Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 11

Part 2 - Salam Pantai Timur versi Terengganu

Lamanya nak buat entry kesinambungan dari trip pergi pantai timur tu kan. huhu Almaklumlah semester baru dah bermula, jadi busy sikit dengan acara2 mengemas barang, membeli barang, pendaftaran kolej, dsb nya lagi. Laptop syg ni pun terpaksa di tinggalkan di rumah sementara disebabkan skrin nya yang terjejas teruk. Jadi, disitulah segala kesulitan yang amat dikesali bermula.. teehee... :D


Okey sambung2...


Kalau dah pergi Kelantan rasa macam tak berapa best, tapi singgah Terengganu ni best pulak. Sebab negerinya bersih, tepi pantai, banyak angin dll. Macam dah pergi nak stay terus pulak. Eh?




Pasar Payang - Terengganu Darul Iman


Tapi sayangnya persinggahan di Terengganu ni sekejapan saja. Tak puas rasanya nak teroka Terengganu walaupun tak ada shopping mall besau2 lagi eksklusif macam KL tapi macam tenang je tinggal di sana...kannn...


So, tempat wajib kalau pergi Terenggani haruslah Pasar Payang kan - Syurga sutera. Fuhh...sutera nya cantik2 gilos... Terpesona sekejap. Kalau dah bergaji masa tu memang confirm aku hambat satu. Jadi, dapat cuci mata je pun kira ok lah kann. O.o


Lepas ni kalau ada rezeki memang nak pergi sana lagi. Oh ya, kat sini pun kalau korang nak beli baju kelawar tu memang banyak. Macam biasa, kalau pandai tawar-menawar memang dapat murah.


Dekat pasar ni, belah atas area baju2 dan cenderamata. Tingkat bawah pulak macam2 jenis jajan yang boleh kita beli. Beli jangan tak beli tau! Macam2 ada..


Next Station - Keropok Losong Che Siti Khadijah, Kg Losong


Terengganu memang terkenal dengan keropok lekor kan. Jadi kalau tak beli bukan ke Terengganu la namanya. hehe Kat sini memang satu kampung kut ada je kedai jual keropok losong ni. Tak tahu lah pulak aku apa perbezaan antara keropok losong dengan keropok lekor. Ke keropok lekor ni dipanggil losong kat Terengganu yek? Ada sesiapa boleh tulun jawabkan?


Kedai ni bersih je. Ada jual yang siap goreng, rebus, kering, dll. Sos buatan sendiri pun ada. Murah2.. Beli2 jangan tak beli. Bila satu bas dah mai habis di borong nya yang rebus dan goreng punya. Aish...rezeki tuan punya kedai. ;)


So, di Terengganu ni dua tempat ni jela yang kami dapat singgah. Plan nak ke masjid kristal tak dapat di tunaikan sebab hari dah petang sangat2. Dan, selamat sampai ke destinasi pukul 4 pagi.


huehuehue




my sign