Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24

Ku menunggu



2 months




3 weeks




and





4 days.










akan tiba jua kah hari nya?







p/s : Aku tak tau apa yang aku merepek. Abaikan entry ni. *_*





Photobucket

5 hari lagi nak rayooo

Lagi 5 hari je rupanya nak raya ye? Sangat pantas masa berlalu! Lepas ni dah tak payah nak buka n sahur sorang2 lagi kat rumah. Sedihhhhh tauu..


Balik kampung ni macam-macam nak di buat nya. Nak bawak mak jalan-jalan, nak beli brg kahwin lagi, nak kena jumpa org tukang catering tu, nak jumpa OP lagi..belum masuk lagi nak menjahit sarung bantal kahwin. *eh* Agak2 sempat ke seminggu tu kali dengan 24 jam sehari? *Pikir jap sambil garu-garu dagu*


Ermm...sempat tu sempat tp kat sana semua kedai tutup pukul berapa ye tak? Tambah raya lagi. Ish..tak boleh2.. Kena sempatkan jugak macam ni. Kena buat schedule cenggini.


Hari raya macam biasa tahun ni. Dah tentulah bonda ku yang harus masak. Sebab dengar kata menantu dan anak yang lagi satu balik malam raya. Ish3... teruk bebenor la deme ni. Balik la awei sikit. Senang je sampai-sampai semua dah siap kan? Tak baik tauuuuuu.... Sian kat mak saya dan khususnya saya la!!!! So, buat anak-anak dan menantu mak (mcm lah diorang baca) balik lah awal sikit. Boleh la rewang sekali rebus ketupat dan masak rendang di dapur.





p/s : Balik lambat silap hari bulan kena umpat.. errr no komen! >.<







Photobucket

Tuesday, August 23

Penat je

Rabu.
24 Ogos 2011. (Lepas sahur)




Golek ke kanan.


Golek ke kiri.


Tutup muka dengan selimut.


Pun tak dapat lelap.







Pejam mata rapat-rapat, kuat-kuat.


Penat je cuba.


Bangun, bukak laptop.









Layan perasaan.







p/s: Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kau masih ingin mencuba, tidak pernah menyerah jika kau masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kau tidak mencintainya lagi jika kau masih tidak dapat melupakannya..

Photobucket

Sunday, August 21

Wedding Update : Goodies Bag

oDalam banyak2 list, souvenier jugak benda pertama yang aku nak hapdate. Kan? Update la baju kahwin ke, pelamin ke, mak andam or pak andam ke, honeymun ke.. isk3 >.<


Bagi aku souvenier ni penting dalam majlis perkahwinan sebab ia kan sebuah tanda mata yang kita bagi kat orang sebagai tanda 'terima kasih' sebab sudi datang ke majlis kita. Kalau tak ada macam tak lengkap majlis tu kan? Macam pelik je bila balik berlenggang kalau 'tak ada apa2 kat tangan tu'. Yelah cik bedah..


Majlis lagi 2 bulan ++ so mesti kena cari dan siapkan awal-awal. Aku tak nak pening kepala.. *dush* @_@


Tak banyak tempat yang aku sempat survey. Aku pergi yang mana betul2 aku tau. (sebab nak jimat duit kos minyak + parking plus aku pun tak ada masa nak belek telek tenggek dari satu kedai ke kedai yang lain). So, tempat pertama aku pergi @Air Itam, Johor. Kebetulan balik kampung, sempatlah jengah kejap kedai2 yang ada kat sini. Baaaaaanyak pilihan souvenier. Serius aku cakap! Harga tak sama macam yang tertera. Korang boleh tawar lagi. Tambah lagi kalau korang beli banyak. So, siapa yang memang pakar dlm skill tawar menawar ni time cenggini la korang gunakan sebaik mungkin. ngeh3. Kalau tak pandai bawak je mak, makcik, membe yang pandai tawor. Confirm dapat. Kena rajin singgah dari satu kedai ke kedai yang lain tau. Kalau tak, nanti terbeli kat tempat yang mahal. Tup-tup kedai sebelah tu lagi murah pulak.


Masa ni just survey semua barang je. Sebab belum decide nak buat yang macam mana.


Tempat kedua aku pergi @CT Craft, Shah Alam. Tak silap aku sebelah hotel De Palma Inn dengan Hospital Salam tu je. Kedai ni macam gudang. Semua pun ado. Tapi ada sesetengah barang kat sini lebih 0.20/0.30 sen dari kedai-kedai yang lain. Aku dah decide nak bagi godies bag je, so aku survey yang tu jela. Kat sini mostly godies bag RM 3.50/pkt. So divide dengan 10 pcs : 1 godies bag = 0.35 sen je. Okey la. Tapi bagi aku still lagi macam mahal. Sebab aku tau godies bag tu pun nanti orang tak guna sangat. So mari teruskan misi mensurvey lagi. huhuhu


Tempat ketiga aku pergi lak @SinYin, Semua House KL. Sebab tengah bulan puasa agaknya dorang memang nak habiskan stok kot. So, ada banyak godies bag yang comel lagi murah sikit dari CT Craft tu. Harga RM 3.20 / pkt. Maknanya murah 0.30 sen kan? Tapi..still lagi aku nak yang lagi murah.. huhu mari teruskan pencarian lagi....


So..


Tempat terakhir aku pergi @Sayang You, Semua House, KL. (dalam hati sangat2 berharap kedai ni memang murah sebab dah tak larat nak cari kemudian berfikir lg dah). Kedai ni dalam Semua House tu jugak, tapi kena naik lif ke tingkat U5 tau. Masuk kedai terus terjah ke godies bag. Alamak....memang murah kau. Godies bag tu RM 2.70 je! Divide dengan 10 pcs : dah dapat 0.27 sen! So berapa beza dengan kedai-kedai yang aku sebutkan kat atas ni agak2? huhu dekat RM0.80 tu. Tak fikir lama dah, my bff pun dah yakinkan aku, so amik je terus 40 peket. Kebetulan ada kaler purple seperti tema aku. :)


Tapi yang sayangnya godies bag kat sini banyak dah habis (nasib baik aku punya banyak stok lagi). So, godies bag untuk VIP dan orang rewang kena hold dulu.


So sesiapa yang nak cari godies bag silalah singgah ke Sayang You. Sayaaannngg kat u tau.. eh.




Gambar akan diupload kendian.
tungggguuuuuu....


:)




p/s: Jimat-jimat...bajet-bajet..dah dapat save beringgit-ringgit kat sini. Survey penting tau!


Photobucket

Sunday, August 14

Diam sendiri

Malam yang sepi..
Sejuk menghempas diri..


Di balik awanan..
Ada mendung yang tersembunyi..








Seperti hati ini..







Photobucket

Wednesday, August 10

'M' ?

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa untuk hari yang ke-10. Sepanjang berpuasa ni tak pernah lagi berbuka tepat pada waktunya. Mesti terlebih-lebih. (bukan terkurang waktu ye hehe) Tak apa, semua ni ada hikmah sebaliknya. :) Tengah counting da days je berbuka seterusnya nak beraya bersama-sama family tercinta. InsyaAllah..semoga hajat ku tercapai. Amin..


Sempena bulan yang mulia ni janganlah ada dengki sesama kita. Sedih rasanya bila bangsa kita sendiri, menganiaya sesama sendiri, menjatuhkan sesama sendiri. Alangkah baiknya andai kita sama-sama bersatu, bekerjasama, berganding bahu, menaikkan semangat sesama kita. Pahala pun kita dapat, silaturrahim pun dapat di erat. Kan seronok macam tu. Bukan pilih kasih, bukan silap terus menengking. Boleh kan?


Dalam setiap pekerjaan profesional tu mesti ada. Nama je gah, jawatan je gah, tapi bab-bab handle masalah zero-0. Kenapa ya? Urm...tak tahu lah. *pikir jap* Pandai-pandai la pihak atasan tu cari jawapan nya ya. Kalau ditanya mengapa staff yang resign tak sampai 3 bulan dah mencecah 31%, mereka perlu menggali sedalam-dalamnya sebab musabab mereka resign. Tak guna disuruh staff dengar talk berkali-kali pasal survey yang mereka perlu rate. Kalau betul bagus company tu, staff dengan rela hati akan rate 5star untuk setiap survey tu. Betul tak?


So, kawan-kawan kalau dapat tawaran mana-mana company besar tu fikir lah 23 kali. Buat lah research dan survey dulu. Tak semestinya nama besar dan gah menjamin kebahagiaan anda di situ. Kadang-kadang politik di ofis lebih menakutkan sama seperti politik dalam negara. So, berhati-hatilah.. Tambah lagi kalau dengar staff nya yang asyik bersilih ganti. It must be something wrong with the 'M' - Management!




Photobucket

Saturday, August 6

Doaku...

Ya Allah.....


Andai Engkau tuliskan dalam takdir hidup aku
dia akan mejadi sahabat sejati ku dalam menapaki kehidupan
Satukanlah hatinya dengan hati ku
Anugerahkanlah kebahagiaan dalam kehidupan kami
Jadikanlah kemesraan diantara kami abadi
Ya Allah… ya Tuhan ku yang berKuasa atas hidup dan mati ku
Jadikanlah kami seiring dan sejalan dalam melayari kehidupan ini
Anugerahkanlah bahtera kebahagiaan kepada kami
Untuk dapat melayari lautan kehidupan ini
Menuju tepian kesejahteraan nan abadi..



Amin Ya Rabbal Al Amin....



Photobucket

Syukur Kau yang Satu

~~ Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan, kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana menghilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak berikan kita sebuah pelangi.... ~~

Suka sangat dengan quote ni. Masa tengah layan movie Syurga Cinta Heliza ada sebut. :)
Bila di intrepretasikan maksudnya memang mendalam. Kadang-kadang Allah beri yang tak sesuai untuk kita, sebab dia nak bagi yang lebih lagi buat kita. Percaya? Saya nak share sikit story ni.


Setahun pertama dalam dunia pekerjaan kurang lebih 5 company asyik bertukar. Sebab? Macam-macam sebab. Dan, percaya tak untuk semua co. tu semua under Contract. Sampai aku sendiri mengeluh, 'agaknya nasib aku ni memang dapat contract je kot..bila la agaknya nak dapat yang tetap punya?'. Selalu cakap dengan diri sendiri macam tu..


Tapi, aku sentiasa percaya rezeki Allah. Dan rezeki tu memang ada di mana-mana. Bila kita nak bekerja dengan ikhlas tapi majikan pulak aniaya kita, sesungguhnya doa-doa orang yang teraniaya tu Allah akan makbulkan.


Buktinya co. lama aku ni lepas je aku resign, 4 org resign sekali dalam masa 2 bulan! Dapat lihat tak? Tapi tu biarlah kisah yang dah lepas.


Semalam dapat good news. Serta merta telefon mak kat kampung suruh buatkan bubur merah dan sedekahkan kat orang.. Semoga lepas ni semakin dimurahkan rezeki..dan terima kasih atas doa mak yang tak putus-putus buat anaknya.. *ok nak nanges, bye*



Photobucket