Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 25

Hadiah Pengantin - Version II

Penat. Sebab balik dari ofis terus bergegas ke Subang Jaya pick-up si Dodol. *Gedik nak balik woh time nenek balik kampung! hish* Pastu jem punya la lama kat traffic light sebelum dan juga di depan The Summit. Adoii.. Semua kereta berebut nak ke kanan la, ke kiri la. Mata palsu pulak tertinggal kat rumah. Ermm..memang terbaik la memandu kereta. Tu pun terpaksa kecik-kecikkan bijik mata. Ditambah pulak hujan turun. Adoii..haru bawak kereta tau.


Pesanan khidmat masyarakat : Sila jaga dan hargai mata anda okey. Susah tau bila mata palsu tertinggal, tercicir ataupun hilang. Dah la mahal. huhu


Okay2, sebenarnya nak cerita pasal hadiah kahwin. Ha...ni first time kut bagi hadiah best-best sikit. Dulu masa zaman budak2, (kunun la nak jugak bagi hadiah kawen kat orang kan) ha bagi cawan-cawan je. Atau pun pinggan mangkuk. Ni dah ada duit sikit bagi la yang up sikit kan. Dia pulak bff sidia, merangkap abang bff saya. Jadi, sebagai tanda persahabatan antara kami berempat rasa-rasanya itu hadiah tu cukup la bermakna bagi mereka.


Saya dan sidia berkongsi hadiah. teehee :D Jadi, di sebabkan mereka adalah pasangan yang bekerja tanpa mengira masa, alat ini sangat membantu dan menyenangkan mereka untuk sarapan pagi dengan pantas dan tangkas. heheh Coffee Maker! Yeah!


Sebenarnya aku yang minat menda alah ni. haha Dari dulu aku berangan nak beli. Tapi berkali-kali aku di nasihati oleh dia supaya 'Sila berhenti minum kopi!'. Jadi perasaan nak beli tu masih lagi dibawah paras 50%. So, tak dapat beli untuk diri sendiri, beli untuk orang pun boleh lah kan. Rasa suka pula.. :)


Ha...okay tak? Okay tak? Cakap okay cepat!



Kebaikan menggunakan Coffee Maker:


~Bangun pagi tak payah susah-susah masak air pastu nak kena bancuh dalam mug pulak. Guna yang ni terus je skali harung. Tinggal tuang dalam cawan je.

~Jimat masa bila tetamu datang. Oh ya, coffee maker ni siap ada sukatan tau. Satu teko ni boleh dapat untuk 10 cawan. Okay lah tu.

~Ringan. Oh ye, coffee maker ni tak berat sangat pun. Mudah nak di bawa kemana-mana. So, agak-agak kalau nak pergi tidur kat apartment PD satu malam dengan famili bolehlah siap bawak. Kalau kat apartment tu tak provide this item la kan.



Kepada pasangan pengantin baru En. Hafiz dan Pn. Hawa:


"Selamat Pengantin baru.

Selamat menjalani alam rumahtangga dengan penuh kesabaran, kematangan & kebahagiaan selamanya.

Selamat menjadi suami dan isteri yang baik.. :) "


Gambar pengantin nanti akan di upload. sebab kenduri nya hari ahad nanti.
heh yeye je. Ingatkan dah berlalu.


Photobucket

Monday, February 21

Januari dan Saya

Dalam banyak2 tarikh, saya suka tarikh lahir saya sendiri. Ala semua orang suka kan? Ada ke yang kata camni "apasal la aku lahir tarikh hari cenggini2 ha?" ataupun "patut nya aku lahir tarikh cenggini2". Ha ada tak? Ada ke? Ish, kalau ada maknanya anda orang yang tak bersyukur tau. Kita kena bersyukur sebab kita dilahirkan sempurna err maksudnya tak ada kekurangan dari segi fizikal mahupun mental. Bukan tak bersyukur sebab di lahirkan pada tarikh yang tak cantik. Okay cukup.


Sebenarnya nak cerita pasal bulan Januari dan istimewa nya mereka-mereka dan kamu-kamu yang lahir pada bulan Januari. cecewah!


Menurut Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sifat orang yang dilahirkan pada bulan Januari adalah:


1.Bercita-cita tinggi . Orang nya serius dan suka mendidik dan di didik.

Betul.


2.Sangat mudah melihat kelemahan orang lain dan suka mengkritik.

Betul.


3.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

Betul. Sebab setiap apa yang aku buat aku mesti nak nampak hasilnya walaupun sikit.


4.Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

Betul.


5.Sensitif dan suka berfikir secara mendalam.

Betul sesangat. hahaha


6.Pandai mengambil hati orang lain.

hee ni tak sure. :)


7.Pendiam kecuali dirangsang.

Betul sesangat. Sesiapa yang tak kenal aku ataupun first impression orang dengan aku mesti dia akan kata aku sombong. sob sob sob :(


8.Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

Betul sesangat. Daya tumpuan tu memang betul. Masa zaman sekolah. Sekarang je dah kurang. heeee


9.Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

Err 50-50. hee sangat susah bila masuk bab duit. Kurang control bab shoping. tsssk. T_T


10.Badannya sihat tapi mudah di serang selsema.

Betul. Sebab tu bila orang tu ada selsema aku cepat-cepat jauhkan diri. Sebab bila dah kena susah sangat nak baik. Jangan terasa yeh?


11.Romantik tapi tak pandai memperlihatkannnya.

Betul. hee sebab malu.. >.<


12.Cukup sayang pada kanak-kanak.

Hurm. Cukup sayang pada kanak-kanak yang tak degil dan dengar kata je. Kalau tak mahu dengar paling tak suka. Rasa nak cubit lagi ada. haha


13.Suka duduk rumah.

Betul sangat2. Rumahku syurgaku.


14.Setia pada segala-galanya.

Betul. Bukan setia pada pasangan je tapi juga melibatkan benda. Contoh macam baju. Sayang nak buang sebab ada sentimental value. Setia jugak namanya kan!


15.Perlu belajar kemahiran sosial.

Betul. Aku tak reti macam mana nak start wat hubungan dengan orang. err bukan ada hubungan ehem2 tu tau. Maksudnya tak reti macam mana nak mulakan sesi beramah mesra bersama peminat. Eh silap. Ramah mesra dengan sahabat baru.



Lassssssssst sekali yang memang kena dengan aku ialah.....




jeng jeng jeng






16.Sifat cemburu yang sangat tinggi.

Betul sesangat lah ni Dato'!


teheeee


:D


Memang diakui saya seorang yang kuat jelous. huhuhuk
sebab tu lah x-men slalu je kena dengan saya. hahahaha padan muka. :P



Photobucket

Saturday, February 19

Arigato - Birthday Gift

Entry ni cuma nak ucap terima kasih je kat x-men sebab bagi burfday gift kelmarin. Ingatkan memang dah lupa nak bagi gift setiap tahun. Tertunggu2 jugak sebenarnya apa dia nak bagi. haha sebab dia dah beli Lord of The Ring untuk E-day nanti. Jadi dia dah pesan awal2 tahun ni tak de burfady gift. sob sob sob :( Sekali dapat pulak. Tak pelah rezeki.. -.*


Gift yang sama macam tahun lepas. Cuma jenis je lain-lain.



Okey la. Dapat jugak.. Baru angan2 nak beli baru sebab stok yang lama dah tinggal sikit. Thanx x-men. Ni hadiah tuk x-men pulak.



Eh eh lagi satu lupa nak say thanx. Dekat mama mia coz bagi ini.



Satu yang sangat suka2 jam ni sebab nombor kat jam tu menunjukkan angka umur saya tuk tahun ini. Maka nya , bila tengok jam ni pasti aku akan ingat sampai bila2 masa bila aku dapat hadiah ni. hahahaha


Terima kasih untuk kedua2 insan yang bermurah hati ini. Sayang anda berdua..!




p/s : Opssss..saya dah 23 ek?

>.<

Photobucket

Friday, February 18

Siapa tu Ajek Hassan?

Siapa pandai main gitar? Korang pandai tak? Aku sendiri tak tahu dan tak pernah main pun. Setakar grengg grengg je boleh la kan. Tu budak-budak kecik 3 tahun punya style la. haha Nak belajar tu erm tak terlintas pun, tambah lagi verangan nak jadi macam Yuna atau Ana Raffali ish lagi lah aku tak terlintas. Tapi suka sangat2 bila dapat tengok orang petik gitar sambil nyanyi lagu. Lagu tu pulak lagu yang slow2. Boleh bawa aku ke dunia lain time tu. teheee...


Ha..so bercakap pasal AH ni siapa dia sebenarnya?


Haah siapa ye AH ni? Korang kenal tak? Sebenarnya aku pun tak kenal. hehe Aku ni sebenarnya peminat acoustic music. Yang orang main gitar sambil menyanyi. Macam best je kan. Tambah lagi bila dapat tengok live. Mesti aku akan jadi jakun. So haritu masa jiwa tengah emo sikit jenguk2 la youtube tu, tiba-tiba jumpa la klip video AH ni. Wahwahwah macam best je. Macam-macam gak la lagu yang dia record. Ada dari Spider, Jamal Abdillah, M.Nasir, tapi paling da best lagu dia bawak dari Exist. Memang terbaik punye yeop....!


Kalau lah dia ada perform kat sini ke aku lah orang yang paling excited nak pergi. hahaha Kalau lah AH ni jadi artis, dia memang boleh fofular macam Spider. Sebab dia berbakat besar. Suara pun ala-ala Tam jugak. Kira okey lah kan. Boleh la tuu..


Aku dah siap jadi fan dia kat facebook. Kalau korang suka boleh la like page di sini:




So, inilah lagu terbaik bagi aku yang dia bawak:


Masih Terserlah Ayumu by Ajek Hassan







p/s to mr.x: belajar la lagu ni dan perform live depan saya..pls pls pls..


Photobucket

After raining

Suasana tenang ketika ini..


*gambar dipetik dari google*


Jarang dapat rasai saat-saat seperti ini. Suasana lepas hujan. Memang damai dan tenang.. Dapat online, update blog, jenguk facebook, cari kerja kosong, update emel sambil layan lagu Exist. =.=' teheee...

Esok cuti. Eh tadi pun dah amik cuti jugak sebenarnya. hehe Jadi untuk esok, masih belum ada perancangan nak kemana-mana. Kemungkinan besar duduk rumah jela. Lagipun dah berada di hujung bulan ni. Duit pun berada hujung-hujung je. Saving sikit ye.


Sebenarnya hati berada sedikit tak tenteram walaupun suasana tenang ketika ini. Tak tahu lah kenapa. Eh tahu sebenarnya tapi tak mahu layan sangat perasaan ini. Nanti makin menjadi-jadi. Lepas tu jadi streess. Bila stress habes la nanti. ish3...tak boleh2.. Not good okay.


Jadi, kene tenang sentiasa ye? Semangat kena kuat. Yeay!



Photobucket

Friday, February 11

Makan Besar CNY Di Kristal Seafood, Mutiara Damansara

Kelmarin, sempena CNY bossy belanja makan besaq kat Kristal Seafood, Damansara. Pukul 5 dah gerak dah dari opis. Tak mo naik dengan bossy. Nanti dia tak habis2 tanya pasal kerja-kerja dan kerja! erghhhh tension! Baik drive sendiri sambil bergosip dengan opismate. :D


First time makan chinese style. Wow. Memang sedappp ler. Setiap menu yang di hidangkan semua ada makna. Biasalah kaum Cina kan berpegang kuat pada kepercayaan dan adat mereka. Jadi, setiap satu jenis makanan tu ada maksud nya tersendiri. Err..nak cite balik macam tak reti je. Karang tersalah memberi maklumat pulak. huhu


Apa-apa pun, semua masakan kat restoran ni memang superb sedap!


Chinese Tea

Tradisi orang cina minum Chinese Tea. Masa tu kami tersampai awal sebab bos besaq branch KL dah bising pasai apa tak ada reservation. *padahal dia yang tersalah restoran.*
Jadi, mula-mula waitress hidangkan chinese tea yang panas, tapi aku dan saiful memilih untuk nak yang berais. Tu yang jadi kaler dia macam tu. Nampak macam tawar je kan air ni? Memang pun. hahaha Tambah ais lagi tawor. =.='

Yee Sang

Ok, ni menu pertama wajib untuk diorang. Semua orang tahu kan? First time makan yee sang wow memang sedap ler. Macam rasa kerabu. Masam-masam manis. :)

Shark Fin

Yang ini, aku dah pernah makan masa Majlis Pra-Grad kat Equetorial Melaka. Masa tu memang tak dapat nak telan menda ni. Sebab tak sedap. Tapi yang ini rasa nya memang lain. Ish, pendek kata memang sedap la. Rupa-rupanya bossy aku cakap, sup ni yang dia masak yang paling berkualiti punya. Sebab tu rasa nya lain. Oh ya, makan sup ni dengan potongan cili padi dan vinegar (cuka) tau. Baru rasa dia terangkat.



Daging ni memang sedap. Lembut, di goreng tak berminyak, dan enak. Lepas aku dapat habiskan, baru aku tahu rupa-rupanya ni adalah burung puyuh! Uwaaa...aku dah ler tak makan burung puyuh. Tapi nak buat macam mana, dah licin aku makan baru diorang bagi tahu. sob..sob..sob



Abalon

Ha...ni pun sedap jugak tau. Abalon dan tiram di masak bersama-sama sayur brokoli. Letak oyster sos. Eishh memang lazaaat. Cuma, aku tak makan banyak yang ni sebab aku kan alah pada makanan yang bercangkerang. Jadi, kena lah sayang perut. hehe

Sebenarnya ada 8 menu untuk semua nya. Tapi yang ni jelah aku sempat snap. Nak snap banyak2 malu plak wohh. kih3

Tapi untuk korang yang nak cuba dan ada duit lebih nak rasa chinese style punya boleh lah datang sini. Di Wisma Bentley, betul2 berdepan dengan TESCO mutiara damansara.



Photobucket

Monday, February 7

Bahasa ewwW - Anwarhadi

Ni lah kenyataan nya. Ingatkan aku sorang je yang perasan bahasa tunggang-terbalik budak-budak zaman sekarang rupa-rupanya ada jugak orang yang perasan.


Bila suku-kata perkataan tu di tambah-tambah. Contoh :


Itu = Iteww
Boring = Bowrink


Yang paling kelakar


Aku = Aq


Cuba tgk sebutan video bawah ni bila dia sebut Aq tu macam mana. Dalam betul Q dia. hahahaha




*terbahak-bahak tengok video ni. Agak kreatif cara penyampaian dia. Spontan tapi bermanfaat isi nya.. *



Dulu masa first anak buah aku hantar sms kat aku, dia tulis macam tu la. Aku memang baca sebijik2 macam apa si anwarhadi ni sebut. hahahaha


Ha, pada adik-adik sekalian walaupun kat sekolah sekarang 'uols' guna bahasa inggeris jangalah lupa pada bahasa kita sendiri ye? Jadilah seorang pencinta bahasa. Sebab bahasa tu melambangkan budaya kita.


Kalau bukan kita yang jaga alahai siapa lagi?


'Bahasa Jiwa Bangsa'


Sumber video : Youtube - anwarhadi
Blog link : http://anakazman.blogspot.com/



Photobucket

Sunday, February 6

Sejauh mana anda percaya ilmu mistik?

Zaman sekarang memang zaman canggih dan moden. Kita hidup sekarang ni pun kalau tak menggunakan teknologi hari-hari memang tak sah. Kalau tertinggal handphone kat rumah walaupun keluar kejap ke kedai mesti ada rasa yang tak kena. Apatah lagi kalau seharian tak online. Mesti tak lengkap hari tu kan? Tapi, secanggih mana pun teknologi yang kita guna, sehebat mana pun barangan yang kita pakai, bila buka cerita tentang alam / ilmu mistik ni rasa macam 100 tahun duduk terkebelakang. *dush*


Indahnya dunia ini andai hidup berteraskan akidah yang sebenar-benarnya. Tak ada tipu daya, tak ada hasad dengki, tak ada sihir menyihir, tak ada ilmu terbang, dll. Kalau nak bercerita bab ilmu-ilmu ghaib macam tu memang tak akan habis. Yang pelik nya, masih masih dan masih ada lagi yang amalkan ilmu tersebut. Mengapa? Semata-mata kerana terpedaya dengan hasutan syaitan supaya buat hanya dia je yang paling handal, hanya dia je yang boleh kaya, dan hanya dia je yang boleh berjaya. Geleng kepala bila dengar bab-bab macam gini.



Ada seorang saudara terdekat sedang 'bertarung' untuk menghalang benda-benda itu datang. Bukan tak nak percaya, bukan tak percaya, tapi bila disebut-sebut nama-nama arwah pakcik dan makcik yang sudah tiada termasuk juga arwah moyang bila dia kumat (meracau) apa kes nya?


Pergi serata negeri dia mencari ubat penawar agar 'benda' itu tidak mengikutnya. Kata pengubat dan pengamal-pengamal tradisional ni lagi tuan punya 'benda' tersebut dah tak larat lagi nak menjaganya.


Yang pelik lagi ajaib nya mengapa empunya 'benda' tersebut tak mahu menurunkan saja ilmu ajaibnya pada waris keturunannya je? Kenapa mesti si budak itu? Jawapannya mudah saja. Sebab dia tidak mahu anak cucu cicit nya susah di masa akan datang! Hangin dengar kenyataan sebegitu. Anak cucu cicit di lindungi, tapi mahu menyusahkan anak cucu cicit orang lain pula. Inilah manusia yang tak berhati perut. *Geleng kepala lagi*


Berpijak lah di bumi yang nyata. Kembali lah kita pada ajaran yang sebenar. Bagi sesiapa yang bercita-cita nak timba ilmu-ilmu ngek macam tu, pikirlah, sejuta kali fikir sampai sakit kepala pun tak apa. Fikir kesan yang mendatang. Bukan saja kesan nya pada diri, pada isteri, anak-anak, cucu-cicit tapi seluruh KETURUNAN mu!


Hidup kita bukan drama indon untuk di tiru dan di tonton.



Photobucket

Rainbow Link - tutorial

Tergerak hati nak buat tutorial ni sebenarnya adalah untuk simpanan diri sendiri. Bukan apa, aku cepat pelupa. Benerrr dong! *ikut jawa betul* Okay, jadi solution terbaik bagi aku, buat lah tutorial untuk diri sendiri. Bila dah buat ia bukan saja sekeder untuk tuan punya belog, tapi dapat jugak bagi manfaat kat orang ramai. Check it out!


1. Go to Dashboard > Design > Page Element > Add a gadget.




2. Pilih HTML/Java Script


3. Kemudian copy paste code ini:


4. Tak yah letak title, kemudian save. Mudah saja. Nanti boleh main rainbow tu. Kejap-kejap gerak cursor ke situ. hihihik



Photobucket

Blog Updated - Feel free to visit V-II

Dear all my beloved readers,


This is my new babies. Yippi!


Ini adalah kali yang ke-empat belog saya bertukar nama. Kali ni memang dah malas dah nak tukar-tukar lagi. Hopefully, follower yang lama jangan kecik hati bila tak dapat nak try masuk. Maaf sesangat.
:(


Blog dah moved dari


http://www.fantasyohreality.blogspot.com

ke


http://she-nisae.blogspot.com

Blog tak banyak sangat bertukar. Cuma tukar header, dan gadget-gadget yang ada je. Sebab taknak nampak sangat keserabutan di situ. =.='


Kali ni, saya nak kembali semula menjadi blogger yang tegar. Harap dapat sokongan dari semua.


Itu aje bebel tuk hari ini.


Blog dah ready untuk di jelajah!



:)



Photobucket

Wednesday, February 2

Under Maintenance

Ops. My blog is




Re-arrange balik susunan untuk kembali aktif menjadi blogger yang tegar.

Will be back soon!

Photobucket