Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 29

Pandai ke masak?


Sejak jadi wife ni, pemikiran pun dah macam mak-mak orang. Dulu selalu dengar org ckp "Ape nak masak ye hari ni?". Sekarang ni aku pulak yang kena fikir macam tu. Pening jugak bila fikir bab-bab masak ni. Kalau boleh nak yang semudah mungkin. Jalan mudah, ala beli je la. Makan pun 2 orang. Tapiii...beli kalau sedap tak apa juga. Bagi aku, kalau masak sendiri pun, tak sedap-tak sedap telan jela.. tak rasa membazir. Tapi kalau beli, dapat pulak yang memang tak sedap. Mesti duk merungut "ish, menyesal beli. tak sedap langsung". Kemudian konon-konon tak nak rasa membazair, peti ais la tempat tinggal nya. Alih-alih buang juga jawabnya. 


So malam tadi, sambil dengar mereka bersembang aku pun duk google la nak masak apa untuk weekend ya. Rasa nak yang special sikit. Terfikir pulak nak buat nasi kerabu. Nak tengok dulu resipi nya. Mudah ke payah ke rumit ke. Kalau terlalu rumit memang takkan ku buat nya. Search punya search. Banding resipi orang tu dengan orang ni. Aku pun dapat idea. hehehehe 


Nasi Kerabu!


Nasi kerabu olahan sendiri. Yang olahan sendiri tu tang kelapa tu je. Ada setengah letak halia dan bawang putih. Ada pulak yang tak letak langsung. Halia pulak cari punya cari kat dalam peti rupanya dah abis. Teringat mak cakap, kalau masak nak sedap bubuh lengkuas. Ah, capai je lengkuas sikit blend sekali dengan ikan tu. 


Sangai punya sangai jadi la jugak...



Kurang bahan ni- telur masin dengan keropok. Jemput mak mentua, kakak n adik ipar datang rasa sekali. Percubaan pertama kataku. hehehe Tak sedap maaf ye.. Takpe-takpe nextime akan diperbaharui lagi. :) 


p/s : korang masak apa hari ni? 




Photobucket

Friday, January 27

Syurga di hati kita?

Kucari di mana
Kau letak hatimu
Kerna bersamaku ada penawar nya
Hanya kepadamu tempat ku mengadu
Usah kau berpaling dan terus membisu

Sememangnya lidah
Tiada bertulang
Namun itu bukan alasan berdiam
Percintaan ini, kita memilih nya
Kesilapan hanya suatu perbandingan

Kekasih...
Cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar
Tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata-kata saktimu
Semoga asmara berbunga ke akhir nanti
Bagiku engkau...permata hidupku
Inilah ujian buat kita

Berjanjilah... kan setia kekasih padaku
Kita bercinta hingga ke pintu syurga
Sinarilah asmara di mata dan di jiwa
Hidupkan cahaya cinta selamanya







p/s Kekasih..adakah ada syurga di hati kita?



Photobucket

Love quote

Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
dan
menghilang..

Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan nan sepi.........




Photobucket

Tuesday, January 24

It's just a picture




p/s : it's just a picture okey.. :)


Photobucket

Rindu bertandang lagi

Kadang-kadang..

Rindunya dengan masa lalu..








Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diingat, tetapi terlalu manis untuk dikenang.





p/s : Pantasnya waktu berlalu..


Photobucket

Thursday, January 19

Dah 2 bulan


Bukan 2 bulan mengandung.
Baru 2 bulan berkahwin.



Selamat ulangtahun yang ke-2 bulan.


hahaha






p/s : baru 2 bulan je. Belum lagi 2 tahun-mahupun 20 tahun. Perjalanan ini masih jauh untuk ditempuh.. :)


Photobucket

Sunday, January 15

Cakapcakap

Jam dah pukul 11.34 pm. PM oke! Apsal tak tidur lagi? Kang esok mulalah....huargghhhhhhh *mcm seminggu tak tidur!*


Mood tak sabar nak tunggu gambar kahwin siap. Ramai dah sibuk-sibuk cakap "lamanya gambar nak siap". Meluat sungguh bila orang duk tanya je. Sabar-sabar lah. Asalkan siap dan PASTI ada. Tak payah nak sibuk sangat lah kan.


Aina pun dah forward email pic yang untuk dia nak letak kat photobook. Result : Ok n aku suka. *Kalau tak suka sila amik photog yang bayar mahalmahal tu*


Malasnya nak iron baju. =.='


Bunga pun tak start lagi buat. Peh..malassssssnye aku nak menyetart.


Ok lah, nak tido. bye




Photobucket

Yang pergi tetap kan pergi- Al-Fatihah buat Wak Endut

Ingat lagi tak entry ini? - Semoga mereka pulih dan sihat

Pakcik atau lebih mesra kami panggil Wak Endut, baru sahaja meninggal petang tadi di Hospital Tan Tock Seng, Singapore.


Arwah seorang yang disenangi. Tiap kali kami turun ke Singapore, dia adalah orang pertama yang akan tunggu dan menyambut kedatangan kami di Stesen Keretapi Tanjong Pagar. Sebab arwah pemandu teksi, so mana-mana kitorang nak pergi dia semua OK je.


Kali terakhir yang kami jumpa dia ialah masa hari pindah rumah ke kampung Johor. Masa tu walaupun dia lelah, dia tolong angkatkan barang-barang turun dari lori. Itu jelah last jumpa dia. Masa kawin pun dia tak dapat datang coz dekat hospital kena tahan wad.


Walaupun tak dapat pergi melawat, ku kirimkan Al-Fatihah dan doa semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan permudahkan urusannya disana..



Amin ~





Photobucket

Saturday, January 7

Wedding Update : Baju nikah- so loveliness


Design and make it real by Agung Touch Bridal
Inspiration by me
Sponsored by Amor


3 words to describe my baju nikah:


.Awesome
.Loveliness
.Beautiful

Itu bagi aku la. Ala, pandangan orang lain mungkin biasa-biasa je kan. Tapi aku memang jatuh cinta dengan hasilnya! Bila sidia pun kata sangat cantik masa hari nikah tu bertambah lagi hati ku berbunga-bunga. Terima kasih Vida yang merealisasikan impian ku menjadi nyata! Tunjuk gamba je, Vida terus approve dan nah.. inilah hasilnya...





dari sudut hadapan..


dari sudut tepi..

aku paling suka sesangat tang kain tu..flawless bila jalan..
jatuh cinta lagi.. >.<

with my little cute niece.






Thanks Amor n Vida!

I Love It!



Photobucket

Wedding Update : Pelamin

Pelamin indah by Agung Touch Bridal
Sponsored by Amor



Sangat suka design pelamin ni. Simple and nice. Raw material using fresh flower. Mula-mula tak percaya guna fresh flower. Mahal kan...tambah lagi orang yang nak sponsor. So, tak berani nak mintak yang macam-macam. Just tunjuk nak design yang macam mana dalam majalah Pengantin kat Vida. Pasal material tu memang tak tahu pun. Cuma time tu ada terdengar Amor request fresh flower. Tak sangka pulak Vida buat betul-betul masa hari kejadian. Memang tak percaya tapi lepas masuk bilik air tengok selambak-lambak bunga segar rendam dalam baldi. Hati pun terus mekar seperti bunga itu jua.. :)

Tema kaler pelamin- ungu. Seungunya cintaku.. *peh jiwang nye*


blink blink ^.^


Fresh flower ni boleh tahan selama seminggu. Masa lepas kenduri tu ada la jugak amik sikit-sikit bawak balik rumah letak dalam vase kecik2. Bila tengok bunga, senyum. Masuk bilik nampak bunga pun senyum jugak. Aku bukanlah minah bunga. Tapi suka pulak bila tengok bunga-bunga segar ni. kan...




Terima kasih Amor!







p/s : masuk ofis pulak dapat bunga lagi atas meja.. wah23..berbunga-bunga hati.. segar je rasa sepanjang minggu tu.

Photobucket