Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31

Buah hati

Macam bermimpi di siang hari. Tiba-tiba dapat kereta baru? Alhamdulillah semua perkara di permudahkan oleh-Nya. Dalam seminggu je proses tiba-tiba terus dapat. Eh betul ke??? Beberapa kali bawak asik cubit pipi. Rasa sakit oh betul la ni bukan lagi fantasy ku, tapi ni memang realiti nya!


Lain macam aku rasa bila bawak kereta baru. Bawak pun takut-takut. Macam orang baru dapat lesen kereta. Penuh berhati-hati. *sangat2* Sayang oo.. Bukan senang nak beli kereta. Mahu nya kena hempuk pada orang yang ada coba-coba untuk mengguriskan hati dan perasaan buah hati baru ku ni. Jadi, berhati-hati bila ternampak WUH di jalanan.. hahahaha


Nak bagi ucapan penghargaan sket boleh? Boleh je kan..kan..


Special thanx to my sis zai & abg atan, sebab dua org penting ni paling banyak membantu untuk proses membeli kereta. Untuk my love helmi, disebabkan anda, benda ni make it possible. Mak sayang, terima kasih di atas doa mak hari-hari tanpa jemu. Dan untuk yang lain-lain atas doa kalian. Terima kasih banyak-banyak...


p/s: aku percaya semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya....


my sign

Friday, August 27

Kau yang tak cuba tuk mengerti

Ini bukanlah jalan yang ku pilih. Tak ada siapa yang nak memilih jalan sebegini. Melalui liku-liku yang agak mudah pada permulaan tiba-tiba terpaksa berhenti di persimpangan. Kemudian kutempuhi liku-liku tersebut dengan sedaya upaya walau susah namun terpaksa ku berjalan tanpa henti. Aku bukannya tak sedih, aku bukannya tak menangis, aku sendiri hampir rebah bila mana sedang aku berjalan tanpa henti dan melihat org di sekeliling ku leka dengan dunia mereka yang tak ada kesusahan dan di penuhi kegembiraan. Hati menangis...dan merintih.. Namun ku gagahkan jua diri ini untuk mengharungi nya. Aku yakin yang di Atas sana lebih tahu dan akan sentiasa bersama hamba-hamba-Nya.


Namun, satu perkara yang membuatkan hati dan perasaan ku bercelaru dan serabut mengapa begitu sukar untuk kau memahami? Memahami situasi yang sedang berlaku. Berkali-kali ku sebut, namun teramat payah untuk kau menerimanya. Kau telah membuatku patah semangat untuk lakukan apa saja. Apa perkara yang ku lakukan jarang sekali mendapat sokongan dari mu.


Tak ada pun ucapan 'Tahniah' bila aku dapat kerja baru, tak ada pun ucapan syukur bila permohonan bank ku diluluskan, tak ada pun ucapan gembira bila permohonan pertukaran mod aku diluluskan. Kenapa? Sebab kau masih tak dapat menerima apa yang terjadi dengan hati terbuka kan?


Aku 100% percaya yang kau telah memahami kesemua nya dan situasi yang sedang berlaku. Tapi mengapa kau masih lagi sukar untuk kau menerimanya?


Tak ada benda yang menggembirakan hati ini bila perkara yang aku lakukan mendapat sokongan penuh dari orang yang tersayang... Bila kau begini, hati ini teramat sedih dengan sikap mu. Sedih yang amat sangat. Sepatutnya kau adalah insan yang memberi kata-kata perangsang untuk ku. Supaya aku tabah untuk mengharungi masalah-masalah yang mendatang. Supaya aku dapat bangkit dari kesedihan semalam. Tapi kau meremukkan lagi hati ini...



Dengarlah suara hati ini.




my sign

Masih ada sinar harapan

Ini bukan lagi mimpi. Ini bukan lagi fantasy. Tapi ini adalah REALITI! Eh betul ke? Aku sendiri tak percaya....?

Yang paling utama aku bersyukur sangat2. Mungkin inilah hikmah selepas aku ambil keputusan yang drastik hari tu. Apa2 pun syukur Alhamdulillah... Aku terharu, hepy, sebak, semuanya campur dalam 1.

Minggu depan, cabaran yang lebih hebat sedang menanti. Harap-harap aku dapat lalui semuanya dan dipermudahkan jalan oleh-Nya..



Geng, tunggu next entry nanti bila dah confirm baru aku cerita yang sebenar2 nya ye...



p/s: tiba2 teruja betul nak raya lepas letak lagu raya kat blog ni!!!


my sign

Tuesday, August 24

Debar dan Gementar

I'm



... HOPING THE BEST

AND

PRAY
THE BEST...





p/s: cuak giler wooooiiiiiii!!!!!!!



my sign

Saturday, August 21

Hari yang Touching

Tengok tak filem LBS? Lagenda Budak Setan. Confirm dah tengok kan. Sekarang ni the series pulak yang tengah meletup kat astro Prima. Tak berkesempatan lagi nak layan. Asyik2 terlepas je. Tadi pun dapat tengok 15min terakhir. hoh.


Yang peliknya tak tahu kenapa hari ini hari penuh emosi. Touching betul. Lepas je dengar lagu ost cerita tu jadi sedih. Makin lama dengar makin :'(


Lagu ni antara lagu yang mengesan dalam emosi aku. Tak tahu lah sebab problem yang tengah terjadi atau pun apa. Tapi yang penting lagu ni memang sedih tapi best.

Jom layan emosi dengan aku...






my sign




Wednesday, August 18

TIBA-TIBA APSAL?

Entah di mana silap nya, entah di mana salah nya, entah di mana sebab nya dengan tiba-tiba suruh remove bff sendiri. Apa sebenarnya yang terjadi? Dengan tiba-tiba??? Bukan aku yang tergedik2 nak add kawan kamu tu. Kawan2 kamu yang tergedik2 nak jadi friend saya. Dan disebabkan line internet yang lembab semalam proses mendelete tu terpaksa dibatalkan dengan niat nak sambung hari ni. Nak delete kat ofis pun bukak FB sangat lembab guna IE. Lepas tu tiba2 nak marah pulak? Angin apa yang menyerang ni?


Cakap sikit................................................................?



*tiba-tiba rasa sakit hati bila dpt sms dan buka wall dapat ayat mcm tu. menjatuhkan kredibiliti saya di mata mereka!!*




PERINGATAN :
(Suka hati la nak luah dan share dekat blog ke kat mana2 dari share dlm forum.) BLUWEK.

my sign

Monday, August 16

Kuih Raya teruja

Uuhu sedar tak sedar dah hari ini dah seminggu rupanya kita berpuasa. Alhamdulillah penuh lagi buat masa ni. :)

Bila semakin dihitung puasa, aku pun makin teruja nak menghitung waktu nak raya pulak. ahaks *boleh pulak kan?kikiki* Baju raya dah tempah tapi tak tau dah siap ke belum (jgn tak siap pulak sudah, mau nya bermuram durja sambut raya sbb baju tu dia yang belikan), lagi sepasang kaler hitam mak tengah jahit. (jimat bajet bila mak tolong jahitkan...heee), kasut raya belum beli (tunggu gaji okey..), handbag raya pun tak beli lagi. Duit raya? Duit raya tunggu orang yang nak bagi je.. hehe
Okay, mana-mana yang tak beli lagi tak apa. Dapat gaji kita pi shoping ehhhh...


Takpa2 semua tu tak penting. Yang penting sekarang kuih raya. Bila dah besar2-besar cenggini, aku la pulak kena take part tugas my sis yang dulu nya tiap2 tahun memang position dia sebagai TUKANG BUAT KUIH RAYA. Aku pulak masa tu pegang position paling best. Marathon pulak tu. Sebagai Tukang Perabih Kuih Raya. hehehehe Jadi, dia pun dah kawin mana sempat nak tolong buat kan kuih lagi. Nak buat untuk mak mentua lagi. Sikit-sikit je dia bagi boleh la kan. Lagipun aku dah dapat semacam keyakinan untuk buat kuih raya tahun ni. Mungkin sebab dah matang sikit kot. *yeke?*


Setelah menilik, menilai, membelek resipi2 dekat internet akhirnya aku isytiharkan ni la kuih-kuih yang aku teruja nak buat.


tadaaa..




Biskut Coklate Chipte

hehe saja tukar nama. Ni fevret aku bila serbu rumah orang. Bersemangat makan kuih ni woo.. Tambah lagi kalau koleksi kuih raya dia berasaskan coklat. Memang layan habis. Tak silap aku raya yang lepas kot abang aku ada bawak kuih ni dapat dari bos dia. Rasa nya memang sedap!! Kalau boleh nak dapat 10 balang pun tak apa. heehee

Kali ni walaupun tak pernah buat tapi nak cuba buat jugak sampai menjadik.





Biskut Snow White

Ha ni biskut yang first time aku makan raya lepas. Masuk mulut je terus berkenan. Memang! Jatuh cinta dong! Tahun ni gedik2 nak cuba buat pulak. Sebab harga market tuk kuih ni memang tinggi. Maheiii ler tu maksudnya kannnn. Jadi, daripada beli mahei2 moh ler kita buek pulok. Try buat sendiri k...




Biskut Cornflakes

Ha...ni kuih raya WAJIB tuk rumah aku. Kalau tak ada macam bukan raya pulak. Kuih ni first time arwah kakak aku yang introduce. Tak silap aku dia dapat resipi ni dari belakang kotak cornflakes tu je. Ala skang ni pun ada lagi. Tak caya pergi tengok kat kedai. Confirm ada.. Jadinya bila saudara mara, sahabat handai datang semua puji kuih yang dia buat tu sedap tu yang jadi kuih wajib dekat rumah kami. Teringat zaman kanak2 aku dulu. Yela masa tu kecik2 lagi. Budak kecik bila time akak2 dia buat kuih kat dapur bukan tolong buat, tapi tolong makan je lebih. Kuar oven je mula lah "nak satu, kite nak try sedap ke tak". Bila sedap amik lagi satu. Elok2 kuih untuk dua tupperware besar tiba2 jadi satu pulak. Ni semua gara2 nak test rasa. Budak2 la katakan....

Jadi, menjadi ke tidak kuih raya angan2 ku itu kita sama2 tunggu. Kalau ada post kat sini maknanya menjadi la tu. Kalau tak ada, maknanya kuih nya hangus. ops, bukan tak menjadi la tu.. hehe



my sign

Monday, August 9

Ramadhan Datang lagi

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah masih diberi nafas dan kudrat hingga ke hari ini untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Kalau dapat puasa penuh Alhamdulillah... hehe *kalau dapat*

Esok hari pertama semestinya semua bersemangat bangun untuk bersahur. Hari pertama lah katakan. Masuk minggu kedua confirm ada yang malas nak sahur, ada jugak yang jenguk2 periuk kat dapur. haaaayoookk... Tapi jangan lah cenggitu ye. Hendaknya sentiasa bersemangat untuk hari2 yang seterusnya.. :)

Harapnya kita semua sama2 mengerjakan ibadah puasa ni sebaik2 nya dan kita sama2 mendapat kerberkatan dari Nya.. amin...




my sign

Thursday, August 5

What's Next?

Decision has been made. No turning back. Let's live freely.
- Forget the past. A new LIFE begin .. -


Hari ni dah hari Jumaat. Sekejapan pula rasanya masa berlalu. Nexwek, ada cabaran baru yang sedang menanti walau hati masih berbelah bagi. Antara dua yang mana satu pilihan kalbu? huhu kita sama2 tungguuu... Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kawan-kawan doakan ye? :)



my sign