Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 29

Yeh! Kamu dah KERJA!

Dengan rasminya semalam anak buah aku yang pertama bekerja lepas tamat SPM. hahaha!! Okey, nama anak buah aku ni Syaza. Tapi aku slalu panggil 'temok'. Bukan nak ejek badan die yang gemuk tu tp nak bagi dia terasa sikit supaya dia bleh kuruskan badan sikit. So, bila orang panggil dia gemuk, dia mestilah akan rasa tercabar kan?! Tapi ......... apa yang aku tengok. Dia wat selamba je!! Macam tak tercabar jek. aishhh...!!


Pasal kerja ni, lepas banyak kali kene perli ngan mak usu dia ni ha baru la dia s
ibuk. Sebelum ni aku dah banyak rekomen tempat tu tempat ni. Tapi dia tak nak. Jawapan dia senang je "Malas la kita". huh. Ha skang ni tak tahulah macam mana dia leh terlintas nak kerja. Bukan apa, aku suh dia kerja tu dapat lah jugak dia duit poket kan. Tuk beli apa yang dia nak. Apa yang dia suka. Nak dapatkan duit dari abah dia pun bukan senang. Ni nasib baik ada yai (pak ku la) bleh jugak bagi duit poket sikit. Lagi pun aku nak dia tengok dunia luar. Nak dia tahu cabaran kat luar sana tu yang memang mencabar. So, at least bila dia kerja dia dapat pengalaman, dapat tengok ragam orang dan yang paling penting dapat berdikari. Bila dah kerja baru lah kita tahu betapa susahnya nak cari duit sesen.



*Duit, duit di mana kau duit.. Syok giler kalau hujan kat Malaysia hujan duit.. wawawa



Oh ya nak tahu ke dia kerja apa? Dia kerja kedai kasut. Kedai kasut je??? eh eh Okey la tu.... Nanti leh la aku dapat diskaun beli kasut kan. hehehe!! Apa yang pasti duit dia tu aku tak nak la mintak dia belanja. Yelah, kita ni pantang dengar orang tu dapat keja baru, t'utama member2 kita. Mesti kita cakap "Ha, bleh la belanja aku makan besar lepas ni.." betul tak?? Ala betul nya....Kalau betul senyum2 aje la.. hehehe!! Padahal kita tak tahu betapa susahnya dia kerja kan. Kalau gaji dia besar bleh la. Ni kalau setakat cukup lepas dia makan sorang je, urmm tak payah lah. Macam anak buah aku ni aku lebih syorkan dia simpan dan buat shopping je.


*Dapat duit gaji simpan dan shoping sampai lebam... keh3

Dia pun jarang-jarang beli baju aku nengok. Jimat! Tak pe, nanti aku lah orang yang akan temankan dia bershopping. kih3...


*Macam ni... eh ni macam mak usu dia je. Bukan anak buah dia nih! ish3x......


Apa-apa pun, selamat bekerja tuk anak buah ku.. :)

Friday, March 26

Pengajar juga harus ada Variable dan ada X-factors

Salam buat semua..
Entry hari ni bukan nak jadi pembangkang, bukan nak ngutuk dan bukan yang bukan2. full stop .


Sebagai seorang student ataupun dalam melayu nye bermaksud pelajar rasanya kami jua mempunyai hak untuk bersuara. Tapi, dimana nak suarakan? Mampus ko kene tendang dari kolej dan di belack listed tahu! huhuhuhu tak mahu, tak mahu ....! *kami hanya mampu bersuara dari hati je..*
Okey2, ni bukan nak cerita kontroversi macam melodi @ terjah. Ini cuma cerita gedik santai rancangan Raja Azura.. *tak seessswwaaaiii...* hahaha.. Apa yang kau merepek ni makcik. huhu balik pada cerita balik. Kenapa pengajar juga harus ada variable dan mesti
ada X. Korang tahu ke ape yang di maksudkan dengan X yang selalu pengkritik2 AF, Mentor, mahu pun Mesian Idol tu dok ulang2 cakap kat peserta ujibakat??? Penah dengar tak? Tak apa, meh ku habaq mai. X-fac tu kiranya macam salah satu perkara unik yang ada dalam diri kita. Kita kan lain2. So, masing2 ada kelebihan masing2. Betul tak? Cuma gaya or cara kita mengexpresikan, mengembangkan dan menonjolkan X-fac kita tu je yang menjadi bahan utama. So, maknanya siapa yang pandai mengexpresikan X dia, dia mesti ada aura yang tersendiri yang boleh buat orang admire kat dia. Macam Raja Lawak kita eh bukan Raja SMS si mawi world tu haa...


Selalunya kita dengar student je yang mesti begitu, stude
nt haruslah begini, student kena macam itu, student kena macam ini. So, jadi kenapa pengajar juga mesti kena ada X jugak? Sebab , kalau pengajar ada X : dia dapat menarik perhatian student supaya tak jemu2 nak datang kelas dia tanpa ada rasa perasaan nak ponteng walopun sehari. Kedua, kalau pengajar ada X : student akan dapat jadikan pengajar idol diorang dari jadikan artis2 baru sebagai idol mereka. Ketiga, kalau pengajar ada X : dia akan timbulkan minat student tuk menghayati lebih mendalam subjek tu walaupun subjek tu ntah apa2 yang tak relate langsung dengan kos yang di ambil. Keempat, kalau pengajar ada X : dia akan dapat buat student LANGSUNG tak mengantuk walaupun kelas berlangsung selama 3 jam dengan 5min breaks! huhuhu


So, kiranya kalau pengajar pun ada X kestabilan dan keseimbangan tu ada. Hasilnya confirm ummph!! Kami pun sebagai student tak da nak banyak komen bile dapat pengajar macam ni. Dan pengajar juga tak kan sakit hati bila tengok kertas evaluation tu tercatat seperti begini "Slaid terlalu meleret" , "Notes panjang sangat" , "kurang pemahaman pembelajaran" dan sebagainya.



Jadi, pada pengajar2 di luar sana jangan terasa hati ye dengan statement di atas. Sekadar nak bermotivasikan sesama sendiri. Sebab ikatan antara pengajar + student sangat lah kuat. Tanpa pengajar siapalah student. Kalau pengajar menggunakan pendekatan yang baik, semestinya student seribu kali hormati pengajar, sanjungi malah mendoakan mereka jua...... ;)


Semoga sama2 mendapat keberkatan dari Nya atas setiap apa yang kita kerjakan diatas muka bumi ini...amin..

Saturday, March 20

Kalau bukan BOH memang tak cukup bagus!

Pernah dengar x tagline entry atas ni? hehehehe Ala apa lagi kalau bukan seterimix tu ha.. kih3. Kali ni moh kita tukar topic dari personal ke public speaking. Korang2 ni semua suka tak beli apa2 jua minuman yang berbentuk 3-in-1? Mesti suka kan. Cakap ya cepat aku cakap cepat! heh
Terutama sekali bebudak asrama, student2 U, kadang2 mak2 pun suka beli jugak. Yelah, bila tamu datang senang je. Jerang air, koyak peket dan bancuh. Semudah 1,2,3. Chewaah... Betul tak?



Ha kali ni nak promote sikit 3-in-1 apa yang paling sssseeedaappp....! Jawapannya BOH la. Ada yang tak kenal jenama teh BOH ni ke?? ish3...ia memang terkenal dari zaman berzaman cik kiah oit.. Korang try la beli dan rasa. Memang tak rugi. Sebab teh susu ni memang sedap. Macam kedai punya. Ala, aye tau korang buat air teh susu kat rumah pun kadang2 terlebih gula lah, terlebih ayor la..kan kan kan? Atenye ni la teman nak kabornye. Harga pun tak mahal. Kiranya munasabah la dari jenama teh yang lagi satu tu. Sekarang ni boleh di katakan aku setia pada 3-in-1 BOH ni je. Dulu selalu beli MILO je. Tapi lepas milo ni makin lama makin tak sedap so tukar lah selera pulok.


Anda pula bagaimana?

Sunday, March 14

Hujan, Esok dan Hati ...

Sekarang tengah hujan lebat...
Petir berdentum..
Assignment pulak gerak sikit-sikit..
Nasib baik yang esok punya dah siap..

Esok,
Macam mana aku nak balik kampus..
Erm....kalau lah aku ade motor sendiri....kan senang...
Aku tak payah susah kan sesiapa..
Aku bebas tuk bergerak..

Kalau aku tahu akan jadi macam ni,
Aku balik je tadi...
Esok sapa nak hantar aku....

Sedih nya... :(

Saturday, March 13

Budi Bahasa mencerminkan diri kita

Salam untuk semua..


Entry kali ni nak cerita sikit pasal 'orang' ataupun gelaran yang lebih elok lagi yang di panggil 'manusia'.. Kebelakangan ni, hati ku agak panas dengan beberapa manusia yang berada di sekeliling aku. Bukan lah nak kata diri ni perfect sangat. Hey! tak ada orang pun yang sempurna la dalam dunia ni lah!. Kita manusia biasa je. Yang buat aku panas hati ni puncanya bila beberapa orang manusia ni suka comment dan bagi statement yang menyakitkan hati dalam facebook. Bukan dalam facebook jela nak kata, depan-depan pun iye jugak. Apa sebenarnya yang diorang ni tak puas hati ye? Ke aku ni yang cepat sensitif? Kalau anda tak puas hati bagi je tahu terang-terang "oi, aku tak puas hati ngan ko. Jom gaduh." Ha kan senang. Ni toksah la korang nak duk perli-perli. Aku tahu walaupun aku tak dengar tapi hati dapat rasa.


Tak perlu nak cerita lebih details kes apa, macam mana cara nya, contoh ayat nya, dan sebagainya. Sebab aku rasa tak perlu. Kalau cerita walaupun pelawat blog ni tak kenal siapa tapi dalam masa yang sama aku membuka aib orang juga. Sebab tu la sekarang ni aku tak suka tuk duduk dalam satu kumpulan kemudian dengar orang tu cerita pasal dia ni, orang ni cerita pasal dia ni. Aku tak suka. Tak suka dan tak suka. Bila duduk dengan orang negatif, fikiran dan sikap pun jadi negatif. Itu yang aku tak mahu. Jadi, sekarang ni lepas dari balik kelas je, aku akan jadi 'Negara-negara Tidak Bersekutu' bila mana aku akan terus masuk bilik, tuka baju, makan dan tidur. Aku dah jarang-jarang menghabiskan masa duduk di ruang makan dan mendengar orang bercerita. Bagi aku, cerita bila perlu sahaja.


Pesanan lagi sekali, berhati-hati lah bila buat statement, comment dan berkata-kata. Sebab setiap apa yang keluar dari mulut kita tu lah mencerminkan diri kita. Hidup tak selalunya indah. Ada masa kita di atas, ada masa kita pula yang berada di bawah. Nak taksub dengan kekayaan diri, go on. Tak siapa pun halang. Cuma ingat...Jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain...


Thursday, March 4

Pelik tapi Benar

Salam untuk semua..
Fuh..memang puas tidur untuk hari ini! Setelah seminggu lebih menghadapi hari2 yang sukar dalam hidup. Terasa diri tercabar dan dicabar. Bila dah melalui perkara2 yang mencabar sebegini baru lah ku tahu hidup ini memang mencabar dan ini lah harga yang perlu di bayar demi masa depan aku. *ceh, ayat cam artis lak*. Minggu ni dapat relax2 sikit. Sebab test telah di tunda minggu yang lagi satu dan assignment pun kena hantar minggu lagi satu tu jugak. Alhamdulillah..

Cuma yang menjadi ketakutan dan igauan takut kena reject lagi! Adoii... baru lah ku tahu betapa susahnya nak buat Research. Bukan semudah ABC atau 123 je. Dulu masa Diploma tak diberi penekanan sangat. Ikut suka je. Bila dah naik Degree ni ha baru lah tahu cara yang betul nya. Ni baru langkah pertama. Belum masuk langkah kedua dan seterusnya. Takoootttnyeee..... :(


Tak pelah, abaikan dulu cerita atas ni. Mesti ada yang pelik dengan 2 post sebelum ni kan. Lain macam je. Pasal apa? Frust ke? atau gaduh ngn bf ke? Mungkin kot... Biasalah, tu memang adat lah dalam bercinta. Ada pasang surut nya. Kalau tak gaduh tak mencabar la kan. Cuma, bila tengah gaduh tu rasa sakit nya lain. Tambah dengan kebengangan nya lagi. Memang..memang....!!!!


Jadi, apa yang korang baca, itu lah sebenarnya sebahagian dari luahan hati aku. Kadang-kadang aku sendiri buntu cara apa atau kaedah apa yang terbaik untuk aku luahkan, untuk aku sampaikan apa yang aku nak sampai atau nak bagi tahu pada orang-orang yang sepatutnya. Bagi aku ni lah medium terbaik untuk aku sampaikan mesej supaya dia dengar, dia faham dan dia tahu..


Blog ni sekadar melahirkan apa yang aku rasa je. Dan tidak sekali-kali aku akan jadikan ia sebagai diari peribadi online. huhuhu! Macam blog sebelum ni yang aku agak terlalu expose untuk org ramai baca sampai si dia pun kata macam diari online. Jadi, biarlah blog kali ni biasa-biasa aje. Tak ramai follow pun tak apa. Yang pasti aku tahu ada yang membacanya.. Sampai disini saja dulu untuk entry kali ini..




"Rasa itu hanya kita yang tahu ..."



Lepas ni nak cuba untuk mengupdate belog's in dengan cerita-cerita yang menarik, tertarik dan da boom!! :)