Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31

In memories



No. 152, TPP in memories.. Hari ni genap setahun tinggal dekat rumah tu. Dan malam tadi adalah malam terakhir. Oh memang sayu hati tengok rumah dah kosong giler. Rasa macam baru semalam pindah masuk situ.

Lot 232 pulak memang dah lama ku tinggalkan memori dan kenangan kat situ. Sampai kan memang tak nak beli apa-apa barang yang sama macam pernah guna kat rumah lama. tskkk... Ok lupa kan.

Hari ni, hari pertama di sini 10-110. Malam ni kena tido sorang-sorang. Ergghh....boleh ke aku ni? Tak tahu lah...harap-harap tak ada yang memusykilkan yang akan berlaku. huhuhu







Photobucket

Wednesday, July 27

Aku dah mula ketaq........

O M G!!!


3 MONTHS & 3 WEEKS

until

MY WEDDING DAY?????!!!!!







Arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!





p/s : boleh start nanges lg skang T_____________T



Photobucket

Saturday, July 23

Hidup bujang vs Keluarga

Rapuhnya hati ini.. Sikit-sikit nak T__T Seriously, kalau korang ingat duduk sendiri @ bujang ni seronok sangat ke? Aku mengaku aku memang anak emak. Tak boleh tahan la macam ni. Aku tak boleh tinggal sorang kat rumah. Tambah lagi bila tengah sedih macam ni. Nak mengadu kat mak...tapi aduan aku tu nanti hanya penuhkan memori inbox mak penuh je. Sebab mak nanti mesti pening kepala. Cara terbaik yang dia syorkan dah tentu "Duduk kg dengan mak amik cuti sebulan dua.". Andainya semudah itu, memang aku seribu kali sanggup. Tapi...aku ada kerja yang perlukan komitmen yang tinggi. Ini pun, dah 2 minggu berturut-turut aku amik cuti jumaat. Kalau minggu depan aku dapat warning letter tak tahu lah.


Sedih duduk rumah sorang-sorang. Tak ada sapa yang faham. Mak je yang paham aku macam mana.. Seminggu lagi nak puasa. Harap-harap dapat kuat semangat sebab nak duduk rumah lain. Suasana yang baru. Hopefully......

- ni masa celeb bedae mak.. last celebration @ rumah lama yang hanya tinggal kenangan -

Buat yang tinggal dengan family tu, hargailah masa-masa anda dengan family. Bila kita hidup sendiri kita akan rasa rindu dengan suasana tu. Walaupun kita punya kebebasan yang penuh, tapi percayalah nilai-nilai kekeluargaan tu lebih penting dari segalanya. Pasti korang akan rindu saat nak makan bersama, berebut tv, kemas rumah sama-sama dll..

- makan dengan family, bercerita, gelak, ketawa -

- holiday dengan family @ Hot Spring Sungkai Perak -


- Last celeb Hari Raya Aidilfitri @ rumah lama. Kami tinggalkan banyak kenangan dan memori yang masih hangat -





p/s : Kenangan itu kadangkala terlalu pahit untuk di kenang, namun terlalu manis untuk di ingat...


Photobucket

Monday, July 11

Masih aku terasa

Dulu

Bangun subuh bunyi pintu di ketuk. Mak rupa-rupanya. Kejutkan bangun subuh. Siap-siap mandi turun bawah, tengok ada sarapan dah tersedia + teh o panas mak tak pernah lupa dari zaman sekolah. Tapau ke ofis untuk breakfast.

Sekarang

Selalu tinggal solat subuh. Sedar-sedar dah terlajak. Hari-hari bangun lambat. Tak masak air. Sarapan lagi lah tak tersedia. Siapa lah yang nak tolong buatkan.


Dulu

Nak pergi kerja mak tunggu depan pintu pagar. Start enjin lambai-lambai tangan sambil aku jerit "byeeeee makkk... ". Mak pun lambai dengan senyuman manis.

Sekarang

Keluar rumah terus start enjin dan gerak ke tempat kerja.


Dulu

Balik kerja awal. Mak mesti dah siap menunggu kat rumah. Lauk mesti ada simpankan sikit kat dapur. Tahu anak nya balik rumah mesti lapar. Sampai rumah kadang-kadang mak temankan makan sambil dengar cerita gosip dari ofis.

Sekarang

Balik kerja hari-hari lambat. Pukul 10 baru sampai rumah. Makan kalau sempat singgah beli bungkus. Tapi dah lama-lama bosan makan masakan kedai. Paling selera maggi jela. Letak bawang dengan cili dah cukup penambah selera.


Dulu

Bukak pintu bilik malam-malam nampak mak tengah baring tengok tv. Masuk bilik baring-baring dengan mak. Manja-manja..


Sekarang

Bukak pintu bilik mak gelap je.. Masuk bilik mak kosong.. Yang ada tinggal sehelai karpet merah tempat mak selalu solat.. Sedihnya...


Kat rumah sunyi, sepi, kosong. Rindu sangat kat mak.




Photobucket

Saturday, July 9

Rasa

Angkuhnya dia dalam berkata-kata.


Riaknya dia dalam berbicara.





Dalam duka ada kecewa.


Dalam tangis ada sendunya.




Maafkan atas semua yang terjadi. Ku tahu apa rasa hatimu. Sedih mu...jua sedih ku. Tangis mu jua tangisku. Anggap ini ujian untuk kita tuk menempuh hari-hari yang mendatang, tuk kita kuat terus berdiri.


Biarkan mereka mahu berkata-kata. Kerana bukan mereka yang mengetahui dan rasa segalanya.




Photobucket