Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29

Betul?







Ada tinggal kurang lebih dari 4 hari. je. JER??






Photobucket

Saturday, March 19

Short update

Dah lama saya tak berbelog. Ya, saya rindu nak berbelog. Sepanjang tak dapat berbelog, sesi luahan perasaan itu hanya melalui e-diary di laptop sahaja. sedih :( Tak apa, nanti lah ada wang saku lebih (ayat nobita) nak tukar pelan pula. Yang lebih berbaloi dan murah. :)


Majlis akan berlangsung lagi 2 minggu je lagi. Tapi satu decoration pun masih tak buat lagi. Tengoklah, mungkin esok @ lusa baru start buat. Nanti akan update lagi dari semasa ke semasa.



Tiba-tiba






I neves la!
>.<


p/s: masih lagi terfikir 'betul ke ni?'

Photobucket

Saturday, March 12

Bakal rindu di kejauhan

Ya..saya akan merindui mak saya...


Sekarang rumah baru dalam proses pembuatan. Jadinya, mak berada di kampung untuk 2-3 minggu. Lamanya.. Lepas ni dah makin susah nak jumpa mak. Kena save bajet tiap bulan dan kena merancang waktu bila nak balik kampung. Sebab perjalanan ke kampung bukan amik masa macam nak pergi shopping mall. Biasanya akan makan masa lebih kurang 5 jam. Kalau tak berhenti kat mana-mana R&R mungkin dalam masa 3 1/2 dah boleh sampai. Jauh kan? =.=' Sedih dan sebak pula bila dah dewaasa kini harus berpisah dengan mak.. :(


Semalam mak kata nak balik dah. Tapi tak jadi. Sebab atap tak dapat naik lagi. Kebetulan semalam pulak hujan lebat. Jadi mungkin di tunda lagi.


Ni rumah sepupu kami yang tinggal kat Singapore. Dia selalu bawak pelancong datang dan singgah + tidur di sini. Kebanyakan dia bawak pelancong dari Jepun. Rumah ni boleh di katakan sebagai homestay kat sini la. Paling murah dan paling best. Sebab semua ada. So, sapa yang nak menginap kat sini boleh la hubungi saya. :P Rumah yang mak tengah buat tu bersebelahan dengan rumah ni je dan belakang rumah makcik. (Rumah makcik tidak kelihatan di dalam gambar ini)



Ni pulak pandangan rumah sepupu tu masa waktu siang.


Walauapapun, saya cuma berharap, agar semuanya dapat berjalan dengan lancar.. Semoga jalan kami juga dipermudahkan.



p/s: tak sabar nak tunggu mak balik dan cari munge utk...... shhhh. >.<




Photobucket

Tuesday, March 8

Video 'Kami benci Anwarhadi' yang biadap

Video yang boleh di kategorikan sebagai biadap sebab tak ada nilai adab dan tak pakai otak. ha bengang ni, bengang ni!! Apalah sangat yang diorang ni nak benci si anwarhadi? Kalau korang nak tahu siapa anwarhadi boleh baca entry ni.


Bebudak sekolah yang tak pakai otak. Yang tak ada motif buat video macam ni. Dengki betul dengan orang lain. Sebab-sebab yang diorang ni benci Anwarhadi ni mungkin sebab :


-Tak pandai cakap english
-Nak popular cepat
-Konon pejuang bahasa melayu (padahal cakap bm pun tunggang terbalik!)


dan paling utama mungkin sebenarnya diorang ni nak jugak buat video macam anwarhadi dan konon-konon ramai aweks2 kat luar sana akan minat dan jatuh hati dengan mereka. hak tuih!! blah la.


Tengoklah video ni :





Agak-agak korang tak HANGIN ke bila tengok video ni?

Photobucket

Monday, March 7

D for Down

Apa perasaan sekarang ni ya? Entah lah.. saya rasa kosong. 0 Walaupun sebenarnya dari ofis jiwa memang dah kacau lepas baca satu emel. Semua serba tak kena. Rasa nak balik, nak kunci pintu dan baring atas katil menangis sambil tutup muka sepuas-puasnya. Tapi , itu hanyalah imaginasi saya. Kuat berimaginasi kan saya? >.< style="font-size:85%;">(susahnya jadi seorang saya..)


Sekarang saya sedang buat kerja-kerja ofis sebenarnya. Ya. Tak tipu. Sepatutnya due date nya hari ni, tapi saya sengaja tak nak ingatkan bossy saya. Bossy saya suka bagi banyak2 kerja. Sekejap dia panggil suruh buat sebut harga, sekejap lagi dia suruh siapkan tender, lepas tu dalam masa yang sama dia suruh saya compile kan company profile, tu belum masuk lagi saya kena reply email mana-mana yang request produk dan quotation, belum lagi jugak masuk kerja-kerja admin seperti buat Memo untuk staff dll lagi.


Kekadang saya tension kerja dengan dia. Tapi dia pandai. Bila dia tahu saya tension, dia akan cakap lembut-lembut je dengan saya sampai saya tacing tak jadi nak marah dengan dia. Apalah saya ni... ish. Okay sambung balik. Kerja yang tertangguh ni sebenarnya saya kena update product summary. Lusa dia dah nak terbang ke US. Sebab tu saya kena siapkan jugak. Ni pun saya curi-curi bawak balik file. Kalau dia nampak, mesti dia suruh saya stay back sampai malam. Eee tak mahu. Tatot nak balik. huhu (padahal sebenarnya saya nak online di rumah. Pandai tak saya? hehe)


Sebenarnya saya tak bayar lagi berodband untuk bulan lepas. Jadi dah kena potong line. keh3 padan muka saya. Tadi ingatkan nak singgah mana-mana celcom center. Nasib baik saya bertanya pada ofismate saya kat mana ada lagi celcom center paling dekat. Tiba-tiba dia datang tempat saya bagi satu beg kecik. Rupa-rupanya celcom berodband hak milik ofis. Oh....mata saya terus blink-blink *_^. Ini sudah bagus. hihihi Dia suruh saya pakai je, sebab dia tak guna. Jadi, dapatlah saya guna free internet untuk bulan ini. Yahoo!


Sebenarnya walaupun gembira, jauh di sudut hati saya sangat-sangat ________ (emm apa perkataan yang sesuai ye? Isi jelah apa2) Tak tahu nak masukkan apa, tapi yang pasti saya hilang semangat, saya rasa down. Rasa hati saya macam down to earth. (eh ape tu?)


Emel tu saya dah reply balik. Saya tak tahu apa jawapan dia. Saya cuma harap-harap jawapan yang baik-baik, yang positif je dari dia. Tolonglah...tolong saya..



Saya sayang air mata saya. Saya tak mahu ia berguguran lagi seperti hujan..


Photobucket