Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 28

Part 1 - Salam Pantai Timur versi Kelantan

Baru balik dari trip ke Kelantan dan Terengganu bersama kumpulan marhaban mak...huhu Penat tak penat sangat tapi bab berjalan memang suka! Satu bas penuh yang mengikuti rombongan ni.


Malam jumaat yang lalu bertolak dari sini lebih kurang pukul 11.30 malam dan sampai ke tempat pertama yang dituju pukul 10.30 pagi esoknya. Perjalanan yang agak panjang dan lama.. huhu Jalan raya pulak tak berapa seronok. Ala2 segamat pun iye jugak.. Nasib mata tu memang mengantuk. Jadi sepanjang perjalanan memang tido jela... zzzzzzzzzzz....

First Station - Rantau Panjang, Sempadan Golok.



First time datang sini. Keadaan nya lebih kurang sama je dengan Padang Besar, Perlis. Cuma kat sini jualan nya dalam deretan kedai dan ala2 pasar malam. Urm...kat sini ada apa? Ada banyak jual skirt labuh yang ala2 cerita na-o-mei tu. Memang murah. Kat sini harga biasa RM 60 tapi kat sana separuh harga dari tu. Dan kalau kita pandai tawar menawar dapat lah lagi murah. Barang-barang kahwin pun boleh dapat harga murah. Ha untuk makcik2 yang nak kenduri kahwin mereka banyak lah shopping periuk belanga hak yang beso2 tu.. Kuali lagi, tikar, periuk kukus, tray, mcm2 lagi la! Datang sini jangan tak beli toto. Sebab harga nya memang takkan dapat kat sana. Serius dong! Tempat makan kat sini anda kena berhati2 sikit. Silap2 cirit-birit jadinya. Aku pun makan mee celup je. Okey la rasanya. Cuma agak manis. :)

Kat sini mak banyak borong t-shirt, blouse, selimut, kain sembahyang. Blouse kat sana corak nya memang cantik. Kat tanda harga dia tulis RM 35. Tapi jangan tertipu! Buat2 tanya je berapa harga nya. Kena pandai tawar menawar. Jadi, aku dapat mintak kurang RM18 sehelai.. hehe So, mak pun ambik dua helai. Murah-murah... hehehe

Aku pulak selagi tak jumpa yang berkenan dengan harga yang murah memang selagi tu aku akan terus berjalan. hehe Cari punya cari akhirnya dapat la jugak T-shirt lengan panjang RM 15 sehelai. Harga yang dia bagi RM 20. Rambang mata sebab semua warna yang ada semua cantik gila! So, amik dua jela.


Next station - Pusat Batik Kelantan & Pasar Siti Khadijah


Pusat batik kelantan ni best jugak la tempat nya. Cuma harga nya agak mahal sikit. Sesiapa yang nak cari kain batik hak comei2 boleh lah mai sini. Harga anggaran dalam RM 20. Yang RM 15 pun dah boleh dapat kain batik yang lembut.


Ramai orang cakap bila pergi ke Kelantan kalau tak singgah ke Pasar Siti Khadijah memang tak sah kan?!! Kami pun teruja juga nak kesana. Bersebelahan dengan KB Mall dan Pusat Batik tu je. Okey, pertama kali jejak kaki ke dalam tu memang la! Memang tak nak singgah dah!! Kotor. Ish, tak tahu lah kenapa tempat tumpuan pelancong tu macam tu sekali. Dari luar je dah bau macam2 jenis kencing. Tak tahu lah kencing apa. 5 min je jalan dalam tu dah tak tahan dah. Mak pun ajak keluar balik. Tak sangka tempat yang disebut2 macam ni rupanya.

*Indah khabar dari rupa... *

Gambar atas ni bukan gambar sebenar. Amik dari google je. Lepas ni tak pergi pun tak apa...


Next station - Pantai Irama


Pasir putih tepi pantai..Ombak saling berkejaran... *eh* Pantai kat sini bersih. Air nya pun biru. Sesuai nak mandi-manda dan bersantai dengan keluarga. Tapi ingat, masa musim tengkujuh tak boleh mandi. Ombak besar. Kat sini kawan2 mak ambil kesempatan duduk2 berehat je.. sambil tunggu yang lain mandi. Aku dengan sempat la merasa udang dan sotong goreng bertepung cucuk tu. Satu cucuk RM 2.50. Sedap jugak.. Tapi yang tak sedap nya, rupa-rupanya pencucuk tu mereka recycle balik! Bertuah punya peniaga.. Tak elok la buat macam tu. Benda tu orang lain dah makan lepas tu digunakan semula. Kan tak mengamalkan kebersihan namanya tu. Padanlah cucuk tu nampak agak hitam sedikit. Agaknya entah berapa lama dah di recycle balik benda tu. :/


*mak sempat bergambar dengan kawan2 nya... *




my sign

Tuesday, June 22

Wishlist & Kahwin

Musim cuti sekolah dah lepas. Maknanya musim orang kahwin pun dah lepas jugak. Bila tengok orang kahwin kadang2 gatai jugak dalam hati dok kata 'hai, bila lah pulak turn aku ni'. hahaha! No no no no! Nak kahwin bukan seringgit dua nak pakai. Buka seratus dua ratus yang keluar, tapi mahu nya makan berbelas ribu. Pening pulak aku fikir bila si dia tanya semalam berapa hantaran yang aku nak. Kalau nak letak tinggi2 boleh je. Tapi karang dua2 makan pasir jela gamaknya lepas kahwin.

Bagi aku lepas untuk duit kenduri kira okey lah. Aku pun tak nak buat grand2. Cukup lah aku puas hati masa majlis tu nanti sambil di kelilingi sanak saudara rapat dan tentu skali my bff. Kalau nak buat macam org putih yang kahwin kat tepi pantai tu je pun okey. hahaha! Jimat dan senang. Kalau buat kenduri nak kena basuh periuk lagi, cuci rumah lagi. Leceh kan. Kalau buat macam tu makan2 kat hotel lepas tu naik tido. haha! Tapi tak boleh lah kut. Nanti orang kata tu bukan budaya kita. Urm..pening2 bila fikir bab kahwin.

Apa2 pun yang pasti nya sebelum kahwin aku nak yang ni dulu........

1. Pakai braces

Ni la paling penting skali bagi aku. Nak nampak cantik masa sanding nanti kena lah ada gigi yang cantik. hehe sekarang ni gigi tak berapa nak cantik lagi kan *walopun senyuman manis. ceh perasan!* tapi nak jugak pakai. Penting a.k.a wajib. So, harapnya dapat menyetelkan mslh ni sblm hujung tahun depan. InsyaAllah...

2. Holiday 2 orang je dengan mak

Ni impian aku masa tahun lepas. Aku nak bawak mak pergi holiday luar dari Mesia. Ceh...macam lah satu malaysia ni dah habis teroka. Apa salahnya kan. Bila tengok orang pergi luar negara best gilerr... jeles jeles jeles! So tempat yang aku teringin nak bawak mak dah tentu la Australia. Sebut betul2 bukan araustralia tau. hehe (jgn marah yana) Kalau tak dapat pergi sana, China pun jadi lah. Atau pun pergi bandung la jum. boleh cari barang kawin sekali. haha
Kenapa 2 orang je. Sebab memang nak berdua je. Baru lah syokk..

3. Kereta

Ha.....ni last sekali. Sebab susah la kalau kahwin tak ada kereta. Kereta kecik2 pun jadi lah. Asalkan bayar murah, duit yang lebih boleh buat beli lain pulak...

*Sebenarnya ni la kereta idamanku...
Tapi rege dia huhuhu jadik executive boleh la dapat*


Tak pe lah, asal boleh bawa kemana saja pun dah cukup kan.. Bersederhana aje.. :)




p/s harap2 wishlist kat atas ni tercapai hendaknya sebelum 2013! *boleh ke??* =.='


my sign

Thursday, June 17

I'll be missing YOU

Esok 19hb june 2010.. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah masuk tengah bulan. Tinggal lebih kurang seminggu lebih je nak tukar bulan baru. Oh, maknanya bila dah nak masuk bulan baru, aku pun dah nak dekat berhenti la jadi kerani kat sini. Yeehaa...bestnyaaaa... hahaha!

Ohh...esok pulak anak buah aku, Syaza akan berangkat ke Mantin, nogori sembilan. Apa pasai nya pulak kan? Lerrr...pasai pa lagi. Kena berkhidmta untuk negara laa.. hahaha Keshian nengok dia. Jiwa dok kacau je beberapa hari ni. Mentang-mentang lah nak pergi sana 3 bulan tak balik2, macam-macam pulak permintaan dia mintak! hampeh nya budak. Ni hari ni dia ajak pergi engok wayang pulak. Amboi2...acik ekau nih tongah pokai. Tunggu jo la ekau balik dari plkn tu haa yek. Kalau pasai makan boleh di maapkan lagik. Boleh la acik ekau nih poie antakan lepas tu ekau poie la boli sendiri. hihihihik

Ala, tak pe lah, kebanyakan budak2 plkn nih masa mula2 memang la manjang dok kata tak mau pergi. Nanti dah sampai sana siap nangis2 tak mau berpisah puleekk ngan komando2 n kawan2 korang tu haaa. Kita tengok jela yekk...Ha, sebelum kamu berangkat Syaza, acik titipkan sedikit pesanan ringkas untuk mu disana yer..

Dengar baik-baik....

~Jaga diri baik-baik especially kesihatan fizikal tu. Walaupun kamu tu badan agak besar sedikit tapi kamu ni cepat lemah dan penat. So, kalau agak2 sakit sikit cakap je TAK BOLEH buat kat komando tu. Kalau dia suh buat jugak melawan je. hehe

~Tiap kali time makan, TAK BOLEH skip! Biarlah terlebih makan. Jangan tak cukup makan. Kamu tu mana boleh kalau tak cukup makan. ops. (pecah rahsia la pulok)

~JANGAN TEGUR benda2 pelik yang kamu nampak kat mana2 terutama dalam hutan. (err..kalau nampak dorang berak kat sungai tu bukan dikira pelik ekk) Banyak kes bebudak yang balik dari plkn dapat penyakit macam2 sebab suka TEGUR.

~Jaga lah tingkah laku anda sepanjang anda di sana sebab dah tak ada orang yang akan menegur kamu bila kamu gelak kuat2, cakap dengan suara yang nyaring, suka menjerit dsbnya. (yelah, acik dengan nyai dah tak nampak apa kamu buat. Selalu nya acik la yang suka marah kamu kan?)

~Jangan suka buli orang. Kamu tu kadang2 memang ada tabiat dan kecenderungan untuk membuli orang. Err ni berdasarkan pemerhatian dari mata kasar acik okey!!

~Jangan malas basuh baju yek. Habis nanti semua baju bau busuk kalau malas basuh. hahaha (kamu kan sedikit lemah bab2 membasuh nih. Masuk mesin jekk)


Last skali....


~Jangan nangis...hihihi Bila hujung minggu tu jangan lupa menalipon rumah. InsyaAllah kalau ada masa terluang nanti acik dengan nyai melawat kamu di sana di sana di sanaaaaaaa.....


Gudbye Syaza.....



I'll be missing yoouuuu... :'(


*eh ni nangis over pulak. Macam damia jerr.. haha*




my sign

Wednesday, June 16

Daisypath ticker - Tutorial

Dulu masa baru berjinak-jinak dengan blog, bila blogwalking (maksudnya menjelajah dari satu blog ke blog yang lain) aku selalu ternampak menda alah ni-daisypath sticker nih. Bila dah suka, aku pun jelajah la pulak kat google. Tapi lepas tu tak buat pun, sebab rasa macam malu la pulak. hihik. Lepas dah tak aktif blog, aku aktif fb. Tu yang terus letak kat fb je.

Haa sekarang ni dah aktif jadi blogger balik, cheq gatai2 plak nak pi letak kat blog noo...
Lai3, aku ajaq cemana nak buat yek.. ;)

1. Pergi kat laman web www.daisypath.com

2. Kemudian pilih mana2 custom graphics yang anda suka. Untuk nak countdown dah bape lama kahwin boleh la amik married tu atau pun amik yang anniversary (untuk countdowm ulangtahun).

3. Kemudian anda kene pilih pulak kat mana anda nak letak daisypath sticker ni. Kalau nak letak kat facebook kena amik yang kanan tu. Yang dibulatkan tu untuk letak kat blog dan juga website. Ingat, jangan salah klik tau. Sebab settings lain2.


4. Kemudian anda boleh pilih design mana yang berkenan di hati. Lepas tu ikut je step by step yang di berikan kat situ.


5. Kalau nak ada gambar macam aku buat kat tepi nih, boleh lah gi kat sini :


(tapi ingat, ini untuk blogs sahaja ye tuan puan. Facebook tak appear..)
6. Kemudian klik kat word Blogger tu tuk amik code html nya. Cenggini:

7. Untuk letak dekat blog anda, sila sign in terlebih dahulu. Kemudian pergi dekat Dashboard>Design>Page Element.

8. Klik kat Add a Gadget links. Amik HTML/JavaScript. Kemudian paste code html yang di copy tadi dekat situ.

9. Klik save dan review blog anda!


p/s cuba jangan tak cuba!


my sign

Blog update! Feel free to visit

weehee..

Ni lah namanya orang tak ada kerja tapi cari kerja.

Tadaaaa... Okey tak make-over blog baru aku ni? Simple je. Macam ni lah yang aku cari-cari selama ni. Puas lah aku dok godek2 dari pagi tadi (ni sebab Mr. Chew bos aku tu cuti kawen lagi la ni!) la ni baru la siap. Happy2!! Happy family.. ngehee..

Semua make-over ni aku wat kajian dan pencarian dari Google jek. Dengan hujung jari macam-macam info anda boleh dapat. Tak percaya? Mesti percaya okey.

Selamat menjelajah!

p/s nak senyum je satu hari ni walaupun sakit kepala ya amat..!

my sign

Tuesday, June 15

Formspring-Aku pun ada jugak

kih3

Masa mula-mula aku diperkenalkan fs dari anak buah aku ni, aku dok gelak2 je. Banyak kali aku cakap, ape kemenda nye menda alah ni. Tiap kali dia bukak je fs ni aku dok perli2 dia. Aku cakap "ko ni macam budak2 la. Apa2 ntah yang ko main". Last2, hari tu tah apa yang buat aku gedik2 nak buat aku terus je register. Apa lagi kena gelak balik la pulak dengan anak buah aku tuh. hahahaha

Tu la cakap orang lagi kan? eheh Sini aku ada buat tutorial camna nak letak fs ni kat blog kita. Check it out!

1. Sign in dulu formspring anda.


2. Dah sign in, klik kat Settings.



3. Klik kat widgets. Kemudian copy paste code html yang dah diberikan tu dekat html/javascript di blog anda.


4. Klik save dan view blog anda!


5. Ha.. nah ni lah hasilnya..


my sign



Kekasihku

Huarggh...
Menguap entah kali yang ke berapa, melentokkan kepala pun entah berapa kali pusingan dah. Hari ni masuk hari yang ketiga bos aku cuti kawen. Bila dia tak ada bermakna tiada kerja untuk dibuat. Nak buat-buat cari kerja pun memang tak tahu nak cari macam mana. Rilex jela dalam kebosanan.

Ha tengah bosan-bosan nih jum layan lagu jum.. Aku sukak gilak lagu Azzam-Kekasihku ni. First time dengar kat tv9. Masa tu diorang buat iklan sempena Hari Ibu. Terus jadi suka dengar.
Nah....jom layann..

AZZAM - KEKASIHKU

Komposer: Ajai


Padamu kuharap kau hadir dalam hariku,
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,
Setiap masa seolah ada disisi,
Kasih padamu takkan pernah padam,
Sayangku, hanya engkau dihati,
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,
Oh belaianmu..

(*) Kasih, kita ditakdirkan bersama,
Takkan engkau kupersiakan,
Walau terkadang hati mudah terusik olehku..

Selagi ada nyawa,
seluruh daya kan kupastikan kau gembira,
Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu...
Ke akhir hayatku..

Oh ibu..
Ibu...
Ulang (*)

Sunday, June 13

Biar..


" Biar kan kaki ini terus melangkah..
Agar rasa itu hilang..

Biar rindu itu terus berlalu..
Dan tak mengenangmu dalam setiap m
impi-mimpi ku.."













Tuesday, June 8

WANITA baca ni

Okay ni nak share lagi satu artikel yang aku baca dari website ustaz Zaharuddin.net. Untuk kaum wanita, selain dari pakaian yang kita pakai, cara kita membawa diri, perbuatan yang kita lakukan, doa harian haruslah sentiasa mengiringi kita. Klik kat link bawah ni untuk dapat kan doa tersebut..


Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah
www.zaharuddin.net - Tuesday, 08 June 2010




Semoga kita sama-sama dapat dijauhi dari segala macam bencana buruk. Nauzubillah ..

Monday, June 7

Love Quotes

Kenapa aku suka love quotes? Sebab quotes ni bagi aku ibarat kata2 pendek yang senang buat orang faham dan penuh makna. cecewah.. Alah, kata jelah jiwang kan. kih3.

Aku suka cari love quotes bila aku:


sunyi...

sedih...

kecewa...

&


gembira....


Pada anda yang suka jugak love quotes ni search je kat google or yahoo!. Taip je love quotes macam2 website keluar. Tapi aku suka cari kat photobucket.com.


Coooool.......... :)




*macam ni.. i likeeee...!*

Sunday, June 6

Susahnya nak cari kedai makan yang BERSIH, HALAL & SEDAP

Selalunya bila aku keluar dengan mak, tak kira lah pergi tesco,mydin, Jalan TAR, sogo dll kami selalu akan singgah makan. Dulu aku dengan mak memang kaki jalan. Aku lah peneman setia merangkap pembantu peribadi mak kemana saja mak pergi. Masa aku kecik mak suka ajak aku pergi ke KL. Yelah, dulu2 mana ada Kamdar, Nagoya yang dekat dengan rumah. Adapun dekat Kl ni jela. So, kalau nak cari kain ela tu memang Kl lah tempat pertama kami tuju. Lepas penat jalan2 perut dah tentu la lapar kan. Jadi, kami suka singgah makan di Semua House. Ala foodcourt bawah tu.


Kebanyakan la kalau anda semua perasan, kebanyakan foodcourt mesti dijaga oleh orang asing. Kan? Tukang masak pun kekadang mereka juga. Dulu2 aku tak kisah sangat. Tapi lepas keluar cerita yang kedai2 makan ni banyak tak bersih, hati aku dah jadi ragu2 nak makan kat luar. Kalau kedai mamak lagi lah aku takut. Anda pernah tak dengar cerita pasal roti canai yang diuli pakai kaki kat kedai mamak?? Bluuweekkk... Nak termuntah kan. Itu baru satu. Ada lagi cerita yang pernah nampak air yang kita minum tak habis kat cawan tu mamak tuang balik masuk jag dan serve kat orang. Ish..apa punya pengotor la.

*sekadar gambar hiasan yang di amik dari google image*


Ni nak cerita kedai foodcourt pulak. Aku pernah terbaca satu kolum akhbar yang dialami dan ditulis sendiri oleh wartawan tersebut. Satu hari dia pergi makan dengan kawan2 dia. Lepas makan borak2 dengan salah sorang cleaner yang tengah kutip2 pinggan kotor kat meja. Dia tanya la macam mana dengan gaya orang2 foodcourt ni masak ka blakang tu. Yela, semua kedai situ dah dinilai oleh pihak yang berwajib kan. Siap ada Gred A,B,C lagi. Jadi, mesti la dia nak tahu. Nama pun wartawan! Kemudian cleaner tu pun kata lah dia pernah nampak ada satu kedai kat foodcourt ni terus masukkan ayam yang baru di beli kat pasar tanpa membasuhnya dulu. Siap dengan darah2 lagi! Eeeeyyakks! Perbuatan tu ditegur oleh cleaner tersebut tapi di beri alasan oleh tukang masak tu dengan mengatakan ayam tu dimasukkan sekali tak cuci darahnya sebab tak nak bagi manis ayam tu hilang. Haaa.....anda pernah rasa tak yang kadang2 kuah sup nasi ayam tu manis??? Oh tidaaakkkk...rasa mual betul baca.

Kes yang pernah aku tengok depan mata ni pulak selalu terjadi kat gerai2 makan tepi jalan. Yang ni biasanya kedai makan Thai la. Kedai tu selalu jugak aku pergi. Satu malam tu masa tengah makan, aku nampak pelayan dia ni tengah amik char kuey tiaw kat tukang masak. Sambil tu tangan sebelah lagi pegang rokok. Sambil nak amik makanan tu sambil merokok dan bila dah hisap rokok tu dah tentu la asap tu terkena kat makanan tu kan. Geli betul la aku tengok. Tak ada etika kebersihan betul la diorang ni. Lepas tu pulak ada satu kedai lain ni aku tengah dok sedap je makan toyam tiba2 tikus melintas. Gila besar tikus! Aduii terus selera mati.


Sekarang ni kalau nak makan aku cukup berhati2. Tengok2 dulu kedai tu macam mana. Orang yang jaga tu. Tengok ada tanda HALAL atau tak. Nak makan kat gerai makan tepi jalan tu pun dah kurang selera. Kadang2 tak makan pun. Susah nak cari kedai makan yang betul2 bersih, halal dan sedap kan... Kena masak sendiri jela macam ni ...

Saturday, June 5

Keburukan facebook

Siapa ada facebook ataupun dalam bahasa mudah kita sebut fb senyum cepat.


Ni dah terlebih senyum ni. *tandanya org tuan punya belog ni pun ada juga*
ngeh3....

Aku yakin anda, ya anda semua semestinya mempunyai akaun fb kan? Kalau sesiapa yang tak ada akaun fb tu mesti akan dianggap ketinggalan zaman. Even, mat rempit sekarang pun ada fb. Tak apa. Tidak ada seorang pun yang mengatakan fb itu milik kerajaan, milik golongan up to date, milik artis yang glamor, dsb. Fb itu untuk semua.

Semalam sebab satu hari tak ada kerja, kerja aku adalah menjelajah internet. Dan jelajah punya jelajah terjumpa la website ustaz Zaharuddin.net. Banyak maklumat & soal jawab tentang soalan-soalan yang kita musykil terutama pasal agama ada di tanya dalam website tu. Memang bagus terutama buat pengetahuan kita semua. Salah satu perkara yang ustaz ni bangkitkan ialah tentang 'Dosa-dosa & Keburukan Facebook'.


Jom kita sama-sama baca..

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


Walaupun entri ni panjang lebar, tapi bagus untuk pengetahuan kita. Entah macam mana, lepas je aku baca semua ni aku sendiri terus deactivate akaun fb aku. Dulu aku memang dah perasan semua benda-benda yang ustaz ni sebutkan tapi biasalah mana nak layan perasaan tu.



Jadi mari kita sama-sama renungkan...

macam model kecik ni..


p/s: maklumat diatas diambil dari website ustaz zaharuddin sendiri di ---> www.zaharuddin.net

Friday, June 4

What should i Do?

Hari ini hari yang suram dan mendung bagi aku. Entah lah, hati sedih. Susahnya nak pujuk hati yang lara ni rupanya. Dulu selalu baca dekat dalam majalah, surat khabar ruangan luahan hati. Sekarang ni dah rasa, dah tahu bagaimana peritnya bila hati terluka. Rasa minat membaca ruangan tu dah makin lama makin kurang. Sebab takut dapat badi dari pengadu tu. Teruk nya. Jadi jangan tiru macam aku ok.
Bila hati sedih aku selalu merintih. Kenapa susah benar seorang lelaki nak memahami hati seorang wanita?

Perempuan selalu mahu 3 perkara.

Perhatian, kasih sayang dan pemahaman. Cukup 3 benda ni, mesti tiada masalah dalam hubungan. Jadi yang mana aku kurang? Dua benda di atas. Entahlah, aku dah cuba berterus-terang padanya setelah beberapa pentengkaran sebelum ni. Mula-mula ya, dia macam tersedar. Tapi tak lama pun. Sekejap je. Tak berkesan betul langkah aku tuk jadi jujur tu kan! Kadang-kadang aku marah dengan diri sendiri. Aku ni cepat sangat datang rajuknya. Bila dia lambat balas sms mula la dah aku bising. Yelah, habis tu nak buat macam mana. Waktu kami memang berlainan. Nak kata sebab terpisah antara dua benua, ye lah sgt! Rumah pun tak sampai 10 minit kalau naik kereta. Jalan kaki haruslah terasa jauh.

Habis tu macam mana aku nak buat lagi? Aku dah fed-up layan perasaan macam ni.

Susah jugak bercinta lama-lama ni kan. Tu la dulu tak mahu dengar cakap mak. Ha kan rasa la sendiri. Hajat hati memang nak kahwin je awal-awal. Tapi, aku sendiri belum kerja lagi. Tinggal lagi setahun je. Cepat lah masa berlalu. Biar segala-galanya cepat. Biar aku cepat habis belajar, cepat dapat kerja yang best. Bila dah rasa syok kerja, dapat duit mulalah aku rasa macam nak berhenti je belajar. hai apalah nasib.........

Tengok gambar atas ni, burung tu suruh buat sumthin. tapi apa yang aku nak buat lagiii???


arghhhhhhhhh............

Tuesday, June 1

Minggu Kedua

Minggu ni dah masuk minggu kedua aku kerja kat sini. Bos setakat ni okey. Dan hopefully akan okey sampai bila-bila. Dia pun dah bagi kepercayaan kat aku tuk jaga ofis dan pegang duit. Harap nya sepanjang aku disini, aku dapat kekalkan prestasi dan dia pun senang hati.

First time buat2 kerja admin, bagi aku okey lah.. tak de lah susah sangat. Kena banyak belajar dan ingat. Ni pun aku try nak belajar macam mana nak buat account. Teringin gak nak buat bisnes sendiri satu hari nanti. Aku tengah survey2. Tapi hasrat hati mcm nak buat kedai runcit. Ataupun dobi, ataupun jugak kedai fotostat. hehehe!! Angan2 tinggi ye dak. InsyaAllah.. Doa2 kan ye semua..

:)