Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 23

Kau Sengaja ...

Kau dah tahu aku tak suka dengan dia ..
Tapi kau sengaja ..


Kau suka berbuat sesuatu yang aku tak suka bila kita begini ..
Kau sengaja..


Apa yang mahu kau buktikan pada ku sebenarnya?
Katakanlah .............


Biar ku tahu, biar ku mengerti, biar ku fahami ..














Kau sengaja untuk menyakiti hati ku ...
:'(


Saturday, February 20

Bila jawapan nya 'Ntah..'

Kenapa kau suka menjawab 'ntah..'?



Ada apa dengan dengan 'ntah..'?



Setiap kali nak keluar, bila ku tanya nak pergi mana kau suka menjawab 'ntah..'
Bila ku tanya nak keluar pukul berapa kau suka menjawab 'ntah..'
Bila dah keluar, ku bertanya kita nak buat apa kau suka menjawab 'ntah..'
Bila ku tanya kau nak makan apa di kedai makan yang agak-agak pelik kau suka menjawab 'ntah..'



Bila ku yang membuat keputusan dengan menggunakan jawapan 'ntah..' kau itu, aku pula yang kau marahkan..



Aku bagi seribu sebab pun kau takkan terima. Sebab kau memang dah letakkan kesalahan itu padaku. Aku tiada yang betul. Kalau kau yang nak kau semua betul, usah lagi memberikan jawapan 'ntah..' mu itu. Selagi boleh ku tahankan, akan ku tahan. Tapi, maaf aku hanya manusia biasa yang tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.



Ntah lah! aku sendiri tak faham dengan sikap 'ntah..' mu itu.












Maafkan bila ku tak sempurna...
:'(

Thursday, February 18

Apa hadiah terbaik untuk bagi kat org kahwin?

Hari sabtu esok ni ada satu majlis perkahwinan sepupu kat Kuala Selangor. Rasanya aku dah cukup besar (besarkah?) untuk bagi hadiah kat orang kahwin. huhu yela, dah agak dewasa kan. 'Nanti ko kahwin orang tak bagi pulak. hehe' Okay2, berbalik pada kisah sebenar. Sebenarnya apa hadiah terbaik untuk bagi kat org kahwin ni ek? Selalu tengok mesti orang bagi cawan. cawan, cawan dan cawan. Aku rasa mau nya umah pengantin tu penuh kabinet dapur dia dengan cawan kot. hehe Senang la lepas kahwin tak susah kalau mak mentua, sedara mara datang nak hidang air sebab banyak koleksi cawan. Time raya pun tak pening bila orang baraan sampai.


Ada jugak sesetengah tu dah deal dengan kawan masing-masing. Siap tanya nak apa. Macam time akak aku dulu, kengkawan dia siap buat list 'ko nak bg apa, aku nak bg apa'. Yela, karang sama pulak tak variasi la hadiah tu kan. Akak aku pilih supaya dorang bagi perkakas elektrik je. hahaha senang giler. Dapat lah dia pelbagi jenis perkakas elektrik sampai terlebih-lebih. Siap dapat toaster, lampu tidur, heater (sampai lebih 3, dia bagi aku 1), iron, kipas (siap dpt 2 bijik), rice cooker, dan paling best dapat microwave. Yang terlebih-lebih tu sebab bukan dari kawan ofis yang bagi. Set cawan, mangkuk dsb memang di tangga teratas skali.


Tapi bagus juga bila bagi hadiah perkakas elektrik ni. Dalam masa yang sama dapat gak ringankan beban pengantin. Lagipun perkakas elektrik pun dah boleh dapat dengan harga yang murah. Cari je kat tesco, giant, mydin? Semua ada. Paling murah tesco la. Banyak jenis. Kalau nak rasa lagi advance boleh lah bagi peti ais ke, dapur gas ke, atau pun bagi mesin basuh. Confirm sampai bila-bila pengantin akan ingat pemberian kau tu. hehe


Jadi apa hadiah apa yang terbaik ye nak bagi kat dia?

Saturday, February 13

Siti Nurhaliza-Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

http://mp3sgratis.net/s/siti-nurhaliza/siti-nurhaliza-cinta-ini/

Friday, February 12

Mood Cuti

Selamat bercuti! Tersenyum lebar sape yang dapat cuti lama tu yek.. ewah... (ehe saye pun same). Cuti kali ni di gabungkan sekali dengan cuti mid-term. Oh mid-term????!! Kalau dah mid maka nya tak lama je lagi final pulak muncul. Tapi.....malas masih malas lagi. Mengantuk dalam kelas tu masih lagi di ranking nombor 1! Bila nak turun takhta? Adehh.... Penyakit2....


Cuti kali ini, Lect saya telah memberikan holiday package! hahaha Seronok tak? Holiday package nya merangkumi 2 soalan 'Literature Review'. huhuhu Kena cari lagi banyak-banyak artikel. Kena analisis, kena faham kan betul2. Baru lah terasa 'susahnya bila dah naik degree ni'... :(


Takpe, kena yakinkan diri. Semua nya pasti boleh di atasi! :)


Mari lupakan sekejap pasal holiday package tu. Jom pergi cuti betul2 punye. hehehe Tak sabar ni nak jejak kaki ke Hot Springs! Nak tengok tempatnya je.. Nak bawak mak pergi sana. Lama dah mak teringin. Masa ni lah nak gembirakan hati mak kan? Untuk yang tersayang : Jangan lah merajuk yee..? Pergi sekejap je. 2 hari je. Nanti balik kita jumpa ye..

Monday, February 8

Maafkan bila ku tak sempurna ...

Aku hanya insan biasa..
Yang punya hati dan perasaan..
Punya rasa bahagia..
Punya rasa derita..
Punya rasa kesedihan dan kesakitan..

Kadang aku kuat..
Kadang aku tewas..

Kadang sukar untuk di mengerti..
Kadang sukar untuk di fahami..

Cinta ini tak mungkin cegah..
Cinta ini yang membuatkan ku bernafas..
Cinta ini yang memberikan ku semangat..
Cinta ini yang mengajarku erti rindu, kasih, sayang, dan bahagia..
Cinta ini adalah cinta ku..
Hingga ke hujung nyawa..

Satu yang ku pinta..
Maafkan bila ku tak sempurna..




Thursday, February 4

Eppp....

Lame nya tak berblogging.. Hanya menjadi pemerhati dari jauh dan menziarah ke blog2 yang lain. Rindu jugak nak berblogging macam dulu. Tapi atas sebab-sebab tertentu sebab tu la aktivit berblogging ni dah makin kurang. Membe-membe pun ada yang bertanya : " Ko ada blog lagi x?" " tak da. Dah buang dah. Malas. " Padahal aku dah buat yang baru. Ermm...malas la nak uar-uar kan. Bukan penting sgt pun. Kan?


Kehidupan di kampus macam biasa cuma makin hari makin susah rasanya (ada harapan ke nak dpt dean's list lagi? huu sedih).. Terutama subjek Research Method. Rasanya dah masuk 3x tajuk kena reject. Apa pasal? Itu saya pun tarak tau woo.. Dia kata terlalu besar skop aku. hurm... Sekarang masih mencari dan cari lagi. Walaupun dia kata dah tutup tuk sapa nak tukar tajuk. Aku tak duli. Moga-moga kalau dapat artikel lain, En. Hafiz dpt beri sokongan pada Dr. Zu supaya tajuk aku diterima. huhu..


Hari paling malang kot tuk arini. Dah kena kompaun dengan MPSJ. Tak pasal-pasal. Amik kau rm 80 bakal melayang. Tak sempat nak alih keta. Terlajak 3 buah kereta je. Habis lah duit berbisnes macam nih! Buat bayar saman pulak. :( Nasib..nasib.. aishh...