Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31

It's time to say Goodbye .....

Bukan senang nak cari kerja, bukan senang nak dapat kerja. Dengan keadaan ekonomi yang makin meruncing macam ni, aku tak boleh nak demand sangat. Kena grab je opportunity yang datang. Hajat hati memang nak cari kerja dalam field yang sama. Tapi..... banyak tapi nya. Tak payah la aku cerita kat sini.


Pernah dengar kan aku mengeluh pasal co. lama? Semalam aku last day kat situ. Keputusan yang di ambil secara tiba-tiba. Sebab offer yang datang pun tiba-tiba. Kisah di sebaliknya, aku nekad ponteng kerja minggu lepas dan masa tulah aku pergi attend interview tempat lain. =.='


Monday, dia call kata aku berjaya. Yeah! *gelek-gelek, tangan cucuk langit*. Esoknya terus tender resign. Walhal sepatutnya 1 hb aku dah CONFIRM kat co. tu. Sayang memang sayang. Siapa yang tak sayang. Tapi, sebab co. aku ni satu sen pun dia tak naikkan gaji aku bila dah confirm, nak tak nak aku terpaksa blah jugak. 6 bulan aku suffer sebab duit belanja tak cukup. Offer yang ni dia bagi apa yang aku letak, so goodbye to M3.


Apa-apa pun, yang bestnya kat co. ni sebab kawan-kawan ku semua nya sangat-sangat baik hati. Nah cerita satu-satu la.. buleh tak? hehe

AMN *katenye*

AMN ni short pada Aida Mohamed Noor. hehe aku yang bagi tagline ni. Sebab kat co. ni guna initial. Senang nak ingat. Lagipun co. kecik je kan. Macam aku KY. K.aida ni memang sangat-sangat baik. Dah macam akak sendiri rasanya. Banyak bagi nasihat, dan yang penting kelakar! Sehari kalau dia tak buat lawak, memang rasa lain macam. Walaupun dia tengah marah dia cepat cool balik. Dan dia juga cepat cool kan aku bila tahu aku tension dengan bossy. Masa dapat tahu aku nak resign dia lah orang pertama yang meleleh air mata. Sebenarnya dulu dia kata nak resign tu pun aku orang pertama yang nangis! Tapi kali ni aku pulak yang meninggalkan dia.. sob23..


Adzam

Dia ni pulak engineer paling kelako. Yang best nya, selalu dapat makan kek coklat free! Sebab dia suka masak dan buat kek. Sesapa nak kenalan, leh la.. hehe jgn marah Adzam! Hopefully, dia pun dapat kerja lain, dan dapat bina kehidupan nya semula setelah melalui episod sedih yang pernah melandanya. Semoga berjumpa jodohnya yang sesuai jugak. Amin..


Ct

Dulu tak berapa rapat dengan ct. Tapi hari-hari tengok dia 'kena' dengan bossy. So, kat skype la kami selalu bertanya itu ini. Kat skype gak lah tempat kitorang ngumpat bossy. >.< ada satu insiden yang tak boleh lupa. Masa tu dia tengah sakit kepala. Bossy pulak sikit-sikit jerit nama dia. Mana lah tak lagi sakit kepala tu. Then dia ingat nak ngadu kat aku. Tapi, rupa-rupanya dia tersalah hantar! Dah la dia cakap bodo pulak tu. Aku punya lah gelak dengan k.aida. Adoii....dia dah kecut dah.. hahahaha Nasib baik bossy tak fired dia trus. Hopefully, dia dapat kerja lain jugak dan cabut cepat-cepat macam aku.

Adli-e

Dia ni engineer baru kat sini. Muka macam cina coz putih sangat. Selalu kena perli, 'habis lah ko adlie, lepas ni hitam la..' . Dia suka panggil aku nisa-e. Sebab kat skype, fb termasuk lah email, semua aku guna nama tu. hahaha so, aku pun panggil dia Adli-e jugak. Sebab hujung nama dia ada 'e'.

Kath

Kath ni aku dah anggap macam mak angkat aku sendiri. Walaupun dia bangsa cina. Tapi dia punya hati yang baik sesangat! Aku tak pernah jumpa cina yang sebaik ni. Dia selalu belanja aku nasi kerabu + nasi dagang. Dia ni take care sangat. Last day semalam, dia belanja kat kedai mamak. Thank you so much kath. Harap-harap kita berjumpa lagi lepas ni.. :(

Dalam perjalanan pulang, ayat-ayat ni berlegar-legar di fikiran ku...


" Kawan datang dan pergi, bersilih ganti..
Tiada yang kekal abadi.. "




Selamat berjumpa kembali di lain masa teman...

Photobucket

Tuesday, May 24

When I've got NOTHING

Hari yang bakal dijangka - jangka kan indah, rupa-rupanya 'sampah'. Apa yang aku buat pun rupa-rupanya 'sampah'. Suka hati engkau lah 'sampah'.


Forget the past, and planning for the future. Try try and try. Keep on moving. Keep on trying until you're dying.


Terima kasih kerana mengajar aku erti : busuk hati itu apa. Dengki itu apa. Hipokrit itu apa. Dan jelik tu pun apa.



Photobucket





Friday, May 20

Sesi luahan perasaan : Muak dengan M3 !

Setiap hari adalah proses pembelajaran. Dalam proses pembelajaran dah seharusnya ada kesilapan. Dari kesilapanlah kita belajar untuk mengingat lantas memperbaiki mutu dari hari ke hari. Tapi, sekiranya 'the way you treat me is like @#$%, what's the point we called it as a learning process?'


Deep down inside, saya sangat down dapat majikan seperti anda. Menegur itu tidak salah, tapi cara menegur itu yang salah. Apa salahnya kalau betul-betul saya salah kita slow talk, dari mata ke mata. Bukan pergi cerita dekat dia, dia dan dia tentang kesalahan saya lantas saya sendiri tak tahu yang saya buat salah. Perangai anda semakin menjelikkan hati dan perasaan saya. Semakin hari saya makin tak ikhlas nak buat kerja anda. Serius.


Itu satu hal. Hari ni satu hal lagi.


Pagi-pagi saya dah naik angin. Sepatutnya pagi jumaat mulakan dengan senyuman. Tapi perangai 'SENIOR PROJECT MANAGER' yang berlagak macam dia DIRECTOR memang menduga saya. Memberi arahan pada orang lain supaya orang tu sampaikan pada saya sedangkan saya berada di hadapan dia adalah satu perbuatan yang cukup - cukup kurang ajaran. Saya tak boleh terima. Respect others when you want others respect YOU.


Kenapa tak nak cakap dengan tuan empunya badan sendiri? Kenapa? Tak payah list kan 10 sebab la weh. Kau bagi 1 sebab pun dah cukup. Untung-untung kau ada assistant yang assist kau buat kerja technical. Kalau tak, siapa nak tolong booking kan flight kau pergi ke Brunei tu ha?


Tiap orang ada had kesabaran dia. Ada limit. Jangan sampai saya yang jadi kurang sabar, lantas serta - merta saya boleh jadi kurang ajar. Please.






Photobucket

Wednesday, May 18

What a Life?!

Aish.. (taip-taip je dah ngeluh). Hmm..mood kurang okay dalam minggu ni. Stress - kut. Tambah lagi tacing dengan mom's last week. Rumah sunyi, kosong -


Bayangkan ini yg terjadi di masa depan :

Duduk rumah menyewa dengan sesapa ntah yang tak kenal langsung orang tu sifat dan pe'el dia cemana -


Makan - Tak ada orang nak tolong masak kan lagi dah -


Waktu bulan puasa - Sahur masak sendiri - sorang-sorang, kemungkinan besar makan megi je sebab dah sah-sah aku malas -


Berbuka puasa - Sendiri -Makan sorang-sorang -


Bangun tidur - kena bangun sendiri, tak ada orang tolong ketuk pintu suruh bangun solat subuh -

Lepas balik kerja - kena pergi kedai cari makan sendiri , balik , tdo -

Waktu tak kerja - Kalau tak ngam dengan housemate, kene duduk terperap dalam bilik sorang-sorang -




What a Life?!






:'(






I'm not ready yet to be ALONE. I still need YOU. Mom.



Photobucket

Tuesday, May 17

Quotes for Oh Dodol


When you down, always look up.


Always remember that everything was happened definitely have a reason.


*made and edited special for you. :P


Photobucket

Saturday, May 14

Puchong , Tasik dan Matahari

Sebut je nama Puchong, semua orang tau. Especially yang dah lama tinggal Selangor la. Puchong dah maju oo.. Dulu sebut Puchong, orang akan cakap "Ooo lombong boye tu yehh. Boye ada lagi ke sekarang ni kat sana?" Aah, memang lah lombong boye. Boye darat. Memang baaaanyak pokcik. =.='


Tapi sekarang dan berubah, bila orang sebut Puchong, orang akan cakap "IOI Mall tu ke?" tak pun yang ada Masjid Terapung tu kan. haa betul lah tu.. Malah ada paling terkesan "Eish Puchong tu kan kawasan hitam atau pun orang sebut HotSPot". Urmm tu pun boleh di cerminkan sebagai Puchong jugak. hehe Sebab kat sini ramai pendatang dan foreigner yang suka buat hal.


Puchong pun dah ada macam-macam dah. Kekadang orang tanya aku pun tak tahu belah mana area tu. Ada Puchong Perdana, Puchong Permai, Puchong Indah, Puchong Permata 1,2,3, Puchong Prima, Puchong Tekali, Puchong Jaya, Maju Jaya Puchong, Puchong Utama, Saujana Puchong, Bandar Bukit Puchong, Taman Tasik Prima Puchong dll. (google jela kalau nak tahu lebih lanjut).


Jangan tak tahu Puchong ada banyak Tasik tau. Kebanyakan tasik kat sini adalah tasik tinggal lepas aktiviti perlombongan, ada gak tasik buatan. Semua tasik-tasik ni tak dibiarkan macam tu je. Kerja-kerja pembinaan rumah-rumah mewah semakin giat di laksanakan di sini. So, walaupun rumah tu atas tanah lombong, tapi design yang pemaju ni buat mak aihhh rumah moden yang memang cun lah! Aku sendiri mengidam nak rumah kat Taman Tasik Prima tuh. Tapi, rege rumah tu tak yah cakap la. Ada yang cecah 1Million gak ler... T__T


Jadi, sekiranya tak mampu toksah ler berangan nak rumah kat situ melainkan kau dapat kawin dengan laki macam husband Tengku Zawiyah @ Datuk Bung. teeheee :P


Orang-orang sini pun memang suka memancing. Jadi, port mereka selalu pergi adalah tasik area sini. Hari tu sebab tak tahu nak pergi mana, saja je duk singgah kat Tasik Prima ni sambil menyaksikan matahari terbenam..


*indahnya ciptaan Tuhan kan..*

Tu jela nak cerita. Bosan lagi lagi keluar lah lagi satu entry. teehee .


~the end~
Photobucket

Wednesday, May 11

Takdir yang menentukan pertemuan, Takdir jua yang menentukan perpisahan..

Saya ada seorang kawan. Biar saya namakan dia sebagai A sahaja (bukan nama sebenar). A merupakan orang kedua yang saya kenal dalam ofis selepas Mama Vogue (Kak Aida). Masa hari pertama A selalu tanya pada saya "Nisa ok ke?". Saya jawab dengan nada perlahan dan lemah "ok....". Dia dah gelak-gelak dengan MV. Bila dah lama-lama kerja baru saya faham 'maksud mendalam' gelak mereka. Sebenarnya diorang tak percaya yang saya boleh tahan kerja dekat situ sampai sekarang ni. Sebab sebelum saya, tempat duduk tu asyik bersilih ganti je orangnya..

Urmm..tapi tu bukan kisah yang sebenar nak saya ceritakan disini. Sambung kembali. A dari segi fizikal berbadan agak besar, tinggi, tapi berbudi pekerti yang saya kira memang susah nak ada pada lelaki zaman sekarang. (Bukan memuji lebih2, tapi dari pandangan mata saya). Dia sangat komited pada kerja dia, dan rela bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Sebab dia selalu back up saya bila salah buat kerja dengan boss.

A sudah mempunyai kekasih hati. Biar saya namakan dia sebagai S. (Bukan nama sebenar juga). S seorang peguam. Baru saja menamatkan pengajian. Dan bergelar Peguam di firma rakannya sebagai sambilan. Menyulam cinta, dan berkasih sayang dalam lebih kurang 3 tahun. Sebagai pasangan kekasih yang sangat bahagia. (Sebab saya tahu A adalah seorang pengalah. Jadi mana mungkin asyik bergaduh je macam saya dan sidia yang selalu nak menang. ops. larik topik!)


Satu hari S ajak A untuk bertunang dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan. Katanya umurnya sudah pun mencecah 24 tahun. Masa yang sangat sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Apatah lagi makcik dan pakcik asyik menyoalnya.. A kurang setuju dengan pendirian S. Sebab A sendiri mempunyai komitmen tertentu sebagai anak sulung. Namun setelah rajukan, pujukan, dan rayuan S.....akhirnya A mengalah. Dalam masa yang sama S mempunyai keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Master di Ausiie. A tak menghalang, namun jauh di sudut hati siapalah yang tak tergugat dengan pemergian kekasih hati yang disayangi bila tiada di depan mata. Walau secanggih mana pun teknologi yang kita ada, tetap tak sama bila sidia berada disamping kita. Betul tak?

Isnin lepas, selepas meeting bersama A mengadu dia tak sedap hati. Sambil dia usap2 dada nya. Kemudian dari riak wajahnya dah terbayang keresahan yang melanda. Cuma nya, saya tak sempat nak bertanya lebih lanjut sebab sibuk dengan kerja. Saya cuma dapat lihat dia dari jauh. Lewat petang saya lihat A bergegas pulang. Tanpa satu pesan A meninggalkan kami semua dengan tergesa-gesa. Mungkin dia kena hantar barang - firasat hati saya.

Semalam saya demam. Dan sekaligus kerja-kerja di ofis satu hapa tak amik tahu. MC. Petang hari saya dapat panggilan dari MV. Kekasih hati A, S telah meninggal dunia.


Saya terkedu. Saya tergamam. Adakah ini satu ujian untuk A atas nama kehilangan...yang bukan tuk seketika tapi buat selama-lamanya...

Air mata saya menitik...hiba..pilu..sendu..

Oh Tuhan..Sesungguhnya yang lebih Mengetahui segalanya.

Sejauh mana kita mampu merancang, Allah yang tentukan. Ajal, maut, dan jodoh semua di tangan-Nya. Tak mampu tuk kita melawan takdir.

S dikatakan terjatuh dari tangga rumah sebulan yang lepas. Kemudian ada darah beku di belakang kepalanya. Dah terlambat untuk doc menyelamatkannya..


..................................................


Sebelum pemergian S, lewat waktu ini, A sering kali menyatakan yang dia bermimpi. Mimpi yang bukan mainan baginya. Sejak dari waktu itu, dia tak henti mengadu dengan saya. Saya berkata padanya mungkin tak ada apa-apa. Sebagai rakan, sudah tentulah saya mahu sedapkan hati dia. Sebab saya tak mahu dia risau, dan boleh menyebabkan kerjanya akan terjejas. Dan petanda itu memang S akan pergi meninggalkan A buat selama-lamanya...


Majlis Pertunangan yang di rancang bakal diadakan awal bulan Julai ini. Maknanya kurang lebih dari 2 bulan dari sekarang. Dia dengan wajah gembira menyatakan 70% barang hantaran sudah siap digubah. Cincin pun sudah dipilih oleh kekasih hati tercinta. Namun, takdir ini yang telah memisahkan mereka berdua di dunia untuk selama-lamanya. Tiada jodoh untuk bersama walau macam mana sekalipun perancangan yang di lakukan.




Al-Fatihah untuk arwah....




p/s: Buat A, tabahlah harungi hidupmu. Jadikan cinta S sebagai pembakar semangat untuk kau teruskan perjuangan. Walau jasadnya tiada, namun cinta nya tetap hidup di dalam jiwa..



Photobucket