Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 6

Monolog.

Malam.

Indahnya malam ku jika bertemankan bintang-bintang yang berkedipan. Sinarnya yang mampu menenggelamkan mimpi semalam.

Andai dapat ku petik bintang, akan ku berikan pada org yang ku sayang.



Bulan.

Walaupun kau adalah teman setia bintang kadang kala kau juga hilang ditelan awan.












Dan aku terkapai-kapai di buai angin malam...

Sunday, November 18

365 hari

Lagi 2 hari usia perkahwinan ini menginjak ke setahun. Sedar tidak sedar, masa  berjalan begitu pantas sekali. Macam semalam saat ku dengar lafaz 'aku terima nikahnya..'. Sepanjang kami bersama, dimana segala-galanya berkongsi bersama, aku sudah pun memahami rentaknya. Aku juga berharap dia begitu. Alhamdulillah atas kurniaan ini. Aku cuba menjadi yang terbaik untuknya..dan ku harap dia jua begitu.. 


Kesempurnaan dalam diri bukanlah keutamaan dalam proses mencari kebahagiaan bersama. Pada aku, setiap manusia di atas muka bumi ni tak ada pun yang sempurna. Masing-masing punya kekurangan dan kelemahan sendiri. Namun, di atas kekurangan dan kelemahan ini lah kita jadikan asas untuk saling melengkapi antara satu sama lain. 


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan 
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya 
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman 
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat 
di hatinya untuk dicintai “


Suamiku - walaupun tak suka mengemas rumah, tapi bila rajinnya datang, lebih bersih dari aku yang buat hari-hari ni. Dan kadang kala pertolongannya sehingga membuatkan hati ini tersentuh.. 


Macam peristiwa di subuh hari tadi. Aku yang sememangnya dah kepenatan mengemas rumah, memasak dan membasuh untuk menyambut kedatangan ibuku dari kampung sangatlah liat nak bangun subuh untuk solat. Suami seperti biasa bila malam minggu, dia suka tidur lambat. Kadangkala lambat tu memang tak tidur sampai ke subuh esoknya. Kalau tak sebab buat kerja-kerja sampingan dia pastinya akan marathon movie. 


Aku pun join juga kadang2. Tapi biasanya sebagai sleeping partner je. Buat-buat tengok, dia gelak aku pun gelak tapi sebenarnya aku tengok dalam tidur.. hehehe Mula-mula dia kejutkan bangun subuh. Malas dan beratnya badan ni nak bangun. Aku bagi alasan "sejukk sangat....nantilah, 10 minit lagi.." kataku. Rupa-rupanya bila aku bagi alasan sejuk, suami terus ke dapur panaskan air. Rumah kami memang tak ada water heater. Dia masak air panas untuk aku. Dah pukul 6.25 pagi, dia kejutkan lagi "Air panas dah siap, dah bangun cepat mandi terus solat subuh" katanya memberi arahan. 


Aduiii..nak tak nak aku kena bangun jugak. Sampai je kat bilik air aku nampak satu baldi penuh dengan air panas siap berwap lagi. "tu air panasnya. Kalau tak cukup ni ha boleh tambah lagi" Aku toleh kat atas dapur, bukan satu tapi dua periuk besar mak dia punya yang aku tak pulang-pulang lagi dia masakkan jugak! Aku tergelak dalam hati. Alahai..suamiku.. walaupun tak seromantik AdamMukhriz, tapi bila dia buat macam ni rasa di hargai.. Terima kasih kasihku.. 


Selamat Ulang Tahun yang pertama untuk kita..doaku untuk kita berdua.. :




KAMI

19.11.2011









Photobucket

Sunday, November 4

Thursday - Pls come faster.

Sememangnya tinggal bersendirian dan ditinggalkan bukanlah satu kegembiraan. Aku percaya, isteri2 yang ditinggalkan suami khususnya yang berkhidmat untuk negara pastinya mereka adalah isteri2 yang kuat dan tabah mengharungi hidup dan membesarkan anak2 bersendirian. Tapi untuk yang baru macam aku (suami bukanlah bekhidmat untuk negara tapi terpaksa bekerja luar) susahnya rasanya.

Sunyi. Sepi. Sendiri.


Usai suami bergerak ke airport, aku pun siap2 nak ke shopping mall. Setelah minta izin darinya, aku pun melangkah kaki keluar. Mula-mula ok je. Tapi sampai je dalam mall hati dah mula rasa sayu. Betapa terasing nya dan janggal sekali bila berjalan seorang diri. Rasa kurang selamat pun iya. Lalu hati pun berdetik 'ah, bosan nya berjalan sorang2. kan bagus kalau ada suamiku disisi menemani..' huhuhu

Namun ku cuba jua gembirakan hati ini. Walaupun suami jauh dimata, tapi dia tetap hadir di dalam hati...di setiap detik...


Semoga dia selamat pergi dan pulang. Dan cepatlah masa bergerak ke hari khamis.

Sesungguhnya satu wajah itu amat ku rindui....

Thursday, October 18

Wanita hebat dalam hidupku - Mak

Topik yang paling hangat kebiasaannya bila waktu makan di pantry pastinya tentang hal anak-anak yang bermacam-macam kerenahnya. Aku yang masih belum 'berpengalaman' beranak dan menjaga anak pastinya hanya pendengar setia. Dan kadangkala aku tersenyum sendiri bila mendengar cerita mereka. Sedang mereka bercerita tentang hal anak-anak yang makin membesar makin lain benor pe'el nya, makin merunsingkan hati mereka. Terutamanya hal yang berkaitan tentang persekolahan mereka. Kerap kali mendengar keluhan mereka anak-anak sukar dan payah untuk dikejutkan bangun pagi, mengamuk masa nak bersiap ke sekolah dan macam-macam lagi. 

Tatkala mereka bercerita, memori lama menggamit kembali. 

Dulu..waktu zaman sekolah rendah. Seingat aku, hanya ketika Darjah 1 mak menggosokkan baju untuk aku. Masuk ke Darjah 2 mak mengajar dan tunjuk cara untuk menggosok bagaimana. Dari situ aku belajar dan mak tak lagi tolong gosokkan untuk aku. Cuma aku ni malas basuh kasut sekolah. Kadang-kadang tu memang sengaja je buat-buat terlupa konon2 terlewat bangun tidur walhal memang malas nak cuci kasut sendiri. Mak yang selalu takut kalau kasut anak-anaknya tak kering dan takut tak pergi sekolah. Jadinya, bila masuk pagi Sabtu pasti mak cepat-cepat berus kasut tu sehingga putih bersih dan jemur atas bata supaya terik matahari tu dapat mengeringkan kasut dengan cepat. Itulah mak.. 

Mak seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap hari mak akan bangun jam 5 pagi untuk siapkan sarapan untuk anak-anak terutama untuk aku yang masih bersekolah. "Kalau mak tertinggal satu hari tak buat sarapan  rasa seolah2 bersalah je takut engkorang tak makan dan kelaparan di sekolah" - kata mak. Sayu hati aku dengar. Maka nya, sarapan adalah makanan yang paling diingati sampai lah sekarang. Menu kebiasaan mak ialah lempeng cicah dengan sambal hijau ataupun ikan bilis. Sedapnya tak terbayang dek kata2...sampai bawak bekalan ke sekolah hari-hari. Kalau bukan lempeng pun, mak pasti akan buat nasi goreng pedas sikit, mee goreng, karipap, donut, kuih keria, kueh ketayap, cekodok pisang, roti jala, bengkang roti, dan paling tidak pun kuih apam gula melaka makan dengan kelapa. Kalau pun mak tak larat buat sarapan sebab sakit kepala nya yang kadang kala datang tanpa diundang, pastinya ada secawan teh yang sedang elok manis nya  bersama roti dan kaya. Itulah mak saya...  

Sebelum peperiksaan pertengahan tahu mahupun akhir tahun, sebelum sarapan pagi mak biasanya akan menjenguk aku di dapur dengan bertelekung (sesudah subuh mak biasanya berzikir sebentar) "Jangan lupa minum air penerang hati mak buat malam tadi. Baca selawat dulu, minum air baru sarapan ye.. " - kata mak lembut sambil tersenyum manis. Oh mak...sebak hati bila dengar mak bangun buat solat hajat supaya terang hati anak-anaknya jawab periksa. Tak terbalas jasa mak yang mendoakan kejayaan setiap anak2 nya. 


Bila masuk universiti yang jauhnya nun dalam hutan sana, panggilan telefon adalah medium perhubungan kami. Mak pastinya orang pertama yang diluahkan tatkala sedih ketika sukar nya menjawab test, mahupun gembira tatkala mengumumkan result final semester. Pesanan di akhir perbualan pastinya "Jangan tinggal solat ye nak. Jaga diri baik-baik. "  

Masa perancangan untuk berkahwin diusulkan, pastinya mak adalah orang paling gembira. Yelah, hati ibu mana yang mahu melihat anaknya bahagia. Mak lah yang bersusah-payah. Nak diceritakan disini pun pasti takkan habis. Yang pastinya mak adalah tulang belakang untuk majlis aku itu. 

Bila dah menggalas tugas sebagai isteri, kini barulah aku tahu betapa sukarnya nak menghadapi hari-hari yang menyibukkan. Namun, mak pastinya adalah orang pertama untuk aku merujuk. Terutama hal masak-memasak ni. Pastinya bila tiap kali resipi menjadi, mak adalah insan yang paling bangga dan gembira. "Pandai anak mak masak.." - ucap mak. 

Kini, walau jauh di mata, mak tetap sentiasa di hati. Ucapan terima kasih walau setinggi gunung, seluas lautan, tak termampu kami balas. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami sayang akan mak sangat-sangat. Rindu ku makin menggebu. Sehingga termimpi-mimpi..

"Ya Allah Ya Rahim, ampunilah dosa-dosa ibuku dan bapaku, rahmatilah mereka, panjangkanglah umur mereka, berikanlah kesihatan yang baik untuk mereka supaya dapat menjalankan ibadah Mu dengan sempurna,  lindungilah mereka untuk ku Ya Allah.. 


Ya Allah berikanlah balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka kepadaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil lagi, peliharakanlah dia sebagaimana  dia memeliharaku.." 


Selamat Hari Ulang tahun kelahiran buat Mak tersayang Pn. Ruminah yang ke 62. 


Terima Kasih MAK... 

:')




Photobucket

Saturday, October 6

DIY Door gift - Jar


Assalamulaikum semua! Selamat berhujung minggu. This time nak share info pasal doorgift yang aku buat baru2 ni untuk Party Raya @ office.

Majoriti nak sumthing yang boleh letak atas meja yang bila tengok je akan ingat 'oo yang ni la aku dapat mase party raya dulu'. So yang ni lah hasilnya.

Idea ala2 english style. ok tak?

Thursday, October 4

Berjela jela jela

Penat je aku tulis entry berjela jela jela guna touch screen pulak tu dengan gigih but at last hasben ku dia terrrr click button RESET kt hp ni. Maka hilang lah ayat2 gigih yang aku karang seluas lautan dgn sekelip mata. Punah sudah. Punah tauuu. T___T

Maka entry untuk holiday di tunda lagi. Just nak sharing tips sikit2 je untuk sesapa yang nak pergi ke sana especially untuk first time macam aku.

Short story pasal this cute girl-mia.

Dah 1 week dia pindah Taiping. Agak2 si kecik ni rindu takk kat aku? huhu


i miss u oledy!!

Wednesday, October 3

Ku terjaga dari mimpi lena..

Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata 'sayang aku cinta' 
Namun kita takkan bersama 
Dikau pergi takkan kembali 
Sesaat ku kecewa

Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika 
Sayang takku lihat 
Kini tiada...

Ku terjaga dari mimpi lena..
Sedang mimpi dibasahi 
Tangis ku sendiri

Merintih perasaan ini
Tiada kata mampu diungkap 
Tiada yang mengerti 


Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika 
Sayang takku lihat 
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali 
Mengulangi masa
Pasti ku tunaikan 
Permintaan terakhir........










Photobucket

Saturday, September 1

Raya kami 2012

Assalamualaikum! 

Selamat Hari Raya untuk semua. Alhamdulillah, syawal kali ini sambut dengan meriah walaupun hanya kami bertiga yang pulang ke kampung (yang lain beraya di rumah mentua dahulu). Menu utama raya dah tentu - masak lodeh, rendang ayam, ayam masak merah, kuah kacang dan nasi impit. Sedappp sangat. Tambah lagi mak yang masak. Aku tukang kodek je. hihi

Tahun ni, turn daku dahulu untuk beraya pertama di Johor. Seronok hati tak terkata. :D Sebab 2 hari sebelum raya tu dapat balik kampung. Kebetulan aku dan suami tak berapa nak sihat, dah dapat MC tu balik jelah awal. Semangat betul tu. hehe 

Raya di kampung sampai hari ketiga sahaja. Itupun berat je kaki kami ni nak melangkah....huhu Kalau tak ada kenduri kahwin belah suami, memang confirm tak nak pulang lagi - kata suami. Tapi tak apalah, nak tak nak pun kena balik jugak. Kena adil ok. Tak boleh balik sebelah sini je, sana pun kena balik juga.

Raya kedua abg aku excited nak ke Singapura. Tapiii...passport aku dan suami pulak dah tak bawak. Eee...nyesal tau. Hari tu memang dah teringat nak bawak. Tapi boleh pulak terlupa. huhu Lagi pun nak kesana untuk berjalan-jalan je. Sebab sebelah mak pun tinggal anak-anak buah mak je yg menetap kat sana. Plan ke Singapura dah cancel, kitorg jalan-jalan je lah ke Danga Bay. Ingatkan nak singgah JPO yang orang dok sebut-sebut tu. Tapi masa on da way balik tak jumpa signboard Exit tu pulak. Maknanya apa? Maknanya tak ada rezeki lah nak ke sana! Kalau pergi mau nya tak 'ter' beli. hishhh. 
Nah lah, layan jelah gambar manja dari kami sefamily.. hehe



bye! 
Photobucket

Wednesday, July 18

Wordless Wednesday : KFC Idamanku selalu

Pacu laju2 utk org demam yg kelaparan -.-'

Terima kasih cinta <3.

Sunday, June 24

Rindu .

Ini kisah rindu.

Rindu dengan semua yang saya sayang.

Ye. Tak tipu.

Boring sangat this week! Bila bosan saya godek2 la fb.Dan nampak pic ni!! Serta merta teringat bff saya. Lama tak berjumpa dan bercerita dan bertarik2 sore.hihi

Ok, nanti kita jumpa ya! Sebelum puasa! Pasti. ;)


Wednesday, June 20

Hidup kita ibarat putaran roda

Hidup ni ibarat roda. Kalau tak berada di atas, kita pastinya berada di bawah. Kadang2 Allah sengaja tak nak bagi kita diatas. Sebab Allah tahu kalau kita di atas, mungkin kita akan cepat riak dan takbur dengan apa yang kita ada. Lantas Allah letakkan kita dibawah agar kita tahu mensyukuri setiap nikmat yang diberi-Nya untuk kita..

Saturday, June 9

Bila larut malam

Dikala hujan begini..













Teringinnya nak makan roti telur 2 + teh tarik. erghh...sedapnya.... *.*

Saturday, May 19

Nice shoot at Gold Coast-Sepang

Malaysia pun ada Gold Coast la! Nama hotel ni je. :p

Nice shoot for our custom wedding album at Gold Coast. Thanks Aina..



And I like it!

Wednesday, May 16

Untukmu...ibu.

Assalamulaikum!

Sempena kehadiran mak ke kolumpoq selama sebulan..maka sebelum mak pulang kami pakat nak meraikan mak. Maklumlah adik beradik semua dah jauh2. Tak ada masa nak kumpul sama. Even tak cukup korum, tp kami dpt jugak rai dgn penuh kemeriahan (dan kesedihan dlm hati juga sbb esoknya hantar mak pulang..sob sob).

Acara suprise ni mmg mak tak tau pun. Sebelum pegi keje siap2 dah pesan kat mak. "Jgn masak banyak2 tau..malam ni nak makan kat luar". Mak macam biasa lah.."alah...buat apa nak makan kat luar..asyik belanja mak je. Tak payahla.." mak memang cenggitu. Takut susahkan anak baginya..


Balik keje, siap sedia beli kek dan terjah piza. Bwk kek pun sorok2. hehe kebetulan member lama-zafira keje situ. So mtk tlg dia menyuprisekan mak kite. Hee


Lepas makan kek pun sampai..


-Selamat hari ibu mak..walaupun kita dah duduk jauh, tp pesan mak tetap tersemat di hati. Mak..doa kami supaya mak diberi kesihatan yang baik senantiasa.. Kami sayang sangat2 kat mak.


p/s sayangi selagi ada, hargai bila di depan mata.. :)


Monday, May 7

.




















I love you so much .

Puasa dah dekat!!

Percubaan pertama berjaya. Harap-harap mampu bertahan sehingga ke hari yang terakhir. Aroma air nescafe panas dan milo dikala waktu tengah mengantuk hurmm menggoda juga ye. Alah sikit je tu. Tak pe. Yang penting dapat selesaikan. Ingat...tgl beberapa hari je lg Ramadhan akan menjelma.. :)






p/s : tak sabar nak bersahur dan berbuka bersama-sama.

Saturday, May 5

Syaza heading to Jay Bee !

Bye bye chaja! Hiasi cuti semester dgn berada di sisi insan yang tersayang ok (bukan dgn En T hang tu).


Duduk kg boleh diet! Rebus ubi hari-hari ye. ekekeke

Happy Saturday

Hello.. Setelah 2kali minggu ke selatan lalu ke utara. Soo minggu yang ni duduk rumah je. Tak larat every week keluar. Dah keluar tak sah kalau tak membeli plak tu. Hishhhh pokai poket.

Petang ni teman encik suami main heli baru. Kesian tengok wajah nya yang bermuram durja. Heli idaman dah dapat, tapi tak terbang2 lg.. Ok, nnt uplod satu gmba gf terbaru dia tu ye. Tgu tau.

Friday, May 4

Test 123

Testing update post using Android.

Thursday, April 12

Busy sangat ke?


Lamanya blog ni di biarkan sepi tanpa penghuni. Tiap kali dah tekan new post, jari pula kaku di atas papan kekunci. Tak ada rasa nak menaip di blog. Hari-hari yang dilalui seakan penuh. Dan seakan-akan pula  berkejaran dengan masa. Sampai terkadang request dalam hati 'kenapa 1 hari diberi 24 jam je.. dan cuti bekerja kenapa hanya 2 hari je dlm seminggu.' Erm..sampai cenggitu sekali pulakk. 



Vitamin B yang seringkali meniti di bibir mereka kala breakfast di pantry akhirnya di umumkan. Seronoknya bukan main.....mereka la. Bukan aku. Alhamdulillah..rezeki mereka kan. Dan dalam hati yang agak kesedihan sedikit, rupa-rupanya bahagian untuk ku pun ada.. Walau pun tak dapat sebanyak mereka, tapi alhamdulillah...ni lah rezeki kahwin namanya..-kata mereka. Aku hanya tersenyum.. Mungkin benar selalu orang sebut-sebut, rezeki kahwin..inilah salah satu hikmahnya..kalau kita tahu awal-awal macam ni, dari awal dulu ku terima lamarannya-detik hati. :P


Mood nak bercuti sentiasa berkobar-kobar. Bila lah nak pergi ni. Sementara berdua-duaan. Nanti ada little junior kena bawak tempat yang berpendidikan pulak...contohnyaa..Zoo.. huhuharu.  

 

p/s : Esok Jumaat. Sila bergembira. mood - ok. 


Photobucket

Sunday, March 25


Ya Allah Ya Rabb lindungilah kami semua..semoga sentiasa di bawah keredhaan-Mu Ya Allah..  

Photobucket

Wednesday, March 21

Stop talking. Silent is better.


Diam- pengganti sebuah kata-kata. 
Juga bertindak sebagai isyarat. 
Malah meninggalkan satu persoalan. 

Diam- kadang kala menyakitkan. 
Kadang kala merunsingkan. 
dan 
Sering kali jua disalah tafsirkan. 

Diam- itu lebih baik untuk suatu masa. 
Daripada bercakap tapi menyakitkan hati orang lain. 



p/s : Pls stop talking about people. 
Photobucket

Saturday, March 17

Aku kosong ~


Kosong ~ Kosong ~ Kosong ~~

Lagu ni tanpa jemu menemani aku setiap jam kala ini. 
Terasa kosong..~kosong~kosong~

Jom 0-0










Photobucket

Sunday, March 11

Selamat Pengantin baru Dila & Suami

Hujan..yang turun bagaikan mutiara.. Alhamdulillah segala-galanya dah selesai.. Cuma ending yang agak sayu di hati dan meninggalkan kesan yang abadi..

Tak apalah dik. Anggap saja ini satu ujian kecil yang Allah turunkan, yang sebenarnya Allah  nak duga ketabahan dan kekentalan kamu berdua dalam melayari bahtera perkahwinan itu nanti..perkahwinan itu bukan satu permainan..

Selamat Pengantin baru buat kamu berdua.. Semoga bahagia dan bersama-sama selamanya.. Amin..












p/s : saya tukang kutip fresh flower tu.. mood bunga-bunga saje.. :D


Photobucket

Sunday, March 4

DIY Project



DIY Project 2012 is in progress. Stay tuned. I will update for you! 
Photobucket

Sunday, February 19

Dreaming tu tak salah sebab best


I'm Dreaming. Again. -.-'

Selepas kurang puas honeymoon ke Bandung, kali ni teringin la nak pergi tempat yang sejuk dan beku pulak.

Nak pergi tempat ni : 


Cer teka kat mana?

Opcos semua tahu. Cameron la. Ni bukan terpengaruh Vanila Coklat. Tapi ni memang mengidam dari sebelum kahwin nak mai sini. Tapi nampak nya belum kesampaian lagi. -.-'

Asyik dok survey je apa yang ada kat Cameron tu. Meh tengok sikit apa yang best sangat kat situ ye.. 

 Kelambakan strawberry yang maniss.. Oh teringat kemanisan stroberi bandung. huuu.. >.< 
Dengarnya kat sana ada banyak jual stroberi cicah coklat. peh...boleh jadi Tok Ti kejap ni. keh23..

Kat ladang stroberi ni boleh petik sendiri. alahai..seronoknya gitu.. 

 Yang ni pun ada jugak?
Peh...ni confirm jadi feveret pakcik ni bila dia nampak. 


Ada taman kaktus jugak untuk dilawati. 

 Ada bunga segar jugakk...huuuu seronoknya kalau dapat sekebun sejambak bunga segar cenggini. Nak yang pink + putih tu. alahai sweet nya.. *boleh berangan ala-ala Nora Elena sekejap kat sini*

dan yang ini juga.. 





Macam  best je kan..untuk orang yang nak honeymoon lagi. macam saya.


p/s jom pakcik!!!


Photobucket

Saturday, February 18

DIY Doorgift & Idea

Bulan depan ada cuti sekolah. Bila cuti sekolah = musim kawin. Eh, kawin lagi? best best best...hihihihi (err kenapa aku yang excited?) Cerita bab persiapan perkahwinan memang seronok. Banyak je idea-idea bernas yang bertunas-tunas keluar dari minda. *ayat propa jew.


Ada yang tengah pening fikir pasal Doorgift kahwin ke? Mesti punya. Kalau ada duit banyak-banyak kalau boleh nak bagi macam-macam dan yang best2 je kan.. TAPI semuanya kena ikut kemampuan dan BAJET anda. Banyak lagi wooo nak kena fikir, bayar dan guna duit tu selain dari untuk doorgift. Ni nak bagi tips ataupun idea sikit la untuk sesapa yang tengah fikir pasal doorgift tu. Sebelum decide nak bagi apa sila buat yang ni dulu :

1. Kira anggaran tetamu jemputan

Anggaran ni penting ya. Wajib dan mesti kira. Kalau tak kira, ianya akan membuatkan anda pening kepala di saat-saat akhir. Katalah kad jemputan yang ditempah adalah 500 keping. 500 x 2 (Suami & Isteri) = 1000. Maknanya jumlah tetamu anda adalah seribu orang. So, doorgift yang mesti anda sediakan adalah 1000 juga. Sila extra kan 50 @ 100, khuatir sekiranya ramai pula tetamu yang datang sewaktu majlis tu nanti. Better kita lebihkan sikit dari tak cukup langsung kan? Jangan extra sangat pulak. Nanti banyak sangat lebih dah membazir disitu ye.

2. Sedia bajet ikut kemampuan

Bajet sentiasa perlu di ambil kira. Berapa peruntukan yang anda mahukan. Bagi yang nak bajet, boleh peruntukan sorang tetamu dalam lingkungan RM 1.50 - RM 2.00. Sekiranya tetamu 1000 x RM 1.50 = RM 1,500. Urm.. Macam aku aritu, tetamu dalam 600 so, tetapkan bajet sorang tetamu dalam RM 1.50 sahaja termasuk kos paper bag.

3. Nak bagi apa??

-Bunga Telur

Dah jadi tradisi orang melayu, kenduri kahwin kalau tak ada bunga telur tak kawin namanya. Kan? Walaupun orang cakap eish macam zaman dulu lah ko ni jah. Ala peduli apa. Lagipun  telur lebih jimat dari barang yang lain-lain. Sila angguk laju-laju tanda setuju. Bunga telur boleh buat sendiri kalau rajin, ataupun beli ready-made saja. Nak yang murah? Mydin pun boleh. Ada orang kisah ke?

-Bahulu, Muffin, Tart, Kek Coklat etc.

Yang ini boleh dapat dalam range RM 1.50 ke bawah. Lagi banyak yang kita tempah lagi banyak diskon yang mereka boleh bagi. Ada yang siap dengan kotak dan riben sekali. So, tak perlu pening-pening nak fikir letak bunga apa lah, riben apa lah unless korang yang gatal-gatal nak tambah nak bagi nampak lagi cantik kunun2 walhal sebenarnya lepas orang dapat, bunga-bunga tu semua dibuangnya. sedihhhhh... -.-'

-Lilin

Boleh bagi lilin yang ada bau. Kedai RM 2 pun boleh dapat apa. Cantik pulak tu. Siap dapat 4 ketul lagi. Pilih yang wangi-wangi sikit. Kembang kempis hidung tetamu yang datang nanti. hehehe

-Kipas tangan

Jangan bagi kipas meja pulak. Parah nanti. Boleh dapat dengan harga RM 1 untuk satu. Tambah sikit riben di hujung nya untuk nampak nice. Kelebihan kipas tangan- tetamu boleh guna on da spot masa tengah panas sebab tunggu pengantin yang lambat nooo make-up. Gituuu...

-Bekas brooch

Boleh dapat dlm range RM 2.50 ke bawah. Biasanya lagi cantik, rege pun ehemmm...lagi mahei la jah. Mak-mak orang suka la bila dapat cenggini. Boleh tambah lagi koleksi almari hiasan lagi katenye. (aku rasa lah kan, kalau almari hiasan tu tak dicipta kita ni pun tak sibuk-sibuk nak beli almari tu dengan alasan nak letak barang-barang hiasan ni ha. *kenapa aku merepek tiba-tiba pasal ni ek.abaikan.) Tapi sekarang ni, bukan takat mak orang je suka. Aku pun suka. hehe Sebab boleh letak brooch. Kan ada jugak kegunaanya di situ. Jadi, tiadalah istilah pembaziran disitu.

- Yassin

Ramai jugak yang bagi ni sekarang. Harga boleh dapat dlm range RM 1.00 - RM 2.00. Depends pada kualiti kertas tersebut. Aku suka sesangat23 bila dapat yang ni. Boleh digunakan sampai bila-bila. Yang membacanya dapat pahala, apatah lagi pemberinya. Tapi, kena jaga-jaga sikit la dengan Yassin ni. Make sure tak sepah-sepah khuatir budak-budak akan terpijak. So, be careful eh..

- Mug / Cawan

Alang-alang nak bagi, kita bagi terus mug besar. Beli di pasaraya borong Mydin boleh dapat murah. Serius. Anak buah aku kawin, dia bagi mug besar. Kos hanya RM 0.90. Dia borong 1000 terus. Ok la tu. Balik rumah kita boleh terus guna buat air milo. :)

Rasa-rasa itu je kot yang aku boleh bagi idea. Nak macam-macam lagi boleh terus je pergi ke kedai bunga berdekatan rumah anda. Sure ada barang baru yang menawan hati. Cuma aku lebih prefer bahulu. Sebab tak cair dan senang nak packing. Semut pun tak sibuk nak rasa sikit. Kos bahulu adalah jauh lebih murah dari yang lain.


Ini contoh door gift masa majlis kawin aku hari tu :


Paper bag besar untuk saudara mara dan belah lelaki. Mana kala yang kecik tu untuk semua tetamu jemputan. Isi dalam? Bahulu, gula-gula dan sarang burung. :)



Ini pula DIY paper bag. Untuk extra jemputan. Provide dalam 150 sahaja. Akceli ada tali sbg pemegangnya. Tapi tak snap rupa-rupanya. :(


 Tukang gunting- Mimiey.. Walau kaki terseliuh tetap baik hati tolong aku. 
Thanks mimiey ye.. :) 

 Gambaran dari dekat. 
Tag yang aku edit, print dan tampal sendiri.


Kesimpulannya-DIY paper bag lagi berbaloi-baloi dari beli paper bag yang RM 3.50 dapat 10 kpg. Anda boleh berjimat berganda utk paper bag!










p/s : macam aku lebih suka bagi makanan. Sebab kalau bagi macam sapu tangan, sudu garfu kecik, pasu ke apa ke, aku kurang guna benda tu. Especially cawan cinonet yang ada bunga ros ala-ala vintage tu. Nak guna pun tak bole. Sebab too small. kalau makanan, confirm masuk mulut punya...dan kenyang.. :)






Photobucket

Sunday, February 12

Perginya Diva bersuara emas - Whitney Houston


Diva bersuara emas Hollywood meninggal dunia tadi. Punca kematian yang masih belum dapat di kenal pasti. Yang pastinya, tentunya peminat-peminat Whitney akan merindui suara emasnya yang 'Superb' tu. 








p/s aku pun suka sore dia. Lagu 'I will always love you' will always in my heart Whitney.. 

Photobucket

Friday, February 10

Amalan sebelum masuk rumah


Sebelum masuk rumah balik dari kerja ataupun mana-mana, bacalah : 
"Bismillah 3x depan pintu, senyum dan masuk dengan langkah kaki kanan." 


Untuk mengelakkan syaitan yang duduk di pintu rumah masuk ke dalam kepala suami dan isteri dari bergaduh dan anak-anak yang degil dan kuat melawan.


p/s tips dari Dr. Fadzilah Kamsah @ Sinar fm (muzik retro terbaek! Eh- )


Photobucket

Wednesday, February 8

Easy to spell



It's easy to spell L.o.v.e 
than to explain its meaning.. 



p/s : cepat lah weekend. nak cont. tidur seharian tanpa berbuat apa2. huarghhh...ngantuknye.. =.='

Photobucket

Sunday, January 29

Pandai ke masak?


Sejak jadi wife ni, pemikiran pun dah macam mak-mak orang. Dulu selalu dengar org ckp "Ape nak masak ye hari ni?". Sekarang ni aku pulak yang kena fikir macam tu. Pening jugak bila fikir bab-bab masak ni. Kalau boleh nak yang semudah mungkin. Jalan mudah, ala beli je la. Makan pun 2 orang. Tapiii...beli kalau sedap tak apa juga. Bagi aku, kalau masak sendiri pun, tak sedap-tak sedap telan jela.. tak rasa membazir. Tapi kalau beli, dapat pulak yang memang tak sedap. Mesti duk merungut "ish, menyesal beli. tak sedap langsung". Kemudian konon-konon tak nak rasa membazair, peti ais la tempat tinggal nya. Alih-alih buang juga jawabnya. 


So malam tadi, sambil dengar mereka bersembang aku pun duk google la nak masak apa untuk weekend ya. Rasa nak yang special sikit. Terfikir pulak nak buat nasi kerabu. Nak tengok dulu resipi nya. Mudah ke payah ke rumit ke. Kalau terlalu rumit memang takkan ku buat nya. Search punya search. Banding resipi orang tu dengan orang ni. Aku pun dapat idea. hehehehe 


Nasi Kerabu!


Nasi kerabu olahan sendiri. Yang olahan sendiri tu tang kelapa tu je. Ada setengah letak halia dan bawang putih. Ada pulak yang tak letak langsung. Halia pulak cari punya cari kat dalam peti rupanya dah abis. Teringat mak cakap, kalau masak nak sedap bubuh lengkuas. Ah, capai je lengkuas sikit blend sekali dengan ikan tu. 


Sangai punya sangai jadi la jugak...



Kurang bahan ni- telur masin dengan keropok. Jemput mak mentua, kakak n adik ipar datang rasa sekali. Percubaan pertama kataku. hehehe Tak sedap maaf ye.. Takpe-takpe nextime akan diperbaharui lagi. :) 


p/s : korang masak apa hari ni? 




Photobucket

Friday, January 27

Syurga di hati kita?

Kucari di mana
Kau letak hatimu
Kerna bersamaku ada penawar nya
Hanya kepadamu tempat ku mengadu
Usah kau berpaling dan terus membisu

Sememangnya lidah
Tiada bertulang
Namun itu bukan alasan berdiam
Percintaan ini, kita memilih nya
Kesilapan hanya suatu perbandingan

Kekasih...
Cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar
Tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata-kata saktimu
Semoga asmara berbunga ke akhir nanti
Bagiku engkau...permata hidupku
Inilah ujian buat kita

Berjanjilah... kan setia kekasih padaku
Kita bercinta hingga ke pintu syurga
Sinarilah asmara di mata dan di jiwa
Hidupkan cahaya cinta selamanya







p/s Kekasih..adakah ada syurga di hati kita?



Photobucket

Love quote

Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
dan
menghilang..

Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan nan sepi.........




Photobucket

Tuesday, January 24

It's just a picture




p/s : it's just a picture okey.. :)


Photobucket