Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 28

The Creative Idea Project : Part 1

Okay nak umumkan sesuatu ni. Duduk diam-diam dan sila beri perhatian. Eceh.


Baru-baru ni kawan aku baru je menubuhkan perniagaan nya yang pertama yang diberi nama 'THE CREATIVE IDEA'. Best tak nama ni? Cakap la best....sebab aku yang bagi idea letak nama ni. hehe


Okay, business yang dibuat ni semuanya berkaitan dengan komputer. Terutamanya dari segi teknikal. Teknikal kat sini bermaksud dia ni memang PAKAR giler dalam bab-bab membaik-pulih komputer. Hantar jela apa masalah komputer yang kamu semua hadapi, dia pasti boleh selesaikan nya! SERIUS. Aku pun selalu menggunakan khidmat dia. Yang best nya dia ni, tak berkira sangat. Selalu cas dengan harga yang BERPATUTAN. Yela, dari aku baiki kat kedai komputer yang cas dia mak oiii punya la mahal baiklah aku hantar kat dia je. Siap buat delivery service tu. Hehe Tu yang best.


Terus, pasal TCV Project ni pulak dia ada mintak aku tolong buatkan iklan promosi untuk tampal kat Ads Board. Dia nak iklan yang ringkas, menarik, dan nak bagi pelanggan-pelanggan supaya tertarik dengan servis yang dia buat ni. Jadi, dengan menggunakan segala kepakaran aku yang tak berapa nak pakar ni, inilah hasilnya.



*klik je untuk gamba yang lebih besar, jelas, terang dan kacak.


Jadi, kat sini nak promote la sikit kan. Mana-mana kamu orang yang duduk kat area Selangor, terutama PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG dan kawasan berdekatan kalau kamu semua nak menggunakan perkhidmatan nya boleh la calling-calling number yang tertera kat iklan atas ni. Boleh tanya aku jugak untuk keterangan yang lebih lanjut. Jangan malu-malu. Ni lah namanya tolong kawan!

Nak Cute Fonts tak?

Siapa suka fonts yang cute lagi cantik kembang idung cepat. Aku kata kembang idung cepat, CEPAT la! Okay terus cakap point yang sebenar. Selama ni aku pun tercarik-carik jugak kat mana aku nak dapat fonts yang cute miut macam aku eh bukan macam kawan-kawan aku yang lain dapat.


Dulu masa zaman sengal-sengal ada la pernah mintak kat kawan tapi dia kedekut sangat nak bagi pinjam CD yang penuh dengan fonts yang agak comel. Dia kata kalau nak pergi beli sendiri. Dia kata ada jual kat kedai. Yang dia punya tu mahal. Sebab tu la banyak fonts yang cantik. Kami ni yang tak tahu apa-apa iakan je. Padahal dia beli CD tu RM 5 je kat Low Yat. Ala tu dulu. Lupakan je. Sekarang ni dah tak sengal lagi dah. Boleh search je kat internet. Dengan bantuan Uncle Googles dan Auntie Yahoo! segalanya menjadi mudah. *Ayat dah macam iklan pulak dah.



Terus, kalau kamu semua nak download boleh la pergi di website kat bawah ni :



www.kevinandamanda.com/fonts/fontsforpeas/pea-anna-banana

www.dafont.com

www.1001freefonts.com

www.fonts4free.net

www.fontgarden.com



Nak install nya senang je. Download kat mana-mana website yang kita pergi tu, Open kemudian Copy Paste kat Control Panel dalam Fonts.


Yang ni sikit je. Kalau nak banyak lagi kena la rajin-rajin search kat internet. Saje-saje nak sharing je untuk yang tak tahu. Okey?


Selamat Mencuba!

Sunday, December 27

Sindrom Bahasa

Kali ni semangat kebangsaan sikit. Boleh?

Isu Bahasa Melayu-Inggeris mungkin tak akan habis sampai bila-bila. Agak-agak pada kamu semua, ada tak perasaan cintakan bahasa melayu tu dalam diri? Segelintir mungkin. Aku bukan cikgu bahasa. Dan aku juga bukan pakar bahasa. Tapi aku cuma seorang yang cintakan bahasa itu sendiri. Bahasa itu sendiri adalah satu kaedah untuk kita berkomunikasi dengan orang sekeliling. Bahasa itu sangat penting. Sepenting kalau kamu semua GAGAL dalam subjek bahasa bermakna GAGAL untuk semua subjek dan tak boleh sambung ke Universiti! Lihatlah betapa pentingnya bahasa melayu itu.

Tapi, semenjak era teknologi dah makin berkembang sebaldi aku lihat bahasa melayu ni makin teruk penggunaan nya. Banyak perkataan dipendekkan sampai pening orang membacanya. Okay, contoh yang paling senang nak tengok bila ber SMS. Banyak perkataan yang dipendekkan sampai aku sendiri tak faham apa yang kawan-kawan aku tulis.

1. aku = aq
2. kau = kaw
3. ini = ny
4. balik =baleyk
5. suka = skeww
6. ke = k

Ni baru sikit. Belum lagi yang panjang-panjang. huhuhu Haru aku menterjemahkan nya. Dan sindrom ni bukan je kat SMS tapi dah berjangkit kat blogs dan laman-laman sosial lain. Tak salah nak memendekkan perkataan tu, tapi kena dengan caranya dan buat orang faham. Kadang, orang tulis lain kita faham lain. Dah jadi lain maksudnya. Kan?

Kita kan rakyat Malaysia, kita kan orang Melayu. Jadi, marilah kita bersama-sama memperkasakan bahasa kita. Kalau bukan kita sendiri siapa lagi. Bahasa jiwa bangsa!

Saturday, December 26

Transformer Melangkah ke 2010

Tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru - 2010.

Perkara pertama yang selalu orang bangkitkan masa tahun baru adalah AZAM. Apa itu azam? Perlu ke ada azam? Kenapa? Pada pandangan aku, azam itu adalah satu impian...impian seseorang yang hendak di laksanakan nya untuk tahun tersebut. Pada aku juga, azam itu perlu. Ya, setiap orang perlu ada azam! Kerana, dengan azam ia dapat menaikkan semangat kita supaya berusaha segigihnya untuk mencapai impian tersebut.

Pernahkah tak kamu semua berazam dan tercapai azam tersebut? Mesti ada. Kan?
Bila dah tercapai azam tu rasa seronok yang teramat kan. Urmm...aku pun tiap-tahun sentiasa berazam. Tapi, azam yang paling aku ingat dan tak boleh lupa sampai saat ni aku target 5A 3B dalam PMR tahun 2003. Masa tu aku memang berusaha sungguh nak capai. Akhirnya berkat doa mak, cikgu dan atas izin-Nya aku dapat capai jua.. Mungkin pada orang lain pencapaian aku tu biasa-biasa je. Tapi pada aku, itulah kejayaan paling tinggi yang pernah aku dapat. Sebab lain aku dapat challenge abang-abang dan kakak-kakak ku semua. Bangga la sikit kan.

Tapi tu masa zaman sekolah. Sekarang dah masuk U lain pula azamnya. Mungkin lagi 2,3 tahun azam aku nak kawin pulak kot? Opss...

Apa pun azam kita, apa pun halangan nya, pastikan kita berjaya merealisasikan nya. Kejayaan dari keazaman yang tinggi itulah kepuasan yang kita dapat sebenarnya. Kalau tak tercapai tahun ni tak apa, kita boleh berusaha lagi untuk tahun yang seterusnya. Tak semestinya azam tahun ni dah tak tercapai, tahun depan tiba-tiba buat azam lain pulak. Tak seswaai'..okey? Itu nama nya zam zam alakazam jela.

Jadi, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha untuk mencapai azam tersebut. Okey? Selamat berazam!

Present for myself

Eh ada ke orang yang hadiah kan hadiah untuk diri sendiri? Ada kot. Aku lah orang nya. hehe Okay kelmarin hari Khamis bersamaan 24 Dec keluar sebentar bersama rakan lama merangkap kawan baik aku dari sekolah rendah lagi. Nama dia Saly (bkn nama sebenar. ceh.) Sambil menyelam minum air. Tujuan utama adalah untuk membayar yuran pengajian. Tapi alang-alang dah satu jalan terus jela ke Sunway Pyramid. Lagipun Saly berhajat nak mencari novel kegemarannya. Jadi aku pun terus memandu ke destinasi yang hendak di tuju. Ramai jugak lah orang. Mungkin semuanya ambil kesempatan bershoping sebab esok nya dah Hari Krismas. Cari parking pun susah.

Jalan punya jalan aku ada ternampak dress harajuku ni. Ish....sangat cantik dan comel. Tapi..kedai nya tutup pulak. Pergi makan kot. Dan perjalanan pun diteruskan. Tiba-tiba kami 'ter' singgah pulak kedai beg. Dan sesungguhnya mata dan hati ku ini tak dapat nak menipu. Oh...memang beg itu sungguh cantik sekali! Ia simple. 2 in 1. Maksudnya beg ni boleh di guna untuk pergi berdating dan bershopping juga. Tapi bila tengok harga. Ohhh....RM 69.90. Mahalnya... Muka pun dah jadi sedih. Tapi hati pun berkata 'Takpe, beli sebagai hadiah untuk diri sendiri..' Dan ini lah hasilnya ....Akhirnya beli juga. Sebagai hadiah hari jadi yang ke 22! :)

Terus lupa pada dress harajuku tadi. Terpaksa tahan dulu sementara menunggu duit PTPTN masuk.

Friday, December 25

Salam Pembukaan

Selamat pagi!
Mulakan hari anda hari ini dengan senyuman. Kerana dengan senyuman ia membuatkan anda lebih bersemangat menjalani hidup ini! Ya, hidup ini tak semudah yang di sangkan bukan? Pernahkah anda semua menilai kembali berapa banyak anda bahagia? Bahagia itu tak datang dengan sendiri. Tetapi bahagia itulah yang kita cari dan seterusnya memiliki. Mudah saja untuk mendapatkan kebahagian. Kita hanya perlu memilih apa yang kita mahu dalam hidup ini, apa yang kita suka, apa yang kita sayang dan sanjung. Tetapi, untuk 'memilih apa yang kita mahukan' itulah yang menjadi halangannya. Dan jangan kita lupa, kita hanya merancang tapi yang Di Atas sana yang menentukan segalanya. Kerana DIA Yang Maha Kuasa. Walaupun kita dah memilih apa yang kita mahu dan suka tetapi kalau ada halangan-halangannya kita tetap tak bahagia. Jadi, jalanilah hidup ini mengikut arus yang betul, kata hati itu penting kerana HATI dapat merasa segala-galanya...

Oh, sudah jauh tersasar dari landasan yang sebenar nampaknya. hehe
Bloggers dan pembaca budiman, blog ini hanyalah sekadar blog yang akan menceritakan segala yang lahir dari hati kecil ini dan ianya tidak lagi menjurus kepada kehidupan peribadi tetapi merangkumi tentang kehidupan. Yang pastinya tiada lagi gambar-gambar peribadi yang akan aku publishkan untuk tatapan umum. Mungkin akan ada, tetapi bukan wajahku, mungkin wajah mak ayah, wajah family yang lain dan wajah kawan-kawan. Wajahku? Cukuplah aku letak di facebook sahaja. Seeloknya aku taknak keterlaluan terkenal di ruangan blog ini. Aku lebih suka menjadi 'invisible'. hehehe

Sebelum ini sudahpun wujud blog sendiri tapi rasanya macam agak keterlaluan menonjolkan diri. Ya, aku bukanlah artis yang nak menceritakan segala aktiviti harian, tetapi aku yakin selagi ia tak melanggar batas-batas norma masyarakat selagi itulah aku akan tetap menulis. Dan sebab itulah timbulnya idea nak membuka kedai kopi baru eh bukan blog baru yang lebih low profile. Ececeh...

Harap nya blog ini diterima oleh semua yang sedang membaca sekarang ini.
Terima kasih..