Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 18

365 hari

Lagi 2 hari usia perkahwinan ini menginjak ke setahun. Sedar tidak sedar, masa  berjalan begitu pantas sekali. Macam semalam saat ku dengar lafaz 'aku terima nikahnya..'. Sepanjang kami bersama, dimana segala-galanya berkongsi bersama, aku sudah pun memahami rentaknya. Aku juga berharap dia begitu. Alhamdulillah atas kurniaan ini. Aku cuba menjadi yang terbaik untuknya..dan ku harap dia jua begitu.. 


Kesempurnaan dalam diri bukanlah keutamaan dalam proses mencari kebahagiaan bersama. Pada aku, setiap manusia di atas muka bumi ni tak ada pun yang sempurna. Masing-masing punya kekurangan dan kelemahan sendiri. Namun, di atas kekurangan dan kelemahan ini lah kita jadikan asas untuk saling melengkapi antara satu sama lain. 


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan 
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya 
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman 
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat 
di hatinya untuk dicintai “


Suamiku - walaupun tak suka mengemas rumah, tapi bila rajinnya datang, lebih bersih dari aku yang buat hari-hari ni. Dan kadang kala pertolongannya sehingga membuatkan hati ini tersentuh.. 


Macam peristiwa di subuh hari tadi. Aku yang sememangnya dah kepenatan mengemas rumah, memasak dan membasuh untuk menyambut kedatangan ibuku dari kampung sangatlah liat nak bangun subuh untuk solat. Suami seperti biasa bila malam minggu, dia suka tidur lambat. Kadangkala lambat tu memang tak tidur sampai ke subuh esoknya. Kalau tak sebab buat kerja-kerja sampingan dia pastinya akan marathon movie. 


Aku pun join juga kadang2. Tapi biasanya sebagai sleeping partner je. Buat-buat tengok, dia gelak aku pun gelak tapi sebenarnya aku tengok dalam tidur.. hehehe Mula-mula dia kejutkan bangun subuh. Malas dan beratnya badan ni nak bangun. Aku bagi alasan "sejukk sangat....nantilah, 10 minit lagi.." kataku. Rupa-rupanya bila aku bagi alasan sejuk, suami terus ke dapur panaskan air. Rumah kami memang tak ada water heater. Dia masak air panas untuk aku. Dah pukul 6.25 pagi, dia kejutkan lagi "Air panas dah siap, dah bangun cepat mandi terus solat subuh" katanya memberi arahan. 


Aduiii..nak tak nak aku kena bangun jugak. Sampai je kat bilik air aku nampak satu baldi penuh dengan air panas siap berwap lagi. "tu air panasnya. Kalau tak cukup ni ha boleh tambah lagi" Aku toleh kat atas dapur, bukan satu tapi dua periuk besar mak dia punya yang aku tak pulang-pulang lagi dia masakkan jugak! Aku tergelak dalam hati. Alahai..suamiku.. walaupun tak seromantik AdamMukhriz, tapi bila dia buat macam ni rasa di hargai.. Terima kasih kasihku.. 


Selamat Ulang Tahun yang pertama untuk kita..doaku untuk kita berdua.. :




KAMI

19.11.2011









Photobucket

Sunday, November 4

Thursday - Pls come faster.

Sememangnya tinggal bersendirian dan ditinggalkan bukanlah satu kegembiraan. Aku percaya, isteri2 yang ditinggalkan suami khususnya yang berkhidmat untuk negara pastinya mereka adalah isteri2 yang kuat dan tabah mengharungi hidup dan membesarkan anak2 bersendirian. Tapi untuk yang baru macam aku (suami bukanlah bekhidmat untuk negara tapi terpaksa bekerja luar) susahnya rasanya.

Sunyi. Sepi. Sendiri.


Usai suami bergerak ke airport, aku pun siap2 nak ke shopping mall. Setelah minta izin darinya, aku pun melangkah kaki keluar. Mula-mula ok je. Tapi sampai je dalam mall hati dah mula rasa sayu. Betapa terasing nya dan janggal sekali bila berjalan seorang diri. Rasa kurang selamat pun iya. Lalu hati pun berdetik 'ah, bosan nya berjalan sorang2. kan bagus kalau ada suamiku disisi menemani..' huhuhu

Namun ku cuba jua gembirakan hati ini. Walaupun suami jauh dimata, tapi dia tetap hadir di dalam hati...di setiap detik...


Semoga dia selamat pergi dan pulang. Dan cepatlah masa bergerak ke hari khamis.

Sesungguhnya satu wajah itu amat ku rindui....