Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30

Riwayat Cinta

Gerhana yang melanda seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitu la hatiku terasa

Siapa yang rela diri bernafas dalam derita
Dunia ku rasakan jadi sengsara
Di cengkam sedih yang tak terduga

Kemana hilangnya keindahan yang ingin ku pandang
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaaan

(Korus)
Sentuhan mu yg pertama
Bagaikan madu menyirap asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman airmata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajah ku lagi

Sesungguhnya tiada jalan untuk kita bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku




*Salah satu lagu faveret aku. Syahdu weh lagu ni. Tambah lagi kalau korang dengar masa tengah gaduh-manja dengan boyfren sambil drive. Confirm ada yang menitis air mata. =.=' Jiwangnyeeeeeeeeeeeeeeeee aku.. keh3 (tapi sekarang tak gaduh la. hehe sesaje je post. Jgn ada yang salah faham ye!)


my sign

Thursday, November 25

Hari-hari terakhir di MBB

Hari ni hari terakhir aku di sini. MBB. Lepas ni tak ada lagi kena himpit dalam tren, tak ada lagi kena jalan laju-laju sebab nak kejar makan breakfast sebelum pukul 8.45 am, tak ada sembang-sembang guna chatting dengan k.nora dan k.mek, gosip gugurl dengan k.sarah, tak ada lagi dengar keluhan k.linda, dan yang paling dirindui makan lunch sama-sama dengan geng kat Hawker. Sob sob sob.. :(


Dulu masa aku kecik-kecik bila aku tengok orang kerja aku selalu jadi teruja. Terutama bila tahu orang tu kerja dekat company yang besar-besar. Dulu aku pun pernah berangan nak kerja dekat Maybank. Aku pernah cakap 'kalau satu hari nanti aku dapat kerja kat sini seronoknya'. Tapi entah macam mana rezeki aku agaknya untuk merasa walau sekejap pengalaman bekerja di sini. So far, semua yang aku kenal kat sini memang baik-baik. Terutama 4 kawan yang rapat dengan aku. Ellya, Eida, Umi dan tak lupa K.sarah. Kami lunch sama, toilet sama, solat sama, dan kena marah pun sama-sama.

Inilah wajah-wajah yang 'menghidupkan' hari-hari ku di MBB

Eida-Lya

Sahabat waktu susah dan senang. Kami sentiasa berdua kadang-kadang bertiga kemana sahaja.
Walau pun baru je kenal, tapi macam dah lama kenal.


ni dengan k.sarah

Masa mula-mula kenal akak ni, aku kenal meja dia je. Sebab kat meja dia ada stick nama yang ditulis "SARAH". Dari situ aku tahu nama dia. hehe Masa mula-mula duduk sebelah dia, takut nak tegur dia. Sebab dia tak nak pandang langsung. Fokus betul dengan kerja dia. Sampai lah aku terpaksa jugak tegur sebab masa tu aku cuak gila first time guna sistem. So, dia la yang tunjukkan aku. huhu



dengan k.nora (tudung kuning ) dan k.mek (biru)


Mereka berdua ni umpama kakak bagi aku. Sentiasa memberi sokongan dan nasihat tatkala saya perlu. Juga pakar motivasi dalam percintaan. Mungkin dari pengalaman yang mematangkan mereka. Kata-kata terkahir yang aku paling ingat bila mana dia bertanya dengan aku yang mana aku pilih antara cinta dan duit 'kau ingat cinta je boleh bagi kau makan ke? baik kau pilih duit..'


K.mek, ini jawapan saya yang saya tak terluah nak cakap hari tu.


"Saya nak orang yang sederhana baik dari segi wang ringgit, paras rupa dan juga hati..sebab saya hidup bertujuan dan saya nak kahwin juga saya ada tujuan. Tujuan saya, saya nak dapat keredhaan dari-Nya sebab saya nak bahagia hidup di dunia dan juga Akhirat. "



Seperti takdir yang mengatakan 'Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..' kan? Kini keadaan dah berubah. Aku ditawarkan untuk berhijrah ke company lain. Kali ni memang totally lari dari pekerjaan aku sekarang mahupun bidang yang aku ambil. Mungkin disini yang lebih baik. Aku terima dengan hati yang terbuka..


Lusa 1hb Disember 2010 bermulanya kerja di tempat baru. Diharapakan semuanya baik-baik belaka dan berjalan dengan lancar. Doakan juga ye kawan-kawan.






my sign

Wednesday, November 24

Last day

Tomorrow is my last day .










*tunggu upcoming entry okey.
akan update all about my work.





my sign

Tuesday, November 23

Rendang dan Hebat nya Mak

Aku selalu mengalami masalah kelaparan di ofis =.='. Hari ini, disebabkan tak breakfast makanan yang berat macam selalu (nasi lemak ) perut aku akan memberontak nak makan! *eh dasyatnya ayat* Jam baru menunjukkan ke angka 11 am. Kepala aku mesti ligat berfikir nak makan kat mana dan menu apa? Padahal time lunch aku seharusnya pukul 1pm. Tengok, 2 jam sebelum tu dah fikir kan? Memang berfikiran jauh betul aku ni. hehe K.nora dan K.sarah dah pangkah hawker awal-awal. Hawker tu tempat makan yang terletak di bawah Menara tempat aku keje ni. Jadi memang hari-hari la kami ni pergi ke hawker. Sebab malas nak pergi makan jauh-jauh.


Okey, lepas plan itu ini mereka berdua ni pun ajak aku makan dekat Lebuh Ampang. Gerai makan yang terkenal dengan tempoyak nya. Oh tempoyak?? Okey jugak tu. Kalau-kalau ada kerabu mangga lagi sedap. Dengan berjalan kaki selama 8 minit je sampai dah. Tu pun sebab lalu di lorong-lorong kehidupan. Shotcut la kiranya tu.


Ramai betul orang. Nasib baik ramai yang bungkus aje. Jadi, dapat lah kami bertiga tempat untuk duduk. Mmm..sedap jugak masakan pakcik ni. Ala-ala jawa pun ada. hehehe Dah makan kenyang tak boleh duduk lama borak-borak pulak. Sebab kena berkejaran balik ke ofis sebab cuaca gelap sangat kot nak hujan lebat. Memang pun. Naik je ofis, lepas tu tengok kat luar cermin memang hujan lebat sesangat!


Dah hujan, sejuk pulak tu. 3 jam kemudian aku lapar balik. :( Tiba-tiba teringat rendang pulak. haih..kalau lah dapat makan rendang sedapnya. Balik rumah dengan wajah kelaparan. Lepas solat baca paper, mak pun turun.



Mom : "Tak makan ke?"

Aku : "Tunggu mak la.."

Mom : "La..makan je dulu. Tak payah tunggu. Mak masak rendang hari ni"

Ha?? Apakah???

Aku : "Eh...mak ni macam tahu-tahu je anak mak ni mengidam rendang. Best nyaaaaa..."

Tersenyum lebar aku sampai ke telinga. Gembira tak terkata.

Mom : "ha..makan lah..esok boleh bawak ke tempat kerja. Siap dah rebus kan nasi himpit tu skali"


Aku : "Okey mak!!" (dengan wajah gumbiranya!)




Wahahaha best sangat-sangat. Tak sangka kan. Dekat ofis teringat-teringat rupa-rupanya mak sendiri dah dapat 'rasa' suara hati anak nya.


Itulah hebatnya seorang ibu. Terima kasih mak.


:)






my sign

Friday, November 19

Gosip

Mungkin dah terlambat tapi nak ucap jugak Selamat Hari Raya Qurban. :) Sambutan raya yang okey. Kurang seronok sebab cuti satu hari je :( . Cepat pulak masa berlalu. Seberapa pantas yang tak terkejar untuk buat macam-macam benda dalam satu masa. Kerja pulak bertimbun-timbun dalam tray dari satu jam ke jam yang berikutnya.



Bila terpandang cop 'URGENT PLEASE' dengan lisiting yg sekali dapat 1350 list tak ke kau hangin? Itu belum masuk lagi kerja remeh-temeh yang lain. Seperti berborak dengan K.nora guna chatting, makan kudapan sekejap dengan k.linda, dan juga bergosip 5 minit dengan k.sarah. Tapi nasib baik aku cepat memotivasikan diri. Sentiasa remind dalam otak --biasalah kerja, buat banyak mana pun takkan habis--. Bila teringat je secara automatik otak pun tak stress sangat nak buat kerja. hehe Percubaan terapi yang berjaya. Cubalah!



Bila semakin dah nak berhijrah ke stesen al-Hijrah keh3 aku semakin matang dalam menilai, dan melihat kehidupan. Well, semakin banyak pengalaman yang kau kutip, makin matang kau akan jalani hidup ini. Aku semakin hargai kehidupan. Dan disebabkan tu, aku tak mahu lagi hal yang berat-berat membebani kepala otak aku dari hari ke hari. Aku cuba jalani hidup ni dengan tabah sebab aku tak nak tinggal waima satu pun perkara yang menggembirakan dalam hidup ni. Sayangi orang yang masih ada dan yang menyayangi kita.. :)



Bulan Disember dah nak menjelma. Maknanya dah semakin dekat dengan tarikh penghijrahan aku. uhuks..






*Macam mana agaknya tempat baru tu nanti kan? Takut pun ada la..








my sign

Friday, November 12

Cerita Kosong

Jom, saya nak pergi round satu kl malam ni.











Pergi membawa diri .




my sign

Tuesday, November 9

Bila suka, Suka gila-gila

Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan
Yang mampu membuatku begitu terluka

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ’tuk di sisimu

Tak pernah ku rasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu


Kelmarin ada bukak blog k.Sarah, ofismate saya. Macam-macam cerita ada dalam tu. Tapi yang paling best, tiba-tiba dengar lagu ni dari blog dia. Ungu-Dilema Cinta. Saya ni bila suka kat satu lagu tu, mesti terus nak cari sampai dapat. Cari punya cari tak jugak jumpa. Alahai....masa tu mata dah mengantuk. Apa lagi, mintak lah bantuan bestfren kita ~Cik Saly~


Akhirnya dapat juga dia search kan lagu tu kat tenet. Punya lah suka. Terus saya download siap bluetooth lagi tu ke henpong. Tu yang terus letak status suka kat fb.. hehehe Tenkiu saly. Cyg u lebih.. Erm, tak nak cakap lebih2 dah. Jom kita layan je lagu ni.









my sign

Sunday, November 7

HotSpring V2

Sempena cuti Deepavali ni ramai yang amik kesempatan pergi bercuti. Dan aku pun tak ketinggalan. Tak tahu lah kenapa dan mengapa begitu mudah dia mengikut ajakan dari mak. Mungkin ini adalah satu jalan untuk dia kembali menjernihkan keadaan yang dah semakin keruh. Mungkin jua untuk mendapat balik kepercayaan padanya. Mungkin ya. Walaupun begitu, sedar ataupun tidak, dengan apa cara sekalipun yang digunakan nya, dia tetap tidak mampu menggapai lagi kasih sayang dan waktu yang bernilai seperti masa lalu. Semua itu kini, terpulang pada waktu dan masa yang menentukannya...biarlah..


Apa pun, dalam duka mesti ada gembira. Enjoy je cuti kali ni dengan K.Liza dan husband yang sporting. Walaupun mereka sudah tidak ada pertalian namun ikatan itu tetap utuh tak terlerai.


Dah bercuti mesti tak sah kalau tak bergambar kan? Nah..untuk tatapan umum. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Bukan 18sg okey dik!



Tak larat rendam kaki lama2 kat sini. Terus aku cabot mandi air gunug. Iqbal je menten cool.

Ni kat air gunung. Sejuk ler air kat sini.


Lepas rebus telur lenyek2 kan letak mayonis buat sandwich. Untung bawak mayo. Kalau tak makan gitu jela.


Small kid ni, lepas snap dia akan kata "satu lagi" Amboi..macam dah dewasa je gaya suh kita snap ulang2 kali.

One Family




End

my sign