Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30

Zam-zam-Ala Kazam

Kita dah berada di penghujung 2010! Banyak pahit, manis, suka, duka, hiba, haru, huhu semua lah ada. Inilah namanya 'kehidupan'. Kata orang, kalau tak ada semua tu tak mencabar lah hidup. Ya atau tak entah lah. Bagi aku, kadang-kadang kita memang perlukan cabaran. Sebab dari cabaran mampu ukur sejauh mana tahap kita boleh pergi dan melangkah. Tapi..bila dah banyak sangat cabaran tu yang lama-lama terbit ayat begini 'kan bagus kalau hidup tak ada masalah. happy je..' betul kan??!


Apa-apa pun, mari lah kita lupakan segala kenangan pahit yang berlaku. Abadikan kenangan manis itu. Buat apa nak ingat benda yang dah lepas. -No Regret- okey? Macam bagus je ayat kan. Padahal dalam hati Tuhan je yg tahu.


Tahun 2011 ni tak ada azam lah. Zam zam ala kazam je. Bagi aku apa yang dah ada ni aku bersyukur sangat..tinggal lagi aku nak upgrade kan je lg. Maksud nya perbaiki lagi. Tak ada apa lagi azam, melainkan nak hidup dengan tenang, sihat selalu, dan bahagia bersama orang-orang yang membahagiakan ku....


Oh ye, esok cuti. Sempena kemenangan Malaysia. Harap-harap dapat bangun awal nak cuci kereta! Moh ler kita.....................gosok-jgn tak gosok2..kereta yang satu gosok!!




*mari kita kasi sama ini putih laaaagi putih.. *





my sign

Tuesday, December 28

Motivate yourself!

Kalau boleh aku tak mahu lagi bercerita tentang kisah sedih, perit, pahit, menyampah, benci dalam blog cantik-molek-gedebum aku ni. Aku tak nak 'mencemarkan' blog ni dengan kata-kata yang busuk. Sebab bila di masa hadapan, bila ku buka kembali episod-episod lara tu hati ini tak kan tenang bila teringat akan kisah-kisah yang memang tak patut di kenang. Bukan ke kita harus memandang ke hadapan je dengan melupakan kisah lalu dan berbahagia dengan kenangan yang manis je. Jadi, setiap kali ada masalah marilah cuba memotivasikan diri sendiri. Dengan..buat sesuatu apa yang anda suka. Contohnya pergi lah search dengan bantuan uncle Google tu cari je quote yang berkaitan dengan masalah anda. Contoh: kalau tengah putus cinta, boleh lah belek-belek cari 'sad quotes' ataupun 'heartbreak quotes'. hehe


Ataupun cara paling best bagi aku search gamba cun-cun kat intenet edit lawa-lawa buat quote sendiri. Pastu letak la kat facebook atau pun blog. pun buleh.. :)


Tapi..masalah kat sini gamba yang aku nak edit tu masih lagi dalam simpanan pakcik itu. ishh..kedekut masa betul nak transfer dari phone dia ke laptop putih saya ni. =.=' Tengah buhsan dan tension lak tu skang ni. huhuhu

Atau pun paling banyak orang buat, bila tengah tension dia akan dengar music. Pernah dengar kan 'Music is da best therapy?'. Kadang-kadang aku akui memang betul. Bila tengah down cari lah lagu-lagu yang boleh menenangkan hati anda. Tapi bila tengah putus cinta usah lah kau melayan lagu-lagu jiwang 90an. Mahu nya kau berteman kan air mata dan emosi terlebih nanti!


Dah la, jom hayati bait-bait ni...


Ku bersyukur kepadaMu
hanya Dikau Yang Satu
memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
gelap tanpa kasihMu
perjalananku buntu
ampuni segala dosa-dosaku


Aku terpaku melihat kebesaranMu
aku bersyukur segala rezeki untukku
dan juga bila Kau dalam fikiranku
aku tunduk membisu terus sujud padaMu
mari kita renungi segala apa terjadi
mana perginya cinta?
mana hilangnya setia?
aku akan terus cekalkan hati ini
dari terbit sehingga terbenamnya mentari


Dunia sementara
kan dihitung juga
sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
tak guna airmata menitik bila tiba masa
syurga atau neraka
itulah jawapannya
aku lelaki lengkap dengan anggota
berfikir setiap masa
fikir tentang keluarga
lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia


Ku hirup secukup udara
hatiku buka termenung
melihat jalan gelap lagi mendung
kadangkala ku bertanya
ke mana cahaya?
mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat
yang penuh rahmat?
berjuta-juta kali dunia mempermainkanku
hati menurut nafsu
nafsu menipu aku
tapi ku bersyukur pada Yang Maha Esa
dapatlah pena menari meluah kata-kata


Ku meredhai apa telah terjadi
tunjukkanlah jalan benar
ampunilah dosaku


Aku tafakur dihadapanMu
berderai-derai airmataku gugur
tidak tertanggung
peperangan emosi ini takkan berhenti
selagi dosa lama masih aku bebani
moga aku disirami salju kasih Illahi
semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
hati ini moga Engkau terangkan....


Oh Tuhan Yang Satu
ku serahkan diriku
hanya kepadaMu


(hanya mampu berserah kepadaMu)


ampuni segala dosa-dosaku......





my sign

Monday, December 27

Boleh?


Boleh tak nak biar masa sahaja yang tentukan?




Boleh ke??????????





pening. pening. pening.

my sign

Monday, December 20

Ibu anugerah tak terhingga

Betapa beruntung nya diri ini mempunyai ibu seperti Mak..


Balik je kerja masuk bilik tengok katil cadar dah di tukar baru. Tegang pulak tu. Fulamak. Nak baring pun rasa sayang. Tengok bakul baju pulak kosong. Tanda nya mak dah siap tolong basuhkan. Alahai mak oh mak..


Mak....macam mana lah anak mak ni tak mengada-ngada. Semua mak buat. Dulu boleh lah buat alasan kunun-kunun time sekolah banyak kerja sekolah, masa masuk U pulak sibuk dengan assignment, ni dah berkerjaya, kerja pun tak ada lah macam kerja membanting padi semua kerja rumah masih lagi mak buat. Aduhai...betapa tak sedar nya dek untung aku ni kan! Tu pun masih malas lagi. Bila dah tinggal berdua, nak basuh pinggan dua bijik pun mak cakap "Tak payah lah, tinggal je nanti sok mak basuhkan". Ha mana aku tak makin malas. Teruknya!! @_@


" MAK,
Mak adalah anugerah yang TERBAIK yang Allah cipta untuk saya "




*sedih dan sayu dengar lagu adik Aeman ni*


ilove u mom.


>.<




  • Sayangilah ibu anda sementara mereka masih ada
  • Salam & dakaplah mereka setiap hari


my sign

Sunday, December 19

I love Saturday

Memulakan perjalanan dengan Bismillah. Semalam sempena hari sabtu ataupun hari bersantai-santai nama nya adalah hari untuk bersama dengan sidia. ^.^ Awal-awal lagi dah siap reserve 3 tiket. Marathon tengok cerita Ngangkung-Hantu Kak Limah balik Rumah-3D Tron Legacy. Jam 4.30 bru gerak dari rumah. Sebab dah reserve tiket awal-awal. Tak ada lah fenat kami nak beratur panjang. =.='


Makan kenyang di nando's. Tapi kurang kenyang sgt. Sebab amik ayam dan 2 sidelines je. Bukan rice. :( Sesi berjalan exercise keliling pyramid tak lagi dilakukan demi mengelakkan kefenatan yg keterlaluan yang mungkin kan terjadi. *belajar dari pengalaman* eheh


Tapi sesi bergambar itu harus. Mentang-mentang dia ada iphone 4. Galak dia snap sana sini. Tapi saya suka. -.* Habis lah kedai cupcake chips tu menjadi mangsa. Kalau tokei tu tengok balik cctv, mahu nya dia gelak perangai kami menggunakan kedai dia sebagai lokasi utama penggambaran. ahaks.


Antara ketiga-tiga cerita tu cerita yang pertama dan kedua memang gelak la. Yang ketiga aku tak paham langsung sebab tak ada subtitle. kesian. =.=' Spek mata 3D pun kena letak tepi je sebab terlalu besar. Kena double kan dengan spek biasa. Boleh ke imagine macam mana? Sebab tu lah aku tak pakai. Ni lah masalah orang rabun yang tak pakai contact lens. huh.


Terima kasih sidia belanja tengok wayang. Tak ada ayat lain yang mampu di terjemahkan melainkan iloveu.







my sign

Saturday, December 18

Birthday Tickers di Widdlytinks.com

Berjaya! Berjaya! Lama dah aku cari birthday tickers ni yang best selain dari Daisypath tu. Masa blogwalking cari tempat makan mana sedap aku terjumpa tickers ni di sebelah bahu blog dia. Comei aje. So meh la singgah sini. Senang je nak buat nya. Ikut je instruction yang dia dah bagi tu.




Selamat Mencuba!

:)






my sign

Wednesday, December 8

Aku tak paham la :(

Kehidupan berjalan seperti biasa.. Seawal lebih kurang 7.45am aku pasti dah bergerak ke tempat kerja. Dengan harapan dan doa "Semoga hari-hari ku di permudahkan oleh-Nya". Sampai ke tempat kerja aku..erm..baru beberapa hari bekerja jadi aku kurang pantas untuk memahami step by step tiap kerja-kerja yang aku harus lakukan. Tak apa, bak nasihat K.Aida "slow-slow je tak apa". Memang..tapi aku masih lagi tak berpuas hati tahap pencapaian kerja aku buat masa ni. Walaupun baru 5 hari bekerja, aku rasa aku blurr... =.='


Sebab dah sekian lama erk..lama ke? aku meninggalkan kerja-kerja admin nih. Tu yang aku agak blur. Bencinya jadi seorang yang blur. Macam apa-apa ntah rasa. Dulu handle sorang company kecik je boleh lah. Barang-barang yang dia supply kan aku paham la jugak. Tapi nih... satu menda aku tak tahu. Macam mana ni? Aku kena bawak kamus kut. Cari patah-perkataan tu apa maksudnya. Yela semua pasal engineering. Ape kemenda ntah nya. Aku nak sebut pun terbelit-belit lidah. :/




Tolonggggggggggg!



:(




my sign

Tuesday, December 7

M means i Miss you .


I miss you

....


each day.






my sign

Sunday, December 5

Siapa Dia?

Mungkin aku di anggap ketinggalan zaman.

Mungkin ya!

Bila orang semua bercerita pasal dia aku sikit pun tak hirau.

Walaupun hari-hari on da way nak pergi kerja dalam kereta suara dia PASTI akan kedengaran.

huh

Siapa tu? Fofular sangat ke?

Tapi bila semua diam tak bercakap pasal dia, aku pulak dah jatuh hati dengan dia.

Apakah???

Oh Tidak! Tapi ya!

Aku memang dah jatuh hati dengan lagu-lagu dia.

Dialah


..Maher Zain..

Korang semua confirm2 dah kenal dia sesangat kan?

Aku je yang tak kenal.

Kesiannnnn...

=.='




Nah...dengarkan lah lagu fevret saye :)

Sila lah kelik dan dengar..


Baraka Allahu lakuma - Maher Zain







p/s suka lagu-lagu nya je. Orang nya walaupun encem urmm tapi tak minat lah! heh



my sign

Friday, December 3

Get Well Soon!



Cute tak?

>.<

Cakap cute cepat!

hahahaha

tak ada kerja nak paksa orang pulak.


ish..ish..ish..





Pesanan penaja untuk pakcik

-makan ubat
-tidur dan rest banyak2!


:)



p/s i luv u..
my sign

Minyak naik ke Naik minyak?

Semenjak aku dah berkenderaan sendiri di kala ini, bila kerajaan mula umum kan kenaikan harga minyak aku pun dah mula terasa "oh! sangat membebankan!". Bukan setakat minyak je tapi bahan asas yang hari-hari kita makan-GULA. Tak payah tunggu lama-lama. Esok juga peniaga-peniaga makanan ni secara automatik akan menaikkan sekali harga makanan + minuman di kedai mereka. Makanya, lepas ni air teh ais je mungkin mencecah rm2 satu cawan!




Bila minyak dah naik, maka lepas ni semua benda akan naik. Tak percaya? Buat lah perbandingan barang-barang makanan lepas ni. Pergi pasaraya tengok dan ingat harga barang tu, kemudian pergi balik minggu depan. Nah...confirm naik! Bukan lah nak kata apa. Mereka pun peniaga. Nak bayar kos yang lain-lain lagi kan. TAPI - bila minyak dah naik ni, akan adalah segelintir-segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk kaut keuntungan yang berlebihan. =.='


Rakyat seringkali di suruh berjimat-cermat seperti :


-kurang kan manis dalam minuman
(sebab tu naik kan harga gula kut!)


-naik kereta ramai-ramai pergi ke tempat kerja
(sama je jalan masih jem jugak!)


-kurangkan bercuti di luar negara
( jangan tayangkan iklan m
elancong @ tambang murah la. Buat orang teruja je nak terbang ke mana-mana dengan harga yang murah! )

-membeli barangan / produk malaysia
(bukan tak nak sokong tapi bila tengok rege je terus TAK JADI. Apsal harga nya lagi mahal?? Felik ke tak felikkk...)


~~~~~ bla bla bla bla bla bla bla bla~~~~~~


Sampai naik menyampah nak list kan. Tapi walau bagaimana cara sekali pun cara mereka menyuruh rakyat berjimat, rakyat yang miskin akan sentiasa tertindas. Dengan gaji yang ciput je yang tu lah nak buat makan, yang tu lah nak belanja dapur, belanja anak sekolah, yang tu lah nak kena bayar kereta, bayar sewa rumah lagi, loan ptptn lagi macam2 lagi lah. Akibatnya semakin ramai yang buat dengan hutang bank. Tambah kredit kad. Bagi yang nak kahwin pasti tak akan terlepas buat loan sebab harga barang semua dah naik. Pening23.......... @_@

Kesimpulannya, bila dah naik kan harga minyak wahai pihak yang bertanggungjawab, sila lah memikirkan kaedah yang terbaik untuk rakyat. Galakkan rakyat menggunakan 'public transport'. Dengan menaik taraf lagi kan kenderaan awam demi kesejahteraan bersama. Bina LRT, komuter, keretapi dan juga bas dengan memastikan ia nya selesa dan selamat. Tak salah kita share maklumat mahupun mengambil pakar dari luar demi memastikan penggunaan kenderaan awam kita setanding dengan negara luar lain.


Tiru lah seperti negara Singapura. Rakyat mereka tak hairan pun kalau tiada waima sebuah kereta. Sebab, kat sana nak pergi mana-mana pun amatlah mudah. Menunggu bas tak sampai 15 min pun. Apatah lagi LRT.

MRT mereka lebih laju dari kita walaupun tak lah selaju Bullet train Jepun!


Kalau pihak bertanggungjawab memikirkan alternatif terbaek untuk rakyat, maka rakyat pun tak mengeluh dan buat demonstrasi tanda protes kenaikan minyak!




p/s: Pandai bercakap dan menulis je, tapi siapalah suara kita untuk di dengari oleh mereka.. >.<





::Gambar-gambar di atas di ambil dari google sahaja. Sebab tu tak letak watermark. Harap maklum ::




my sign