Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 27

Bila

Bila ku kata ku suka maknanya Aku memang suka..











Bila ku kata ku benci maknanya Aku memang benci..









DAN









Bila ku kata ku cinta maknanya Aku memang cinta..





♥ ♥ Bila Cinta ♥♥


video


*bila kau buat sesuatu kau pasti akan gantikan nya dgn sesuatu.. Percayalah, bila ku kata ku benci, sbenarnya aku syg..


my sign

Saturday, October 23

kecik tp BESAR bagi saya

Blog ni bukan lagi blog yang menayangkan impian. Yang menayangkan kebahagiaan. Yang menayangkan kegembiraan. Tapi blog yang penuh dengan cerita duka, kecewa dan sedih.


Dah berkali di pesan, di ingatkan.. Kenapa, Mengapa sukar betul untuk kau fahami? Tak susah pun.. Kita buat apa yg pasangan kita suka, Kita elakkan apa yg pasangan kita paling TAK SUKA apa yg kita buat. Itulah panduan untuk menjadi pasangan yang memahami dan di fahami.


Kita dah semakin meniti kedewasaan. Tindakan dan pemikiran harus seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman yang kita dah lalui selama 8 tahun kita berkawan dan 6 tahun kita bercinta.


Aku sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik..belajar untuk menjadi seorang yang penyabar.. tapi kau tak pernah tahu..dan kau takkan tahu..







Diri ini sedang belajar untuk menjadi seorang yg penyabar,


TAPI


Seringkali itu jua kesabaran saya sering DI UJI & saya TERUJI .






my sign

Tuesday, October 19

Maaf, Benci

Maaf semua andai entry sebelum ni buat anda semua terkejut kaku beku dan bisu. Mengapa aku tiba2 sebut perkataan tu.



Perkataan yang cukup menggambarkan betapa aku bengang, marah, sakit hati, geram dan benci! Ya Benci! Semenjak 3 bulan ni jiwa dan perasaan aku dipenuhi perasaan2 yang negatif. Kemarahan, kebenciaan dan juga dendam menyaluti hati, jiwa dan perasaan ku.



Kadang aku fed-up. Kadang aku betul2 lemah tak mampu tuk berdiri atas semua yang terjadi. Aku hanya manusia biasa. Yang kuat pada fizikal namun tewas dan lemah di dalamnya. Aku hipokrit ke bersikap sebegitu? Tidak. Aku cuma tunjuk kekuatan supaya insan yang dilindungi kuat bila melihat ku.



Aku sentiasa dibayangi rasa kekeliruaan. Aku keliru tujuan ku. Aku tak tahu. Aku benci perasaan keliru! Sebab keliru yang menurunkan tahap keyakinan ku.



Adakah dunia ni kejam? Ataupun manusia itu yang kejam??





my sign

Monday, October 18

API

BODOH!






my sign

Thursday, October 7

Kerja itu penting!

Argh..dalam tempoh dua bulan pertama ni macam-macam yg berlaku. Tension pun ye. Tapi nasib baik sampai ofis tension tu akan hilang dengan sendiri nya. Mungkin sebab sentiasa busy jadi hal-hal yang tak sepatutnya akan hilang begitu je. Agaknya mungkin officer2 kat situ ramai 'workaholic' sebab mungkin diorang pun sendiri banyak masalah. Jadi bila asyik kerja tu tak ada lah nak fikirkan sangat masalah yang diorang ada tu kan. Tu yang ada sampai jadikan ofis tu rumah kedua. Isk2...kalau aku memang tak boleh. Bagi aku kerja-kerja jugak, tapi life mesti kena ada.


Tak banyak pun tapi hiburan mesti kena ada sikit tuk diri sendiri. Tak kira lah, shoping ke, tengok wayang ke, dating ke, holiday ke. Tu semua wajib ada. Tapi..nak di 'ada' kan tu dah semestinya lah kena ada wang nya! Jadi, kena lah aku rajin buat OT. Kalau boleh aku nak saving sikit untuk masa depan. Tapi ni baru bulan pertama. Kena lah banyak2 kan bersabar sikit. Banyak jugak hutang2 yang belum di langsaikan. huhuhu Jadi kena lah cari duit lebih sikit. Pakcik tolonglah faham. Inilah sebabnya kenapa saya perlu ot.. :(



Dan....esok juga...


my sign