Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 24

Hidup tak selalu Indah

Dalam hidup ni tak semuanya indah.

Tak semua impian yang kita impikan tercapai dengan mudah.



Hidup memang penuh dengan cabaran.


Dan,

Yang penting, bagaimana kita menghadapi cabaran tersebut dengan baik.



Bila kita tersungkur

bersyukurlah..

Kerana kita di beri peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang kita

lakukan..

Dari kita berdiri dan terus berlari membuatkan kita menjadi bangga diri..



Sekurang-kurangnya kita dapat belajar.

Untuk membuat yang lebih baik.

Dan,

Menjadi yang TERBAIK.

Saturday, January 23

MODUL?

Modul tu boring..


Modul tu tak da apa yang menyeronokkan pun..


Bukan tak cuba nak fahami, bukan tak cuba nak mengerti tentang konsep yang mereka nak ketengahkan tapi tak boleh. Dah 6 semester kami pergi, kesimpulannya memang tak da apa. Masuk degree, tambah lagi 4 modul. Jadi, total semua adalah 10. Ya, 10! Tak ada yang baru dan tak ada perubahan. Macam mana mahasiswa nak berubah kalau tak ada perubahan? Intipati modul yang perlu kena berubah. Sebab amik masa yang sangat lama. Pernah tak mereka ni selami hati student ni semua? Setiap komen yang student mana perginya? Ke tak baca..


Mula dengan sesi taa'ruf. Lepas tu start dengan aktiviti yang merapu-rapu. Kalau lect tak datang, di conduct oleh fasi. Fasi best tak apa. Disuruh nya main bom-bom. Bom group sana, bom group sini. Kena bom betul-betul kang baru tau. Tak pun main siput-siput. Siput satu, siput dua. Paling ntah apa main chikebum.


Sekarang ni datang modul dengan hati yang kosong dan perasaan yang tak gembira. Akhirnya, datang sebab terpaksa. Sebab kalau tak hadir, kena denda lepas tu nanti tak boleh grad on time. Huh.


Sangat bosan!

Thursday, January 14

Marathon

Semua sihat ke ni? Kalau tak sihat cepat-cepat jumpa doktor ek.. Dalam seminggu lebih kot tak berblog. Dan dalam seminggu tu jugak macam-macam yang berlaku.

Mari kita bermula dengan celebration my bufday yang di buat oleh my sis..


Thanx a lot.. I luv u.


My sis belanje KFC dengan kek coklat ni... Tinggal dia jela kakak yang paling rapat. *tiba-tiba jadi sedih*. Berketul-ketul juga lah ayam yang ku pulun malam tu.


Next pulak celebration yang kedua oleh encik Doublechesebeger. Belanja makan dan bagi set perfume. Masa tu dah la kene tipu. Kata nak cari hadiah untuk kak naz. Dalam hati dah terasa jugak. 'Bukan untuk aku ke?' Rupa-rupanya memang hadiah untukku..

Sayang kamu..

Walaupun hari yang sepatutnya kita gi celebrate tu dah gaduh-gaduh manja.. Tapi akhirnya keluar juga.. Mintak maaf sebab dah marah-marah..


Kemudian hari Rabu lepas dapat sms pukul 3.30 pagi dari my sis, Damya masuk hospital sebab demam panas. Budak kecik ni anak buah
yang paling rapat sebab dia duduk belakang rumah je. Sedih jugak dengar. Nak lari kejap tak boleh sebab class sangat pack untuk hari tu dan esoknya.


Tapi nasib baik dia dah keluar hospital semalam. Lega hati...


Comel kan dia..? *mcm mak usu dia..* tiba-tiba.


Akhirnya kepeningan memilih minor dah terjawab. Amik jugak IRC. Rasanya subjek tu lebih ringan dan tak terlalu berat. Nasib jumpa beberapa orang pensyarah. Tanya pendapat mereka.


Hari ni balik rumah lagi.. Tiap-tiap minggu balik. Haishh... Takpe, sebab next week tak balik ada modul. Jadi marilah kita membuat bekal untuk di tapau sepanjang dua minggu tak balik rumah nanti. Dah terbayang nak buat sambal goreng ikan bilis. Sedapnya..


Chop! Sebelum terlupa, ada lagi satu hadiah tak publish kat sini. Dari Syaza, anak buah yang agak degil dan banyak mulut. Dok cotcet je keje dia. Bila dah boring dia suka nyanyi kuat-kuat! Terpaksa tahan telinga. Disyorkan suruh masuk 'Jangan Lupa Lirik' tapi dia jawab, "Kita malulah..."


Alasan dia bagi bottle ni senang je. "Acik tolong pulangkan balik bottle kita yang acik bawak pergi hostel tuu.." Terasa aku.. Yela-yela, tau la bottle kau tu cantik dan besar. Dah la siap pesan suh letak gamba bottle ni dalam blog. Urmm...nasib la dapat acik yang baik hati dan comel tau!


So, terima kasih untuk mereka-mereka ini yang mengingati bufday saya yek.. Really appreciate that..

Wednesday, January 6

7Januari 2010 !

Selamat Hari Jadi!


Hari ni hari jadi ku yang ke-22.


Oh Cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah meningkat ke era 20-an. Tapi masih terasa lagi macam baru semalam aku masuk sekolah, macam baru semalam aku abis SPM dan macam baru semalam aku berumur 18 tahun. Rupa-rupanya sekarang dah besau, dah 22 pun.. huhuk


Ishh ada apa dengan umur kan? Tua? Semua orang akan tua. Tua tu pasti akan datang jua. Tak payah nak takut. cececeh.


Harapnya dengan peningkatan umurku, akan mematangkan lagi aku dalam menjalani kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri.


Semoga aku....

:: Dapat menjadi anak yang baik .. ::
:: Dapat menjadi kekasih yang terbaik .. ::
:: Dapat menjadi pelajar yang terbaik .. ::
:: Dapat menjadi sahabat yang sejati .. ::


dan...


:: Dapat menjadi Hamba-Nya yang beriman dan bertakwa .. ::


Semoga tahun ni bakal memberikan aku seribu satu warna dari tahun yang sebelumnya.


Monday, January 4

Tahun baru, Minggu baru, Semester baru

Hari ni bermulalah episod seorang pelajar balik. Masuk semester 4 buleh dikira senior jugak lah. Seniorita. hahaha Minggu baru di tahun baru, aku mengharapkan supaya semuanya berjalan dengan lancar, tak da halangan yang berat-berat, tiada konflik dll. Biarkan 2009 berlalu pergi dengan tenang. Ceh ayat skema nya.


Kali ni dapat pulak hostel tingkat 5. Bukan nak komplen tapi nak mengadu je. Penat.. huk Kekejangan bila dah sampai atas. huh. Sampai ada yang komplen "lepas ni tak tahu lah rupa kau macam mana bila ari-ari naik turun tangga. Confirm makin kurus!". Okey, di akui aku memang terlalu selim. *Sedih dah ni*. Tak tahu la cara apa lagi yang boleh menaikkan berat aku sikit. Tapi, biarlah malas nak amik pusing. Yang penting aku happy dengan keadaan aku sekarang ni.


Semester baru nampaknya makin mencabar. Teruja tapi dalam masa yang sama aku takut. huhu sindrom pening pun dah bermula nampaknya. Masih lagi dalam kekeliruan tuk memilih minor apa. Harapnya aku dapat buat keputusan yang terbaik...