Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 11

Suasana Hari Raya

Salam aidilfitri buat semua.. Tentunya bloggers2 sekarang ni tengah sibuk beraya, ke ada jugak sambil beraya sambil update blog? Ada la. Aku la tu. hahaha Urm..raya aku kali ni agak berbeza dari tahun sebelumnya. Chop! Bukan agak tapi memang berbeza pun. Di rumah baru ni pagi2 raya terasa betul kosong nya. Kalau dulu lepas subuh je terus dengar takbir raya dari surau kuning. Tapi kali ni tak dengar langsung. Terpaksa la on tv je. Tak live kan?!


Pelita pun tak dapat nak pasang. Malam esok nak raya baru lah pasang. Alahai...bandar nya. Tak seronok langsung. Yang seronok nya cuma satu je. Jalan raya memang lengang. Seronok je bawak kereta. Tapi masuk raya kedua dan ketiga dah sibuk sikit la. Sebab mungkin diorang ni balik kampung sekejap2 je kan.


Esok dah mula kerja semula. Beraya di tempat kerja la pula. Tak apa, di mana-mana kita sambut raya pun kita tetap di bumi yang sama. Mari lah raikan syawal dengan penuh kesyukuran. Ampun maaf dipinta andai ada tersalah kata, tersilap bicara. Semoga anda bergembira di syawal yang mulia...



SALAM SESUCI LEBARAN !



my sign

Wednesday, September 1

Monolog

Aku mahu bermimpi tentang apa yang ingin aku impikan...
Aku ingin pergi ke tempat yang aku inginkan...
Aku ingin jadi seperti yang aku inginkan...



kerana...



Aku hanya memiliki satu kehidupan..dan
Satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin aku lakukan....




my sign