Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 30

Pergi membawa diri

Tiada kata yang termampu di ungkap..
Tiada bicara yang mahu tuk aku lafaz..
Andainya hati mampu didengari..
Serata alam terasa dingin..


~



~Ku bawa hati ini pergi~




Photobucket

Thursday, December 22

Hepy Bornday to MY Cute niece

Nama dia Syaza. Tapi aku suka panggil dia tembam. Sebab kunun-kunun nak membakar semangat dia supaya jangan banyak sangat makan nanti lagi demok. Tapi, ternyata usaha aku sia-sia. *sedihhhh*. Dia lagi semangat makan banyak. heh heh heh

Semalam bedae dia yang ke 19. Lah.....baru 19 ko ye? Acik ingatkan ko masih lagi Darjah 6 (ok,tipu lah tu) -.-'

Sebab time bedae ko acik belum gaji lagi, maka nya hadiah tak de lagi lah ye. Takpe, nanti ada lah tu. InsyaAllah..Doakan acik murah rezeki, murah jugak rezeki kita semua nanti. Amin..

Sempena bedae ni jugak ada pesanan berharga untuk mu Syaza..


-Jadilah anak buah kebanggaan kami semua, sebab kakak adalah yang sulung, jadi tunjukkan yang terbaik untuk anak-anak buah yang lain ye. Yeahh..

-Jangan nakal-nakal bila berjauhan dari family. Ala acik tahu apa kau buat tapi senyap-senyap je acik bagi tahu nyai. Ehhhhhh...tercakap pulak. Sorry.. =.=' hehe

-Maintainkan CGPA. Hopefully every sem dapat AKJ lagi. Biarlah orang nak cakap "ala budak Poli memang senang dapat Dekan pun.." tapi hakikatnya kalau tak ada usaha dan doa mustahil akan dapat jugak kan..

-Jangan melawan cakap nyai..sian kat nyai. Nyai ibarat pengganti arwah Mama. Sesungguhnya percayalah, nyai nakkan yang terbaik bukan untuk anak-anak nya sahaja tapi untuk cucu-cucu sekaliannya. Marah kan tanda sayang. Bila rasa nak melawan je, mesti ingat- 'andainya satu hari nanti nyai dah tiada...kita pasti akan menyesal dan merindui nasihat dari nyai..'. Kita kena hargai tiap masa bersama-sama. Hidup ini makin singkat kan...

-Semangat kuruskan badan lagi tau! Bukan untuk kurus je. Tapi untuk sihat..teeeheeee

lastly..

-Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, tercapai apa yang dihajati dan semoga akak di bawah lindungan-Nya senantiasa..Amin....



Beday Girl


..Sweet 19..



*curi dari fb*
hehehe


Sing A song for You:

tadaa...



hahahahahahaha

Photobucket

Friday, December 9

Semoga mereka pulih dan sihat

Ya Allah Ya Tuhanku..
Selamatkan mereka..
Sembuhkanlah mereka dan sihat seperti sedia kala..
Amin....













p/s hati tak sedap sebab masak nasi asyik basi je.. :'( i hate this feeling.



Photobucket

Saturday, December 3

Ep. 1 - Big hug and thanx to my beloved BestFriend!

Sebelum start cerita pasal wedding, aku nak start with 'Penghargaan' dulu. Dalam mana-mana buku /novel selepas muka hadapan, muka surat pertama adalah penghargaan. kan? So, we go first with it ya!

...............................................
Mereka adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2 gadis comel yang diimport dari Selangor ke Johor.


.Salina dan Ema.



***************


1) Salina



Cik Salina namanya diberi,
Sungguh cantik dan comel sekali,
Sudahlah begitu dia sangat-sangatlah baik hati,
Siapakah yang bertuah dapat menawan empunya diri.


eceh! (pandai aku berpantun kikikih23)


ha..balas-balassssss. Acah je. Ok, aku kenal dengan Salina ni start dari sekolah rendah lagi. Kalau tak silap Darjah 4. Masa tu dia memakai seragam kuning + coklat (Pengawas Pusat Sumber la tu). Aku pulak Penolong Ketua Kelas. Masa sekelas tu kami tak rapat pun. Tapi hubungan dengan rakan sekelas tu memang erat. Paham ke? Ah pahamkan jela ek. Kemudian kami ditakdirkan lagi sekelas masa Darjah 5. Masa tu Cikgu Razali adalah cikgu kelas kami. Sebab kami kelas pandai, maka Guru Besar tempatkan kitorang dekat blok baru. Jadi, kelas kami ni memang terpisah dengan kelas-kelas yang lain. Maka nya, dah terpisah tu lagi lah membuatkan hubungan satu kelas tu memang rapat. Hari-hari jumpalah katakan. Jadi, kami semua rehat sama-sama, ke padang sama-sama, naik bas je tak pasti sama-sama ke tak. hahahaha

Kemudian, ada satu hari tu tak tahulah kenapa mood aku memang kacau bilau. Masa tu kelas Pendidikan Seni. Aku pulak gubra sebab tak dapat siapkan ikut masa yang di tetapkan. Tiba-tiba Salina datang dan bagi komen. Aku pun tak kenapa aku sentap terus dengan dia. Dari situlah aku start masam muka dengan dia sampai lah habis Darjah 6.


Naik tingkatan pulak tiba-tiba aku tak sangka kitorang pun sekolah yang sama. Tapi, aku masih lagi tak bertegur dengan dia. Walaupun dalam hati ada niat nak mintak maaf tapi aku pendamkan je sebab takut maaf ku tidak diterima olehnya.. huhuhu sedihhh. Kitorang pun buat biasa je. Macam tak kenal langsung! Naik ke Ting. 2, mungkin takdir dah tentukan yang kami sekelas lagi...


Jeng jeng jeng.


Aku memang dah tak boleh lari dari dia yang bernama- Salina. Masa tengah beratur untuk masuk ke kelas 2 Efisien, Ila ada bisik kat telinga aku yang Salina nak duduk sebelah aku dalam kelas nanti. Aku pun beritahu yang aku malu sebenarnya sebab dah lama bergaduh. Tiba-tiba dia tegur aku dari belakang.. "err...Nisa, aku nak duduk sebelah ko kat dalam kelas ni boleh tak?" Aku terkejut dan aku jadi malu gila tiba-tiba. Yelah, dah la aku belum mintak maaf lagi dengan dia. Pastu, dia pulak yang datang tegur aku. Malu weh~ aku pun cakap "boleh...tak sangka pulak kita sekelas kan.." Lebih kurang kot ayat aku macam ni. Ceh, macam propa je pulak. -.-' Ha....start dari situ lah aku rapat dengan dia. So, lepas dari situ aku pun banyak kali mintak maaf kat dia pasal sikap kurang matang zaman budak-budak dulu. Bila fikir-fikir balik, jahat jugak aku dulu ye. Sampai hati aku buat dia macam tu.. huhu Maafkan aku ya Salina.... :'(


Persahabatan ini tak terhenti kat situ je. Berlarutan walaupun kami lain-lain Uni. Memang tak pernah lost contact dengan dia. Kalau dia tak telefon aku, aku yang akan telefon dia. Teringat zaman dia masuk teknik dulu, selalu call aku guna Public phone. hehehehe Ops, lupa nak cerita. Salina ni jugak lah orang terpenting dalam proses percintaan dengan MHCH tu ha. Dia lah orang yang tolong kenen-kenenkan kami. Pandai ye. Antara ayat-ayat dia yang aku tak boleh lupa sampai sekarang-


"Ko pilihlah Emi ni Nisa... Dia baik.selalu pergi surau n Masjid...tak tinggal solat pulak tu.. pakai songkok lagi haa.. " - (sambil tu dia tunjuk gambar mamat Emi yang pakai ketayap kat majalah sekolah yang tengah duduk tangkap gambar kelas).


Masih kah kau ingat Saly gambar ini? hihihihi


Walaupun kami kerja tempat lain-lain, kami masih lagi berhubung. SMS la paling kerap. So, bila aku bagitahu yang aku nak kawin, dia lah jugak orang yang paling HAPPY. Dia jugak yang gigih temankan aku siapkan apa yang patut. Dia tak kisah langsung... Dari pre-wed sampai lah ke wedding yang sebenar, dia jugaklah yang gigih temankan aku. Dia jugak yang tolong pakaikan inai untuk aku masa malam sebelum nikah. Outdoor photog pun dia yang temankan. Dimana ada aku disitulah ada dia.. Terima kasih sesangat Salina!! Andalah sahabat terbaik ku dunia dan akhirat..





Friend..you're special to me.

"Now & then a friend is found who proves
right from the start to be the special kind of
friend who truly warm the heart...
Now & then a friendship's made
that's really lasting too.

The kind of friendship.

I have known since i met you."


2) Ema



Aku start kenal Ema masa dia datang tolong buat kerja masa aku partime dengan co. Salina dulu. Bulan puasa tak silap. Masa tu malu-malu jugak lah. Aku kan penyegan...tapi Ema cool je. Dia masuk je dengan semua orang. So, aku pun hindarkan lah sifat kemalu-maluan aku tu jugak. hehe Dari situ, kitorang pun start kuar pergi karoke sama-sama. Masa aku bertunang pun Ema pun datang jugak. Baiknya dia...terharu aku.. Walaupun baru kenal.

Sebelum aku kahwin diorang ajak aku kuar sesama. So, last kami jumpa masa karoke tu la. Sedih rasanya.... huhuhu


Masa aku kahwin haritu, Ema dengan Salina lah yang ada. Sanggup diorang datang naik bus semata-mata ke majlis aku. Walaupun Ema sakit mata masa tu dia still lagi cool. Aku rasalah, kalau orang lain confirm dia tak nak pergi langsung. Betul tak? Tapi Ema lain.. Dia memang sporting lah! Ish...susah nak cari macam dia. Sepanjang majlis dia dan Salina yang temankan aku dengan pakcik. Dari dalam rumah, ke luar rumah, ke sungai, ke jambatan, malahan ke stesen bus juga!



Friend..you're special to me.

"It wasn't by an accident..
But by God plan
that we wound up
being friends."


Terima kasih Salina dan Ema atas jasa korang berdua.. Maaf andai aku ada tersalah kata sepanjang persahabatan kita. Semoga persahabatan ini kekal abadi. Aku sayang korang!


Hugs and kisses.



Photobucket

Friday, December 2

Apa perasaan lepas kahwin?


"Macam mana perasaan -- kehidupan -- aktiviti seharian bila dah bergelar seorang isteri skang ni? Best ke?"


Itu saja soalan pertama yang keluar dari setiap-tiap orang yang aku jumpa.

Dan

Jawapan aku tetap sama -

"biasa-biasa je.."


Takkan aku nak jawab bestttttttt sesanggggatttttt. Meluat sampai muntah hijau pulak orang dengar. Kan..


So, truly deeply medley..Of cos la ada perubahan. Dulu tinggal sorang, kali ni dah tinggal berdua. Dulu makan sorang, kali ni makan bersama-sama. lagi satu..err..kalau dulu malas solat, sekarang berjemaah bersama-sama. Tak dapat 5 waktu, 1 waktu pun jadi lah. Itu antara perubahan terbesar bagi aku la. Syukur.


Bab masak-memasak ni aku tak ada masalah sangat. Walaupun aku ni tak reti memasak. (well, memasak tu kan adalah proses pembelajaran. So, bila hari-hari aku masak kira aku belajar memasak la tu..) Dia pun jenis makan je apa yang ada. Syukur.


Paling best dia tak suka makan ikan. So, aku tak payah lah susah-susah nak siang ikan. ekekeke Bila mak mertua suh masak ikan boleh lah aku bagi alasan nanti "Emi tak makan ikan kan mak..jadi membuatkan saya pun tak bape reti sangat siang ikan ni." hehehehe Ngelat! :P Pakcik, makan ikan baik untuk kesihatan tau. Banyak protein. Ayam tak elok. Dah la banyak suntik botox bagi gebu. Palsu jew.


Dah la, tak nak mengomel bab rumahtangga. Nanti rumah dah siap pahat berbunyi. Eh kesitu pulak! hehe acah je. Next entry nak update pasal wedding ye! Tunggu ek.



p/s : mood status - rindu.







Photobucket