Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 25

Thursday, November 24

Marry you

Alhamdulillah syukur je hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dan izin-Nya aku telah selamat menjadi isteri kepada MHCH.




Ya Allah Ya Tuhan kami..
Berkatilah ikatan perkahwinan ini..
Limpahkanlah hubungan ini dengan kasih sayang-Mu..
SesungguhNya Engakulah Tuhan kami yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Jadikanlah kami suami isteri yang soleh dan solehah..
Yang taat pada perintah-Mu..
kerana sesungguhNya kami ini adalah hambaMu yang lemah..

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Murahkan rezeki kami..
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Maha Pengasih..
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera,
sepertimana yang Engkau kehendaki..

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi...

~Amin Ya Rabbal Al Amin~






p/s : Alhamdulillah..hajat aku nak solat berjemaah selepas selamat menjadi suami isteri akhirnya tercapai juga..



Photobucket

Saturday, November 19

Waktu nya telah tiba..

Saat entry ini di tulis aku mungkin tengah berdebar menunggu.


Saat yang seorang wanita tunggu-tunggu untuk seumur hidupnya..

Saat yang paling manis untuk diabadi..

Dan saat itu...


adalah


hari pernikahan aku dan dia..



19. November. 2011.



Nervous tak usah cakap. Pasti ya jawapannya.
Resah usah di bilang. Pasti ya juga jawapannya.
Gelisah usah dikira. Kerana pasti adalah jawapannya.


Percintaan ini bukan mudah..ada suka, ada duka..ada lara..


Menempuhi alam sebagai seorang isteri juga aku tahu bukan mudah..akan aku cuba menjadi yang terbaik..buat dirinya..dan kehidupan kami..



“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada kami. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah.. dan moa kebahagiaan ini abadi hingga kesyurgaMu Ya Allah.. Amin.."





p/s sambil menaip..hati sebak baca doa ini..


Photobucket

Friday, November 11

Kotak hati

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita


duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian


jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

repeat reff



tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap


sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita


duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita...



p/s 6 days left

Wednesday, November 9

Kesempatan demi keuntungan


Andai pertolongan itu atas dasar kesempatan abaikan saja niat itu...





mood: terkilan-
Photobucket

Tuesday, November 8

Dari minda aku

Kita..tak pernah tahu jalan yang bakal kita lalui. Susah ataupun senang. Masing-masing punya jalan cerita yang tersendiri. Yang kadang-kadang boleh di bukukan menjadi sebuah novel. Kita seringkali mengalah dan tunduk dengan takdir. Sebab takdir itu lah yang menentukan segala-galanya. Takdir itu jua yang sebenarnya sudah tertulis semuanya. Tiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun..tiap detik yang berlaku tu ada sebab dan musababnya. Dan sebab itu terciptanya perkataan 'Kalau'..


Mungkin ada yang pernah tersebut 'Kalau aku tak pergi sini, mesti aku aku takkan sesat macam ni'. Tapi sebenarnya jalan yang kita sesat tu lah adalah jalan yang mesti jugak kita akan lalu satu hari nanti. Maka.. kita pun secara spontan akan sebut 'Ooo..jalan ni lah yang aku sesat dulu. Rupa-rupanya memang aku akan lalu jalan ni'. Nampak tak apa kesimpulan kat sini? Setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya. Walaupun kita dah sumpah seranah dengan kesalahan diri sendiri, tapi sebenarnya ada hikmah sebaliknya yang berlaku. Kan?


Hati..kadang-kadang memang tepat bicaranya. Sampaikan kekadang memang nak ikutkan je hati. Tapi...akal fikiran masih ada. Apalah gunanya Allah ciptakan manusia sebegitu sempurna dengan akal dan fikiran andai tak mampu gunakan dengan sebaiknya.. Teruknya kau nih la.


Hidup ni macam-macam ujian yang kena tempuh. Ada jugak yang lebih hebat dari jawab final Exam. Final exam kalau failed boleh repeat paper. Kalau hidup ni failed boleh repeat? Tak...tapi kita jadikan sebagai pengajaran. Dari pengajaran tu lah timbulnya pengalaman. Pengalaman tu kan mematangkan diri kita. Ye ke? Erm..mungkin kot. Tapi kan..seusia 23 tahun ni..aku pun tak tahu tahap kematangan aku tahap mana. Yang pastinya aku tahu aku masih muda. tsskk- Banyak lagi aku kena belajar. Perh...tak cukup ke zaman belajar dulu tu? Jawapannya tak- Ni zaman belajar alam kehidupan. -Ngeri je dengar- Kalau ikutkan aku.....ha kan dah sebut kalau jugak tu. Eish. Tak apelah. Tak payah lah sambung.


Entry ni ntah apa2 je sebenarnya. Aku cari diary online aku tapi tak jumpa. Bencinya....... Susah nak aku luahkan kata-kata. huaaa.. :( Tiap kali restore, tiap kali nak kena cari balik. Kalau diari manual susah pulak. Salah letak haii jadi bahan jela. Tak suka. Tak suka.



Kalau tak suka dislike la cepat!






p/s kondisi aku masih tak stabil~ Ya Allah berikanlah aku kesihatan yang baik. Amin..




Photobucket

Thursday, November 3

DIY : Bunga Tisu White + Purple

Yeay..dah siap! Hepy nya. :D Sekarang ni tinggal nak gubah bakul je untuk letak bunga telur yang comel ni. Comel ke? Tak pun. Tapi suka combination kaler- putih + ungu. Suciiiii je rasa. Sesuci nya cintaku. **muntah**

Ruang tamu jadi workstation ku~

Bunga yang pink ni masih lagi terfikir-fikir nak teruskan misi ataupun nak beralih arah. Urm...any idea? Ye ye...dalam perancangan.


Bunga telur ni aku mula berkenan lepas blogwalking kat belog-belog orang nak tawen. Bunga ni di buat dari kertas tisu. Ada yang cakap guna kertas tisu cap Tesco pun boleh tapi ada type nya. Bukan sembarangan tisu tau. Jangan pulak korang mentry tisu toilet tu. Kang tak pasal-pasal lencun pulak.. hihihi


Kos buat bunga ni tak banyak pun. Sebab bahan-bahan yang lain macam riben aku memang dah ada. So, kita recycle balik lah. Jimat kan?


Korang nak try buat sendiri pun buleh.. tips nya.. TRY + ERROR. Sebab aku pun bukan tangan seni.. :)

Gigih dia buat. Mula-mula cakap "tangan ni keras. Tak reti buat la."
Tapi, dalam keras-keras tu rupa-rupanya lagi cantik dia buat dari aku. (oo baru aku tahu, alasan je ni sebenarnya..kan kan kan..) Ni yang tercabar ni!

Ni semua hasil kerja tangan orang keras tu. Kemas kan? Jeles laaaaa.. Tapi dia buat untuk bunga sahaja. Kerja-kerja yang lain aku langsaikan.





tadaaa..

Inilah hasil tanganku pula...


Close-up lagi..


Ha yang ni versi menegak pulak. Ok tak? Simple je.. Boleh lah kan..







Ni yang last skali..
*tiba-tiba*
-.-'


heheh jangan marah. Gambar ni edit untuk suka-suka je. :)



p/s sibuk update blog, bunga untuk bakul tak siap lagi tu!! ok bye.


Photobucket

Wednesday, November 2

Ombak Rindu huhu

Ombak Rindu. Filem yang diadaptasi dari novel 'Ombak Rindu'. Peminat novel mesti tahu punye.

Ni OST cover by Ajek Hassan. Original song by Adira & Hafiz. Rasa-rasanya Ajek atau pun lelaki yang bawak sorang lagu ni lagi better dari perempuan kot.. (pendapat je ok~hehe)


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku





Photobucket

6 more and more and more

6 more left ~~



Peh....poyo punya misi. Aku buat 1, stop. Reply comment kat fb. Aku buat riben kejap, stop. Blogwalking plak. Dapat siap 8 kuntum tadi, aku tidor plak. *tak bleh pakai betul!


hahaha



Sebenarnya aku tak boleh concentrate buat benda alah tu. Sebab leher aku sakit. Yelah mana tak nya, malam tadi kan aku pergi jumpa doc. Siap dapat 2 hari mc suruh duduk diam2, makan ubat, tidor dan rehat. Aku pulak kunun-kunun nak habiskan kerja-kerja terbengkalai tu ha. Jadinya, aku kenalah buat perlahan-lahan. Tak boleh push sangat diri. Nanti makin sakit pulak aku jugak yang susah. Kan...


Tak pe..masih sempat lagi.. (sedapkan hati ke?). huhuhu Nasib baik dia tolong buat kan bunga haritu. So sekarang ni aku tinggal ikat riben dengan kain net. Kalau dia tak tolong, aku rasa masih banyak lagi kot.


Tak apa-tak apa, kejap lagi nak buli dia lagi lah. hehehe sambil tunggu sup sayur sampai ni. Laparnya lah.. Nasib baik tak ada baby dalam perut ni. Kalau ada, mesti baby tu cakap "lambat lah papa ni beli makanan!"



Ok bye.





Photobucket

Tuesday, November 1

Cuti

Hari ni...cuti... First time tu selama 2 bulan aku kerja berterusan tanpa -Cuti tanpa Gaji ataupun MC. Biasanya tak cukup sebulan aku mesti ada amik cuti. hehe Sekarang tengah masak bubur. :) Lauk malam tadi ada lagi belen-belen. Panaskan jela..



Aktiviti hari ni nak sambung buat munge-munge cinta.. Jom!


Photobucket