Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 27

Aku & Kerja

Kerja. Ya, aku dah kerja. hahaha Jadi clerk jela. Hari ni dah masuk hari kedua aku bekerja. Urm..komen apa ya? No komen? Ingat artis ke nak no komen ni. hehe!! Company nya memang macam kelam kabut sikit. Yelah, company tu pasal wiring. Tempat aku bekerja ni pun macam stor dah aku tengok! Yang paling tak tahan aduiiiii TOILET!! Toilet nih pada aku cukup2 aku sensitip. Bila haku dah tengok toilet, pening kepala dok fikir. Nak tak nak teruskan keje situ. Tapi untuk selama sebulan je aku keje, aku harap aku dapat tahan untuk tak gunakan langsung toilet tu. Harap-harapnya aku tak da kes membuang air besar yang kronik! Aku tak sanggup nak membuang disitu. huhu!!

Result pulak akan keluar 10 Jun nanti. Tak lama dah pun. Harap-harap nya aku dapat result yang baik la.. Tak dapat Dekan pun tak pa lah. Janji aku lulus.. Takut! =.=

Saturday, May 22

Aku dan Dia

Macam mana cara yang betul kita nak atasi tekanan? Terutamanya tekanan dalam percintaan? Sejak dari mula perhubungan aku cuba macam-macam cara nak atasinya. Dulu asal ada je tekanan menangis adalah tabiat aku. Tapi sekarang, menangis adalah satu perbuatan yang cukup-cukup aku benci. Sebab aku jenis menangis yang tak boleh berhenti. Dasyat ke? Mungkin. Kesan nya mungkin teruk. Sebab tu aku cukup benci bila ada masalah - menangis. Tapi kadang-kadang menangis tu adalah terapi. Lepas menangis kita dapat satu kelegaan. Tapi macam yang kita semua tahu, menangis air mata darah sekalipun takkan dapat selesaikan masalah kan? Jadi apa terapi yang baik untuk meredakan tekanan?

Sejak aku balik dari kampung, aku cukup tertekan. Aku dah rasa makin jauh dari si dia.. Semakin kurang mendapat perhatian. Kadang-kadang aku rasa hanya aku yang ambik berat pasal si dia, sedangkan si dia tidak langsung. SMS yang dihantar kadang2 dibiarkan sepi. Telefon apatah lagi. Kadang2 cemburu juga dengan teman yang selalu bergayut. Keluar kemana sahaja ada yang amik tahu. Tapi aku??

Semakin aku fikir semakin berat kepala otak aku....... :(

Wednesday, May 19

Bisikan hati

Bisikan hati ku menyatakan


"Pasti sesuatu akan terjadi..."

Namun...tak dapat ku pastikan......

Wednesday, May 12

Sunyi + Selamat Hari Ibu

Sunyi nye rasa rumah ni bila mak tak da.. Bila mak dah 'start' bercuti balik kg, segala tugasan sebagai CEO kat rumah aku lah yang di pertanggungjawabkan.. huehue Dari bab mengemas, memasak, mencuci dan sbg nya. Nasib baik anak buah aku syaza dah berhenti kerja. Ada lah juga assistant yang boleh di suruh itu dan ini. Lambat je buat kerja, ha CEO pun keluarkan speaker semulajadi. Jerit kuat2. hahaha

Bila mak tak da jugak mood nak memasak pun tak ada. Sampaikan masakan pun tak menjadi. Sebab mak adalah pemuji, pengomen dan pengedit nombor satu. Bila ada rasa yang terkurang, mak yang tolong tambahkan. Bila ada rasa yang sedap mak yang memberi pujian. Tapi sepanjang aku belajar memasak dengan mak, tak pernah walau sekali mak akan kata "Tak sedap.." Bila aku yang kata tak sedap, mak mesti kata "Sedap aje...ni pun untung ada yang masakkan. Tak pelah, nanti lama-lama pandai la.." Itu lah sikap seorang ibu kan. Sentiasa bagi kata-kata yang positif. Saya sayang mak saya....

Jadi, sempena Hari Ibu yang jatuh pada Ahad yang lepas, aku pun nak amik kesempatan ni nak ucap 'Selamat Hari Ibu' kat mak. Walaupun tahu yang mak bukan baca blog ni tapi tak kira lah nak ucap jugak. hehehe

"Sayang mak selalu..
Terima Kasih a
tas doa dan sokongan mak..
Selagi n
adi ku masih berdenyut,
Selagi nafas ku masih berhembus,
Moga ku dapat jadi anak yang baik, solehah, yang senantiasa dapat membahagiakan mak dunia & Akhirat.."


Amin....



~~ Selamat Hari Ibu ~~


Untuk semua ibu2 di seluruh dunia juga.. :)

Sunday, May 9

Aku nak kerja..

Yeay! exam dah abis! Senang hati tapi tak banyak la senang nya. Sebab risau jugak result nanti macam mana. Hurmm tak pe lah abaikan dulu. Semester break kali ni ingatkan nak kerja. Aishh susahnya nak dapat kerja yek. Jadi promoter banyak la. Malas la dah nak kerja-kerja macam tu. Penat gila kot. Zaman lepas SPM boleh la. Kerja dari 10am-10pm. Giler! Gaji pun tak banyak mana, penat je yang dapat. Terfikir jugak macam mana lah diorang2 yang kerja bertahan lama macam tu. Tak penat ke kan? Tapi tu lah dah memang tu kerja diorang, nak tak nak kena la kerja jugak. haih.....

Mak pulak balik kampung lebih kurang 2 minggu. Urmm...bosan lah aku kat rumah macam ni.
Nak kerja, kerja, kerja, kerja, kerja, KKKEEEEERRRRRJAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Okey sesiapa ada kerja kosong sila inform saya dengan segera. huhuhuhu

Sunday, May 2

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti (Official Video Clip)

Minat sangat2 tersangat dengan lagu ni. Tak berkaitan pun dengan hidup ataupun kisah cinta aku tapi sekadar meminati lagu ni yang rasa2 nya memang bestttt!! Clip video ni pun memang best. Tapi ending dia yang buat siapa2 tengok pun akan sedih. *Kalau tak sedih, tak da perasaan la tu* hehe


Check it out!



Blog berwajah baru

Salam to all readers..

Kali ni nak bagi sentuhan lain sikit dekat blog yang dah jarang2 di jenguk dan jarang2 di update. Kesian dia kena di anaktiri kan.. uhuk2. Harapnya ia dapat bertahan untuk jangka masa yang lama. Bukan senang nak tukar template ni kan? Sebab nak kena search kat internet nak kene tengok betul2 yang mana sesuai dengan pilihan hati. *macam nak cari bf/gf jugak ye tak?* hehe

Ini pun dapat kat btemplate.com . Actually there's a lots of templates yang ada kat internet. Tapi kalau tak kena gaya dan citarasa tu yang pening kepala. At last kerja nak menukar pun tak jadi. Ini pun nasib baik widgets yang dah di setting dari blog lame dapat di selamatkan. *sebab mungkin dulu tak berapa faham dan expert* Kalau tak, haru la jadinya nak kena set up balik. >.<

To all readers @ yang baru berjinak2 ngan blog ni boleh la pergi ke website tersebut okey!

:)