Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 31

Tentang bulan

Pejam celik tidur bangun makan berak- dah nak datang bulan. Eh masuk bulan ler. Bulan apa? Bulan cinta! ~Bulan itu...uh..bulan cinta..bulan itu...uh..bulan kita...aha... lalalala...~ hahaha **muntah**


Bulan November ok = Bulan sebelas = Bulan cuti sekolah = Bulan kawen jugeeee. pheww.. ramai jugak yang amik bulan Nov ni untuk kawin ye. Tambah lagi ada tarikh spesel 11. 11. 2011. Ha...kau ada? Aku tak ada..


11. 11 tu tarikh anak buah aku kawin. Peh...dah besar dah dia rupanya. Err..memang pun. 28 tahun dah dia. -.- Umur yang memang dah matang dan bersedia dari segi mental dan fizikal. Go ayung Go!


Aku punya pulak? Errrrrrr..... 2minggu 4hari lagi. Takut giler!









Photobucket

Sunday, October 30

Walau apa pun yang terjadi....kemudian?

Tadi kata nak tido. Tapi tak tido-tido. Esok nak bangun malas. haipppp!! Kerja dah dekat masih tak bersyukur ye? Eish...tak-tak. Bersyukur sangat-sangat.. Cukuplah dengan apa yang aku dah ada sekarang ni.


Cuma semalam..adalah dua perkara yang berlainan terjadi. Dan tiba-tiba dalam hati pun terdetik..kalau aku dot dot dot..mungkin aku dot dot dot.. tapi kini rupa-rupanya dot dot dot.. err aku pasti korang semua tak tahu apa dia. Nak cerita..tapi tak apalah. Simpan sorang-sorang je. :) Yang pastinya dua perkara tu sebenarnya adalah perkara yang terbaik dan terindah. Cuma dalam terbaik dan terindah tu ada kesedihan- sedikit. *sikit je tau.


Toksah meleret-meleret. Yang pastinya..




"walau apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.."





Photobucket

Kembalikan indah

Baru aku perasan. Sebenarnya Siti Nurhaliza ni banyak lagu-lagu dia yang best-best.

Layan lagi satu..


Setitis air mata

Gugur ke bumi
Menjadi lautan kaca
Harus ku renangi

Dimana kau menghilang
Kasihku rindu
Biar apapun menghalang
Janganlah kau membisu

chorus
Inikah cinta menghiris jiwa
Kau biar hidupku jadi melara
Sucikah cinta kau cemar janjinya
Bertarung aku dengan sengsara


Tak rela ku bersedih
Dihimpit duka
Berkaca hati merintih
Pecah tak ku duga

Ingin ku meluahkan
Segugus rindu
Kembalilah keindahan
Cahaya dihatiku

Ulang chorus

Oh...kasih terbayang kenangan lalu
Oh...bersamamu
Berjanji setia tak ingin berpisah
Berdua kan selamanya.....


**aik nape semua lagu sedih-sedih je yang aku post nih?


:(





Photobucket

Di sini aku berjanji

Lagu ni macam sedih je dgr..


Di sini ku berjanji
Setia keakhir nanti
Berhias ceria atau bias duka
Engkau tetap ku cinta

Di taman syurga ini
Segalanya berakhir
Gugurnya cempaka
Harumnya berlalu
Dan tinggallah ku sendiri

Lagi dihina
Sedang hatiku masih terluka
Kau bukan seperti
Yang aku kenali
Waktu kita bercinta
Mengapa tak seperti dulu
Di waktu kita bercinta

Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis di hati
Inginku lenyapkan
Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang

Tak percaya... kau
Berubah sekelip mata
Benarku bagimu salah
Mungkin alasan semata
Takkan cinta
Hadirnya sekilas cuma
Yakin ku di sudut hati
Aku masih kau cintai

Mengapa tak seperti... dulu
Di waktu kita bercinta
Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis di hati
Inginku lenyapkan
Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang







Sedih-sedih pun aku tetap suka Siti Nurhaliza.




iloveu cikti.. :-*

Photobucket

Kalau ku tahu

Satu ayat yang sedang bermain dalam fikiran aku sekarang ni adalah ~











"Kalau ku tahu.. "






















Apa yang kalau aku tahu andainya kita semua ni sekadar perancang terhebat sedangkan yang menentukan adalah yang paling terhebat?

Apa yang kalau aku tahu andainya sebenarnya apa yang tulis ni aku puntaktahumotifsebenar.


p/s tidur laaaaaaaagi best.


zzzzzzzzzzzzzzz




Photobucket

Saturday, October 29

Gue capek

Penat..




Hopefully aina dapat merealisasikan macam apa yang aku nak.





p/s terima kasih banyak-banyak to saly yang menemani seharian! Jasamu sangatttttttt ku kenang..



Photobucket

Tuesday, October 25

Wedding Cake idea

Takde kek, macam tak lengkap je majlis tu. Nak jugak suap-menyuap kek selain dari makan beradab. Kan?


Aku selalu jatuh cinta dengan PINK colour. Sampai kan aku sendiri terlupa yang tema aku sebenarnya adalah PURPLE. Semua barang yang aku nak beli- yang aku jatuh hati- Pink jugak. Kombinasi pink + purple cantik tak? Eissshhh apsal la kau comel sangat PINK??! Stress aku tau.


Sebab masa bertunang dah puas bergaya dengan pink, maka kahwin kenalah yang lain pulak kan. Kang orang asik cakap "ishhh pinkkkkk nyaaaa.......".

Bila korang tengok kek kaler pink macam ni tak teruja ke?


Kalau dapat kek macam ni, tak teringin aku nak potong. Sayang woooo. Nak keraskan dan buat pameran je dalam peti sejuk. Boleh?

So lovely~~
Membawa aku keberanganan yang teramat sangat. Eh.


Berbalik cerita pasal kek. Google je pasal wedding kek, semua yang kuar jenis fondant. Pehhh...memang jatuh cinta beb dengan design-design fondant kek ni. Tambah lagi yang pandai hias tu. Tapi, bila korang tengok rege nya......urmmmmm too costly. Walhal sebenarnya fondant kek tu tak sedap pun. Sebab base nya adalah gula. No no no no.. Habis semua makcik-makcik aku kencing manis dorang naik pulak lepas kenduri karang. Tapi kelebihan kek ni, adalah tahan cair. Faham-faham jelah, kek ni dah tentu dijadikan bahan pameran dari start mejelis sampailah ke acara potong kek oleh pengantin. Mejelis pulak disiang hari. Korang ingat make-up jeke boleh cair. Kek pun buleh taw.. So, kek macam ni memang sesuai sesangat untuk wedding day uols.


Ada lagi pilihan. Kalau tak nak fondant, meh kita beli ready made je. Pilih je nak Cikret Recipe, Baker's Cottage, King's, Berry's Park, Baskin Robbin, etc. Ha....tunjuk je nak yang mana. Harga mostly bawah RM 100 je. Kan senang macam tu. Kan kan kan.


Tapi......



Aku ni kekadang cerewet jugak. Boleh tak kalau aku gedik-gedik nak buat kek kahwin sendiri? Sebab aku nak design / deco sendiri kek tu ikut citarasa aku. Ala sedap tak sedap tu belakang kira. Kalau sedap hah dengan bangganya boleh lah cakap "Ni pengantin yang buat sendiri." Dah tentu aku dapat pujian dari orang ramai. wakakaka Kalau tak sedap aku cakap la "Ala beli kat kedai pekan tu aje. Biasalah kat sini bukan senang nak cari kedai kek yang jual sedap-sedap sikit" ekekekekeke **gila jahat aku ni. ish no no no. Cannot say like dat**



Bulehhhhhh tak buat sendiri? Agak-agak gila ke tak idea ni? First thing yang aku fikir adalah MASA. Akan cukupkah masa aku untuk buat sendiri kek tu? Kalau betul aku nak buat, aku memang betul kena plan masa aku.

Aku suka design yang simple but nice. Comeinya lah kau pink. Aku nak imagine kek ni kaler purple memang tak buleh. Ouh Saly, maafkan aku. ~.~'


Ok. Baru jumpa yang so-so lah kaler purple tu. Cenggini sikit gaya kek tu boleh? Tapi, tak de lah sampai bertingkat-tingkat. Setingkat pun dah cukup. Kalau nak bertingkat aku nak sampai 10 tingkat macam rumah aku ni. eheh poyo*







p/s tak lama je lagi dah.. huhuhuhu

Photobucket

Esok cuti la weh!

Memerlukan rehat yang panjang..






Sakit nya macam rasa nak tumbuk orang.



p/s kalaulah mak ada...sakit serta-merta berkurang..sebab mak selalu buat sendiri 'air penawar' untuk anaknya. T_____________T

Photobucket

Sunday, October 23

Bubur Merah tanda apa?

Alhamdulillah..


Satu hajat telah terlaksana. Maka, bubur merah tanda kesyukuran pada-Nya.

Biasanya adat orang jawa, bila ada niat sesuatu yang baik kemudian dah tercapai bubur merah akan dimasak dan sedekahkan pada jiran-jiran sebelah rumah. So dapat lah 3 mangkuk besar bagi Cik Timah, Cik Ani sebelah rumah dan rumah bakal ehem2. >.<


**Pic google saja. :)

Resipi? Alah senang sangat! eceh! hehe meh tengok bawah ni.

1 cawan beras
1 1/2 cawan air
Gula merah
1 kotak santan kelapa Ayam brand

Cara-caranya:

1. Masak beras macam nak masak nasi tu cuma lebihkan air.
2. Bila dah mendidih, masukkan santan.
3. Kacau sampai sebati. Masukkan garam secukup rasa.
4. Bila dah jadi macam bubur, ceduk dalam satu mangkuk untuk jadikan bahagian yang putih.
5. Potong gula merah kecik2.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga gula merah tersebut sebati.
6. Siap.




**Kalau rasa nak lagi lembik sikit boleh tambah air lagi. Lagi pun bubur ni cepat tersejat.




First time buat..alhamdulillah menjadi. Mungkin sebab pengalaman menjadi Assistant chef mak kot selama bertahun-tahun dari kecik, tu yang bila buat even pertama kali menjadi. *sejuk mak dengar* ekekeke






p/s : Made on behalf for 'dia'.

Photobucket

Tuesday, October 18

BARU DAPAT SIAP

Jumpa orang sana sini semua dah tanya "Macam mana persiapan?" termasuk lah my sis sendiri. Aku jawab "erkk..entah..". Hari ni baru dapat on9, aku tengok sticker kat blog ni 1 month until our wed day. 1 month = 30 days. Tiba-tiba........Aah apa yang aku kena buat ha??????


Oh No.


Checklist pun tak buat lagi.


huh??!


err..sebab aku takut nak buat. err....nnt tahap kestressan aku akan naik mendadak. eeee menci! menci! menci! Semua nak kena buat sendiri. Buat tak tahu jelah boleh takkkkkkk... :'( Nasib baik yang hal-hal yang berkaitan dokumentasi nikah semua dah settle. Kalau tak, lagi haru aku jadinya. Puc-BP bukan macam puchong-bangi.


Ok la, malam ni tak stress sangat. Kena berkejor buat art. ha....untuk jawapan mereka yang tanya pasal persiapan tu....nah...ni lah jawapannya.. Cantik ke? entah la..hentam jela guna photoshop!



*Petunjuk arah untuk orang yang cari rumah pengantin*
(create sendiri tau. Sapa berminat boleh pm aku. hehehe \(^.^)/)


Ni aje yang aku BARU DAPAT siapkan. Sekian.





p/s : bla bla bla bla bla *membebel diri sendiri*






Photobucket

Saturday, October 8

Ex-

Excited!











p/s : semoga di permudahkan dan selamat semuanya.... tak sabarnya menanti hari esok.. :D

Photobucket

Great saturday

Having a great Saturday with Cik Saly n Cik Ema.











Thanks A LOT my dearest friends.



*big HUG*



Photobucket

Thursday, October 6

KandaDinda Wedding Card : Pilihanku

Entry pasal kad kawinku belum buat lagi kan? Okey2, jom share story pasal kad kawen ni.


Sebenarnya sebelum tempah, aku dah banyak buat survey harga tapi thru internet je. Ada yang murah- semurah-murahnya, ada yang mahal- semahal-mahalnya. Macam biasa, ikut bajet. Kalau bajet tinggi, tempah yang mahal. Kalau bajet macam aku, yang biasa-biasa jela kan. Lagi pun lepas habis kenduri, mana ada orang simpan kad tu lagi. Tong sampah saja jawabnya. Tapi walaupun aku tahu tempat akhirnya di tong sampah, aku tetap nak kad yg ok, simple n just nice je. Kalau orang nak buang pun maybe tak rasa ralat sangat la ye tak.


Mula-mula macam nak design sendiri. Sebab aku admire giler dengan kad AyuRaudhah yang siap ada ikat ribbon comei. Tapi, dah kesuntukan masa sangat pulak. Takut nak menjemputnya pulak yang jadi satu masalah. Nanti sedara mara cakap last minute pulak kan..


Aku tempah kad di KandaDinda Wedding Cards @ Bandar Puteri, Puchong. Tempat ni di suggestkan oleh my bff Cik Saly. Banyak pilihan yang cantik2 kat sini katanya. So, aku pun memang yakin dengan saranan cik saly tu. Terjah aje.. hee Memang cun2 lah weh! Dari kartun, bunga2, vvip, semua lawo-lawo belaka. Sebelum terjah kedai tu aku dah survey kat web dia nak yang mana. Last-last sampai ke kedai dah jadi rambang mata. Apa yang nak tak jadi amik, amik yang terus berkenan di mata. Pulokkk.. ~.~


Ini baru betul kita katakan jatuh cinta pandang pertama. Masuk kedai nampak yang tuu terus nak amik yang tu jugak. Aku cakap kat staff in charge- Hafiz namanya- yang aku nak sebijik macam tu. Kaler hitam, cop stamping pink. Dalam pun nak kaler pink jugak. Sama sebijik tau! Ish3...dasat nooo aku nih. ~.~


Lepas lengkapkan borang apa yang patut, deposit kena bayar dulu. Tak banyak..RM 50 je. Lepas kita bagi artwork (pelan / peta) baru bayar lagi 50%, lepas confirm artwork then baru bayar lagi 50% tu. Ops, RM 30 kena tambah ye, coz cas untuk artwork tu. Sebab aku tahap excited melampaui segala-galanya, lepas bg artwork terus aku bayar full. Macam tu sekali ye.. huhuhu


Tapi...


Esoknya hafiz tu call dia cakap pink tak boleh masuk untuk details kat dalam tu sebab nanti memang jadi tak nampak langsung tulisannya. huaaaaaaaa... T___________T Aku pulak sedaya upaya nak jugak merealisasikan impian hitam-pink tu. Tapi....tak buleh jugakk... *sedih kejap*


Last-last lepas mintak pendapat Cik Saly n Ain, akhirnya...inilah hasilnya....

Gambar ni gelap- sebab punya semangat nak tunjuk hasilnya kat dia, sanggup tunggu sampai dia balik kerja pukul 2am ajak pi makan mekdi :D

Rajinnya....nanti dah kawen rajin macam gini jugak ye pakcik.. \(^.^)/
Sempat dera dia kejap sementara tunggu aku bersiap nak pegi open house abg Cik Saly.

Nah..siap dilipat.











Lega hati kami berdua kad dah siap.


Sekarang masa untuk edarkan pula!


<span class=Photobucket">

Monday, October 3

Letih

Letihnya..

Walaupun kerja 8.30am - 5.30pm tapi still rasa letih jugak.

Letih dulu semalam punya pun tak hilang lagi.

Kaki sakit-sakit, lenguh-lenguh sgt dah ni.

Sok gi kerja kena pakai selipar je la jawabnya.

Kad untuk jemputan ViP mak dah hantar. Saudara belah bapak pun dah pass kan. Tinggal lagi untuk kengkawan terdekat. Aish....kalau tak sempat jumpa jawabnya kena pos jela cenggini. -.-'







Perut lapar.

Fikiran pun dah mula menerawang...


lalu...


rindu pun datang...






Mak....rindu masakan mak...


T________T

Photobucket

Sunday, October 2

Happiness is having what u want

Menggembirakan hati diri sendiri adalah terapi yang terhebat.




Takpercaya?





Cubalah!





p/s : mood sangat gembira akhirnya dapat apa yang di idamkan. lalalalalala~~~






Photobucket

Saturday, October 1

Di penjara janji

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir


Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara


Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu


Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
















Yang aku... mimpi.


Photobucket