Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 18

Wanita hebat dalam hidupku - Mak

Topik yang paling hangat kebiasaannya bila waktu makan di pantry pastinya tentang hal anak-anak yang bermacam-macam kerenahnya. Aku yang masih belum 'berpengalaman' beranak dan menjaga anak pastinya hanya pendengar setia. Dan kadangkala aku tersenyum sendiri bila mendengar cerita mereka. Sedang mereka bercerita tentang hal anak-anak yang makin membesar makin lain benor pe'el nya, makin merunsingkan hati mereka. Terutamanya hal yang berkaitan tentang persekolahan mereka. Kerap kali mendengar keluhan mereka anak-anak sukar dan payah untuk dikejutkan bangun pagi, mengamuk masa nak bersiap ke sekolah dan macam-macam lagi. 

Tatkala mereka bercerita, memori lama menggamit kembali. 

Dulu..waktu zaman sekolah rendah. Seingat aku, hanya ketika Darjah 1 mak menggosokkan baju untuk aku. Masuk ke Darjah 2 mak mengajar dan tunjuk cara untuk menggosok bagaimana. Dari situ aku belajar dan mak tak lagi tolong gosokkan untuk aku. Cuma aku ni malas basuh kasut sekolah. Kadang-kadang tu memang sengaja je buat-buat terlupa konon2 terlewat bangun tidur walhal memang malas nak cuci kasut sendiri. Mak yang selalu takut kalau kasut anak-anaknya tak kering dan takut tak pergi sekolah. Jadinya, bila masuk pagi Sabtu pasti mak cepat-cepat berus kasut tu sehingga putih bersih dan jemur atas bata supaya terik matahari tu dapat mengeringkan kasut dengan cepat. Itulah mak.. 

Mak seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap hari mak akan bangun jam 5 pagi untuk siapkan sarapan untuk anak-anak terutama untuk aku yang masih bersekolah. "Kalau mak tertinggal satu hari tak buat sarapan  rasa seolah2 bersalah je takut engkorang tak makan dan kelaparan di sekolah" - kata mak. Sayu hati aku dengar. Maka nya, sarapan adalah makanan yang paling diingati sampai lah sekarang. Menu kebiasaan mak ialah lempeng cicah dengan sambal hijau ataupun ikan bilis. Sedapnya tak terbayang dek kata2...sampai bawak bekalan ke sekolah hari-hari. Kalau bukan lempeng pun, mak pasti akan buat nasi goreng pedas sikit, mee goreng, karipap, donut, kuih keria, kueh ketayap, cekodok pisang, roti jala, bengkang roti, dan paling tidak pun kuih apam gula melaka makan dengan kelapa. Kalau pun mak tak larat buat sarapan sebab sakit kepala nya yang kadang kala datang tanpa diundang, pastinya ada secawan teh yang sedang elok manis nya  bersama roti dan kaya. Itulah mak saya...  

Sebelum peperiksaan pertengahan tahu mahupun akhir tahun, sebelum sarapan pagi mak biasanya akan menjenguk aku di dapur dengan bertelekung (sesudah subuh mak biasanya berzikir sebentar) "Jangan lupa minum air penerang hati mak buat malam tadi. Baca selawat dulu, minum air baru sarapan ye.. " - kata mak lembut sambil tersenyum manis. Oh mak...sebak hati bila dengar mak bangun buat solat hajat supaya terang hati anak-anaknya jawab periksa. Tak terbalas jasa mak yang mendoakan kejayaan setiap anak2 nya. 


Bila masuk universiti yang jauhnya nun dalam hutan sana, panggilan telefon adalah medium perhubungan kami. Mak pastinya orang pertama yang diluahkan tatkala sedih ketika sukar nya menjawab test, mahupun gembira tatkala mengumumkan result final semester. Pesanan di akhir perbualan pastinya "Jangan tinggal solat ye nak. Jaga diri baik-baik. "  

Masa perancangan untuk berkahwin diusulkan, pastinya mak adalah orang paling gembira. Yelah, hati ibu mana yang mahu melihat anaknya bahagia. Mak lah yang bersusah-payah. Nak diceritakan disini pun pasti takkan habis. Yang pastinya mak adalah tulang belakang untuk majlis aku itu. 

Bila dah menggalas tugas sebagai isteri, kini barulah aku tahu betapa sukarnya nak menghadapi hari-hari yang menyibukkan. Namun, mak pastinya adalah orang pertama untuk aku merujuk. Terutama hal masak-memasak ni. Pastinya bila tiap kali resipi menjadi, mak adalah insan yang paling bangga dan gembira. "Pandai anak mak masak.." - ucap mak. 

Kini, walau jauh di mata, mak tetap sentiasa di hati. Ucapan terima kasih walau setinggi gunung, seluas lautan, tak termampu kami balas. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami sayang akan mak sangat-sangat. Rindu ku makin menggebu. Sehingga termimpi-mimpi..

"Ya Allah Ya Rahim, ampunilah dosa-dosa ibuku dan bapaku, rahmatilah mereka, panjangkanglah umur mereka, berikanlah kesihatan yang baik untuk mereka supaya dapat menjalankan ibadah Mu dengan sempurna,  lindungilah mereka untuk ku Ya Allah.. 


Ya Allah berikanlah balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka kepadaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil lagi, peliharakanlah dia sebagaimana  dia memeliharaku.." 


Selamat Hari Ulang tahun kelahiran buat Mak tersayang Pn. Ruminah yang ke 62. 


Terima Kasih MAK... 

:')




Photobucket

Saturday, October 6

DIY Door gift - Jar


Assalamulaikum semua! Selamat berhujung minggu. This time nak share info pasal doorgift yang aku buat baru2 ni untuk Party Raya @ office.

Majoriti nak sumthing yang boleh letak atas meja yang bila tengok je akan ingat 'oo yang ni la aku dapat mase party raya dulu'. So yang ni lah hasilnya.

Idea ala2 english style. ok tak?

Thursday, October 4

Berjela jela jela

Penat je aku tulis entry berjela jela jela guna touch screen pulak tu dengan gigih but at last hasben ku dia terrrr click button RESET kt hp ni. Maka hilang lah ayat2 gigih yang aku karang seluas lautan dgn sekelip mata. Punah sudah. Punah tauuu. T___T

Maka entry untuk holiday di tunda lagi. Just nak sharing tips sikit2 je untuk sesapa yang nak pergi ke sana especially untuk first time macam aku.

Short story pasal this cute girl-mia.

Dah 1 week dia pindah Taiping. Agak2 si kecik ni rindu takk kat aku? huhu


i miss u oledy!!

Wednesday, October 3

Ku terjaga dari mimpi lena..

Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata 'sayang aku cinta' 
Namun kita takkan bersama 
Dikau pergi takkan kembali 
Sesaat ku kecewa

Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika 
Sayang takku lihat 
Kini tiada...

Ku terjaga dari mimpi lena..
Sedang mimpi dibasahi 
Tangis ku sendiri

Merintih perasaan ini
Tiada kata mampu diungkap 
Tiada yang mengerti 


Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika 
Sayang takku lihat 
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali 
Mengulangi masa
Pasti ku tunaikan 
Permintaan terakhir........










Photobucket