Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 29

Bau apa : cont.

Divan Bed Set.


Divan? Cemana gayanya tu... Macam Diva ke? huhu


Kedai sini divan, kedai situ divan. Aihhh sume dok pakat kuar divan aje. Best ke?? Aku pun nak la jugak amik satu. heh heh heh Divan ni design kepala katil n dia punya tapak tu dibuat dari pvc. So, bila tengok nampak ler macam gaya mewah. *kunun jela ye. jgn pakai tah bape lama tup2 patah pulok* =.='


Tahu jelah, nak kahwin banyak lagi benda nak kena fikir. Ni set pinggan mangkuk dan set periuk dengan kuali aku tak beli lagi ni. Alamatnya tunggu dah kahwin la karang aku beli. So, nak cari perabot kena la jugak fikir- bajet, ketahanan dan ruang. Rumah aii ni tecik jew.. Jadi tak boleh lah nak berangan beli almari segedabak 8kaki. Kelasssss kau macam rumah Tok Ti tu..


Tema kaler semestinya hitam walaupun yang putih bersih suci murni tu memang sangat cantik. huhu nanti cepat kotor. Baik beli yang hitam jela ek. *sedih*


Tips nak cari kena lah rajin survey. Kadang kedai yang ni murah sebab dia harga kilang. Dah boleh jimat kat situ. Tapi majoriti yang aku survey set katil ni semua start dari RM 1299. Tilam pulak boleh dapat dari harga RM 399. Kalau set katil yang harga RM 299 pun ada, cuma yang tu kualiti nya kurang sikit dan syarat nya kena beli tilam yang harga RM 499 baru dapat set katil harga RM 299 tu. Mula-mula kitorang memang pakat nak cari yang set yang murah tapi tilam yang mahal. Sebab aku dah suka kat tilam sweetdream RM 899 tu. Mak aihh memang tak mau bangun kalau dapat tilam tu. Cuma fikir-fikir balik, baik tak payah. Karang menyesal pulak beli set yang terlalu murah.



Cari punya cari akhirnya dapat la jugak ikut bajet ku. Layan gamba jom..


bed head board- kepala katil dalam bm nya ye.


almariterbelahdua. aku suka bau baru. macam best je kan..

kerja-kerja goyang gerudi dilakukan oleh dua orang pekerja kedai tu. Aku bajet 3 orang yang datang. Rupa-rupanya 2 orang ni je. Fuhhh...berpeluh-peluh beb nak pasang katil untuk diva ni. hahaha :P


Bagaikan seorang bos sedang memantau anak-anak buahnya. Serius benau muka pakcik nih. hohhhhh! (~.~)


Kerja-kerja pemasangan ni sekejap je siap. Lepas siap, terus golek-golek loncat-loncat atas katil macam budak kecik dapat tilam baru. Ehe tak la. Kena la control depan pakcik ni.


Tiba-tiba- macam dia pulak yang kepenatan memasang set diva ni. hohhhhh! lagi. =.='



Lepas dia balik akuuuu la resmikan dulu. keh3 \(^.^)/




Tapi kannnnnnn....cuba korang tengok ni..







.






Duta model Vono baru ke? Eh-




=.='


Photobucket

Tuesday, September 27

Kadang dan tapi

Kadang-kadang awak ni menggembirakan orang.




tapi





kadang-kadang awak ni sangat menyakitkan hati orang.










p/s : cinta memang macam tu ke?


Photobucket

Saturday, September 24

Bau apa?

Ada bau kedai.








Bau apa?






p/s gooooodnight.... zzzzzz


Photobucket

Friday, September 23

Bridesmaid


Pengapit dan pengantin bagaikan tak dapat dipisahkan. Means- peranan pengapit tu besar maknanya buat pengantin. Bayangkan pengantin tanpa pengapit. Berjalan sorang2, lap peluh sendiri, kipas diri sendiri. Janggal jekkkk. =.='


Biasanya pengantin akan pilih sendiri siapa pengapit untuk mengapit dia nanti masa berarak dan bersanding. Ciri-ciri pilihan dah tentu orang-orang yang terdekat- kawan atau pun saudara perempuan.


Pengapit aku? Masih ada kekosongan disitu. Sekarang ni baru aku dapat rasa macam mana orang-orang sebelum aku ni mengeluh betapa susahnya nak memilih pengapit. Sebab tak semua orang rela dirinya dikepit / diapit. -.-' oh begitukah? Ada yang cakap bila jadi pengapit nanti lambat sampai jodoh dan ada juga pasangan pengapit tu yang tak bagi bf.gf dia jadi pengapit sebab takut pengapit belah lelaki/perempuan akan jatuh cinta sesama sendiri. Kes cemburu laaa ni. hish. tak patut tau. Kesian kat pengantin. *Lagipun bila lagi nak tolong kawan. Time disaat-saat ke-genting-an ni la..*




Aku teringat majlis membe aku sorang ni. Pengapit dia satu kolej dengan aku dulu tapi aku tak mesra. Kitorang hanya berbalas senyuman je bila berjumpa. Tak sangka pulak masa kawan aku kahwin dia jadi pengapitnya. Then, jadi pengapit ni memang kena setia dengan pengantin la. Bukan bermaksud ko kena layan dia tip top ala-ala Lady Kate ye. Tapi sekadar 'menjaga' pengantin untuk waktu bersanding je.. Kena tengok2 kan ada lipstick comot kat mulut ke, ada peluh kat dahi ke, tudung dah senget ke. Biasalah pengantin ni bila dah ramai sangat orang dengan panas lagi manalah nak sempat kejap2 nak belek muka kat cermin. Jadi, kat sinilah pentingnya peranan pengapit. Sama lah juga dengan dia ni. Gaya dia macam dah biasa je jadi pengapit. Aku suka tengok cara dia. Just nice..


*untung kalau dapat bridesmaid banyak cenggini*





p/s : Dan aku pun mulalah berfikir macam mana pulak aku punya turn tu nanti... ~~



Photobucket

Happy Happy Happy Hour

Sebenarnya mood semua bercampur 3 in 1 time ni. Tapi nasib baik ada 'dah dapat' yang di tunggu2. So, bila tengah marah macam ni tengok je kaler 'putih' tu sejuk je rasa...


Alahai dugaan...ni la dugaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Tempuh aje la. Redah aje la...


Macam tak percaya je nama aku dan dia tertera di situ. Entahlah.. ni mimpi ke? *cubit2 manja sikit kt pipi* Eh bukan.. ni lah realiti.


Dah tengok, tengok lagi. Pandang laptop, tengok sebelah lagi. Dan lagi. Toleh lagi. hahahaha



Korang paham ke apa aku cakap ni?



Maknanya
















kad kahwin aku dah siap la wehhhh...!

ekekeke


Saya sangat suka.





p/s malam ni nak tido sambil peluk kad. *perlu ke* >.<

Photobucket

Monday, September 19

Si Putih dah tuannya

Buah hati masuk wad seminggu. Sedih rasanya... Nasib baik cepat dapat diselamatkan. Kalau tak, habis semua gambar tunang, gambar family, gambar kenangan zaman U, gambar kawan2, gambar manja2 (opsss acah je heheh) semua hilang. huhu


Walau rosak masih ada hikmahnya. Dapat save bil elektrik bulan ni. :P Kot. Kot ye. Bukan confirm. hahahaha


Terima kasih pakar IT, pakar teknologi, pakar elektrik, pakar air saya, dan pakar segala-galanya kecuali bukan pakar memasak je. Walaupun entry ni nampak mengada2, tp saya tetap nak teruskan juga. Dengan cara ni je medium luahan saya. Sebab dairy online yang save dalam laptop asyik hilang setiap kali kena restore / format laptop. Walau saya tahu dia takkan baca...tapi saya tahu hati dia dapat merasa.. ecewah. Terima kasih ye tolong sedaya untuk bagi baik dan back up data-data penting especially masa zaman kita mula-mula bercinta. (ewww perlu ke statement mcm tu) hahagaga =.='




p/s kami memang saling memerlukan..





Photobucket

Sunday, September 11

Kisah dongeng

Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Stacy -



Photobucket

Saturday, September 10

Indahnya Persahabatan

Seronok hari ni berjumpa, beraya, berborak, bergelak ketawa bersama mereka.


Mereka adalah sahabat terbaik saya sepanjang hayat.


Mood dah kembali tenang.


Harap-harap apa yang dibincangkan menjadi.


And Ain..pleaseee....i'm sure u can bright up my day.. :)



Tiada mutiara sebening cinta..
Tiada sutra sehalus kasih sayang..
Tiada embun sesuci ketulusan hati..
Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukan

MATEMATIKA yang dapat dihitung nilainya..
EKONOMI yang mengharapkan materi..
PPKN yang dituntut oleh undang-undang..
Tetapi
Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..

Indahnya Persahabatan



Friday, September 9

Merepeksaja

Hari yang tak ada mood langsung...........






p/s bila kita perlukan seseorang, means kita memang perlukan dia..



Photobucket

Thursday, September 8

Apa yang tak perlu untuk wedding?

Majlis besar aku lagi 2 bulan 1 minggu dan 3 hari. Wedding preparation update baru satu je. Satu je??? Kesian. hahahaha *gelak untuk diri sendiri* hehe. Bukan apa, aku tak boleh tengok / blogwalking b2b punya update. Tambah lagi yang suka DIY yang comel-comel tu. Makin banyak tengok aku makin geram. Lantas, ianya hanya akan menambah beban angan-angan ku yang mana akhirnya aku nanti aku rasa macam aku nak buat semua. Walhal sebenarnya benda-benda tu tak payah pun.


Semua gadis ada impian perkahwinan sendiri. Ada ke yang tak ada? Eleh tipuuuu la tu. Mesti ada. Macam aku la.. Ikutkan hati semua nak kena ada. Dari sekecil-kecil benda sampai lah yang sebesar-besarnya. Ada duit semua boleh jalan. Cakap je nak apa. Kan? Tapi bila fikir-fikir balik, lepas kenduri dah tentu aku buang jugak benda tu. Baik tak payah langsung dan salurkan duit tu untuk topup yang lain-lain.


Contoh macam benda yang aku nak tapi aku rasa tak perlu pun ialah :


Pre-Wedding :
- Yang ni memang dah jadi trend sekarang. Hire untuk pre-wed pun mahal jugak. Makan ratus jugak. Walhal sebenarnya gambar tu untuk letak kat bunting / banner je. Tak pun untuk letak bagi orang ramai tengok masa majlis kahwin tu nanti. Maaaaaaluu.. Nak tangkap gambar lebih-lebih pun aku belum sah lagi. Karang dok terpegang orang pun bercakap. Daripada macam tu baik aku spend money untuk hire OP masa wedding betul2 nanti. Best sikit boleh posing manja-manja guling-guling macam hindustan. kan.. heee. So, pangkah.


*gambar ihsan google*


Kad Kahwin yang mahal :
- Sebenarnya aku nak design sendiri kad kahwin tu. Tapi lepas aku buat survey kat internet, kos memang lari daripada tempah terus. Yelah, cuba tengok eh : art paper + Printing cas + petrol + parking = ???. Kalau rumah memang betul-betul dekat dengan kedai printing kad tak apa. Ni dah tentu aku kena terjah KL semata-mata nak tempah dan amik kad. Kad yang aku dah pangkah awal-awal adalah kad yang ada gamba bakal pengantin. Tak suprise la nanti kan..sebab orang dah tengok muka kita dulu. hehe So, tak payah nak pening kepala. Aku tempah terus kad KandaDinda Wedding Cards. Mak aihhh....comel-comel weh!! Thank you my bff - saly sebab bagi idea suruh tempah kat situ. :) ok sambung balik. Kalau tempah kad mahal-mahal pun nanti esok lusa orang bukan simpan pun kad tu. Kita je yang simpan buat kenangan. Kan? So, Pangkah.


Bunting / banner :
- Bunting ni rata-rata tak ada lah mahal sangat. Kelebihannya, senang kawan-kawan kita nak cari rumah kita nanti. Tapi aku ada sebab sendiri kenapa aku tak nak. Sebab utama aku maluuu. hehehe aku rasa aku masih pegang pada adat lama. ecewah! nak suprise jugak masa hari besar tu nanti. Barulah best orang tengok. Ni belum sampai lagi orang dah tahu mana satu pengantinnya. So, orang pun jadi tak teruja. yeke? Entah. Bagi aku la...kan. Fikir-fikir balik, bunting tu dah la besar. Kalau ada rumah sendiri pun yeke korang nak letak kat dinding bunting tu? Mula-mula kahwin yela penuh semangat letak tapi lama-lama mesti buang jugak. hurmmm...Pangkah.


Decor / hiasan atas meja tetamu :
- Yang ni selalu la jugak aku tengok b2b banyak buat. Letak fresh flower. Even deco sendiri, tapi fikir-fikir balik, kos untuk beli pasu + bunga + daun tu dah berapa. Lepas kenduri nak campak mana pulak pasu-pasu tu. Nak letak kat rumah sendiri deco sendiri pun belum tentu. Pangkah.

So, tak payah pening-pening. Yang penting aku nak makanan aku lazat, ada pencuci mulut, ada kek yang sedap, ada door gift, ada baju yang cantik, pelamin kesukaan, saudara dan teman terbaik sepanjang hayat datang, dan paling penting OP! Sesungguhnya sangat tidak bermakna andai majlis ku itu gah tapi tiada gambar yang cantik untuk ditatap sepanjang hayat!



*OMG. Aku dah jatuh cinta dengan Lavender Purple!!!!*

>.<






p/s : saya masih mencari OP untuk wedding di Batu Pahat. So, please anyone OP or yang tahu pasal OP yang boleh bagi pakej terbaik sila roger saya asap.


Photobucket

Wednesday, September 7

The WORST work experience i ever had.

Pengalaman mengajar saya.


Bukan mengajar cara-cara bekerja dengan baik. Tapi belajar macam mana nak kurang ajar dengan org.


Ya. Saya juga manusia biasa. Yang tak sempurna. Yang pasti ada cacat celanya. Tapi tu bukan bermaksud awaklah yang sempurna di mata DUNIA. Nama anda sangat gah. Tapi rupa-rupanya tak seGAGAH! Saya benci Scope. Ya, saya ulangi. Saya BENCI SCOPE!!!!! Dulu sebelum join, saya ada search kat forum pasal position tu. Ramai yang bagi bad -ve. Tapi saya yakin, yang tak semestinya sorang kata -ve ia akan jadi semua -ve. Lalu saya +ve kan diri. Saya yakin saya boleh. Namun, ku sangka panas selamanya, rupa-rupanya gempa bumi yang saya dapat!


Dah la sebulan kau duduk melanguk tak ada orang ajar / train kau apa2. Kemudian genap 3 bulan kau dah expect yang kau dah terrror gila dalam sistem. WTH.


Environment yang langsung tak profesional. Suka-suka hati nak marah staff depan staff yang lain. Balik lambat hari-hari cecah pukul 10. Kerja overload hari-hari. OT tak ada. Cuti kena ikut country yang kau jaga. WTH again. Yang paling aku tak puas hati, deal dengan orang HR. Memang serius macam vavi. Dah la sikit-sikit, sila buat aduan kat ask@HR. WTH lagi. Masalahnya, satu aduan aku buat 2 hari baru reply. Tu pun bagi jawapan tak memenuhi kehendak. Serius aku marah sebab bulan pertama je gaji aku dah lewat. Then, seorang staff HR tak ada pun inform aku even by email / phone yang aku salah update number akaun bank. Alasan yang dia bagi - "fyi, kita ramai staff yang nak kena monitor". Hey, tu dah memang kerja kau la pandai! Monitor staff punya personnel thing. Kalau aku ni pandai bab-bab HR, no point aku kerja kat department lain. Dah tentu sebab aku tak tahu dan tak mahir la kau kena remind kan. Betul?


Bukan bulan pertama je gaji aku lambat. Bulan kedua pun sama. Itu yang menaikkan kemarahan aku. Dengan stress pasal tak ada orang nak ajar aku. Tambah lagi Senior Lead yang poyo tak bertempat, suka sindir-sindir, perli-perli, kutuk belakang, berlagak, tu lagi aku hangin satu badan. Masuk bulan kedua pulak aku dah kena attend Induction Training. Kau tahu tak dia treat kau macam apa? Macam first time kau masuk U. Korang rasa macam mana? Zaman U boleh cerita la senior nak buli apa pun kan. Sebab masa tu zaman bodo-bodo kita, zaman blurrr yang tak kenal lagi dunia macam mana. Tapi sekarang ni zaman kerjaya. Treat kita as experience people la. Bukan budak-budak yang kau bagi or sumbat gula-gula je. Dah la yang trainee yang mase induction tu pun budak hingusan. Tapi berlagak macam dia exec senior pulak. Serius menggelabah pompuan tu. Kalau betul co. yang gah, yang jaga nama, yang efisien, why not tak buat induc kat luar? Hire je mana-mana training management then bagi training kat staff, naikkan semangat staff tuk bekerja dan tanamkan loyalty dalam diri. Barulah tak ada staff yang akan lari lepas 3 bulan kerja. Siapa yang tahan beb?!


Bila nak blah macam-macam dia suruh korang buat. Dah la pulak tu nak bagi final salary pun lagi lambat. WTH lagi. Dia ingat kita ni hari-hari tak guna duit ke. Masuk toilet pun 30sen. Apatah lagi kau kena tunggu cut off date dia. Lembab tak lembab HR dan management? Sekarang ni aku nak lalu jalan ke sana pun rasa meluat. Sebab aku benci imbau pengalaman kerja kat situ. Kalau ada kuasa rasa nak tutup je dengan kain hitam bagi tak nampak bangunan tu. Meluat.


So sekarang ni sesiapa yang nak kerja kat situ, korang fikir lah 200x pun tak apa. Asalkan korang jangan menyesal macam aku. Bagi aku, bekerja kat situ adalah pengalaman yang paling2 mengerikan bagi aku. Aku tak suka, aku benci. Cukuplah sekali je aku terkena. Sekarang ni aku dengar diorang dah tak nak amik Contract staff. Tu sebenarnya taktik je. Korang janganlah percaya. Lagipun bukan banyak sangat benefit yang korang dapat.


Kalau betul-betul nak kerja bank, apply je terus kat bank ataupun recruitment agency. Tak payahlah korang nak jadikan tempat tu as place / platform tuk korang meloncat kat bank lain.




Waste your time!




Photobucket

Saturday, September 3

Raya Kembali lagi


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin



Seminggu balik kampung. Seminggu juga tak dapat online. huhu Enjoy duduk kampung. Tapi ada beberapa insiden yang tak best skit. Syaza terpeleot kaki sehari sebelum nak raya. Damia demam panas pulak. Aku? Of cosssss sakit tekak sebab kurang minum air! Jadi pegi raya rumah orang tak dapat nak rasa semua kueh raya. huhu Lauk raya makan pun macam tak puas je. So pada sesiapa yang buat open house tu kabor-kabor kan ler kat teman. Atenye teman leh pergi untuk makan lagi. :D


Raya kali ni alhamdulillah semua adik beradik ada berkumpul kat rumah baru @ johor. Cuma my sister lagi sorang je tak dapat sama-sama sebab dia beraya dengan mentuanya di BP.


Raya kali ni 'lain' sikit suasananya. Meriah tu meriah tapi.... urm tak apalah, melihat senyuman seorang ibu yang bahagia pun sudah cukup bagi aku. Kalau emak happy, kami semua laaaaaagi hapy. Tahun ni tahun last raya solo. :( Tahun depan raya berdua. Ntah2 bertiga. Ops. >.< Nanti dah start la kena divide cuti raya. Ohoooooi jauhnya perjalanan balik kg ku nanti. Dari Utara ke Selatan. oooo mmmmm ggggg.. O.O Habis la lenguh pinggang nak drive.


Biasanya time raya akulah orang paling excited tangkap gambo. Tapi sebab yang lain semua dah pakai henpong n camera canggih2, so mereka jela yang take ober. :)


*Family Potrait*

p/s : Raya yang last tapi still dapat duet raya RM 100. weeeheeee.. :D (tahun depan jgn harap!)




Photobucket