sejuk, makan panas2 mulut pun berasap. Masing2 nak tunjuk mulut kuar asap. Hahahaha *feeling obesea*

Balik hotel angkut barang dan berehat. Sebab esok nak bangun pagi2 nak pergi tempat2 yang menarik. Wuhuu.

Sunday, October 13

Diary Mummy : Krim Stretch Marks

Utk entry kali ni, aku nak share produk yang aku guna untuk stretch mark. Mcm semua tau stretch mark tu adalah tanda kulit pecah. Maklumlah untuk 1st pregnancy memang majoriti akan alaminya. Yelah, perut tak pernah mengembang. Tiba2 kembang macam ada bola sepak dalam tu. Manalah kulit tak alami regangan. Huhu

Masa masuk 2 bulan, memang dah start tanya pendapat akak dan search google utk produk yang mana bagus. Dan pendapat utk cari krim ni pun memang dah siap2 usulkan kat boss besaq. Yelah, apa2 info tentang kehamilan memang harus dikongsi bersama suami agar suami lebih memahami apa yang kita lalui sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Dan ya, masa mula-mula bg tau tu dia tak pernah dengar pun apa tu stretch mark. Tapi lepas aku tunjuk gambar kat google, dan2 tu jugak dia suruh pergi cari cepat. Hahahaha kalau dia tengok pun takut, aku lagi lah risau apa bener jadi gitu dong! Tapi apa2 pun, stretch mark tu boleh hilang orang cakap. Cuma daripada kita pening cari camana cara nak hilangkan baiklah kita mencari camana cara nak hindar @ kurangkan. Kan kan kan.

Akceli banyak je produk yang ada di pasaran. Korang boleh try yang mana ikut suka. Harga pun majoriti < RM 50. Tak mahal mana pun.

Aku guna produk Franch Oil. Start guna dari bulan ketiga kehamilan. So far, alhamdulillah ok. Tak ada rasa gatal or ruam-ruam timbul. Bau krim ni pun sedap. Mcm bau minyak angin skit. Tapi aku suka lepas pakai letak bedak baby Johnson's tu. Hmmm harummnya. Hihihi



Aku pakai 2x sehari. Nak pergi kerja dan sebelum masuk tidur. Sapu di perut dan betis ataupun kawasan lain yang korang rasa ada potensi untuk stretch mark tu muncul dengan jayanya. Huhuhu

Dalam masa yang sama, aku pun guna baby oil Johnson's. Yang tu akak aku cakap pun boleh kurangkan. Cuma dia agak oily skit la. *lah dah namanya pun Oil* dush dush. Hehe

Baru-baru ni ada beli losyen Skin Repair. Yang ini memang khas beli tuk husband. Sebab kulit dia kering especially kat bahagian kaki dan tangan. Bagus produk ni. Rasa kulit lembut je bila pakai. Ini pun aku pakai jugak sapu di perut. Hehe

Produk ni boleh dapat kat Guardian, Watson & Tesco pun ada. Tak susah nak cari. Beli time ada diskaun dapat jimat RM 2 or RM3.


Selamat mencuba!



posted from Bloggeroid

Friday, September 20

Diary Mummy : Trimester Pertama Kehamilan

Ini aku nak cerita macam mana aku hadapi dari bulan pertama sampai ke bulan yang ketiga. Simptom yang aku alami. Lain orang lain kekdahnya.. I'm just sharing a part of my experience. Mana tahu boleh rujuk balik bila nanti mengandung kali kedua. Eh?

Bulan Pertama.

Waktu bulan pertama kehamilan mungkin ramai yang tak sedar dirinya hamil. Macam aku juga. Cuma yang boleh perasan, hormon tu turun naik je. Rasa lapar berpanjangan je. Sampailah yg kita rasa kita 'macam' pregnant. Masa tu dalam keadaan berjaga2 je. Tak angkat berat. Control stress. Jaga makan- tak amik makanan yang tajam macam nenas, air kelapa, air gas, dll. Tapi masa ni yang aku perasan, aku suka sangat makan ikan pekasam yang akak aku bawak dari Taiping tu. Boleh dikatakan hari2 aku goreng! Tapi, yelah nk check masih terlalu awal. Tak nak lah excited kan. So rilex aje.

Bulan Kedua.

Waktu ni memang dh confirm pregnant. Yay! Doc advise makan makanan berzat. Asid folik wajib makan. Nasihat doc, kena banyak minum susu. Huhu walaupun aku tak adalah anti susu sangat, tapi bila hormon dah bertukar ni bau susu tu pun kembang tekak la. Bab alahan pulak, aku rasa aku kurang sikit alahan ni. Muntah tu ada. Tapi aku control. Sebab aku tak nak jadi ngada2. Bila ngada2 nanti aku jugak yg susah. Nanti aku malas nk kerja dsb. So, aku try 'mindset' yang aku tak mo muntah. 'Tak mo, tak mo & tak mo'. Dan aku rasa ya. Aku punya eksperimen tu berjaya kot. Sebab setiap kali nak muntah tu memang tak terkeluar pun. Adalah 2, 3 x jugak muntah sampai rasa di tarik-tarik perut and sampai nak terkeluar anak tekak. Cuma bila dah control tu automatik boleh kurangkan dan dalam masa yang sama boleh hilangkan rasa nak kuar tu.

Mungkin korang pun boleh cuba :-
Bila rasa nk muntah, tahan dulu. Cakap dalam hati 'Jangan muntah. Tak nak muntah pls.' Lepas tu tahan nafas 3 saat dan lepas. Ulang sampai rasa ok.

Well, lain org lain caranya. Lain org lain alahan nya. Alahan tu bergantung pada diri masing2. Kita tak boleh nak agak. Tul dak? Kalau dah hari2 memang muntah sampai tak leh nak wat apa,nak wat camna lg..

Waktu bulan kedua ni aku masih lg dalam keadaan berjaga2. Tak angkat berat etc. Makanan paling aku tak suka yang masam2. Bila makan or minum benda yang masam lagi lah aku rasa loya. Yang aku makan/minum yang ada rasa manis je. Lepas tu kalau bab air, aku tak boleh langsung telan air panas. Kalau dulu aku suka buat teh o panas ke nescafe panas ke, tapi tak boleh. Nak kena sejukkan dulu dalam freezer baru boleh telan. Huhuhu Dan kadang2 aku terpaksa minum air berais sebab nak hilangkan rasa loya tu.

Waktu ni jugak, perut aku selalu pedih bila time tengah tidur. Sampai kadang2 tu memang mengganggu tidur aku. Macam2 cara yang aku try. Semua macam tak berjaya je. Ke mungkin sebab waktu ni time bulan puasa kot. Yeke?

Bulan Ketiga.

Alhamdulillah dah masuk bulan ke 3 ni, dah rasa lega sikit dah. Badan dah boleh terima. Selera makan pun bertambah. Cuma aku memang tak boleh minum susu la. Bau susu Anmum tu menyengat betul. Busuk!!! Hasben pun tak mo try apatah lagi ibu mengandung yang loya ni nk minum..eee lagi loya tekak aku. Sudahnya dalam tupperware jela ko duduk ye. Huhu

Hari tu, ada jumpa doc mintak advise dia kalau tak minum susu boleh tak bagi pil kalsium. Nasib baik dia kata boleh makan pil kalsium. Lega sikit aku dengar.. Tapi, risiko mkn pil kalsium ni sembelit ler plak. Kena la banyak minum air dan makan buah-buahan..gituu.

So far, aku dah berjaya melepasi trimester yang pertama. Alhamdulillah..so sekarang get ready untuk bertukar bulan ke bulan pula.

:')

posted from Bloggeroid

Thursday, September 5

I'm pregnant!

Lamanya aku tak menulis dalam blog. Sejak macam2 applikasi yang ada, rase2nya blog ni mcm dah semakin ketinggalan je. Yeke? Ke perasaan aku je kot. Hmm tak pela. Yang penting mulai saat ini, aku mahu yg lebih baru dan segar. Mungkin aku akan delete post lama2 yang aku rasa tak penting untuk di baca oleh bakal generasiku. Hahaha Generasi tu means -bakal anak-anak ku la. Ya, aku mahu mereka tahu tentang secebis kisah yang aku pernah lalui dan rasa. Dan aku juga mahu menitipkan kisah mahupun cerita tentang mereka. Supaya mereka tahu kasih dari seorang mak terhadap anaknya.

Ok, entry dimulai tentang kisah macam mana aku rasa aku 'macam' hamil?

Biasalah, bila kita dah bersedia nak jadi Mummy, perkara pertama kita akan calculate - Bila period aku nak sampai. Bila period aku nak sampai. Hp kita akan boleh install period calendar kan? Maka aku dgn rajinnya monitor dari situ je la.

Seminggu sebelum tu, aku tak rasa apa2 pun. Kecuali aku lapar teramat. Belum pukul 12 tghari lagi dah terketar cari makanan. Hmm. Kebetulan aku kena attend satu interview. Masa tu pulak memang lambat sangat habisnya. Memang gigil betul time tu. Mujur hasben aku pun cuti. Lepas je habis, terus ajak dia makan Ayam Penyet kt IoI Mall. Masa tu memang licin pinggan aku. Lepas tu kami pi tengok wayang. Masa dalam wayang tu akceli aku tak selesa dah. Rasa tekak payau je. Ingatkan aku sorang je rupa2nya hasben pun mcm tu jugak. Ok takpe. Jangan terlalu konfiden. Nanti frustt.


So, macam biasa. Counting hari nak period. Tunggu punya tunggu, macam ada sikit tanda hari yang sepatut period datang. Tp lepas tu tak ada dah. Ok tak apa kita tengok dulu-cakap dalam hati. Then, dalam masa yang sama rasa mcm nak muntah tapi tak terkeluar pun muntah tu. Ada la dalam 3, 4 kali.

Masuk hari ke 4 tak datang lagi period tu, aku memberanikan diri pergi farmasi. Hahaha kentalnya aku masa tu. Penuh perasaan nk tahu maka ujian pun dimulakan dengan bismillah...

Dan.. bila aku tengok macam ni.







Aku kerutkan dahi kejap. Macam ada double line. Kat instructions ni siap tulis lagi. Tapi kenapa aku punya samar bayangan je? Aku terus google. Dan, bila ramai bloggers cakap kalau double line tu memang pregnant maka aku dengan senyum lebarnya memanggil hasben untuk berkongsi kegembiraan itu bersama. Eceh.

Sukanya kami!!! Maklumlah anak pertama. Perasaan keterujaan tu memang tak dapat nak dibendung lagi. Pergi kerja senyum. Balik kerja senyum. Hai lah. Biaq pi apa orang nk kata pasal apa kami gembira sangat.

Esoknya terus ke klinik azlini untuk pengesahan. Dan ya. Aku pregnant 4 minggu masa tu. Alhamdulillah... :)

SesungguhNya Allah Maha Mendengar. Allah makbulkan doaku..

Berita gembira ni di kongsi bersama mak.. mak pun happy sangat2. Walaupun yang bakal lahir ni nanti adalah cucu yang ke 14! Hihihihi
Mungkin sebab aku anak yang bongsu kot. Manja lebih. Jadinya sayang pun lebih la sikit kan. Sebab tu mak pun teruja macam kami. Hehe

Dan doaku..Semoga Allah senantiasa melindungi diriku dan anakku sepanjang kehamilan ini dan mempermudahkan urusan untuk aku bersalin nanti. Amin..


Ps : nanti aku update tentang pengalaman kehamilan utk trimester pertama, kedua dan insyaAllah ketiga.

posted from Bloggeroid

Friday, July 19

Secebis kisah Bazar ramadhan

Sebut bulan puasa, dlm kepala mesti ingat bazar ramadhan. Semua tak sabar nak dapatkan menu kegemaran masing2. Tambah lagi tengah berpuasa, menahan lapar dan dahaga sangat menduga nafsu makan kita. Kalau boleh semua nak beli. Walau pada pengakhirannya secubit je yang dirasa pun.


Nak cerita sikit, bab2 menjual di bazar ni. Ya, kami tahu harga tepung, gula, dll bahan dh naik sekarang ni. Peniaga pun tak ada pilihan melaikan terpaksa juga menaikkan harga jualan mereka. Tapi, dalam pada tu, ada jugak yang amik kesempatan.


Boleh tengok sekarang ni, asalnya dia bukan terdiri dari peniaga. Tapi dia hanya berniaga ketika ramadhan menjelma. Hakikatnya terhasil lah kuih yang senget, popia yang leper, air buah yang rasa air paip, bubur yang kurang santan, cucur udang yang guna udang sayur dan sebagainya.. sebagai pembeli kita rasa terkilan bila beli makanan yang hanya makan secuit dan cik tong yang menjadi mangsanya.


Tambah lagi kalau beli lauk pauk. Memang nampak sangat menyelerakan tapi bila tang rasa...ya Allah lebih baik masak telur goreng je. Kebanyakan lauk yang dibeli tak semegah dengan harga yang dibayar.


Hmmm..kadang2 geram jugak dengan peniaga ni. Kaut untung semata2. Jarang yang nak meniaga sambil nak bersedekah.


Lebih baik masak apa yang ada je kat rumah. Walaupun tak sedap tp puas hati!


Korang macam mana?

posted from Bloggeroid

Sunday, July 7

Laksa Johor

Salam hujung minggu!

Apa aktiviti korang di hari ni? Puasa pun lagi 2 hari je. Mungkin ada yang tengah shoping raya kot. Hihi

Sebenarnya dah beberapa minggu teringat laksa johor. Nak beli hanya kedai tertentu je yang ada jual. Nak buat yg makan nya aku sorang je. Ah tak boleh jadi ni. Aku mesti kena buat jugak. Untuk puaskan hati dan perut!

Google resipi mat gebu dan dapur kak jee. Nah inilah hasilnya..




Masa snap pic ni sambal belacan tak buat lagi. Konon malas la. Tapi bila dah makan rasa macam tak cukup pulak. Jadi ptg sikit ni lah baru rajin tumbuk sambal belacan. Baru ada ummph! Laksa ni makan dengan spagheti. Bukan mee kuning tau.

Ha nak cuba?

posted from Bloggeroid

Friday, June 28

Sang pengamen

Tak ada mood.

Lemah. Lemau. Limau.

Hmph. Mood dah jadi carca marba. Tak tahu nk up kan balik macam mana. Rasa2nya jalan terbaik jap lagi aku tidur terus je. Senang sikit. Hahaha

Dalam tak ada cerita, bila dengar lagu - Aku yang dulu- aku pasti akan teringat kanak2 di bandung. Betul. Sedikit sebanyak rasa insaf tu menjelma bila tengok kedaifan mereka. Sedih. Betapa beruntungnya kanak2 kat Malaysia ni. Walaupun anak yatim, tapi ada hostel yg selesa, makanan disediakan (walaupun tak mewah mana), pelajaran cukup dan kebajikan terjaga.

Kalau tengok kanak2 kat sana, ramai yang jadi pengemis jalanan. Tapi, sebenarnya tak sesuai nk gelarkan mereka ni pengemis. Sebab, bagi aku dorang bukan mengemis. Dorang tetap berusaha berbuat sesuatu tapi dengan cara yg paling mudah. Contohnya :

1) Masa traffic jammed, ada seorang perempuan ni lap kan cermin van yang kami naik tu untuk bersihkan habuk. Bagi sesiapa yang rasa nk hulurkan duit 500rupiah pun boleh.. asalkan ada.

2) Masa tgh traffic jammed jugak, waktu tu tgh hujan renyai2. Ada 2 org budak lelaki duduk tepi jalan tgh menahan kesejukan. Bila lampu merah, dorang cepat2 berlari ke arah van (dorang tau van yang besar2 ni biasanya bwk pelancong). Korang tau x, dorang bawak apa? Dorang bawak lesung batu utk cili giling tu. Bayangkanlah lesung tu besar gila dan berat!! Diorang pikul guna kayu panjang dan letak kt bahu. Ya Allah, sebak tengok mereka. Bila tak ada yg berminat, cepat2 diorang ke tepi jalan balik untuk berteduh. Mungkin itulah hari2 yang mereka jalani..

3) Waktu kami singgah ke Kartika Sari (kedai kek) ada 2 orang budak lelaki sanggup catkan badan dorang kaler silver. Penuh satu badan berkilat. Untuk tarik perhatian pelancong la biasanya.

Biasanya dorang tak paksa kita nak bagi. Cuma kita yang tengok pasti kasihan kan. Hidup dorang tak macam kita. Hidup kita kat sini memang terlalu jauh nk dibandingkan. Anak2 kecil di Malaysia, bersyukurlah tinggal di sini. Belajarlah baik2.








Aku Yang Dulu – Tegar

TegarAku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia


Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan


Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah
Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya


Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehanMengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta

Cinta yang penuh warna


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

posted from Bloggeroid

Saturday, June 1

Keluh kesah kak esah - kerja lagi.

Hola.

Minggu yg tak kena.
Minggu yg penuh dengan kekecewaan.

Aku dah start stress dengan kerja sejak increment bulan 4 hari tu. Kadang2 majikan ni mcm lah beribu riban dia naikkan gaji kita.

Baru naik sikit dah macam2 yg diorang request suruh buat. Aku ni robot ke? Sedangkan PC pun boleh jadi down apetah lagi manusia biasa macam aku.

Baru aku apply cuti 1 1/2 hari dah sibuk macam aku apply utk sebulan. Bos, sy sikit pun tak kisah kalau bos nak cuti. Lagi saya suka adalah. Kerja, memang dh namanya pun kerja, sampai bos mati pun xkan habis. Setakat bos nak cuti 2 hari tu takde masalah pun. Bos je suka pikir bukan2. Suka pikir benda tu banyak masalah. Assistant bos plak kalau bos nak tau, bila bos xde, dia lah berlagak macam bos. Macam aku ni xde wasiat keje plak time dia xda. Sentap tau. Sentap! Grrrr.

Bukan aku nak mengeluh. Tapi dorang kena paham. Aku. Walaupun xde anak lagi, tapi aku ada suami. Aku kena masak. Tanggungjawab aku untuk uruskan rumah tangga. Aku bukan macam asst bos yg ada bibik. Balik rumah dh siap masak, kemas rumah, gosok baju, basuh baju, dan paling best siap urut lagi! Aku pun bukan single mcm bos. Bukan! Aku hanya fulltime working woman DURING office hour & fulltime hsewive AFTER working hour. Aku perlu - memasak, membasuh baju, mengemas rumah, dan rutin2 harian yang lain. Tapi korang faham ker? Faham ke tidakkk??

Cakap banyak eh tulis panjang2 pun xguna. Sebab bos tak baca pun blog aku ni. Baguslah. Blog ni tukang jadi tempat luahan dan kaunter aduan aku je. Huhuhu sedih hidup. Aku nk cari kerja lain!

posted from Bloggeroid

Saturday, April 20

No - is my answer

Nothing for this month.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 14

Hari Pertama - Bandung

Entry ni sekadar utk berkongsi maklumat je utk sesapa yang nak ke bandung. Bukan entry utk eksyen2..

Flight jam 10.25 pm, tapi delayed 10minit je. (AA dah semakin imroved. Kalau delayed dah tak berejam macam dulu). Sampai di LCCT dalam kul 6.30pm. Sempat isi perut dulu kat MarryBrown baru masuk untuk check in bagasi dalam kul 8pm. So memang ada banyak masa kt balai berlepas tu.

Masing2 walaupun penat drive dari jauh especially Siszai (dari Taiping - Kg Kelip Kelip - Puchong - Lcct) tetap bersemangat nak fly. Paling kesian kat Damia. Dia dah start muntah2 n suhu badan naik. Aku pun masih 50-50 lagi. Siang tu dah makan ubat demam siap2. Takut kat sana ter demam. Nanti susah nak berjalan. Apa-apa pun masa tu dah tawakal dah. Harap2 tak ada apa2 yang berlaku.

Kemudian, dapat naik flight kena duduk blakang skali. Urm..ok ai terpisah dengan hasben. Tahu lah seat AA kan kejung semacam je. So memang xdapat nak lelapkan mata langsung. Borak2 dengan anak2 buah aku je. Jenguk pemandangan pun memang tak nampak apa. Gelap gulita. Tapi best!

Tepat jam 11.30pm (bandung lewat 1 jam dari Malaysia) kami sampai di bandung. Weeho. Seronok gila bila kaki cecah Hussein Sastranegara Airport. Dalam hati berkali-kali cakap. 'Bandung aku datang lagi!!!'. Aku ingatkan last year mase balik honeymun caption gambar aku letak "Bye bye bandung. Till we meet again". Akhirnya setahun kemudian aku memang datang kembali. Hahaha

Proses imigresen kat bandung tak lama. Yang lama sebab kena beratur. Kaunter 2 je ye. Sila bersabar.

Siap proses, kuar je pintu airport pak supir namanya Hadi dah siap tgu dengan tulisan 'Pn. NISA YUNUS). hehehe Dah tengah malam jalan memang clear. Dala. 20minit dah sampai kat Hotel Pop! Weehu.

-Queen Bed di level 5
-Single Bed di level 6

Masing-masing perlu berehat. Jadi aktiviti kita adalah kumpul tenaga! Zzzz







posted from Bloggeroid

Friday, April 5

Bandung Family Trip - Intro

Syukur sangat. Akhirnya sampai juga di bumi indonesia- Bandung untuk kali yang kedua.

Untuk percutian yg mmg telah dirancang kali ni, pastinya persediaan dari segi mental dan fizikal sudah pun di lakukan. Ya, dari segi hotel, pak supir, makanan, tempat menarik, tempat shoping, tukaran asing, bayaran masuk dah pun di senaraikan awal2 lagi.

Thanks to all blogger yang sharing mereka punya percutian. Sangat2 membantu!

Emangnya gue seperti mau kembali lagi. Pastinya untuk kali yang ketiga ya! Pasti!

posted from Bloggeroid

Saturday, March 16

Ex-Gratia.

Salam semua.

Berita terbaik akhirnya diterima juga. Walaupun bukan namanya bonus. Aku tetap akan anggap tu adalah bonus. Walaupun hanya 2 bulan aku tetap bersyukur dapat. Cumanya increment tahunan masih lagi samar bayangan tika ini. Ada mahupun tiada tetap alhamdulillah.

Jadinya sekarang ini, boleh lah tarik nafas dengan lega, senyum pun sampai ke telinga.




ps : counting the days..

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 6

Masih tanda soal ?

Saya lapar.
Tapi saya tak rasa nak makan.

Saya ngantuk.
Tapi saya tak rasa nk tidur.

Saya ada kerja.
Tapi saya tak rasa rajin nak buat.

Saya bingung.
Tapi saya tak rasa pening kepala.

Saya rasa nak jalan2 keluar rumah.
Tapi saya tak tahu hala tuju kemana.

Saya rindu sesuatu.
Tapi saya tak tahu apakah ianya.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 3

Keajaiban Cinta

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia

Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu
Kerna cinta ku mampu mematahkan sepiKu sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup

Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku
Biar hujan yang turun
Membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

posted from Bloggeroid

Thursday, February 28

Kenali tahap kesensitivitian anda.

Helo. Hai. Hoi.

Akceli hati tengah marah. Hurm. Biasalah kan. Kadang2 aku tak kisah pun apa orang nak cakap. Tapi kalau kita rasa nak bergurau pun, kita kena tengok pada subject apa yang kita nak guraukan. Tak semua benda orang lain boleh terima.

Contoh lah, orang cakap ko gemuk. Orang tanya "Ko ni kan, pelahap betullah. Mana lah badan tak macam gajah". Ko rasa apa? Tipu lah ko cakap "aku ok je" sambil muka tersenyum manis.

Well. Manusia semua ada perasaan. Kalau ikut pendek akal maunya nak lempang org yg bercakap tu. Tapi jauhhhhhhh disudut hati ko mesti positif kan diri jugak kan. Anggap jela tu gurauan semata2. Sabar jelah...

Dan macam tu jugak aku.

Ini bukan soal gemuk. Tapi ni soal sensiviti. Sejauh mana tahap kesensitifan kita terhadap orang lain.

Nasihat aku senang je. Tak semua orang yang baru kahwin tu suka dan gembira dengan soalan uols "bila nak beranak" & "bila nak ada isi", "aku dah ada, ki bila plakk?" Giler ke apa siapa yang tak nak tu. Kalau betul2 tak nak, tu abnormal namanya. Dah terang lagi nyata, perut tu tak terbonjol maknanya belum pregnant lagi la tu. Tu pun masih nak tanya lagi.

Kalau dorang memang tak mercancang makna nya belum ada rezeki lah. Kalau pun dorang merancang kita semua tau ke apa masalah diorang? Atas sebab apa diorang planning tu. Kalau beranak ceaser pun tak ke kena merancang jugak? Tak ke doc sendiri nasihatkan korang supaya jgn preg within 2years? Tu tak planning ke namanya.

Kadang2 orang ni memang suka bertanya. Peramah lah katakan. Very the. Yang banyak bertanya ni ada yang memang ikhlas nak bertanya. Tapi ada jugak yang bertanya tu semata2 nak jadikan hot topik, bukan nya betul2 amik berat pun tapi lebih kepada kategori penyibuk.


So, dah lepas kat sini. Faham-faham jelah. Think wisely before you ask question.


Dada.




posted from Bloggeroid

Saturday, February 23

Suamiku dan hobinya.

Hobi ni dia dah start tahun lepas lagi. Tapi stop sekejap sebab masa tu tak ada geng nak fly sama2. (Masa dia stop tu legaaaa gila sebab rumah tak bersepah2 macam dalam kontena. Segala mak nenek jenis skru, sepana, playar sume ada. Dah la siap tak bagi aku sentuh. Nyampahs.)

Masuk tahun ni ingatkan kelegaan aku sampai situ je. Bff dia pulak ajak start balik. Ergh. Tak tension. Tak tension. Aku ok je. Fuh fuh fuh (take a breath deeep).

Bila ada geng, dia kena psiko. Maka bermulalah episod2 cinta dia dan bff nya. Masa barang under shipping ok lagi. Tapi bila barang dah sampai, bercinta lah mereka berdua sehingga lewat pagi. Aku pun dia pandang sebelah mata je tau. Huh. Mana taknya pukul 6 pagi baru stop buat keje2 tu. Hari bekerja pulak tu. Gila betul lelaki ni kalau dah minat ye. Kalau aku lah, mau nya pengsan sampai opis tak cukup tidur.

Rumah pun hari2 aku tengok hall ni sakit juga mata ku. Port istirehat aku dah jadi mangsa keadaan. Nak tengok meleTOP pun tak senang. Sebab nya, sambil tengok kaki terkuis skru lah, sepana lah. Paling geram bila jalan tapak kaki terlekat soletape & double tape. Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sabar jelah.

Sampai kan bila dia mintak tolong apa2, aku suruh buat perjanjian lisan - AKU JANJI supaya dia kemas lepas aku tunaikan permintaannya. Huhuhu Nasib lah nisae oit. Redha jelah.

Itu kisah masa nak setting quadcopter dia.

Bila dah siap setting aku lega sikit. Kebetulan bapa aku datang dan nak tidur rumah. So nak tak nak dia kena kemaskan jugak hall ni. Fuh....lega sesangat bila aku bangun pagi tengok clear hall aku. Happy happy.

Tapi hari ni dia outing dengan bff nak cari frame baru untuk quadcopter dia. Hati berharap agar rumah tak bersepah macam aritu lagi. Moga2...amin. (hihihi siap berdoa lagi).

Dan ini quadcopter dia yang dah siap dan mahu fly away. Err..kul 12 malam baru nak fly. Tak takut diorang berdua ni kan. Kang ada yg follow fly jugak jugak tak tahu lah. Ayook >.<










posted from Bloggeroid

BR1M dan kita.

Kalau tak nak, jangan ambil.










Jangan bising.

posted from Bloggeroid

Hari Sabtu ku

Hari ni aku bangun awal. Suamiku pun kena kerja hari ni - hafday. Bangun2 masak air dab bancuh milo secawan. Keluarkan ayam dari fridge. Belek sayur apa yang nak dimasak. Hurm. Kadang2 aku macam tu lah. Bila dah beli stok untuk seminggu, macam ada halangan (alasan je tu :p) nak masak. Hihi

Minggu lepas aku dah siap beli stok sayur untuk seminggu. Kailan, bendi, sawi, bayan dan terung. Dan satu pun aku tak masak lagi. Ee teruknya.

Ok. Hari ni, sebab nak tebus balik kesalahan tak memasak tu aku bercadang nak masak sambal tomyam terung dan kailan ikan masin.

Sambal tomyam terung tu fevret suamiku.

Gedabak gedebik gedebuk kat dapur. Pukul 11.30 aku dah siap masak!

Menu untuk hari ni :
1. Sup Ayam
2. Sambal Tomyam Terung
3. Sayur Kailan Ikan Masin
4. Sambal kicap (wajib makan dengan sup ayam)

Semuanya kurang pedas. Aku sekarang dah tak suka sangat makan pedas2. Sedang2 je kalau buat sambal pun. Tak tahu lah kenapa. Rasa perut macam tak boleh terima pulak. Sayang perut kot. Hehe

Dan menu hari ni aku rasa macam menu yang palinggggg sedap aku masak. Hihi ada masa aku masak sedap. Ada masa aku masak biasa2. Ada masa aku masak langsung tak sedap. Hahaha Yang kesian, suamiku jugeee. Sebab dia adalah mangsa untuk semua eksperimen aku. Hehehe (gelak jahat).

Hari ni tak snap gamba. Yang pasti sedap. Hihik.



posted from Bloggeroid

Sunday, February 17

Lara Lagi

Di ketika ini aku masih segar lagi menghadap laptop. Jari jemari laju menaip sambil mendengar lagu 

"Lara Lagi" 



Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..








p/s : peminat setia Ajek Hassan. Bila dia nak perform kat Malaysia lagi agak-agaknya kan? 

Pic : Kredit to google. 


Photobucket

Saturday, February 16

Nasi Impit dan Kuah Kacang

Hari ni mood rajin aku muncul semula. Bila rajin tu mai macam2 la aku nak buat. Kalau boleh apa ada dalam fridge tu semua nak keluarkan masak. Boleh?

Kebetulan nasi impit satu peket lagi aku tak sempat nak masak2. Rasa2nya tu belen raya puasa aritu. Hee. Tapi takpe still lagi dalam valid date k! Kacang tanah pun masih tersimpan rapi. Ikut hati nak buat lontong. Tapi preparation bahan2 tu banyak jugak la. Dengan nak goreng dulu semua. So paling mudah buat jelah kuah kacang.

Resepi? On call je. Aku ni nama je tiap tahun nolong kat dapur. Tapi bab resepi ni satu hape aku tak ingat. Aku cuma ingat cara2 nya je. Gitew.

Resipi ringkas untuk sesiapa yang berminat la ye.

1/2 kg kacang tanah
*15 tangkai cili kering
*8 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit
Segenggam udang kering (ditumbuk asing)
1 btg serai
Gula merah
Garam secukupnya
Sedikit air asam jawa
(*dikisar)

Cara-cara :-

1. Goreng kacang dengan sedikit minyak. Angkat dan sejukkan bila dah rangup. Tumbuk ikut citarasa samada nak halus mahupum kasar.

2. Tumis bahan yang di kisar hingga naik minyak dan bau. Masukkan udang kering yang di tumbuk halus.

3. Kacang di bancuh dengan air suam sedikit (agak2 ke. Kalau terlebih nanti terlalu cair).

4. Masukkan bancuhan kacang tadi. Letak gula merah, garam dan sedikit air asam jawa.

5. Kalau rasa dah ok, tutup api dan hidang.

Pagi tu aku dah siap2 masak sayur dan sambal sotong kembang. Awal jugak la kami lunch. Pukul 11.30 gitu aku dah siap masak. Cuma nasi impit dan kuah kacang aku masak belah petang. Sebab aku mengantuk. Keh23.

Dah siap masak, mudah jugak lah rupanya. So next time boleh buat lagi. ;)






Aku dapat bagi sikit je kat ibu mertuaku. Sebab dorang semua tak ada kt rumah. Pergi shopping. Kebetulan kawan2 hasben aku mai rumah. So hidang jela sekali. Kalau tak pun takkan buleh habis punya kalau kami berdua je yang makan. Tak gitu. :D

posted from Bloggeroid

Friday, February 15

Rindu bertamu

Hari sabtu yang tenang. Teringat sabtu yang lepas. Masa ni aku tengah sibuk menolong mak memasak di dapur. Kami bakar ikan pari masak lemak, masak sayur-sayuran kampung, ada sambal belacan dll. Bentang tikar di ruang tamu dan makan beramai-ramai. Di tambah pula air kelapa fresh kait depan rumah. Memang ummph!

Mak..bila call je cepat sangat tersentuh hatinya bila cakap pasal anak2. Tambah lagi bila membayangkan satu persatu anak2 mak semakin jauh. Apatah lagi kakak ketiga aku bakal berhijrah ke utaran nun. Sayu hatinya. Tapi nak buat macam mana. Ni semua lumrah kehidupan. Kalau tak amik peluang yang ada di depan mata sampai bila kita mahu di takuk lama?

Dari seorang receptionist dia dah naik pangkat ke Manager. Rezeki...rezeki buat dirinya dan anak-anak. Rezeki atas berkat doa mak selalu juga.

Hendaknya bila dah semakin jauh, kita semua bukan semakin renggang, malah semakin kuat ikatan kasih sayang antara kita adik beradik. Skype, Whatsapps, Instagram, dan Facebook tu semua dah boleh membuatkan kita dekat selalu.

Perjalananmu dah semakin jauh. Bertabahlah selalu.




xoxo.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 13

Family Gathering

Haluu. Bestnya dapat balik ke kampung halaman. Paling best dapat cium tangan mak, hugssss mak lama2. Mak sebak melihat kepulangan anak yang di nanti. Dengam gigih dan excited aku drive dari Puchong ke BP. Bangun sebelum Subuh lagi. Pukul 5 jami bertolak. Laju kereta ku pacu demi nak sampai kampung. Tepat jam 9 am aku sampai! Hebat ke. Boleh la. Ecececeh..


Majlis bacaan Yassin - Doa selamat - Tahlil telah pun berjalan dengan lancar. Murah rezeki kali ni. Ramai betul bagi kuih muih. Paling best ada bagi putu bambu dan putu mayam. Mmm..dapp. Tapi tak sempat nak snap. Busy loh.


Esoknya jalan2 dan makan2 di Pacific BP Mall. Makan di Ayam Kg Penyet. Sambal dan Ice Blended Espresso yang nyummy!!









Thanks yus..belanja kami makan. ;)







p/s : counting the days for our family trip. Excited-

posted from Bloggeroid

Friday, February 1

Antara dua.

Secanggih mana pun hp yang aku ada, aku masih lg perlukan laptop untuk dapat lebih kepuasan. Kepuasan dari segi nak menaip. Heh. Banyak cekadak plak. Tak bersyukur ko eh. Lempang nak?

Tapi betul r....nak update blog nak feeling2 menaip tu tak sama macam kalau kita menaip atas keyboard. Tak bestttt kan.

Setakat nak update status fb, check in foursquare, upload kt Instagram, tweet kt twitter hp memang best. Very convenient sebab kau boleh menaip sambil baring, kuak lentang, tengah drive sambil korek hidung sikit. Laptop mampu? Of cos takkk.

Jadi aku masih perlu akan kedua2 nya sekali untuk segala urusan harian peribadi aku. Heh.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 31

Bonus ? Ada ke ?

Hari ni dah masuk 31hb. Bonus masih jua tak kelihatan. Urm, ada ke tak ada ni? Wa tensen oo. Flight dh book. Tapi kalau bonus tak ada, camne nak shopping dan makan giler2 nih. Duhhhh...pening kepala aku camni.

Setiap tahun rugi aje katenye. Habis kalau rugi macam mana kau boleh bertahan berpuluh tahun. Ah, politik je la korang ni. Ntah bila nya la kau untung.

Aku harap ada la harapan dapat bonus sebelum aku fly. Errrrgh...tak dapat bayangkan kalau bonus tak masuk lagi masa aku nk terbang. Fuh fuh fuh. Tarik.nafas dalam2.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 26

Honeymoon : Pulau Pangkor

Pulau Pangkor memang destinasi pilihan untuk tenangkan diri mahupun honeymoon. Tempatnya nyaman, tak jammed, dekat, best dan paling penting kos murah. Kalau yang suka melancong sambil shopping-maaf pulau ni memang tak sesuai untuk anda! Sebab satu shopping complex pun tak ada ye apatah lagi panggung wayang. 

Back to my trip. 

DAY 1

Bertolak dari kampung husband jam 11.++ pagi. Kebetulan kita semua masih lagi dalam cuti hari raya, highway plus bergerak agak perlahan. Sekiranya korang datang dari arah utara Exit di Changkat Jering. Tak jauh pun. Tol dalam RM 6.++ je. Then ikut je signboard ke Lumut. Kalau nak ikutkan jalan memang straight je, tak ada banyak nak kena belok2. Mudah sangat, tapi kami tetap memerlukan bantuan PapaGo (walaupun dia selalu menyesatkan kami juga) huhu terpaksa k! Dalam pukul 2 petang kami pun sampai ke Jeti Lumut. Tercari-cari jugak kat mana tempat paling save nak park kereta. Kami pun konfiden je masuk tempat parking Majlis. Rupa-rupanya tu memang parking khas untuk sesapa yang nak seberang ke Pangkor. Ok lah, park jela. Kawasan parking memang luas. Cuma toilet je tak bersih!

Bayaran parking RM 10 - 1 hari 

Tips : Jangan beli seluar mandi, t-shirt or else dekat Jeti sebab harga kat sini agak mahal. Dekat area Teluk Nipah agak murah kalau korang pandai amik hati penjual tu. :) 
Ini di panggil teksi ya pak. Di kira ikut kepala.  Kemana saja boleh di bawa..bereh ~
Puteri Bayu Beach Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor
.Peace yeop. 
Ok, kat sini lah kami stay. Aku booking thru phone call je dengan hotel tu. Kemudian deposit bank in dan emel terus ke management. Sangat mudah. Saya suka. Sebelum pergi sini, aku dah buat banyakkk survey rate hotel. Rata-rata semua mahal dan bilik kurang memberangsangkan (aku kan choosy bab bilik2 hotel ni). Harus nampak kelas tapi dengan harga yang berpatutan. heh. Yang penting hotel ni sebelah pantai. Ada optional kat sini korang boleh pilih. Hotel mahupun chalet. Chaletnya cantik..memang nampak awesome. Recommended resort ok!
Belum sempat aku nak snap gambo bilik model dah kuak lentang. 

Lepas check in, terus survey snorkeling. Sebab musim raya, ramai masih dok makan ketupat rendang kami nak pi terjun laut bagi makan ikan. Jom!


shalalala ~ shalala ~ in the afternoon


Uncle ni peramah lah jugak. Tapi aku tak banyak dengar dia cakap.
sebab aku tengah feeling  layan ~ angin bayu membawa diriku.~  


i smile you smile. 


Nampak ke ikan tu? Banyak gak la. Tapi aku kan penakut. Berpegang teguh je dekat tangga bot tu ha.
hahahahaha 


Pusing beberapa pulau kecil yang ada dekat 2 jam jugak lah kami habiskan masa. Perasaan? Of cos, suka.
Balik dari snorkeling baru cari makan. Tak sempat nak lunch. Aktiviti malam adalah jelajah pekan nak cari T-shirt untuk kenangan. Oh ya, kalau malam dekat Teluk Nipah happening sikit. Banyak kedai makan pilihan kalau nak compare dengan Pasir Bogak. Tapi...uncle tu dah pesan, makan kat Teluk Nipah hati2 sikit, sebab  harganya agak mahal dan kedai makan agak kotor disitu. Betul pun apa uncle tu cakap. Teluk Nipah dah macam tak berapa terjaga kami tengok.


Ni antara deretan kedai souviner yang ada kat situ. Kedai tutup awal tau.
Bank pun ada. So jangan risau kalau kehabisan duit. 



DAY 2


Bangun dengan tenang. Siap-siap packing untuk check out pukul 12. Nanti tak lah tergesa-gesa. Breakfast included dekat hotel ni. So tak perlulah risau nak cari kedai makan untuk sarapan. 


Breakfast sambil mengadap pantai. Tenang dan mendamaikan sungguh la!

Lepas breakfast, teruskan aktivit jelajah satu pulau tu. Laa...kecik je rupenya pulau pangkor ni ha. Dalam satu bulatan je kiranya. Tapi, walaupun kecik, semua kemudahan disediakan kat sini termasuklah : sekolah, masjid, klinik kesihatan, pejabat pos, dll.

Kemudian kami singgah sebentar untuk ke Kota Belanda. Mula-mula sampai macam err..ni jeke? Yup, memang itu ajelah monumen sejarah yang tinggal kat sini. Kubu pertahanan dan bangunan kecil.

Baca sejarah! Kenali sejarah kita!
Bom ni dibuat semula.

Tembak nak?
Ni pengawal yang menjaga bangunan tu. Nak naik tapi tak berani. hiiiiii

Ku di atas menara tinjau. Tinjau punya tinjau last2 monyet yang muncul !! aptb. 

Kau boleh race tepi pantai? Tak boleh kan. Bangga woh. 

Yeah. Aku lah juara.  Terror ke tak terror. 

Ok, balik ke hotel untuk chekidout. Tapi sebelum tu jom terjun pool dulu !!


Gedebush~gedebush. Mula-mula nak mandi pantai, tapi rasa pasir kat situ macam menyedut je
 bila mandi dalam sikit. Tak berani lah. So, terjun kolam aje lah. 


Sea view


 Ok, babai Pangkor..nak balik sudah...




Till then,
xoxo


~ Pangkor in memory ~


p/s : Walaupun ramai cakap Pulau Pangkor ni tak best, tak happening, tak tu tak ni, tapi pada pendapat aku, pulau ni ada keistimewaannya sendiri. Sesuai untuk sesiapa yang nak honeymoon. Time ni lah kita boleh spend time dengan pasangan kita, saling mengenali dengan lebih dekat lagi. Kata orang, kalau tak pergi tak rasai pengalaman tu sendiri maka tak cintalah! Have fun guys !!

Photobucket

Wednesday, January 16

25 dan aku.




Helo. Welcome to the 25 yrs old CLUB! Ok fine aku dah suku abad. Peh. Tua nya aku rasa. Tapi rasa macam muda je sentiasa kan. Wuwuwu.. perasan je lebih. Hakikatnya aku dah pun masuk ke peringkat 'wanita dewasa'. Tak apalah, muda-tua-kaya-miskin-jodoh-takdir tu kan memang lumrah kehidupan. Fasa-fasa yang semua insan lalui. Dan aku pun tak berkecuali. Jadinya, hadapilah setiap perkara tu dengan tenang. Belajar dari pengalaman dan kesilapan kerana itulah akan mengajar kita erti kematangan. Kannns...

Sempena memperingati hari kejadian sendiri, maka aku pun mencari2 apa yang aku nak dan mampu untuk beli. Sejak dari temankan mak ke Sogo hari tu, hati memang tak keruan teringat2 sale handbag Sembonia & CR tu. Semuanya jatuh 70% & 50%. Sebab masa tu tak bergaji lagi maka pendam jela hasrat hati untuk memiliki. Dengan kudrat yang ada dapat je gaji akhir bulan, ku gagahi jua melangkah ke Sogo dengan suami. Oh tidak...sale tu dah habis rupanya. Sedih.. T_T

Tak apa, handbag bukan sebuah je. Kalau dah tak ada, means mmg bukan rezeki kita. Mesti Allah nk bagi yang lain dan lebih baik punya.eceh.eceh.eceh. Cari punya cari, ok jumpa lah jugak yang berkenan di hati. :)

Galaxy Note II - wuhwuhwuh

Ha..yang atas ni jangan konfius pulak. Akceli note ni bukan aku yang punya. Milik husband ku.. Saje je aku post ckp ni aku punya. Gilerr aku nk mintak note dari dia tuk hadiah hari jadi?? Tak mampu makkk nakkk. Tak sampai hati kalau nak mintak pun. Aku bukan lah jenis yang meminta2 melainkan mintak yang dia mampu je. Macam makan kt tmpt yg sedap2 ke, ajak gi bercuti ke..tu bolehlah. Kalau nak mintak benda yang mahal2 NO WAY! Tu bukan saya. 

Tapi atas sebab kebaikan hati dia, maka nya dengan rela hati dia bagi note ni dekat aku. Gilerr kalau ko cakap tak nak! Mestilah aku nak.......sangatttt. Tapi aku fikir dia lebih memerlukan benda ni dari aku. Galaxy W tahun lepas punya besday pun dah cukup ok bagi aku (cuma hp tu lem sikit jela. Ala cukuplah sekadar nak berfb, whatsapp & online banking je pun.) Atas sebab2 keyakinan yang dia berikan maka aku pun terima jela. Heeee 

Kami sentiasa mencari keserasian. Tapi dalam soal makan, kami memang selalu serasi.
.ahaks. 
Sembonia Wallet in eksyen.

Sebenarnya hadiah yang ini pun dah cukup buat aku senyum seminggu. Serius. Aku happy je bila bukak handbag. (jakun betul aku ni). Apa2 pun, terima kasih untuk kamu. 



Iloveyou.
xoxo