Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 27

Ada apa dalam hati

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan






Photobucket

Saturday, June 18

Opera Hidup

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya


Photobucket

Hebat kah kita ?

Aku bukanlah perancang yang hebat. Sebab yang lebih hebat itu di atas sana. Sehebat mana pun di rancang, kalau dah memang itu ketentuan nya, kita kena terima.


Sesungguhnya..itu adalah perancangan yang hebat untuk kita..


Semoga Kau permudahkan atas setiap jalan yang ku tempuh Ya Allah..~




Photobucket

Friday, June 17

Dingin malam


Menghirup secawan teh o panas di tengah kedinginan malam ingatkan dapat meredakan hati yang bergelodak, rupa-rupanya rasa kelat dan pahit apabila di telan.



Link




Photobucket

Tuesday, June 14

Monday, June 6

Mid Year Sale dah mula la!

Toleh kanan 2o%.


Toleh kiri 50%.


Toleh depan 70%.


Wow! O.O mata boleh jadi juling camni. Nasib baik % keinginan berkurangan dari kehendak semalam. *temankan orang shopping je huhuhu* Kalau tak.......confirm belum sampai hujung bulan aku jadi mama kedana. Oh tidakkkk..


Dah lama tak bershopping cenggini. First dulu masa dia nak start keje. Ni masuk yang kedua la ni. Punyalah susah nak di ajak suruh membeli walaupun sehelai baju. Tapi bila dah membeli semua grab je. =.=' Kasut je dia tak nak beli. "Pakai selipar jela. Selesa." - kata nya - Apa-apa jela you. Hujung bulan nanti sila bersedia kena paksa dengan saya ye tuk beli kasut pulak. Saya nak makeover awak from top to toe.

Tempat yang dituju dah tentulah itulah tempat 1st date - merajuk - menangis - ketawa - gembira - semua ada. Sunway Pyramid jela. Takkan nak pergi Pavi kot. Tak mampu mak ok.


Sebelum start explore, kena tengok maps dulu. Kesian betul, dah berpuluh kali pergi still sesat. =.='

Disebabkan tengah sale. Jadi main terjah je semua kedai. Yang ada tulis sale jela. Yang tak ada tu memang tak masuk pun. Motif nak cari : Jaket, Seluar jeans dan baju.



ni bilik apa? Macam bilik puaka je hahahaha


Pandai uols je. Ni fitting room lah. Ngintai jap. Cak.

Susahnya nak cari jaket yang berkenan di hati. Nasib lah citarasa kami sama. Apa pandangan mata aku tak sesuai, dia pun tak suka. Bagus-bagus. Tak susah nak ajar dia berfesyen cenggini. hehehe Punyalah pusing satu Sunway semua tak berkenan. Banyak jaket ala-ala K-Pop. Alahai. Tak sesuai nya. Sebab dia nak jugak jaket, dapat yang cenggini jela. Boleh lah tu bergaya pergi keje ye pokcik.


Macam-macam scene yang ada semalam. Tak boleh tahan nak gelak je. Siap kena sound dengan guard kat BRANDS OUTLET pasai kitorang snap pic tgh pakai sunglasses. Eleh snap pun tak buleh. Bukan curi pun. Kitorang beli tau! wekkk...


Nak bergaya sangat kan. Ha amik kau. Pakai lagi wedges tah bape inch. Jalan pun ala-ala model. Kemudian patah kaki. kah3


Nah, kasut RM10 dari MOVE ni lagi selesa kau tau tak dari Voir yang berhengget-hengget ni! *Eh serius, kasut MOVE ni sepuloh hengget je. Pergi grab cepat kat Brands Outlet. Now!



Pic ni nampak saya macam ibu mengandung pula. Saya tak mengandung ye, tapi mengandungi lemak-lemak je. =.='

Nak kejar movie Karak 7.50pm punya session, singgah makan dulu. Lapar nya. Gigil jugak la time tu. Order Tom yam kung. Masam-masam manis i loike.



Spagheti tomyam tu sedap. Nyum3

Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. Tapi sebab ni semua barang dia, jadi pakcik jela jinjing ye? ngeh3 *jgn marah* >.<


Dah, jom berkejar tengok movie pulak.


Karak vs Nur Kasih.







Nah, lastly amik lah pic hot dari ai..

Hot ke tak hot? Cakap sekarang!







Photobucket

Friday, June 3

For you .




Maksud ku hanya ingin yang baik, untuk kita berdua dalam bercinta..
Baik nya aku, buruk nya aku terimalah aku apa adanya...



Photobucket